بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Menilai Diri Sendiri
Adakah diri anda berada dalam keadaan berikut :
1. Denyutan nadi melebihi 80 getaran seminit
2. Mudah marah
3. Rasa malas
4. Cepat bosan
5. Rasa kecewa dan hampa
6. Suka menyendiri
7. Sedih tidak menentu
Serta mengalami tingkahlaku berikut :
1. Sukar memahami perkara baru
2. Sukar menyelesaikan masalah
3. Sukar membuat keputusan
4. Kurang kreativiti
5. Sukar mengingati
6. Mudah terlupa
7. Selalu berkhayal
8. Sukar tidur
9. Merokok berlebihan
10. Minum minuman berkafein berlebihan
11. Selera makan berkurang atau berlebihan
12. Lambat bertindak
13. Memandu melulu
Jika anda mengalami kebanyakan perkara diatas,
ini bermakna anda berada dalam situasi tertekan atau stress
Relaks Minda
Relaks Minda anda seketika...Nikmati gambar-gambar yang menarik ini.
Pabila binatang bersama bunga...kecantikan ciptaan Ilahi terserlah nyata.
Ladybird menawan merah dan hitam,
Si tupai comel termanggu sendirian,
Tidak terlawan sempurnanya alam,
Insan kamil mengagumi ciptaan.
Masa untuk muhasabah diri seketika...
Jadikan tekanan itu kepada sesuatu yang positif.
Tanpa tekanan, hidup anda tiada variasi. Tiada rencah yang memberikan perisa dalam kehidupan.
Tekanan memberi anda ransangan sebagai cabaran untuk anda lebih bermotivasi, bersemangat dan menyeronokkan.
Tekanan membuatkan anda aktif, berinspirasi dan mengembalikan kesedaran dalam diri.
Tekanan membuatkan anda lebih rapat dengan ahli keluarga dan teman-teman.
Tekanan membuatkan kita kembali mendekati diri dengan Tuhan.
Tekanan menguji kesabaran dan keimanan anda.
Jadikan tekanan itu satu nikmat yang terkandung hikmah disebaliknya.
Gerimis mengundang basah sekata,
Dingin berahi semakin terasa,
Mata memandang hati berkata,
Memuji Ilahi yang Maha Esa.
"Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan"Surah Ash Sahrh (Alam Nasroh)
Hanya dengan ketenangan hati dan jiwa mampu mengatasi tekanan.
Dapatkan tip-tip ketenangan disini :
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Admin...
18 comments - "Relaks Seketika...Jadikan Tekanan Itu Positif"
wah uncle memang terbaik tau...
tengah jiwa gundah gundala ini...hahaha...
Pagi-pagi memotong rumput...
Jangan terpotong si bunga padi....
Jangan lupa Alhamdulillah di sebut....
Saujana Alam ciptaan Ilahi....
Uncle betol tak nie..main terjah je buat pantun..janji sedap bunyinya...salam rilex minda kembali....
nak klik iklan dulu sebelum balik rumah sendiri...
Klik-klik iklan peneman pagi...
Mata meliau mencari Si dia...
Klik-klik iklan ikhlas dihati...
Moga berkat rezeki di dunia...
Amin
entry yg sgt disukai...tq
mmg strees harud ditangani dgn positif
saya susah tidur, tanda stress ke tu
wahaha..tak sangka
Saya senang tidur, kuat makan, tak boleh duduk diam tapi satu je benda yg sering buat saya susah hati. Saya tak boleh buat silap kerana kesilapan tu akan terus menghantui hidup selagi perkara tu saya tak perbetulkan.. normal kah kalau saya begitu ye tuan BM?
best...cantik
Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian..
allahukakbar. gambar cantek. entry simple. tp kesan pada jiwa.
nice entry..sejuk hati membacanya..sukelah!!
ok, tgh mempraktikkan ni sambil clik2 nuffnagx3
Cantik warna purple tu....
Snaol purple tu comel. 3 minggu lepas, camtulah simptom2 yg liza alami. Siap doc check jant8ng sbb denyutan nadi laju sgt. Jumaat ni ada lg appointment. Moga2 tiada apa2 yg kurang baik berlaku.
Memang tenang melihat gambar dalam entri ni.
Allahuakbar ..entri yang menyelitkan unsur alam ..sangat acik suka
cantik...
tenang saja tengok gambar tu.. :D
Subhanallah,sungguh menenangkan..
Saya kalau stress, selalu cari cerita-cerita lawak atau gambar-gambar lawak. Tapi melihat gambar yang cantik juga merupakan satu terapi!
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”