Ada ketikanya kita perlu sendirian, ada ketika kita perlu ketenangan. Mencari masa dan lokasi yang sesuai buat diri menyendiri seketika. Lari dari kesibukan dan kekalutan hidup. Keluar dari suasana yang merimaskan untuk mencari kedamaian. Hujung minggu adalah masa yang paling sesuai namun tidak semua orang berpeluang mengecapi ketenangan.
Sudah seminggu berhempas pulas bergerak dan menjalankan tanggungjawab...betapa rindunya kita saat-saat untuk memanjakan rohani dan jasmani dengan ketenangan dan kedamaian.
Menikmati Ketenangan
Peluang seketika hujung minggu anda disini, saya cuba berikan yang termampu untuk anda menikmati sedikit ketenangan dan kedamaian yang amat anda rindui.
Menikmati Ketenangan
Peluang seketika hujung minggu anda disini, saya cuba berikan yang termampu untuk anda menikmati sedikit ketenangan dan kedamaian yang amat anda rindui.
Buat seketika, anda lupakan segalanya. Nikmati gambar-gambar ini dan bayangkan anda sedang duduk bersendirian di sini...
Biarkan fikiran anda kosong dan hanya mata yang menyaksikan keindahan alam. Rasakan bayu yang berhembus lembut ke wajah anda. Dengarkan alunan suara alam mendendangkan irama yang mengasyikkan sambil menghela nafas panjang menghirup udara yang menyegarkan... Oh...Nikmatnya...
Dalam keasyikan dan kenikmatan dikala anda bersendirian... ketahuilah yang anda sebenarnya tidak kesunyian. Sepanjang masa anda masih sentiasa berteman. Hanya pabila anda mula membuka minda dan melihat melalui hati... Barulah anda tersedar bahawa Dialah teman ketenangan dan kedamaian yang anda cari...
Melihat keindahan alam...anda akan mengagumi kebesaran Maha Berkuasa.
Merasai bayu yang berhembus... menyedarkan betapa cintanya Maha Penyayang.
Mendengar suara bisikan alam... mengingatkan akan adanya Maha Mendengar.
Menghirup udara yang segar... menginsafkan akan tiada yang abadi kecuali Maha Agung.
Oleh itu ketenangan dan kedamaian yang anda cari bukanlah sekadar kenikmatan yang dapat anda rasai secara zahirnya. Nikmat ketenangan yang hakiki adalah yang datang dari hati pabila anda dekat bersama Maha Pencipta... Allah SWT.
Di kesempatan seketika ini marilah sama-sama kita mengecapi nikmat ketenangan dan kedamaian yang benar-benar di rindui. Dikala zahir menikmati.... lafazkanlah di hati...
"Subhanallah... Alhamdulillah...
Walaa ilahailallah... Allahuakbar..."
Semoga ketenangan yang anda cari di hujung minggu ini dapat diperolehi walaupun seketika disini.
Terima kasih bersama Relaks Minda....bersama anda mencari kedamaian di hujung minggu.
p/s: selamat berhujung minggu...semoga anda bahagia di samping insan-insan tersayang...
Admin...
27 comments - "Mencari Kedamaian di Hujung Minggu"
sejuk mata dan hati menatap gambar2 kt atas ni :)
Assalamualaikum.. tenangnya semua gambar.. alhamdulillah.. tenang akhirnya..
hujung minggu suami dan anak2 akak tak sama..anak2 sekolah di kedah,cuti hujung minggu pasa jumaat/sabtu..suami pulak cuti sabtu/ahad sbb keje kat penang..time cuti sekolah ja boleh berjalan2..
Subhanallah.. suasana tenteram tenang syurga minda anugerah Maha Pencipta.. T kasih diatas perkongsian semoga bersama kita semua beroleh ketenangan diatas nikmatNya.. Salam hujung minggu BM. Semoga sentiasa ceria disamping yg tercinta juga.. :)
tenang je rasa tengok gmbr2 tu. Rasa cam nak pegi becuti je kat cameron highland.
Subhanallah.. canteknya ciptaan Allah...
Selamat berhujung minggu BM.. :D
Nak cari kedamaian hujung-hujung minggu ni, eloknya kat kawasan luar KL. Dalam KL ni, asal hujung minggu mana-mana taman rekreasi sure sesak. Confirm takda rasa damai. Haha
Kalaulah hari minggu atau cuti-cuti kakak dapat duduk rehat tempat macam gambar BM tepek alangkah tenangnya.
semua orang mencari ketenanangan..tapi masih bercelaru
selamat berhujung minggu BM.. sama-sama kita melafazkan subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar.. :D
alhamdulillah....selamat ...ada masa lawat blog saya.
Salam hujung minggu. :)
salam hujung minggu
bila boring, pha is mencari kedamaian dgn jalan2 ngan moto..
cantik2 la pic tu semua BM
yumida klo weekend ske join segmen, hehe
arini keluar beli brg dapo, balik2 je terus on lappy, semangat tuuuuu
cantik gambar2 yg BM share dalam entri ni..memang damai..kalaulah dapat berada di situ..macam alam fantasi jer..
sangat melegakan dan cantik pemandangan... kerusi itu jadi pusat utama gambar tersebut ,,cantik
Selamat berhujung minggu BM. Menikmati ketenangan untuk santapan jiwa.
Saya suka gambar-gambar yang cantik, minggu depan saya akan berkursus DSLR, harap-harap boleh ambil gambar dengan baik lepas ni
dalam perjalanan mencari kedamaian hakiki..belum terlambat lagi!
Entri terbaru saya bertajuk- 7 Halaman Ping Yang Popular [Edisi Kemaskini]
suka tgk gambar yang menenang jiwa
Salam hujung miggu.. Subhanallah cantik2 gambar smuenye.. tenang je tengok. belom lagi dpt pegi tmpt2 camtu hehe
latar belakang blog ni pun tenangkan minda...best
subhanallah
Sebelum dapat merasai kedamaian yang sebenarnya.... hanya mampu pejamkan mata dan bayangkan diri sedang menikmati alam yg indah ciptaanNya di atas bangku kayu... Subhanallah...
memang cantik.......
lagi cantik lagi bahasa yang digunakan....
mmg cukup mendamaikan pun.. done nuffnang yer !
Assalam
Saya mencari damai di Blog RilekssMinda ini.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”