![]() |
Seni gubahan pokok hiasan |
Ia bukan sahaja menampakkan suasana lebih menarik tetapi kreativiti ini menjadikan halaman dan taman kelihatan lebih berseni. Ianya pasti menjadi tarikan unik sesiapa sahaja yang memandang.
Seni Hiasan Topiari
![]() |
Seni topiari |
Seni gubahan pokok hiasan ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Seni ini juga dikenali dengan nama seni arca hidup atau topiari.
Ianya dapat membentuk struktur dan karekter taman yang menampilkan keunikan dan kecantikan. Seni topiari terkini tidak lagi terhad kepada bentuk-bentuk geometri atau objek mudah dibentuk tetapi menjangkau kepada kepelbagaian rupabentuk yang sungguh mengagumkan.
Belajar Seni Gubahan Pokok Hiasan
![]() |
Seni gubahan topiari |
Jika anda berminat dengan seni hiasan ini, anda perlukan pengetahuan, kemahiran, ketekunan, kesabaran dan pengawasan yang rapi. Bermula dengan pemilihan rekabentuk yang anda inginkan, diikuti pula dengan pemilihan jenis pokok yang sesuai. Dari situ anda juga perlu bijak memilih kombinasi dan susunan pokok tersebut agar bertepatan dengan objek yang anda inginkan.
Apabila percambahan dahan mulai lebat, maka bermulalah pembentukan rekabentuk. Cara yang paling mudah dan biasa digunakan adalah dengan menggunakan dawai. Kerangka dawai dibentuk mengikut bentuk objek yang ada mahukan.
Ianya mestilah kukuh dengan rongga yang sesuai untuk dahan berpaut. Sedikit semi sedikit, dahan/ranting ini bertambah lalu diikat pada kerangka. Pembentukan tunas-tunas baru menambahkan dedaun lalu memenuhi setiap bahagian dan rongga kerangka untuk membentuk objek yang diinginkan.
![]() |
Kreativiti gubahan pokok hiasan |
Halaman dan taman kelihatan begitu unik dan menarik diserikan lagi dengan seni gubahan pokok hiasan yang kreatif dan menawan. Seni hiasan yang mampu memikat setiap mata yang memandang. Satu kepuasan yang sukar dijelaskan apabila anda berjaya menghasilkan seni hiasan topiari ini.
Author by Bin Muhammad
41 comments - "Kreativiti seni gubahan pokok hiasan"
betul-betul mencuci mata ni, hijau, cantik dan comel-comel, memang kreatif betul siapa yang buat... :)
cantik n kreatif sekali, dulu2 suka juga trim pokok2 teh kuning membentuknya bulat2...
Selamat tahun baru 2014 BM. Memang cantik pokok2 yg dah di trim membentuk pelbagai rupa sbg hiasan taman. Pasti perlukan kesabaran, kos penyelenggaraan dan penjagaan yg rapi.
Hijau sungguh
Saya suka hijau, hijau menenangkan fikiran yang berserabut...
betul-betul cantik dan kreatif. Perlukan ketelitian dan perancangan yang baik semasa nak mulakan memotong. Kalau tak, ranap pokok
subhanallah.. sangat kreatif.. tentu orang yang membuatnya seorang yang teliti kerana ia nampak kemas..
ya allah memng kreatif..
memerlukan kmahiran yg tinggi..pling suka gambar gajah n anak2 so cute
Memang perlukan kawasan yang luas untuk buat hiasan ni. Kreatif sungguh ya. Tapi, kena ada kesungguhan dan kerajinan untuk menjaganya. Kalau tak, memang tak jadi bentuk yang diidamkan tu.
Cantik sgt dan memerlukan kepakaran yg tinggi.
patutlah btk tu nampak sempurna . rupanya ada rangkanya .
betul-betul cantik hasil karya mereka...memang kreatif yang tak terkalah..
Entri Terkini : Hosting Tempatan Rajawali Masih Terbaik
memang terbaik....mereka mempergunakan akal fikiran dengan sewajarnya...
dan inilah hasilnya...
subhanaAllah sangat kreatif .. hebat betul
Subhanallah.. wahh.. syok klu ada bajet buat laman mcm tu hehee.. :D :D
hijau..cantik sangat..
cantiknya....sgt kreatif dan inovatif.
uniknya...jd menarik bila bt mcm2 bentuk..kreatif sgt!:)
so cute...kreatif and innovative!!!
TOPIARI !....Ada nama rupanya...ingat sesuka hati mrreka...hehe....luas rupanya ilmu hiasan pokok ni...yang paling happy tentulah maskot blog mak pun termasuk! Hehe..cuma kawan dia je tak de huhu
Kat m'sia nie rasanya susab nak carik landskap cmnie kan.. elok diadakan .. kan sekrg TMM 2014.. ;)
Kat m'sia nie rasanya susab nak carik landskap cmnie kan.. elok diadakan .. kan sekrg TMM 2014.. ;)
wah...cantiknya! suka tengok!
kreatif betul mereka yang buat semua tu
suruh saya memang entah jadi apa ntah =)
Department landskap daH ada kan kat majlis bandaran. Boleh nampak perbezaan dulu dan sekarang tapi belum jumpa bentuk2 yg BM tunjuk. Sangat menarik
sebut pasal pokok hiasan, BM pernah dengar x pasal pokok "Marimo"?
untuk mendapatkan hasil yang cantik dan berseni macam ni... sudah tentu memerlukan minat, kreativiti dan kesabaran serta masa yang lapang... betul tak?
blogwalking je
kreatifnya diorang, semua pun cantik dan comel. Kalau puteri yang buat entah jadi rupa apa entah...hehehe
Mencuci mata dihujung minggu :)
Sekarang2 masih rajin lagi tak? :)
Selamat tahun baru Zana...
Nak cantik tentulah perlukan usaha dan kesabaran.
Hijau itu mendamaikan... :)
Benar...itu fakta yg tidak dapat disangkal :)
Ya, perlu berhati2 dan teliti semasa memotong. Jika tidak...nak bulat mau jadi bersegi...hehe
Kalau Aiza buat mesti cantik kerana anda juga seorang yg teliti :)
Kemahiran disatukan dgn minat, kesabaran dan ketelitian...
Tidak semestinya perlu kawasan yg luas, dalam pasu pun boleh, bergantung kpd bentuk...
Assalam..
nama pun seni gubahan pokok, hanya tangan yang kreatif dan mahir dalam bidang seni ini saja yang mampu menghasilkan gubahan terbaik...
Emm letak kat laman rumah ni mesti gempak..haha
Gubahan yang sangat cantik... nak cubalah.. hehe
Menarik gambar2 tu tq di atas perkongsian
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”