Aktiviti Kreatif DIY Di Hujung Minggu - Membuat bekas serbaguna menggunakan straw minuman: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ini anda tidak kemana-mana? Bosan melayan kerenah anak! Mari lakukan aktiviti DIY yang mudah dan menarik bersama-sama mereka agar hujung minggu anda lebih menarik dan bermanfaat.

DIY (Do it yourself) atau anda lakukan sendiri, satu aktiviti kraftangan yang sungguh menarik. Sesuatu benda yang selalunya anda beli tapi sebenarnya anda boleh buat sendiri dengan mudah. Ia juga dapat mengajar anak-anak anda agar menggunakan akal dan kreativiti.

Hujung minggu ini apa kata anda bersama anak-anak membuat aktiviti DIY mudah ini. Jom! Kreativiti bekas serbaguna dari straw minuman.

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Kreativiti DIY

Cara membuat bekas serbaguna dengan straw minuman:

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan :
1. Straw
2. Gelung tisu terpakai
3. Gunting
4. Pembaris
5. Pen atau marker
6. Gam

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Langkah pertama :
Ukur panjang diameter luar gelung tisu terpakai.
Setelah itu tandakan pada straw mengikut ukuran tersebut. Buat 3 tanda.
Bengkokkan straw pada bahagian yang ditanda sehingga menjadi 
segi empat sama dan cantumkan hujungnya

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Buat sehingga anda mendapat sejumlah yang diperlukan

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

Langkah seterusnya :
Kini masa untuk serlahkan kreativiti anda. 
Susun straw berbentuk segiempat tadi pada gelung tisu terpakai.
Gunakan gam untuk melekatkan straw dengan gelung tisu.
Susun ikut daya kreatif anda. 

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu
Contoh susunan yang boleh anda lakukan.

Tips : 
1. Gunakan straw pelbagai warna utk hasil yang lebih menarik.
2. Selain bentuk segiempat sama, cuba kreativiti anda dengan bentuk-bentuk lain.

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu
Hasilnya :
Sebuah bekas serbaguna yang menarik. Selamat mencuba!

Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti menarik dan bermanfaat dan kreativiti DIY adalah satu yang boleh dilakukan bersama-sama.Gunakan masa keemasan di hujung minggu anda dengan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Salam manis di hujung minggu.


Author by Bin Muhammad

27 comments - "Aktiviti Kreatif DIY Di Hujung Minggu"

Assalamualaikum BN. cantiknya! kreatifnya! sheila taktahu pula kena buh benda bulat kat tengah tu pastu gam. hehehe rasa nak buat pula. ada tak tutorial camne nak lipat surat khabar jadi kecil2 pastu cantumkan tanpa digam untuk dijadikan seperti angsa dll. ingat tak? tau tak? dulu sheila pernah buat masa kecik2, skrg dah lupa. hehehe

Unknown delete icon 12:33 PTG

mula-mula tengok mcm tak reti nak buat...bila ada cara kat bawah tu senang rupanyer...tq BM ....jadi inspirasi utk buat aktiviti bersama anak....

memang menarik..benda simple je bleh jadi menarik

paridah delete icon 2:37 PTG

cantik n kreatif...lakukan bersama sekeluarga tentu menyeronokan...

Khir Khalid delete icon 2:47 PTG

Mmg menarik.. aktiviti mcm ni sgt baik buat semua ibu bapa buat bersama2 anak.. kaedah merapatkan nilai2 kekeluargaan yg baik, menjimatkan serta membantu meningkatkan daya kreativiti pemikiran anak2.. t kasih diatas perkongsian yg menarik ni.. Salam hujung minggu BM, semoga sentiasa ceria disamping yg tercinta.. :)

aktiviti yg menarik bersama fmly di hujung minggu...:)

ZaridaIshak delete icon 4:17 PTG

menarik aktiviti ni... tetapi kena beli straw pulak... agaknya ganti dengan gulungan kertas terpakai boleh kot...
selamat berhujung minggu :D

ANIM delete icon 5:28 PTG

Kak dpt idea utk aktiviti puteri islam nanti. Senang nk cari bahan

Wafi Remli delete icon 5:37 PTG

Nampak cam boleh cuba nih...!

dulu rajin tengok mr maker dengan anak-anak, tapi yang ni pun ok juga

Assalam
Menjana pemikiran kreatif ini. Sangat menarik. Terima kasih berikan panduan membuatnya.

cuma kena cari straw yg berwarna warni la..hmm, mesti syok klau bt dengan budak2 kecil..diorang mesti suka..

BUNDA delete icon 9:12 PTG

Selamat berhujung minggu BM...
Amboi DIY nyer siap ada cara2 dan kaedahnya...
Mesti ramai berminat ni...

Tanpa Nama delete icon 9:25 PTG

bestnyer kalau ada otak kreatif..mampukah diri ku ?

Blog Santai delete icon 10:47 PTG

Cantik & Creative..salam hujung minggu BM!!!

Yana Yani delete icon 12:15 PG

zaman sekolah dulu saya selalu buat benda ni!
seronok buat benda ni dulu dengan kawan-kawan

straw tu boleh buat macam-macam
saya pernah buat bintang, bunga, daun
ada satu musim dulu semua orang gilakan straw
hehe...

Mizz Aiza delete icon 9:21 PG

kreatif dan cantik.. siapa sangka ianya berasal dari bahan terbuang..

OKje delete icon 9:46 PG

Emmmm...cantik jugak tu...boleh cuba...tp kena cantumkan straw tu jadi 2 biar panjang sikit sebab kalau sebatang mmg tak cukup tu BM...
Awak dah try lum.....buat le dulu laki bini kat rumah pas tu souvenir le kasi okje!

Kalau yang tak ada anak macam mana BM? Tak apalah, nanti boleh buat dengan anak murid.

Pha Is delete icon 12:25 PTG

kreatif..
selamat berhujung minggu..

wahhh kreatif , masa sekolah dulu selalu buat

Unknown delete icon 11:15 PG

Orang kreatif nie... menda terbuang pun boleh jadi cantik kan...

Suka.. suka.. suka... (y)

Unknown delete icon 12:57 PTG

Kreatif..simple sahaja csranya tp hasilnya menarik

menarik..entri yang baik

Unknown delete icon 10:18 PG

Kalau ada barang terbuang yang boleh digunapakai semula pasti akan nampak cantik kan...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap