Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salah satu cara untuk menjana pendapatan di blog tanpa sebarang modal adalah melalui program affiliate. Sebelum anda menceburinya, anda harus memahami apa itu "Program Affiliate". Program affiliate ini secara mudahnya membawa maksud :
"menggunakan anda sebagai agen atau orang tengah untuk menjual, memasarkan dan mempromosi sesuatu produk di Blog. Anda akan di beri komisyen iaitu bayaran apabila berjaya membuat jualan, memasarkan dan menambah bilangan peserta program affiliate." 

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal

Mengenali Program Affiliate

Kini anda sudah faham apa itu program affiliate. Seterusnya anda perlu kenal pasti sama ada program ini adalah sahih, satu penipuan ataupun sekadar mengambil kesempatan. Program affiliate yang sahih dan boleh dipercayai adalah program affiliate yang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk anda menyertainya (tanpa modal). Ia juga tidak meminta sebarang nombor akaun anda kerana pembayaran adalah melalui cek diatas nama anda.

Menyertai program affiliate adalah percuma kerana anda bukan menjadi agen seperti MLM (multi level marketing) kerana anda tidak membeli dan menjual sesuatu produk secara terus. Anda berfungsi sebagai pengiklan yang hanya mempromosi produk tersebut. Oleh itu, jika ada program affiliate yang mengenakan bayaran, harap anda pastikan kesahihan program ini. Syarikat pengendali program affiliate ini juga mestilah sebuah syarikat yang sahih kewujudannya. Anda boleh semak dengan Jabatan Pendaftaran Syarikat (SSM)

 Ashadee @ JomNiaga

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal

Antara program affiliate yang paling dipercayai dan terkenal adalah Ashadee atau dulu dikenali sebagai JomNiaga. Disini anda ditawarkan pelbagai produk untuk anda pilih. Jumlah komisyen juga berbeza-beza mengikut produk. Ada juga produk yang menawarkan iklan PPC (pay per clik). 

Pilihlah produk mana yang anda mahukan untuk dipromosi dan pilihlah saiz serta bentuk iklan yang ingin diletakkan di blog anda dan anda telah bersedia menjana pendapatan. Antara contoh produk adalah seperti INI. Jika anda berminat dan ingin mengetahui program affiliate Ashadee ini sila ke SINI untuk maklumat lanjut dan mendaftar.

Exabytes

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal

Satu lagi program affiliate yang juga percuma untuk anda sertai adalah program affiliate oleh Exabytes. Exabytes merupakan pembekal produk dan perkhidmatan terunggul berkaitan website seperti domain, server, hosting dan sebagainya. Exabytes baru sahaja melancarkan program affiliate dan sebagai promosi dalam jangkamasa terhad ini, Exabytes memberi bonus RM50.00 kepada mereka yang mendaftar dalam program affiliatenya. 

Sebelum promosi istimewa ini tamat, segeralah anda mendaftar di SINI dan cari link Affiliate Program (dibawah sekali). RM50.00 akan terus dimasukkan dalam akaun affiliate anda sejurus sahaja anda mendaftar. Anda boleh mulakanlah promosi iklan produk Exabytes yang ditawarkan. Komisyennya juga agak tinggi jika anda berjaya membuat jualan.

Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal

Belum Cuba Belum Tahu

Ini adalah antara cara mudah untuk anda menjana pendapatan tanpa sebarang modal diblog anda selain dari iklan Nuffnang, Advertlets, Komli dan sebagainya. Tempekkan sahaja iklan ini nantikan hasilnya. Tak rugi apa-apa pun, anda masih juga berblogging seperti biasa. Selain dari 2 program diatas, ada banyak lagi program affiliate yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Yang penting jangan tertipu terutama jika melibatkan wang ringgit. Ingat! Menyertai program affiliate ini adalah PERCUMA! tanpa sebarang modal.



Jika anda rajin, buatlah artikel promosi dan selalulah hebahkan produk-produk tersebut di media sosial seperti komuniti G+, FB, Twitter dan sebagainya. Kalau dalam 3bulan masih tidak mendatangkan hasil...tukar produk affiliate lain atau delete sahaja. Saya tidak menjanjikan ianya berjaya tapi kalau anda tidak mencuba manakan anda tahu. 

Serikan blog anda dengan iklan dan Selamat mencuba....

p/s: Semua di atas adalah tepat dan betul pada masa dan ketika artikel ini ditulis. Harap maklum

42 comments - "Program Affiliate Menjana Pendapatan Tanpa Modal"

sayang pulak nuff akan tukar status kalau letak iklan lain...dok setia dgn nuff ja hehe

Jangan risau... Meletak iklan affiliate tidak menukar status Glitteri Nuffnang anda kerana Affiliate bukan pesaing kepada iklan Nuffnang.

paridah delete icon 7:03 PG

BEGITU YER...LUASNYA REZEKI ALLAH...TQ BERKONGSI INFO...IZINKAN KAK COPY YER...TQ

Dah register lama dah BM, masa plk takde nak letak iklannya dlm blog...asik bw guna phone je ni...huhuhu....

kak tie delete icon 8:03 PG

program affiliate oleh Exabytes tu utnuk pengguna blogspot pun boleh join ke?

Boleh saje...xde masalah.

Silakan...panjang2kanlah. Mungkin memberi rezeki buat mereka yg memerlukan

Ambil masa sekejap jer...mesti ada masa. Sajelah tu...hehe

EB delete icon 9:34 PG

ada blog..boleh buat duit pasif dengan iklan dan affiliate.. :) Tanpa blog pun masih boleh buat affiliate juga..

Betul...saya setuju :)

bagus juga buat yang mencari pendapatan tambahan, cuma kena rajin, kan?

Kakak kena join sama nampak gayanya BM.
Bila baca nampak tak susah pun ye..

Unknown delete icon 10:54 PG

macam senang..macam teringin nak join..tapi macam xde masa pulak nak duk lama2 depan lappy..BM tima kasih atas info nie..in shaa Allah.. =)

nak letak jugak iklan program affiliate ne..tapi takut status nuff bertukar.kalo x bertukar nak letak la.

terima kasih bkongsi..ya betul x cuba x tau..tringin gak tapi takut nanti status kat nufnang brubah..rasanya nak try gak la..

BinMuhammad delete icon 11:32 PG

Ya...perlu rajin. Tidak rugi pun jika mencuba

BinMuhammad delete icon 11:36 PG

Terpulang...tepuk dada tanya selera.
Tapi saya tak menjanjikan ianya pasti akan berjaya.

BinMuhammad delete icon 11:40 PG

Bila ada masa bolehlah Kak Nah cuba...

BinMuhammad delete icon 11:40 PG

Jangan risau...ianya tidak mengubah status Nuffnang anda.

BinMuhammad delete icon 11:41 PG

Tiada rugi mencuba... Ianya tidak mengubah status Nuffnang anda.

Mizz Aiza delete icon 12:18 PTG

aiza dah mendaftar jom niaga (ashadee) tu.. setakat ini tak dapat hasil.. terus aiza keluarkan banner iklan tu..

Yana Yani delete icon 12:44 PTG

bagus juga perkongsian ni BM
orang macam saya tak tahu, mungkin boleh cuba
manalah tahukan, rezeki yang ALLAH berikan

apapun terima kasih untuk perkongsian menarik ni

sitirohaida delete icon 1:44 PTG

banyak yang boleh kita cuba..yang penting usaha kan...mana tau rezeki allah nak bagi dalam berblogging,.

Tanpa Nama delete icon 1:45 PTG

wah..satu lagi cara menjana kewangan dengan blogging..hebat ni..

Unknown delete icon 2:22 PTG

Oooo.. baru tau apa tu Affiliate... :D
Thanks BM...
Ermm... boleh dipertimbangkan nie..! :)

Tanpa Nama delete icon 4:15 PTG

wah menarik juga ni !

banyak peluang ada ,tapi antara commitment atau tidak..terpulang pada kita

PCL delete icon 5:00 PTG

boleh cuba mana yg suka, mana yg boleh mendatangkan hasil..setiap blog ada personalitinya..ikut mana yg rasa sesuai lah senang cakap. tq BM

betul kata PCL, ikut kita lah, rasa sesuai letak... hihi, apa pun, satu perkongsian yang hebat..

BUNDA delete icon 5:36 PTG

wah macam menarik jer...kalau tak cuba tak tau kan...mana tau ada rezki...

Unknown delete icon 5:52 PTG

bagus penerangan ni BM
yumida de tampal exabytes, tp melibatkan jualan belum masuk lg
tgk cara BM promosi ni mcm berminat je
nanti yumida nak terjah satu2
td ade gak dpt email dri exabytes ni..pasal jualan gak...nanti guwe pikirin..hihi

yg ashadee tu pernah dgr n baca, belum berkecimpung..i nak usha jugak la..rugi ni kalau lepaskan peluang..kan kan

Blog Santai delete icon 8:44 PTG

Kalau serius program affiliate boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan yang agak stabil dan baik kan B. Tapi kena belajar teknik promosi yang bertul kalau tak memang agak sukar....

Pha Is delete icon 9:11 PTG

tgh consider nk try program2 ni..

Zawiah delete icon 10:02 PTG

maklumat yg berguna pd yg sdg mencari2 side income .

kakiblog delete icon 10:43 PTG

semoga perkongsian ini boleh mendatangkan rezeki pada seseorang..

semoga berjaya...

Saya belum memasang apa-apa iklan lagi pun.

T kasih diatas perkongsian BM..

mselim3 delete icon 9:09 PTG

Assalammualaikum...BM.

wahh.. byk income nie.. pape kena cuba dulu baru tahu,, daun serai daun gaharu belum try belum tahu..

mselim3

Program Affiliate yang dapat meraih penghasilan tanpa modal ini cukup menarik juga untuk dilakukan. Selain program tersebut, adakah tanpa modal yang lain?

Pha Is delete icon 5:42 PTG

x pe la.. tahun depan boleh dah kut nk mula serius pasal program ni..

Unknown delete icon 12:13 PTG

Cuba dulu baru tahu kan BM.. insyaAllah ada masa nnti nk join jgk..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap