Assalamualaikum... Jika sebelum ini anda didedahkan dengan Program Affiliate untuk menjana pendapatan sampingan disamping anda berblogging. Kini ada satu lagi cabang untuk anda mendapat pendapatan melalui sebuah agensi pengiklanan terkini yang amat istimewa dan unik iaitu Salam Media.

Salam Media - Salam Pengiklanan Terkini Blogger
Agensi Pengiklanan - Salam Media



Kenali Salam Media

Salam Media sebuah agensi terkini yang mempunyai masa depan yang amat cerah kerana ianya satu-satunya agensi yang boleh dipercayai oleh umat Islam dalam bidang pengiklanan kerana berkonsep Islamik dimana ianya mematuhi syariah Islam. Salam Media akan memastikan setiap produk atau perkhidmatan yang dipilih untuk diiklankan mestilah sahih, halal dan cara pengiklanan dilakukan mengikut kehendak syarak.

Kaedah yang diguna pakai bukan seperti pengiklanan biasa yang terus menyediakan iklan untuk dipromosi. Seperti biasa, anda perlu mendaftar dahulu sebagai ahli Salam Media. Anda tidak akan terus diberi iklan untuk dipaparkan sebaliknya anda akan dipilih oleh pihak Salam Media untuk mempromosi iklan yang bersesuaian dengan anda. Oleh itu iklan yang diberi pastinya bertepatan dengan niche blog dan mudah untuk anda membuat review produk tersebut. Ini bermakna produk atau perkhidmatan yang dipromosikan akan terus tepat kepada pengguna yang disasarkan. 

Salam Media - Salam Pengiklanan Terkini Blogger
Anda juga mungkin akan diberi peluang untuk mencuba produk atau perkhidmatan tersebut sebelum review dilakukan. Melalui kaedah ini, promosi dan review anda juga lebih mudah dan jelas serta pastinya lebih berkesan disamping akan terus kepada pengguna sasaran. Persoalan juga akan mudah dijawab.

Salam Media Untuk Umat Islam

Dengan wujudnya Salam Media ini maka terbukanya peluang kepada pengusaha dan peniaga Islam untuk mempromosi produk, perniagan dan perkhidmatan anda melalui platform pengiklanan. Kerjasama anda dengan Salam Media amat bertepatan ketika dan waktunya di mana media sosial kini menjadi sebahagian dari sumber maklumat dan hiburan yang amat berpengaruh.

Salam Media - Salam Pengiklanan Terkini Blogger
Antara Blogger terkenal bersama Salam Media

Sebagai umat Islam, inilah pilihan terbaik untuk anda mempromosi produk, perniagaan dan perkhidmatan melalui pengiklanan. Ini juga peluang terbaik buat blogger untuk menambahkan pendapatan. Salam Media memberi kita alternatif yang diyakini untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi umat Islam.

Salam Media Pengiklanan Tanpa Was-was

Peluang kini terbuka untuk anda meningkatkan pendapatan dan meluaskan pasaran. Salam Media menawarkan setiap syarikat mahupun individu untuk mengiklankan produk, perniagaan dan perkhidmatan dengan berkesan dan tanpa was-was, sila ke laman ini untuk maklumat lebih lanjut : Salam Media Marketer.

Kepada Blogger yang berminat untuk menjadi pengiklan bersama Salam Media, anda perlulah mendaftar di sini : Salam Media Daftar. Terkini! Sebagai promosi awal, Salam Media menawarkan sebuah iPad Mini2 kepada blogger bertuah yang mendaftar sebelum 31 Disember 2013.


p/s: Salam Relaks Minda bersama Salam Media...
Author by Bin Muhammad

26 comments - "Salam Media - Pengiklanan Terkini Untuk Blog"

Liza Yati delete icon 10:36 PG

Assalamualaikum BM. Menariknya pengiklanan baru ni. Terima kasih atas info. Rasa mcm nak join. Kena pasrah hilang gliteratti kat nuffnang. :)

mama_ka0ri delete icon 11:28 PG

menarik!!

BUNDA delete icon 11:36 PG

Pertama kali Bunda dengar yang ini....macam menarik jugak ni...

bagus juga, macam-macam cara nak iklan...

boleh lah try...tq bgtau

Kakzakie delete icon 12:00 PTG

Sangat informatif N3 ini sebab kakak baru tahu...

paridah delete icon 12:34 PTG

citer menarik utk jana pendapatan blog...tq

Pha Is delete icon 12:49 PTG

salam media ni pesaing nuffnang x?

ana likes delete icon 1:24 PTG

menarik

sangat bagus ! baru tahu tentang hal ini ..thanks bagitahu

Semakin maju BM sekarang ni. Tahniah!

mama pun join juga, harap bertuah lah kita.... :)

kena cuba baru tahu, t.kasih BM..

Yumida Huda delete icon 6:55 PTG

wah bagusnye BM
yumida baru tahu ni
nak kena usha kejap link tu

salam bm..
baru je tau..slama ni tau salam fon je..
tq sharing ya :)

Zawiah delete icon 10:26 PTG

Owh , dah baca kat blog lain dan dah melawat websitenya .

hainom OKje delete icon 12:12 PG

Ni mesti Relax Minda jadi duta Salam Media ni... Wahhhh masyuk pokcik! Hehe

baby comel delete icon 8:46 PG

Hehehe, dah mencuba daftar ke BM?

Bagus info ni BM.. klu tawarannya lebih kurang spt tok nuff ni, harus sy bertukar.. sekurang2nya ada juga pahala sikit2 disamping pendapatan yg sikit2 ni.. :)

wah..ada lagi yg baru yer?

nampak menarik salam media ini.. macam jom niaga (ashadee) juga ya? terima kasih di atas perkongsian ini BM.

SalamMedia delete icon 9:46 PTG

Memang relaks la baca blog ni. Susunan yg baik :)

Good luck dari kami dan ucapan ribuan terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami.

Agak menarik..cepat-cepat tekan..

Raudzah Z delete icon 4:31 PTG

Good luck BM..Semoga ada rezeki dengan dia orang!!!

Pha Is delete icon 5:24 PTG

takut jugka kalau2 nnti bila join, nuffnang tarik status glitterati...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap