Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2014
Tahun Baru 2014
1 Januari 2014Tahun Baru bagi kalendar Masihi. Setiap kali menjelang tahun baru akan pasti ada pesta atau sambutan besar-besaran yang diadakan disetiap bandar-bandar besar di negara ini di malam 31 Disember.

Sambutan diambang tahun baru dengan nyanyian, tarian, sorakan, tepukan, percikan bunga api dan pelbagai lagi kemeriahan. Bagaikan satu kemuncak kegembiraan dan keseronokan yang tiada batasan. Diketuai oleh pemimpin-pemimpin negara, himpunan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bergembira bersama tanpa ada halangan atau batasan.

Bermulanya Sambutan Tahun Baru

Tahukah anda bagaimana bermulanya sambutan meraikan Tahun Baru Masihi ini? Untuk pengetahuan anda, sambutan tahun baru adalah Perayaan Kaum penyembah berhala di Rom yang merayakan tahun baru mereka iaitu Hari Janus. Siapa Janus? 

Julius Ceasar...ketua bangsa Rome pertama yang menetapkan 1 Januari sebagai hari permulaan tahun baru pada 46 SM. Bangsa Rome mempersembahkan hari (1 Januari) kepada Janus iaitu Dewa segala gerbang, pintu dan permulaan waktu.

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2014
Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka
Malah nama bulan Januari itu sendiri berasal dari nama Dewa Janus iaitu dewa yang memiliki dua wajah yang membawa maksud sebelah muka mengadap ke masa depan dan sebelah lagi mengadap ke masa lalu. Itulah Janus.

Bangsa Rome meraikan sambutan tahun baru dengan tarian mengelilingi unggun api, meniup trompet, berpesta ria, bersorak, mabuk, bertukar perempuan, menyanyi dan menari bersama. 

Renungan Buat Umat Islam

Jika anda perhatikan sambutan tahun baru di zaman ini, perkara yang hampir sama dilakukan dalam menyambut tahun baru. Yang lebih menyedihkan... semakin ramai umat Islam turut sama meraikan sambutan tahun baru ini. Sesungguhnya benarlah apa yang terkandung dalam hadis ini.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِي بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ فَقَالَ وَمَنْ النَّاسُ إِلَّا أُولَئِكَ
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku akan melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh umat di dalam kurun-kurun sebelumnya sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah! Apakah seperti Parsi dan Rom? Nabi s.a.w. menjawab: “Siapa lagi dari kalangan umat dahulu selain mereka?”
Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2014Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2014

Oleh itu renung-renungkanlah. Sebagai Umat Islam yang mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah ...perlukah kita untuk menyambut Tahun Baru Masihi ini? Masih belum terlewat untuk berubah. Semoga kita tidak terus hanyut dengan keseronokan dan tipu daya dunia yang sementara ini. Masih ada masa untuk memperbetul dan mamperbaharui akidah. Jangan kita terus tersesat...

Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah dan janganlah kau hukum dan binasakan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2014Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2014

Yang mana satu pilihan anda? Kiri atau kanan



Author by Bin Muhammad

27 comments - "Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2014"

Semoga menjadi iktibar & peringatan buat kita semua.. in shaa Allah. T kasih BM diatas perkongsian ilmu ini..

BUNDA delete icon 4:02 PG

Assalam..
Pilihan ditangan anda ...pilihlah jalan mana yang anda mahu...
Baik datang dari Allah ..Yang buruk datang dari kelemahan diri sendiri...

SELAMAT TAHUN BAHARU BM....

menyambut tahun baru biarlah dalam kesederhanaan...thanks for sharing BM....
selamat tahun baru untuk BM...

Setiap tahun habis duit, tembak bunga api. Padahal di kampung, ada tempat yang tak ada lampu. Hidup dalam kegelapan.

Selamat Tahun Baharu, BM.

Salam tahun baru BM. boleh menyambut tahun baru.. tapi biarlah cara kita..yang lebih islamik.yang mengajak kearah kebaikan dan diredhai olehNya..

Hari ini sekolah dah mula dibuka di Kedah. Selamat bercuti buat BM di sana.

kakiblog delete icon 10:40 PG

perkara ini perlu dihebohkan supaya ramai yang sedar dan kembali ke pangkal jalan..

Entri Terkini : Bermulanya Azam Blogger Tahun 2014

selamat tahun baru 2014

selamat tahun baru jugak.
tahun baru azam baru :)

selamat tahun baru 2014 BM.. ternyata sejarah mengajar kita agar tidak terlalu taksub untuk menyambut tahun baru.. semoga kita tidak termasuk dalam golongan seperti itu..

baby comel delete icon 3:48 PTG

terima kasih diatas ingatan tu tuan BM,
Alhamdulillah setakat hari ni, bdlum pernah lagi terlibat dalam mana2 aktiviti sambut tahun baru ni. Wasting my time. Saya rela berada di rumah, masih banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan dari countdown bercampur rapat2 begitu.

Salam tahun baru ye tuan BM

selamat tahun baru 2014

selamat tahun baru ^_^ acik di shah alam mendengar cerah unstaz don

Yumida Huda delete icon 7:19 PTG

selamat thn baru BM

ANIM delete icon 7:55 PTG

dah 4 1/2 tahun dok di bumi Kedah...baru tahun ni ada sambutan tahun baru besar2an di SP. terkejut juga....

EB delete icon 9:30 PTG

saya dari tahun lalu lagi tido..tahun ni baru terbangun.. :)

fbacklink delete icon 9:50 PTG

saya tawakal saja dengan semua yang terjadi

Zawiah delete icon 12:38 PG

baru saja tadi , ada sahabat mahu berbalah tentang status fb saya berkaitan sambutan thn baru dr sudut islam . semoga Allah buka minda mereka ... aaamin .

Oh, suatu perkongsian yang menarik dan relaks minda. Thanks for your sharing:)

blogwalking...nice sharing.

Kakzakie delete icon 8:52 PG

Tapi kakak rasa tahun ini sambutan tergendala sikit di KL sebab pihak polis sibuk menyekat adanya perhimpunan nak buat demonstrasi. Bagus juga taklah isu mabuk sana-sini bermaharajalela... Sedih bila tahun masihi dirai 'gila-gila' apa lagi yg terlibat lebih ramai 'anak-anak' dan 'adik-adik' kita...

Selamat tahun baru BM. Kakak dilanda kesibukan sekarang ni.

Yang ada Ella tu tengok jugak tapi tengok depan TV kat rumah haha.......Ustaz UAI tu ada siaran langsung ke?

Amanda Suria delete icon 12:08 PTG

SA x pernah sambut dah..dah umur2 gini...duk umah tido lagi best..

hmmm.alhamdulillah.entri ini membuka mata kathy tentang erti kata tahun baru sebenarnya..semoga semua ambil iktibar dari perkongsian ini.

Ummi Kami delete icon 3:00 PTG

Assalamualaikum BM...Selamat Tahun Baru dari Ummi semoga menjadi lebih baik....amin.. ^^

Alun deru berkabut daik,
Redah gua turun kelawar;
Tahun baru disambut baik,
Seindah doa mohon penawar.

Meriahnya tahun baru, semoga meriah juga amal kita. Azam yang tidak pernah berubah, untuk menjadi yang labih baik. :)

acik idah delete icon 1:55 PTG

Puluhan juta ringgit di BAKAR begitu sahaja setiap malam tahun baru... ohh sungguh membazirr...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap