بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Kehidupan berumahtangga perlu adanya gurau senda dan tawa. Suami isteri perlu bijak menangani situasi dan keadaan agar suasana tidak menjadi suram dan membosankan. Suami dan isteri perlu ada komunikasi...

Bijak Menangani Isu Dan Situasi

Bila Suami Isteri Bergurau...
Bila Suami Isteri Bergurau Senda
Sesuatu isu yang berat dan sensetif juga boleh menjadi satu topik yang ringan jika kita bijak berbicara. Ianya dapat mengelak dari berlakunya pertengkaran atau tindakan yang tidak diingini.

Apa yang penting adalah ianya dapat memberi maksud yang mendalam tanpa perlu berlakunya perselisihan faham.

Tenangkan minda anda dan jom kita santai seketika dengan sketsa ini... Tidak perlu terus melenting, tetapi bijak membidas tanpa perlu bertengkar...Yang pasti, ianya akan membuatkan yang bertanya terus berfikir semula berulang kali. 

Sketsa Suami Isteri

Suami : Wahai isteriku yang ku sayang...
Isteri  : Ya...Abang

Bila Suami Isteri Bergurau Senda...

Suami : Sayang... abang nak kahwin lagi satu boleh?
Isteri  : Boleh... tapi syaratnya abang kena belajar 'grammar english' dulu.

Bila Suami Isteri Bergurau Senda...

Suami : Hmmm... Senang jer tu...
Isteri  : Ok... Satu tu 'singular' dua atau lebih 'plural'... betul kan?

Bila Suami Isteri Bergurau Senda...Bila Suami Isteri Bergurau Senda...Bila Suami Isteri Bergurau Senda...

Suami : Ya..betul
Isteri : One car...'singular' Two cars...'plural'. Apa bezanya?

Bila Suami Isteri Bergurau Senda...

Suami : Senang jer... tambahan huruf 's' itulah untuk 'plural'
Isteri : Betul tu... pandai abang. Jadi ianya sama lah seperti abang.

Bila Suami Isteri Bergurau Senda...

Suami : Apa pula yang samanya?
Isteri : Ye lah... Satu isteri abang 'mampu'. Kalau dua isteri... maknanya dah jadi 'plural'. Tambah ajer 's'... Abang nak? .... :)
Suami : .... :(


Gurau senda pun harus ada hadnya... Tidak semua perkara juga boleh dibuat bergurau. Suami dan isteri harus faham akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing, Apa bila ada kesefahaman, pasti akan saling hormat menghormati. 

Bila Suami Isteri Bergurau Senda...

Ikatkan jalinan kemesraan suami dan isteri. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan andai adanya perbincangan. Jangan bertindak terburu-buru kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan diberkati. Ikatan yang terbina berkekalan hingga ke syurga... Bergurau senda membawa ceria.


Author by Bin Muhammad

50 comments - "Bila Suami Isteri Bergurau Senda..."

Wafi Remli delete icon 12:24 PG

Cuma kena elakkan perkara yang boleh mendatangkan perkara tak baik...

kakiblog delete icon 1:09 PG

tak boleh cakap macam tu dengan suami..keredhaan Allah SWT letaknya pada suami..maka kalau nak hidup bahagia dan berkat..jangan buat hal.

hehe...nak MAMPUS..garangnya siisteri...

hihiih... jangan bergurau sampai melampau-lampau sangat... desyum kang tak pasal-pasal..

heheehehehe tersenyum simpul saya baca sketsa suami isteri tu..
boleh buat jadi bahan gurau kat Nizam nanti ni.. hehehe

Sweetnya..

Ohoho... cantiklah N3 BM hari ini. Kakak senyum-senyum sendiri dibuatnya. Komunikasi yg 'cantik' antara pasangan. Apalah yg buat BM ada idea ini agaknya:)

Gurau pun ada batasnya juga ni BM... ini klau x kena gaya ni...bole msam muka ni...huhuhu..

Baca pepagi bole jdi lawak pun ada ni..:)

Unknown delete icon 9:01 PG

Entri yang menarik.

Jom singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

paridah delete icon 9:27 PG

yes entry terbaik...tergelak sekejap...

Lelaki ni kdg2 bila gurau2 bab2 plural ni takutnya jadi betul nanti hahaa.. :D

Aimacomel delete icon 10:00 PG

Ni yg kita nak cepat2 kawin ni. Hehehehe,

BinMuhammad delete icon 10:15 PG

Ya sewajarnya di elakkan...itu lebih baik

BinMuhammad delete icon 10:16 PG

Ya...jangan buat hal...tiada timbul masalah :)

BinMuhammad delete icon 10:17 PG

Bukan garang...peringatan...hehehe

BinMuhammad delete icon 10:18 PG

Garang tu...hehe
Ya...gurau pun harus ada had dan isu2nye...maklumlahkan...

BinMuhammad delete icon 10:25 PG

Senyum2 juga... hehe
Tapi memang bestlah Zaza, boleh melawak dgn suami walaupun isu sensetif :)

BinMuhammad delete icon 10:27 PG

Terima kasih. Semoga terubat kedukaan... terus sabar & tabah ya!

BinMuhammad delete icon 10:29 PG

Bukan idea saya lah kak...jumpa kat FB, cuma buat sedikit olahan.

BinMuhammad delete icon 10:37 PG

Ada masanya kita tidak menyangka gurauan yg tiba, sebab itu perlu bijak menangani dan jangan cepat melenting. Sentiasa positif dan dapat membalas gurauan dgn bernas.

BinMuhammad delete icon 10:48 PG

Terima kasih... :)

BinMuhammad delete icon 10:49 PG

Ceria di pagi hari... :)

BinMuhammad delete icon 10:51 PG

Hahaha...saja nak tengok reaksi dan jawapan isteri...
Kalau jadi betul tu...kebetulan...hahaha :D

BinMuhammad delete icon 10:53 PG

Kalau dah ada tu...jangan tunggu lama-lama :)
Saya nak ucap tahniah! (in advance... boleh ke...hehe, semoga jadi kenyataan)

Tanpa Nama delete icon 11:15 PG

apapun yg kita buat kena berpada2lah.. gurau2an penambah rencah dlm perkahwinan yng penting saling menerima seadanya kan

Yana Yani delete icon 11:21 PG

hehe...kelakau juga baca sketsa ni
siap boleh bayangkan suasana...hehe

bergurau memang penting dalam hubungan suami isteri
kena juga ada sifat kompromi dan tolenransi =)

Unknown delete icon 12:29 PTG

Hehehe... pandai juga isteri dia buat lawak yerr... :D

Rumah tangga yang serius tentu membosankan kan... apa pun itu terpulang kepada citarasa masing2.. :)

bergurau perlu berpada2 .. tetapi suami pula jangan terlalu ambil hati.. itulah asam garam kehidupan

Unknown delete icon 1:08 PTG

Hehe..sketsa ni buat sy senyum..
Dlm rumahtangga x gurau senda
..ndak best jika serius sgt BM..^-^

Linda delete icon 2:25 PTG

hehehe...;) saya follow sini...

ayuzan delete icon 2:45 PTG

tak bape nak minat lelaki gurau bab plural. cakap kan doa..

Tanpa Nama delete icon 3:22 PTG

adeh..tersembur air teh dari mulut saya...

OKje delete icon 3:47 PTG

Hehe.....sendiri tulis sendiri mau ingat la....
Memang sengajakan jolok sarang buaya....biar buaya makan mini angsa, kasi mati huhu....

Unknown delete icon 7:34 PTG

betul tu
gurauan kena ada tmptnya..kang takut menyakiti pihak 1 lg
bila masing2 stress then pasangan kita buat joke..terasa damai seketika..kan kan

oh ya..nak tanye kat BM..macam mana kasi tambah link bwh tu..dekat widget attribution tu...yumida hanya dpt masuk link blog je..link kedua x dpt...
nanti klo BM free, blh kasi ajarkan..yg de tulis washingtonpages, virginiapages....
Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!

Unknown delete icon 8:01 PTG

gurau senda membawa bahagia..tapi jika terlebih gurau lain pula jadinya..hihi.. senyum sampai telinga baca n3 BM kali ni..

Zawiah delete icon 8:03 PTG

walau sekadar bergurau senda , kekadang yg kuar kat mulut jadi doa . Jgn terkedu klu benar berlaku . Klu perkara yg baik dah tentu menggembirakan kedua belah pihak . jika sebaliknya , akan ada yg merana ...

sweet couple...bila bergurau senda

gurau2 syg…sape yg kene … blh jatuh saham lepas gurau nie...

Entri penceritaan yang sangat menarik. Teruskan lagi.

Tanpa Nama delete icon 10:53 PTG

kelakar betul kan?mampu & mampu(s)..

broaus delete icon 11:07 PTG

Hasil tulisan yg pasti mampu membuat suami berfikir banyak kali..serta contoh realiti kehidupan..

broaus delete icon 11:08 PTG

Hasil tulisan yg pasti mampu membuat suami berfikir banyak kali..serta contoh realiti kehidupan..

Mizz Aiza delete icon 11:41 PTG

garang betul isterinya sampai belajar grammar.. hihi.. gurauan berbisa tu..

Assalamualaikum BM. gurau senda perlu utk menceriakan kehidupan rumah tangga.

haha..gurau senda dlm rumahtangga memang harus ada, bila saya dan encik suami dalam mood "best friend", kami biasa gurau tentang hal ini..heheh..

ni boleh jadi panduan pada yang tak kahwin lagi..hehehe

BUNDA delete icon 12:47 PG

Kira ok lah tu jawaban siisteri tu...ada kiasan bagai...kalau yang dikatakan melenting tu dah lama desyumm terus....tu pun kalau si suami tak faham bahasa jugak tak tau lah...

Unknown delete icon 2:02 PG

Salam..mulanya x phm gurauan tu,tp bila baca balik,baru phm.Kelakar tp dlm masa yg sama cuba bg peringatan pd sang suami..hehe..anyway sy org baru dalam dunia blogging nie,harap dpt belajar dgn org b'pgalaman cam tuan punya blog ni.. :)

Hahaa! Tergelak jugak baca ni. Menarik dan sebenarnya gurauan tu berilmiah. :)

Dja delete icon 10:41 PTG

Ada betulnya dialog akhir si isteri tu ...ukur upaya diri,kalau tidak memang kena tambah 's' hihihik :)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap