Boleh dikatakan hampir kesemua blogger sama ada di Malaysia atau diseluruh dunia bermula dengan domain dan hosting blogspot. Blogspot merupakan tapak permulaan terbaik buat blogger kerana ianya percuma dan cukup mudah didaftar.

Disinilah pengalaman dan ilmu mula dikutip sebelum berpindah kepada hosting dan domain berbayar yang menyediakan perkhidmatan yang lebih mantap serta mesra Search Engine Optimization (SEO), Search Engine Result Page (SERP), Alexa Rank dan Pagerank untuk meningkatkan diri menjadi seorang blogger yang lebih berjaya dalam mencapai matlamat mereka.

Blogspot

Blogger Blogspot Perlu Berusaha Untuk Bersaing

Walaupun blogspot dimiliki oleh Google tapi tidak bermakna ia menjadi pilihan kerana Enjin carian dan Ranking lebih memandang kepada domain dan hosting berbayar.

Ianya menunjukkan komitmen dan kesungguhan mereka menjadi seorang blogger yang tegar kerana kesanggupan berbelanja disamping perkhidmatan pengendali yang cukup mesra dengan kehendak pengendali enjin carian dan keperluan untuk meningkatkan ranking.

Namun begitu ia tidak bermakna blogspot terus dipinggirkan. Blogger blogspot perlu bersaing dengan domain berbayar ini melalui pendekatan tersendiri. Blogger blogspot perlu berusaha untuk memikat enjin carian agar lebih mesra dan di indek oleh robot enjin pencari ini. Perlu pendekatan berkualiti dan backlink yang mantap untuk mendapat kedudukan ranking yang baik.

Untuk itu sebagai blogger blogspot, anda harus bekerja keras untuk menimba ilmu dan mempraktikkan keupayaan serta meningkatkan kualiti blog anda agar menarik minat pengendali enjin pencari. Antara yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut :

Penuhi Asas SEO Sebuah Blog

Blog anda perlulah memenuhi kehendak dan spesifikasi yang diperlukan oleh pengendali enjin carian. Bagaimana hendak mengetahui status blog anda? Mudah sahaja... Anda check di chkme.com. Disini, blog anda dinilai sama ada mempunyai informasi asas yang diperlukan bagi sesebuah blog yang mesra SEO. Jumlah score anda amat baik jika melebihi 80%.

Asas sebuah blog untuk di indek oleh robot enjin pencari adalah pertamanya mesti ada heading. Heading pertama atau h1 anda mestilah nama blog/tajuk entri anda. Nama blog/tajuk entri umpama pengenalan diri buat blog dan artikel anda. Jika tiada nama bagaimana nak kenal...betul tak?

Apabila sudah ada nama blog/tajuk entri, haruslah ada nama gelaran lain yang berkaitan, iaitu h2, h3 yang memudahkan blog dan entri anda dikenali. Ianya adalah sub-sub tajuk dalam artikel anda.

Seterusnya anda perlulah ada pengenalan diri untuk memperkenalkan blog anda. Untuk itu anda mesti ada 'description' untuk menerangkan secara ringkas dan menyeluruh mengenai blog. Ianya janganlah terlalu panjang, Sebaiknya kurang dari 500 huruf...tapi jangan pula terlalu pendek.

Anda juga perlu meletakkan 'keyword' atau kata kunci carian untuk blog anda. Ianya haruslah perkataan yang berkait rapat dan selalu digunakan dalam topik dan isi kandungan blog anda.

Selebihnya...ianya berkaitan dengan kemesraan dan masa loading blog anda. Setiap link dan gambar mestilah lengkap dengan description agar mudah di indek. Penggunaan flash dan iframe tidak digalakkan kerana ianya melambatkan loading blog anda dan kurang mesra robot enjin pencari.


Dapatkan score melebihi 80% dan penuhi kuota utama iaitu h1,h2,h3, description dan keywords...pasti anda peroleh score ini. Bagaimana hendak memenuhi segala kriteria ini? Anda perlulah ke Blog hasrulhassan.com dan segala ilmu ini ada disitu.

Entri Berkualiti dan Kata Kunci Popular.

Bila robot pencari mula datang mengindek (crawl) blog anda, perkara seterusnya yang anda perlu beri perhatian adalah pada entri anda. Tajuk entri memainkan peranan penting. Itulah kuasa SEO utama untuk trafik melalui enjin carian. Kata kunci popular dan hangat semasa mahupun sepanjang masa penentu kepada kejayaan entri anda untuk mendapat trafik/view yang tinggi.

Namun untuk keberkesanannya, entri anda haruslah menepati kualiti yang perlukan. Harus diingat, yang mengindek entri anda ini adalah robot enjin pencari, ianya bukan manusia yang punya sifat pilih kasih dan perasaan. Robot ini hanya mengindek mengikut arahan dan ciri-ciri yang telah ditetapkan.

Oleh itu, entri anda haruslah mengikuti kehendak robot enjin pencari ini dan bukannya mengikut kehendak serta kemahuan anda. Diantara yang perlu anda lakukan untuk memikat robot ini adalah :
  1. Artikel anda mestilah melebihi 300 patah perkataan, 
  2. Mempunyai karangan lengkap seperti mempunyai perenggan dan sub-sub tajuk, 
  3. Kata kunci yang berulang dalam entri
  4. Format artikel yang lengkap iaitu punya pendahuluan, isi serta penutup.
  5. Gambar mestilah mempunyai description dan atl text yang berkait dengan entri
  6. Letakkan backlink berkualiti (Blog PR tinggi) yang terkait dengan entri anda
  7. Paling penting ianya mestilah artikel karangan original anda. (bukan copy paste)

Hantar Link Blog Ke Pengendali Enjin Pencari.

Google Webmaster
Cara ini adalah cara terbaik bagi blogger blogspot untuk meningkatkan persaingan dalam menempatkan diri di enjin carian. Menanti robot enjin pencari mengunjungi anda....entahkan tiba entah kan tidak. Apa kata anda sendiri yang menghantar kepada laman pengindek ini untuk di indek oleh robot pencari. Ianya lebih terjamin dan berkesan.

Anda boleh mendaftar dan hantar entri anda ke Google webmaster untuk di indek oleh Google dan Bing webmaster untuk di indek oleh Yahoo serta Bing. Ia merupakan pengendali enjin pencari paling berpengaruh dan paling ramai pengguna di Malaysia dan seluruh dunia. Guna kelebihan ini untuk anda meningkatkan tahap SERP entri blog anda.

Anda juga boleh hantar kebeberapa lagi pengendali enjin pencari diseluruh dunia melalui pelbagai perkhidmatan ping percuma yang banyak ditawarkan dilaman sesawang seperti Google Ping dan Entireweb.

Ilmu Dan Usaha Itu Tangga Kejayaan

Persaingan blogger blogspot untuk berada di muka hadapan enjin carian dan meraih trafik/view yang tinggi bukanlah sesuatu yang mustahil. Dengan adanya ilmu dan kesungguhan, anda mampu lakukannya.

Kontest Ilmu Blogspot
Namun untuk meningkatkan Ranking (Alexa & Pagerank) ianya agak sukar dilakukan walaupun tidak mustahil. Anda perlulah menambahkan ilmu yang mendalam dalam meningkatkan kualiti blog, entri, backlink, kata kunci, blogwalking dan sebagainya. Jika anda berusaha, pasti akan berjaya juga....InsyaAllah

Semoga sedikit ilmu dari pengetahuan dan pengalaman sendiri ini dapat membuka minda dan memberi pencerahan buat pengguna blogspot untuk meningkatkan ilmu dan bersaing untuk peningkatan trafik, ranking, kualiti blog serta entri dan mungkin juga mencapai matlamat anda untuk menjadi seorang blogger yang popular dan berjaya di Malaysia.


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Author by Bin Muhammad

31 comments - "Ilmu Blogspot Buat Blogger Malaysia"

SEO Score 100%..tahniah BM..

Unknown delete icon 4:57 PTG

Wahh..hebat! Tahniah..:D

Unknown delete icon 4:57 PTG

betul tu..pengguna blogspot kena usaha lebih gigih utk pikat pembaca..npaknya fizi kena banyak lagi berilmu dgn blogspot nie..huhu...all the best bro :)

Assalamualaikum.. tak larat sheila nak berSEO. hehe sejak dah downgrade domain ke blogspot semula. terasa kurang berminat nak berblogging. hihi. skrg ni habiskan waktu riadah dan hutang review sebelum tutup blog (",)

Patutlah entri ni semacam je, rupanya untuk kontes ya. Tahniah! Semoga berjaya BM.

Unknown delete icon 5:35 PTG

wah..mantap pengisiannya BM..segala point yg BM curah pasti yumida kutip satu2..ilmu tuuuu
nak mendalami alam blogging ni...mcm BM..terpegun baca buah fikiran BM..yumida doakan yg tebaik buat BM..all d bez
Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!

Yana Yani delete icon 5:43 PTG

walaupun kontes, tapi saya rasa betul-betul bermanfaat
terima kasih untuk pencerahan tu BM
amat menghargainya! =)

Wafi Remli delete icon 6:06 PTG

Perkongsian yang sungguh bermakna. Terima kasih:)

sangat bermanfaat.. walaupun segmen tapi maklumat detail

Unknown delete icon 8:44 PTG

wah..100 % tahniah..tabik spring toing toing

Blog Santai delete icon 8:50 PTG

Contest rupanya...no wonder panjang lebar...nway good luck BM!!!

Unknown delete icon 10:04 PTG

good luck..terbaik ulasannya...cik akak tak mampu lagi ...

ZaridaIshak delete icon 10:11 PTG

sungguh tak terkejar... 100% tu.
kena rajin dan usaha lebih lagi.... untuk dapatkan dan mahir dalam ilmu seo
:D

Tanpa Nama delete icon 10:26 PTG

kathy pun tak mampu lagi...

mselim3 delete icon 12:21 PG

Assalammualaikum,..BM,

moga BM berjaya k... insaallah dimana ada kemahuan disitu ada jalan...

mselim3

BUNDA delete icon 1:30 PG

Tahniah BM...

full of info even this is a contest.. i'll bookmark this page coz i wanna study it & apply to my blogspot. hehehe terima kasih BM..

fragmenbiru delete icon 10:10 PG

Gud luck.... !!

entri ini memang hebat, mama memang kosong tentang ini, yang basic boleh lah.. mama ucapkan semoga BM terus berjaya dengan gagah perkasanya.. amin..

Tahniah BM..zie ucapkan terus berjaya dan berjaya...amin..

kak tie delete icon 5:01 PTG

wow..tahniah..

Mizz Aiza delete icon 5:53 PTG

wah.. hebat betul BM dapat SEO 100%.. banyak ilmu yang boleh diperolehi dengan membaca entri ini.. semoga BM berjaya dalam contest ini.. :D

umiawadah delete icon 7:05 PTG

makin banyak info yang BM share dengan blogger seperti saya ni...terima kasih...saya tak dapat score banyak tu..hehehe

Tie HT delete icon 8:01 PTG

banyak ilmu blogging yang dikongsikan..
terima kasih :)

Alhamdulillah Tahniah.. t kasih diatas perkongsian BM.. :)

Wah, satu perkongsian yang bermakna. :)

ANIM delete icon 7:01 PTG

seo 100%?tahniah..

OKje delete icon 12:51 PTG

Tahniah BM....
Apa pun blog zirafah akur bahawa blog zirafah mmg tak akan sampai ke carian google tu apa taknya merapu je lebih hehe... Redhoooo.

Unknown delete icon 6:25 PTG

Thanks byk2 atas penerangan yg lebih detail BM.. :)

Aimacomel delete icon 12:44 PG

Tahniah atas entri ilmu ni. Semoga berjaya dan ilmu ni terus berkembang..

Tahniah dan terima kasih untuk info yang sangat berguna ni. :D

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap