Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogDalam minggu ini ramai blogger yang update entri mengenai "Google update Pagerank". Ramai yang menunjukkan peningkatan tetapi ramai juga yang tidak berubah dan ada yang turun. Kalau anda ingin lihat berapakah ranking Pagerank atau PR anda, sila klik SINI

Kenapa ramai blogger yang ambil berat sangat dengan ranking PR ni? Pentingkah ranking PR kepada  blog anda? Jangan pelik kerana ada blogger yang obses dengan ranking PR ini. Kenapa? Untuk mengetahuinya...anda perlu tahu apa itu Pagerank @ PR ini terlebih dahulu.

Apa itu Pagerank @ PR?

"PageRank is a link analysis algorithm, named after Larry Page, used by the Google Internet search engine that assigns a numerical weighting to each element of a hyperlinked set of documents, such as the World Wide Web, with the purpose of "measuring" its relative importance within the set. 
PR is the Google logarithmic scale based on link popularity for placing importance of web pages and web sites. A ranking by the search engine Google. Ranking is from 0 to 10. Ten is best. Ranking is displayed on the Google Toolbar. PR is calculated using an algorithm that takes into account the number and quality of incoming links to a site.  
A term initiated by Google to grade the value of a link from a given web page. PageRank scores range from 0 (very weak) to 10 (very strong). Web pages with high PageRank do well in the SERPs, and also provide the highest quality backlinks."

Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBlogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBlogger Dan Ranking Pagerank (PR) Blog

Ianya jelas yang ranking PR ini penting untuk blog kerana ianya adalah pengiktirafan oleh Google terhadap blog anda dimana semakin tinggi nilainya semakin bagus blog anda. Ianya menjadi satu kayu ukur dan menambah nilai untuk sesebuah blog. Ranking PR yang tinggi akan mendapat kepercayaan dari pembaca dan pengiklan kerana blog dan isi kandungannya yang berkualiti. Ianya juga baik untuk SEO blog anda agar mudah entri berada di muka hadapan enjin carian.

Benarkah begitu? Jika begitu, Jangan haraplah blog yang mempunyai ranking PR0 atau PR1 untuk mendapat kepercayaan pembaca, pengiklan dan berada di muka hadapan enjin carian kerana Blog ranking PR2 dan keatas pun sudah beribu-ribu jumlahnya.


Status Pagerank Dan Keperluannya

Jika anda sebuah blog peribadi yang hanya berkongsi kisah sesama rakan blogger anda, tak perlulah nak ambil kisah dengan ranking Pagerank atau PR ni. Ianya tidak memberi kesan apa-apa pun kepada anda dan blog. Jika anda perlukan trafik blog yang tinggi dan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan, mungkin ianya sedikit penting buat anda.

Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogNamun jika anda seorang blogger yang perlukan trafik tinggi dan perlu bersaing untuk kata kunci dari topik yang sama, ranking PR ini memang penting buat anda.

Tapi janganlah anda yang berada di PR0 dan PR1 ini berasa kecewa pula. Enjin carian tidaklah begitu kejam dengan anda. Anda perlu ingat, penilaian sesebuah artikel untuk berada dimuka hadapan enjin carian bukanlah berpandukan kepada ranking PR ini semata-mata.

Perlu diingatkan juga, bukan semua tajuk sesebuah entri dan isi kandungannya itu adalah sama. Kebijaksanaan anda dalam menganalisis kata kunci dan topik yang menjadi carian tinggi di enjin carian itu adalah lebih penting. Penggunaan teknik SEO yang betul juga penting dalam penulisan. Begitu juga tahap SEO blog anda. Dapatkan ilmu ini dari tutorial blogger-blogger berpengalaman.


Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBlogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBlogger Dan Ranking Pagerank (PR) Blog

Tapi benarkah segalanya ini menjamin entri anda untuk berada di muka hadapan enjin carian? Adakah ianya menjamin anda untuk mendapat trafik yang tinggi? 

Ranking PR Bukan Penentu Segala

Pada pandangan saya, pembaca tidak melihat pada ranking PR tetapi yang lebih penting adalah isi kandungan artikel serta maklumat yang mereka mahukan.  Begitu juga dengan pengiklan, niche blog yang bertepatan dengan barangan yang diiklan pasti memberi lebih keyakinan dan terus kepada pengguna yang disasarkan.

Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) BlogBermainlah dengan kata kunci dengan menjadikan diri anda sebagai pengguna enjin carian. Cuba fikirkan apakah kata kunci yang anda gunakan untuk mencari sesuatu topik? Gunakan ia pada tajuk dan kata kunci dalam entri anda. Itu adalah kaedah terbaik dan mudah untuk meletakkan entri anda berada di muka hadapan enjin carian.

Tapi, jika anda tahu yang anda tidak mampu bersaing untuk kata kunci dan topik yang sama, maka kenapa anda memilih untuk menerbitkan entri sedemikian? Carilah topik unik dan berbeza tetapi tetap menjadi carian pembaca dan pengguna.

Jadi, janganlah bersusah hati, jalan masih terbuka dan persaingan itu ada banyak caranya. Tahniah buat mereka yang berjaya meningkatkan ranking PR. Ianya atas usaha anda sendiri dan anda berhak berbangga. Bagi yang belum berjaya...ingatlah, selagi anda punya blog dan terus menerbitkan entri, anda masih tetap seorang blogger. 

Apa yang penting, kita perlulah gembira dengan dunia blogging dan menjadi seorang blogger... Jika tidak, ranking PR tinggi pun tiada maknanya jika ianya hanya membebankan. Harus juga diingat, mengejar ranking Pagerank (PR) juga sesuatu yang positif kerana ia boleh menjadi pemangkin yang membawa anda kearah peningkatan kualiti entri dan blog anda. 


p/s: Bersyukur kerana dapat mengenali dunia bloging ini dan bersama anda.  :)
Admin...

51 comments - "Blogger Dan Ranking Pagerank (PR) Blog"

Ranking PG saya baru 1...tapi takpe...xlah saya kecewa...mungkin kena usaha lebih untuk ke ranking seterusnya

salam jumaat BM.. termotivasi dengan artikel pagi di blog BM.. dulu aiza tidak faham sangat apa itu PR..

Dwi Alfina delete icon 9:45 PG

PR saya 0 :( hikss sedih

paridah delete icon 9:45 PG

ASSALAM...Masih terkial-kial duk belajar...tq infonya.

paridah delete icon 9:46 PG

ASSALAM...Masih terkial-kial duk belajar...tq infonya.

Blogger dab pagerank pr blog itu memang penting, namun semuanya pastilah memiliki dasar alasan yang kuat. Semoga kita dapat mengambil hikmad dari pembelajaran yang ada.

Salam,

Kang Sun delete icon 10:09 PG

Punyaku masih 0, he he...

Kang Sun delete icon 10:10 PG

Ha ha ha...kalau gitu sama dong dengan aku!

Kakzakie delete icon 10:11 PG

Kesian kakak ni tak pernah ambil tahu PR blog kakak. Sebab kakak tahu tak banyak info boleh didapati dari N3 kakak...

Kakzakie delete icon 10:14 PG

OK kakak dah check kakak punya blog 3/10 katanya.
Kalau periksa sah dah fail hahaha....

wah! TQ info ni...
baru nak belajar2 juga ttg PR blog ...check2 tadi baru 2/10...haha

Tahniah Akak! 3/10 itu sudah cukup bagus bagi sebuah blog. Blog terkenal dan pakar blogger Hasrul Hassan pun tahap 3/10. Akak patut berbangga!

Shark Kay delete icon 11:29 PG

shark mmg kureng sikit bab2 PR nie.
cuma skarang dlm proses baikpulih entry dan penulisan.
kadang2 entry dan penulisan bleh jugak celen PR nie.

Satu kupasan isu PR yang baik. Selama ni saya tak pernah semak dan tahu pun. Sejak seminggu dua ni je, beberapa blogger timbulkan entri PR ni. Betul, saya masih berpegang pada entri yang berkualiti pasti menjadi rujukan. Tapi, masih kena belajar dengan BM ni, mengenai kata kunci melalui SEO.

Pha Is delete icon 12:09 PTG

saya masih lagi tak bergerak..

Bin Muhammad delete icon 12:19 PTG

Terus berusaha dan enjoy blogging :)

Bin Muhammad delete icon 12:20 PTG

Semoga PR tidak melunturkan semangat tetapi memberi semangat!

Bin Muhammad delete icon 12:21 PTG

Waalaikumsalam.
Begitulah yang sebaiknya...

Bin Muhammad delete icon 12:22 PTG

Tahniah..satu pencapaian yg cukup baik!

Bin Muhammad delete icon 12:24 PTG

PR hanya penarafan...kualiti entri dan kehendak/kepuasan pembaca lagi penting buat saya la.

Bin Muhammad delete icon 12:37 PTG

Kata kunci itu adalah perkataan mudah yang digunakan oleh pencari maklumat yg menggunakan enjin carian bagi sesuatu topik. Selalu cikgu guna Google, jika mencari satu2 maklumat, perkataan atau ayat bagaimana yg cikgu gunakan...itulah dia kata kunci. Setiap topik pasti mempunyai kata kunci yg popular. Gunakan ia utk tajuk dan ulangi perkataan yg sama dalam entri. enjin pencari bukan manusia, ia mengindeks artikel berdasarkan perkataan dan format yang betul. Itulah sebab teknik SEO dalam artikel menjadi penting. SEO terlalu luas skopnya...bukan sekadar artikel tetapi theme blog, PR, backlink, loading dan sebagainya utk menguatkan SEO blog. Itu cikgu kenalah belajar dari yg pakar.
Yg penting cikgu terus menerbitkan artikel yang diperlukan oleh pembaca dan pencari maklumat. Artikel yang berkualiti dan relaven dan bukan sekadar sepatah 2 kata. Cikgu sudah berjaya sebenarnya...
Saya bukan pakar, jika rasa ianya berguna ikutlah...jika tidak, lupakan sahaja krn ia belum tentu menjamin kejayaan.

Sukma Haron delete icon 12:57 PTG

saya masih PR 1....perlu tingkatkan gaya penulisan....

o..kathy punya tak cek lagi la BM..penerangan BM sedikit membuka mata kathy..namun,dengan blog kathy yang lebih bersifat peribadi tentu tak perlukan persaingan ni,so rasanya PR ni bukan keperluan untuk kathy kan BM?

Yumida Huda delete icon 5:01 PTG

pengupasan pagerak yang lengkap..nice sharing dgn kami BM
before ni yumida kurang tahu n malas ambik tahu pasal PR, seo..mmg knowledge zero
bila sertai conteast yg blogger HH anjurkan, baru yumida tahu kepentingan PR, seterusnya seo
yumida masih dlm proses belajar seo, juga merasai kenaikan PR tu juga penting buat blog kita
mcm yg BM cakap tadi, jgn terbeban dlm mengejar PR
betul BM cakap tu..dlm berblogging kena bersantai..yumida pun x ske dilanda stress..hehe..hmm..terngin nak mengusai seo..masih belajar n akan menimba ilmu seo selagi masih bergelar blogger and boleh beronline.

ANIM delete icon 6:33 PTG

Kak selalu blurr bila nk buat tajuk atau cari kunci kata yg tepat, hee..
Perkongsian bermanfaat ni, BM

Nao Mei delete icon 6:50 PTG

hahaha...cik akak 2 je nie uncle....
sekarang nie dah pemalas eh...
mood down

mama_ka0ri delete icon 6:59 PTG

tak pernah amik tahu pon psl PR ni..lepas baca baru tahu..hihi..thanks for sharing..

salam..tq 4 sharing.. sbenarnya saya pun kurang arif pasai pr ranking ni..
lpas baca entry ni baru sedkit kfahaman ada.. at lease.. kita jadilah blogger yg berilmu.. sbab ambil tahu gak pasai benda2 mcm ni..

wahh entri ini mantap !! alhamdulilah PR naik

Walaupun ianya tidak penting dan bukan keperluan buat Kathy, tapi perlu juga ambil tahu walaupun sikit2. Jadilah blogger yg berilmu...jgn xtahu langsung pula, boleh kan... :)

Proses pembelajaran blogging ini tidak akan berakhir. Setiap masa akan ada perubahan, pembaharuan dan peningkatan. Cuma jangan tak tahu langsung dah le...
Blogging perlukan keseronokan, passion dan keikhlasan...barulah best! Sama2lah kita saling membantu dlm meningkatkan ilmu blogging. :)

Jangan pening2...Ikutkan sahaja apa yg terlintas di fikiran. Kadangkala...ianya bergantung pada rezeki juga, hehe.

Muncul juga cik akak... Itulah kehidupan...ada masa gembira, ada masa berduka. Hidup perlu diteruskan juga. Ingatlah pada yg satu...Dia tidak akan mengecewakan.

Bagus! Jadilah blogger yang berilmu. Ambil tahu dan belajar...
Semoga anda berjaya!

Tahniah Acik...memang itulah sepatutnya utk blog yg sentiasa menerbitkan entri berkualiti spt Blog Aku Penghibur!

Waalaukumsalam...
Perlahan2. Tiada apa yg nak dikejarkan...semoga berjaya!

yer tak yer..betul jugak tu..sedikit sebanyak,cuba manfaatkan ilmu dari dunia blogging ni kan?tqvm ye BM?kena mula study ni..

Raudzah Z delete icon 10:57 PTG

PR is good but not everything kan BM... Banyak cara untuk dapatkan PR tinggi dan sebahagian nya agak kejam..semuanya terpulang kepada apa tujuan berblogkan...

Khir Khalid delete icon 11:06 PTG

Mmg betul, biarlah berblogging atas dasar minat klu x PR tinggi pun x rasa nikmatnya. T kasih BM diatas perkongsian tips & nasihat ini.

akak cuma 2/10...tak pernah amik tau pun..thanks atas info yg diberi

Salam hujung minggu terima kasih atas perkongsian tips ni...

Jie Susanos delete icon 8:15 PTG

kita kena enjoy blogging ni..

baby comel delete icon 8:32 PTG

Dapat ilmu lg kat sini hari ni. Sejak setahun leoas walau pun time tu PR saya 1 tapi saya buat tak kisah je. Rasa mcm xde kepentingan langsung dgn PR ni. Tapi sejak masuk tahun yg kedua, rasanya saya perlu struggle dan bekerja secara smart utk kemajuan blog sendiri, cuma masih byk yg perlu saya belajar.
Alhamdulillah, tahun kedua berblog PR naik ke skala 2.
Terima kasih tuan BM

As salam BM, saya baca entri ni sampai habis, juga semua komen yang diberi.Tahniah! penulisan terbaik berkaitan PR.:)dulu masa mula-mula berblog, sy banyak membaca, tapi tak faham apa hal dengan PR ni.lepas tu, stop kejap sebab dpt bby, then bila aktif semula, tahu-tahu bukak blog dah dapat PR 1,macam kelakar pula!.Bila saya mulai faham kepentingan PR, rasa susah betul nak naikkan PR blog.heheh..apapun setuju dengan pandangan BM, kalau blog PRtinggi tapi ada tekanan, pun tak guna juga..yg penting keep blogging n happy..:) terima kasihBM..

nina punya PR1 tp xkecewa sbb pageviews tinggi setiap bln.. apa pun info yg berguna :)

hainom OKje delete icon 9:13 PTG

Tak kisah le BM pagerank berapa pun...janji dapat syok sendiri dlm blog , sudah, hehe....
Apa pun blog Relax Minda mng sangat berpotensi! Tahniah!

Masih kosong..hihi...Takpelah, janji ada yang dapat faedah dari blog saya

baby comel delete icon 10:06 PG

Relakssminda terbaik!

Baru tau pasal PR ni..

dah cek sy punya 0 lagi.. :(

Kena usaha lebih lagi..

Mieza Jhaa K delete icon 12:39 PTG

Aduhhss PR ku masih ditakuk lama..hmm

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap