Belajar Ilmu dan Teknik SEO 


Belajar Ilmu dan Teknik SEO
Belajar SEO
Apabila menyertai peraduan SEO anjuran Blog Eridy iaitu "Contest SEO Eridy", pelbagai blog panduan mengenai SEO di akses dan begitu banyak sekali maklumat mengenai SEO yang ingin dipelajari. Pelbagai teknik dan cara untuk menjadikan kita bertambah mahir dengan ilmu SEO yang cuba diadaptasikan.

Apabila terlalu banyak belajar mengenai teknik dan ilmu SEO, semakin berserabut pula jadinya. Segalanya ingin diubah, ditukar dan diperbaiki. Adakah anda berjaya?

Untuk membuat satu artikel yang mempunyai nilai SEO tidaklah begitu sukar sebenarnya. Berikut adalah kaedah mudah untuk anda belajar menerbitkan sesebuah artikel bercirikan SEO.


Belajar Teknik Menulis Artikel SEO

  • Gunakan kata kunci yang menjadi carian popular untuk tajuk artikel anda tetapi mestilah berkait dengan isi artikel.
  • Buatlah artikel yang original iaitu bukan artikel copy paste dari sumber lain. Buat artikel mengikut bahasa yang standard dan mudah difahami. Jika blog Bahasa Melayu, gunakanlah sepenuhnya Bahasa Melayu.
  • Artikel pula janganlah terlalu pendek, paling kurang pun 300 patah perkataan.  
  • Artikel mengandungi kata kunci (keyword) sekitar 1%-6%. Jangan pula terlalu banyak dengan kata kunci. Satu perenggan satu kata kunci pun sudah memadai. 
  • Artikel yang mengandung H2,H3 pada body. Maksudnya artikel mestilah mempunyai Tajuk dan Sub Tajuk. 
  • Format artikel yang lengkap iaitu adanya Pendahuluan, Isi dan Penutup.
  • Jika ada gambar, jangan lupa letak tajuk dan alt text dengan kata kunci anda.
  • Gunakan internal link dalam setiap artikel anda yang di link ke URL anda atau URL lain yang berkaitan. Jika guna URL lain...paling baik dari blog yang mempunyai PR yang lebih tinggi dari anda. 
Belajar Ilmu dan Teknik SEO
Belajar SEO
Kini anda lihat pula pada setiap artikel-artikel peserta "Contest SEO Eridy", hampir kesemuanya menepati ciri dan teknik SEO seperti yang tersenarai diatas. Apakah yang membezakannya sehinggakan kedudukan berbeza-beza dan berubah-ubah setiap masa? Kualiti artikel seperti manakah yang menjadi pilihan enjin carian sebenarnya? 

Memikat Enjin Carian

Belajar Ilmu dan Teknik SEO
Belajar SEO
Jika anda menulis sebuah artikel, ciri-ciri dan teknik SEO diatas sangat berguna tetapi untuk bersaing dalam satu peraduan SEO seperti "Contest SEO Eridy", ianya tidaklah semudah itu.

Artikel berpandukan teknik SEO semata-mata tidak menjaminkan peluang anda untuk berada di muka hadapan enjin carian. Ini kerana ilmu SEO itu meluas, bukan sekadar pada artikel yang berkualiti tapi banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi seperti template blog, domain, masa loading blog, backlink, meta tag dan banyak lagi.

Belajar Ilmu dan Teknik SEO
Memikat Enjin Carian
Oleh itu "Contest SEO Eridy" ini sungguh mencabar blogger kerana enjin carian ini sebenarnya pilih kasih...Jika anda berjaya mengikut segala kehendak dan kemahuannya, pasti dengan mudah akan terpampang artikel anda di muka hadapan enjin carian. Oleh itu cabaran sebenar "Contest SEO Eridy" ini adalah cabaran untuk memikat enjin carian.

Kesimpulannya...untuk berjaya dalam "Contest SEO Eridy" ini, anda mesti memujuk rayu enjin carian iaitu dengan memenuhi segala kemahuannya yang mahukan blog dan artikel anda optimum dengan ciri-ciri SEO. Jika sudah berusaha, berdoa dan tawakallah...

p/s: artikel penyertaan saya dah kelaut..... ilmu darinya tetap timbul.
Admin...

20 comments - "Belajar SEO Dari Contest SEO Eridy"

gudluck BM..kathy tak pandai lagi dengan CEO ni..

Entri yang menarik...saya pun tengah belajar....semoga berjaya.

Terima kasih, perkongsian yang bermanfaat.

Assalammualaikum...BM.

Moga anda berjaya k. susah gak segmen nie... byk otai2 join. xper cuba. Kalau dah rezeki tak kemana.Usaha pasti jaya.. dan tawakal.

mselim3

Khir Khalid delete icon 10:55 PTG

Perkongsian yg sungguh baik BM.. semoga terus sukses.. aamiin..

sangat bermanfaat perkongsian ini BM.. aiza pun tak pandai bab SEO ni.. semoga blog BM berjaya berada di page pertama bagi contest SEO Eridy.. :D

Tak mahir sangat seo ni. BBL doakan semoga berjaya

Bunda pun zero bab SEO ni...tapi bangga dengan pencapaian mereka... semoga blog BM juga berjaya dalam contest nanti...

Info Seo yang menarik @

Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !

Perghhh bukan calang2 blogger untuk masuk Contest SEO Eridy ni... syabas admin semoga berjaya ya

Index Apk delete icon 9:51 PG

lama sudah saya belajar tentang seo ni, tapi cak dak bisa-bisa..wkwk

muga BM berjaya.. hehe knah xpandai pasal SEO ni..

Raudzah Z delete icon 6:13 PTG

Banyak yang kena belajarkan BM..lagi banyak belajar lagi banyak tak tau...

Zawiah delete icon 12:28 PG

Saya tak push sangat tapi masih ada ciri - ciri SEO ...

cik tom delete icon 1:04 PG

xpe kalah menang no 2..yg penting belajar dari contest ni mcm mana nak pikat hati search engine..tu dah byk belajar tue boleh praktis utk baiki entry akan dtg...

baby comel delete icon 11:18 PG

All the best tuan BM, mmg kalau nak belajar psl seo ni mmg takkan pernah habis. InsyaAllah, aima nak cuba jugak

Pha Is delete icon 5:20 PTG

selamat berjaya...

SEO..typo lak..

Dah belajar tp sekerat jalan.. hmm

Konten Adalah Raja Dan Backlink Adalah Ratu... www.okartikel.com

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap