بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Perlukah Perubahan?

Perubahan ada kalanya lebih baik dan mungkin juga menjadi semakin buruk. Setiap kali penambahbaikan bukan menjamin keberkesanan dan kejayaan tapi daya usaha itu perlu kerana tanpa mencuba kita tidak tahu akan hasilnya.

Persekitaran juga memainkan peranan dalam menentukan suatu perubahan yang anda lakukan. Sokongan dan panduan penting untuk memberi lebih keyakinan dan semangat untuk berubah. Namun tidak semestinya perlu bertindak melakukan perubahan, ada masanya biarlah masa dan keadaan yang merubah segalanya.

Masa yang berlalu mencorak perubahan mengikut keaadaan semasa. Lihatlah bagaimana masa yang berbeza, pelbagai perubahan boleh berlaku. Dilokasi dan ditempat yang sama tapi berlainan ketika., perubahan tetap berlaku... Anda nampak persamaan dan perbezaannya?

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Ogos 2007

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Oktober 2007

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Februari 2010

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - April 2010

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Mei 2012

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Februari 2013

Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku
Kampung ku - Oktober 2013

Begitulah alam...sentiasa sahaja berubah dan berbeza walaupun di tempat yang sama. Begitu juga dengan diri kita...setiap detik yang berlalu pasti akan mencorak perubahan dalam diri. Jika tadi anda tidak melihat gambar-gambar diatas, tapi kini anda melihatnya. Ianya akan kekal difikiran dan menambah satu lagi data memori diingatan. Tanpa anda sedari ianya telah merubah sesuatu dalam ingatan dan pandangan anda.

Berubahlah Ke Arah Lebih Baik

Oleh itu sama ada anda bertindak atau tidak, setiap masa anda akan sentiasa berubah. Cuma yang menjadi ukurannya, adakah setiap detik yang berlalu itu memberi perubahan untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya? 

Buat renungan bersama: Surah Ar-Ra'd ayat 11. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka”.

Selamat berhujung minggu...Relaks Minda anda dan ceria disamping insan-insan tersayang... :)


p/s: gambar kampungku @ Bagan Datoh, Perak 
Author by Bin Muhammad

24 comments - "Berubah Atau Tidak...Perubahan Tetap Berlaku"

Berubah demi masa depan..

banyak berdoa semoga nur cahaya menyertai perubahan itu.

Perubahan itu adalah anjakan minda dengan mengambil kira kita seharusnya beribadah kepada Allah swt.

Zawiah delete icon 3:48 PTG

perbuahan itu perlu demi sesuatu yang lebih baik

paridah delete icon 4:47 PTG

xberdaya nk mengekalkan sesuatu jikakau arus perubahan menolaknya setiap masa...

semoga perubahan memberi semangat baru untuk terus maju.

Yup...berubah ke arah yang lebih baik...semangat !!!...

x0x0 ^___^

berubah ke arah lebih baik..inshaAllah..

Khir Khalid delete icon 9:56 PTG

Mudah2an kita semua sentiasa berubah kearah kehidupan yg lebih baik, in shaa Allah..

Fizi Zaidi delete icon 11:08 PTG

berubah kearah yg lebih baik, mmg baik..kalu berubah kearah kebinasaan..itu tanda ada yang tak kena pada diri kita...

Aku Penghibur delete icon 11:25 PTG

sangat suka gambar di atas nie ^_^ mari kita berubah ke arah lebih baik

Kak Tie delete icon 11:33 PTG

cantik kampung ni...macam zaman2 dulu

Raudzah Z delete icon 11:47 PTG

kita paling suka masa april 2010..cantik !!!!

Kakzakie delete icon 9:16 PG

Berubah biarlah ke arah yg lebih baik.
Kampung BM kakak tengok tak banyak berubah. Siapa YB di sana hihi...
Pokok kelapa yg ada di sebelah kanan jambatan pun tegak berdiri merenung jambatan yg masih kukuh dijadikan penghubung dari dulu hingga kini...

Dari segi mata memandang alangkah indahnya dulu berbanding sekarang...

Kampung yang ada tali air ni biasanya kampung yang ada sawah padi. Air tali air tu, kalau waktu bersih tanpa rumpai air, tandanya musim orang kerat padi. Time tengah membaja, memang banyak rumpai kat tali air.

persekitaran berubah, sungai berubah, tapi titi tu masih sama.

tu sungai, jelas nampak.. tapi manusia,..? semoga kita semua sentiasa ke arah lebih baik.. amin

hainom OKje delete icon 12:15 PG

Pergh ......lagi teruk adalah parit tu....siann....moga orang kampung tidak selari dengan parit tu....hihi...terutama yg ambik gambau tuuuu...

Analogi yang digunakan sungguh menarik. Melihat gambar kampung BM di tempat yang sama, namun sentiasa berubah-ubah.
Memang diri kita macam tu. Orang yang sama, namun hati sentiasa berubah-ubah. :)

Perubahan yang membawa kebaikan, alhamdulillah. Wah, rajin BM ambil gambar ya.

terima kasih di atas peringatan ini BM.. berubahlah menjadi lebih baik dan positif, insya-Allah..

Pha Is delete icon 5:36 PTG

hidup kena sentiasa kearah perubahan. seeloknya dari yg buruk kepada yg baik...

Jambatan tu tetap utuh..

Subhanallah. Saya byk muhasabah diri

www.iamfinancestudent.blogspot.com

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap