Status dan Info Blog Relaks Minda
Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera buat semua sahabat dan tetamu Relaks Minda. Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga yang dapat saya berikan di atas sokongan anda selama ini. 

Semoga anda semua dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia disamping insan-insan tersayang. 

Alhamdulillah... buat sekian kalinya kita melihat lagi status blog ini. Blog yang masih muda dan mentah di dunia blogging ini baru hendak mencapai entri yang ke 500. Masih kurang pengalamannya dan masih mengharapkan tunjuk ajar dari anda semua.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Terima kasih dengan anda semua yang dari sehari ke sehari meningkatkan jumlah pageview blog ini yang sehingga kini sudah melebihi 700K pv. Terima kasih juga kepada 347 follower, 1,764 G+ follower, 31 Networkblog follower, 1,254 rakan yang like Facebook Page Relex Minda dan semua silent reader...

Status dan Info Blog Relaks Minda

Masuk bulan kedua berturut-turut (Sept dan Okt) blog ini berjaya mendapat pageview melebihi 100K sebulan. Semoga blog ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan prestasinya di bulan November ini...Insyaallah 

Status dan Info Blog Relaks Minda

Entri popular pula masih kekal sama. Peningkatan pageview untuk entri-entri ini tidak pernah surut. Ia merupakan sumber trafik utama blog ini. Untuk entri paling popular "Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu"...kini ianya telah mencecah lebih dari 50K pv dan akan terus meningkat, manakala entri-entri berkaitan kitar semula pula terus menjadi carian utama di blog ini.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Sumber trafik utama blog ini di sumbangkan oleh pengunjung yang datang dari enjin carian terutama dari enjin carian Google. Selain dari itu, perkhidmatan ping juga menyumbang trafik yang baik untuk blog ini. Penting bagi saya kerana blog ini memberi informasi dan perkongsian ilmu kerana terasa amat rugi jika sedikit sahaja yang dapat menikmatinya

Status dan Info Blog Relaks Minda

Jelas sekali... pengunjung yang datang ke blog ini berpunca dari carian kata kunci (keyword) dari dua kategori utama iaitu 'kreativiti' dan 'kitar semula'. Anda perlu mencari kekuatan entri dan topik untuk dijadikan tunjang trafik blog anda.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Ini pula status Ranking Alexa untuk Relaks Minda pada hari Sabtu (2 Nov. 2013). Kedudukan ini pun sangat rapuh sebenarnya, ia akan bergerak naik dengan mudah sekali andai tiada entri di terbitkan dan bergantung juga kepada kerajinan anda blogwalking dan meninggalkan serta membuat backlink. Hanya blogger yang sentiasa aktif akan disayangi oleh Alexa.com ini. Pagerank blog pula kekal di tahap 1.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Baru 500 entri di hasilkan tapi dalam setiap bulan tidak kurang dari 4K ~ 5K kandungan blog ini di 'copy paste'. Di awal blogging...ianya benar-benar mengecewakan saya. Tiada langsung backlink di berikan kepada blog ini. 

Namun kini, saya redha dan tidak kesahkannya lagi, malah bersyukur kerana ada insan yang memanjangkannya. Yang penting adalah kandungan entri kita itu merupakan perkongsian untuk kebaikan bersama. Hanya itulah sumbangan yang dapat saya berikan untuk anda dan sebagai bekalan jariah di hari kemudian.

Tiada program yang benar-benar kebal untuk menghalang entri anda dari kegiatan copy paste ini. Jika anda tidak dapat terima akan kandungan entri anda di copy paste, tiada jalan lain...buatlah report kepada Google dan tindakan akan diambil dimana blog tersebut akan di sekat operasinya oleh Google.

Status dan Info Blog Relaks Minda

Jutaan terima kasih sekali lagi.... Sokongan dari anda semua amat-amat saya hargai dan teruskanlah bersama Relaks Minda. Semoga saya masih diberi kesempatan untuk terus berblogging dan bersama anda...Insyaallah. Selamat menikmati hujung minggu dan Happy Deepavali... :)

Admin...

48 comments - "Status dan Info Blog Relaks Minda"

tahniah....jangan lupa lawat saya juga...hihihi

semoga terus meningkat dari masa ke semasa..:)

Nao Mei delete icon 11:12 PG

Alhamdulillah...banyaknya...:)
tahniah ye uncle..hahaha

Bilalah dapat jadi cam nie...

Tahniah dan semoga berjaya. Mana ada rasa tersinggung rasa pohon dimaafkan sahaja kelak berbalas dengan pelbagai nikmat manis tak terucapkan.

tahniah atas pencapaian

tahniah sangat2....Blog ini memang best..serius...

Raudzah Z delete icon 1:10 PTG

Tahniah BM.Dah pro tu..moga terus berjaya k...and I am sure you can do it!!!!

Tahniah dan teruskan usaha. :)

tahniah BM..terus berusaha ye..:)

BM semakin maju ke hadapan..tahniah!

alhamdulilah blog BM semkin hebat !! terbaik !!

terbaik bor..semoga terus padu dan jaya

Tahniah. ..teruskan kreativiti BM dalam penulisan blog.

moga success dan dpt memberikan n3 n3 yg hebat biat pembaca..

Tahniah BM..apapun saya bangga kerana nama saya bertakhta di carta no 1..hahaha

tahniah BM muga mencapai impian.. =)

mrhanafi delete icon 2:31 PG

saya harap bro BM redha sahaja tentang mereka yang salin dan tampal tanpa backlink..anggap sahaja satu sedekah untuk pahala ilmu..Insya Allah

p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

tahniah..mg terus maju n jaya

Pha Is delete icon 9:28 PG

wahh.. tahniah.. satu pencapaian yg membaggakan..
saya yg bilangan entri hampir dua kali ganda pun x dapat nk sampai pageview macm tu...
semoga terus susksess dalam dunia blog...

Terima kasih MKL...

Terima kasih kak Kamsiah

Terima kiasih cik akak.
Dah berjaya tu...tak lama lagi lebih dari saya le...

Terima kasih Haidil, mohon ampun dan maaf dari saya juga.

terima kasih di atas sokongan anda

Terima kasih Kathy :)

Belum sehebat anda! Anda sentiasa selangkah di hadapan...
Thanks Raudzah

Terima kasih Wanariahamiza

Insyaallah...terima kasih Asyifa

Terima aksih Ummi

Belum terbaik lagi...Aku Penghibur sentiasa dihadapan
Terima kasih Acik :)

Insyaallah...Terima kasih KL

Insyaallah...Terima kasih cikgu

Insyaallah...Terima kasih CiM

Ya...Anda memang pemberi tuah buat saya :)
Terima kasih Meiza krn sentiasa support

Insyaallah...Terima kasih Kak Nah

Saya redha dan tak kesah lagi dah.. :)
Terima kasih Hanafi...sokongan dari anda amat2 saya hargai

Terima kasih Izan...

Rezeki setiap orang berbeza2...
Terima kasih Pha Is :)

tahniah, dan mmg terbaik, KA dah kurang sikit berblog ni berbeza dgn awal2 dulu .. tumpang gembira bila kawan2 berjaya !

Assalammualaikum...BM,

tahniah atas pencapaian yang membanggakan k. Moga lepas nie terus sukses selalu dalam berblog k..

mselim3

ieta delete icon 12:39 PG

Tahniah... chayyalah! walaupun hanya dgn domain blogspot BM tetap berjaya mencipta sejarah berada dalam PR1. Ini first time sy dapat lihat tanpa domain pun still boleh berada diPR1. Pasti ada rahsianya kan?

baby comel delete icon 10:24 PG

Alhamdulillah, hebatnya Tuan BM kita ni. Tahniah, bangga teruja sgt bila tengok. Nanti jadi sifu mentor kita boleh tak Tuan BM??? pls... =)

Suka blog BM dari awal lagi.. sekali dengan tuannya..haha

Khir Khalid delete icon 5:01 PTG

Tahniah.. semoga terus sukses.. :)

Alhamdulillah...semoga lebih maju jaya...

Tahniah bro......
Jarang orang yang berusaha kuat tapi tidak mengecapi kejayaan....

Pencapaian yang sanggat membanggakan BM. Tahniah! Mencetuskan semangat kepada saya yang masih baru.

Tahniah.. saya antara yang suka entry dekorasi.. lbh2 lagi dekorasi dari bahan kitar semula.. memang best!...

Kalau kelapangan jemput BM dan semua2 melawat kat www.shelovevitamin.com.. TQ

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap