Tips Menjadi Seorang Blogger Berjaya: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dari pengamatan saya, ramai blogger mempunyai masalah untuk mengembangkan dan memajukan blog anda terutamanya untuk menerbitkan entri yang berkualiti dan mendapat trafik yang tinggi.
Apabila ini berlaku, anda mula merasa kecewa dan keghairahan berblogging semakin pudar dan menurun.
Apabila ini berlaku, anda mula merasa kecewa dan keghairahan berblogging semakin pudar dan menurun.
Kategori Komen Entri kali ini ingin saya kongsikan satu kupasan menarik dari Blogger senior iaitu Kak Jie yang berkongsi pandangan mengenai permasalahan ini. Pendapat beliau yang cukup berpengalaman didalam dunia blogging ini amat bermanfaat dan wajar dijadikan panduan jika anda ingin memajukan diri dan blog anda.
Mengapa Blog Tidak Berkembang Maju Dan Berjaya?
Beliau mengupas isu, "Kenapa ada blogger yang berjaya dan kenapa ada yang tidak?" Berikut adalah pandangan beliau dan sedikit ulasan dari BM...
Aktiviti blogging bukanlah aktiviti solo. Seorang blogger mesti keluar dan memperkenalkan jenama diri sebagai seorang blogger. Jika tidak, bagaimana orang lain boleh tahu tentang blog kita?
Melabur masa yang berkualiti untuk berhubung dengan blogger lain. Komen di blog mereka (maaf, saya pun kurang buat yang ni), berbual secara peribadi dengan mereka dalam media sosial seperti Twitter atau Facebook.
- BM : Ya..aktiviti blogwalking, menyertai segmen atau GA amat membantu dalam menjalinkan ikatan uhwah dalam komuniti blogging. Selain dari itu promosi blog melalui perkhidmatan Ping Aggregator & Google+ juga dapat mengetengahkan dan memperkenalkan blog anda didalam komuniti bloggers.
Blog yang tidak mempunyai fokus. Apabila kita menulis tentang setiap topik, kita tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada apa-apa pun.
Jika mahu berjaya dalam bidang yang sesak seperti blogging, pilih niche yang lebih kecil dan fokus secara mendalam. Dengan cara ini kita boleh menjadi seseorang yang sangat berbeza dalam masa yang singkat! Sebagai contoh, jika mahu membina sebuah blog pemasaran, bukannya menulis tentang semua perkara tentang pemasaran. Kecilkan skop, contoh – pemasaran digital, media sosial atau jualan affiliate.
- BM : Kadang-kala terlalu menekankan untuk mendapat trafik maka pelbagai isu diketengahkan sehingga blog menjadi caca marba. Bukan tidak boleh tetapi kupasan anda biarlah berkait dengan diri dan niche blog atau memberi pandangan bukan sekadar informasi 'copy paste'. Tulislah tentang perkara yang anda tahu dan mahir. Tonjolkan keistimewaan, kemahiran dan keunikan anda...kerana berbeza itulah yang memperkenalkan anda.... macam Wak Doyok!
Buat beberapa kajian mengenai apa yang ingin ditulis. Tanpa analisis kata kunci, kita tidak boleh membawa trafik enjin carian untuk sampai ke blog. Ramai yang tak berapa suka ambil tahu mengenai SEO , tetapi ia adalah perkara penting yang boleh menukar momentum blog dengan lebih cepat.
Belajar sekurang-kurangnya asas-asas SEO untuk membawa trafik berkualiti dari enjin carian. Tidak perlu mengoptimumkan kandungan keterlaluana semata-mata untuk SEO , tetapi pastikan kita jangan mengabaikan beberapa cara SEO untuk pengoptimuman enjin carian.
- BM : Ilmu blogging yang amat penting. Tiada jalan mudah untuk berjaya, anda harus berusaha dan belajar. Untuk mendapatkan ilmu ini sangat mudah dan percuma. Banyak sekali panduan, tutorial dan teknik diberikan oleh blogger-blogger berpengalaman. Carilah dan dapatkannya! Terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu atau tidak. Ingatlah... Anda akan sentiasa kelaparan kerana tiada makanan yang masuk ke mulut anda dengan sendirinya tanpa anda menyuapnya!
Kandungan blog perlu menonjol daripada orang lain, kenapa orang perlu membaca blog kita sedangkan tiada apa-apa yang unik dalam kandungan blog?
Ambil masa untuk menerbitkan kandungan baru, buat penyelidikan dengan baik sebelum menulis sesuatu. Jangan sekali-kali menulis tanpa penyelidikan yang betul, yang boleh membawa kepada info yang disampaikan itu tidak lengkap atau tergantung.
- BM : Jadikan diri anda seperti pembaca dan pencari maklumat. Betapa kecewanya anda bila apa yang anda mahukan tiada atau tidak lengkap. Oleh itu jangan sesekali mengecewakan mereka yang berkunjung ke blog anda kerana ianya akan membawa persepsi negatif buat anda dan blog. Paling selamat...tulislah sesuatu yang anda tahu dan mahir.
Saya tidak akan membincangkan mengenai sama ada blogger perlu menulis setiap hari atau tidak. Apa yang saya cadangkan adalah untuk mengekalkan konsisten menulis blog:
- Jika biasa menulis 3 entri seminggu, teruskan
- Jika kerap menulis 3 entri sebulan, teruskan secara konsisten.
- BM : Ini amat penting kerana menunjukkan blog anda adalah sebuah blog yang aktif. Tiada siapa yang ingin berkunjung dan masuk ke sebuah rumah yang terbiar dan sunyi, begitulah juga blog anda.
Anda mahukan lagi? Bacalah selengkapnya di kujie2.com. Bukan mudah mendapat ilmu dan pendapat sebegini dari seorang yang cukup berpengalaman dan berjaya di dunia blog. Pengalaman beliau selama 7 tahun dalam dunia blog dan terus bertahan sehingga kini adalah kerana sifatnya yang sederhana yang ingin membantu akan sentiasa melekat dihati setiap peminat setianya.
Terima kasih Kak Jie...semoga terus berjaya dan aktif sebagai blogger serta kehidupan anda diberkati.
Author by Bin Muhammad
55 comments - "Tips Menjadi Seorang Blogger Berjaya"
Assalamualaikum.. bagus sekali entri ni. hehe. tips yang berguna untuk kita semua. sheila doakan sahabat semua terus maju dalam berblogging ya (",)
yer BM, apa yang dijelaskan itu lebih dari terperinci, ilmu mesti kena ada dan tetapkan target.. susah kalau hentam keromo sahaja..
fuhh..semua point diulasnya. hehe..
entry yg terbaik bm..
done follow. entri ini sesuai bila orang kompius nak mendeco blog sndiri. hehe
wah siap dengan kupasan sendiri
terima kasih untuk perkongsian ni
cerita hari tu bila nak sambung ni
p/s-selamat bercuti =)
Noted BM...yang penting kena konsisten dan komited..
insyaAllah dan terima kasih BM.
thanks for info yg berguna ni BM ;)
Kakak tahu dan sedar blog kakak terlalu banyak kekurangan tapi itulah jujur kakak memang tak rajin dan gigih seperti yg sepatutnya dilakukan sebagai blogger. Akibatnya jadilah 'hidup segan, mati tak mahu' .
sememangnya btl ulasan tersebut... Berkomuniti mmg penting..
ohhh dari kak kujie.... memang blogger hebat
Assalammualaikum..BM.
terima kasih tips yang diberikan nie. Insaallah sesama berjaya k...amin.
mselim3
Waalaikumsalam,
Terima kasih Sheila...doa juga buat anda agar sentiasa sihat.
Terima kasih dan salam perkenalan :)
Tak sangka pula masih berminat dan menanti, sabar ye...akan saya publish juga nanti... :)
Selamat bercuti!
Jangan rendah diri sangat...Akak merupakan salah seorang blogger yg berjaya! Cuma akak kurang terdedah dengan blogger arus semasa. Akak berjaya dengan cara dan di komuniti akak yg tersendiri. Kalau akak selesa begitu...teruskan... :) Kejayaan itu hak peribadi, bila mencapai target serta menikmati keseronokan dan kebahagiaan...itu pun satu kejayaan!
Ya! Cik Akak perlu bangkit kembali...top up banyak2 BB tu ye...
Dunia blogger merindui kemeriahan dan keceriaan cik akak!
terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini :)
Terima kasih banyak2 BM entri nie sangat2 membantu saya sebagai blogger baru. Saya tak kisahkan sangat entri yg menarik janji saya nak selalu update blog saya.
tu lah kadang-kadang masa banyak,kadang-kadang masa sangat suntuk,saya bukan jenis konsisten pun tulis blog,takde isu saya senyap ada cerita baru share..
wah..terpegun yumida membacanya
sgt bagus kupasan oleh kak kujie
yumida juga menghadapi masalah perkara no. 2 tu
tiada topik khusus..semua main masuk..hihi
nanti BM boleh la sharing dgn kami cara untuk analisis kata kunci, pernah jugak yumida baca, tapi kurang mengerti
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
terbaik kupasan dan perkongsian...ya...untuk menjadi blogger berjaya amat perlu kepada proses belajar dan belajar..apa yang pasti KB mengakui kelemahan diri sendiri..
penerangan yang cukup menarik... memang nak buat entri yang terbaik dan menarik perlu kepada usaha lebih... (macam terkena jer :D)
teringin juga nak jadi blogger berjaya. Kena ikut semua pedoman tu.
Ganah bohh...
T kasih diatas perkongsian BM.. :)
Berkomuniti itu penting, terutama bagi blogger baru.
kebanyakan blogger cuma pentingkan wang ringgit ..nak cepat naik..bukan senang nak pertahankan blog bertahun tahun
Patut macam pernah baca entri ni.. rupanya dari Blog Kak Kujie.. Terus terang saya katakan, saya meminati cara Kak Kujie menulis, mengolah ayat.. orang lama dalam blogger, sudah biasa dengan dunia blogger.. Saya masih baru, dan kena belajar lagi..
Point-point dalam entri ni dan blog Kak Kujie semua saya sokong..
Nice entry..
penulisan yg bermanafaat utk newbie atau blogger otai utk menambah ilmu..
entri yg berguna..kadangkala kathy tercari² juga apa konsep blog kathy.inshaAlah,kathy akan jadikan panduan segala tips² yg ada ni..tq BM..
Bagus info ini... terutama bagi blogger yang tak sampai setahun jagung nie... :)
Masih tercari2 arah tujuan... :)
Terima kasih BM...
ada identiti utk blog tu ptg juga entri yg fresh ... sentiasa rasa ada kelemahan ...
Singgah lagi... :D
Ada entry khas buat Relaks Minda...
http://acikidah.blogspot.com/2014/01/penghargaan-kepada-blog-relaks-minda.html
Memang sedar diri......blog Zirafah sangat jauh ketinggalan, jangankan SEO, pageview pun pun ciput....mmg tak de misi langsung....harap badan je tinggi, leher je jinjang...
Bagi jerlah laluan kat adik adik ....nanti kalau dah Zirafah menonjol.....susah jugak hippo dlm lumpur tu hehe ...
Hebat sungguh kalian semua. Bukan calang-calang juga kalau mahu jadi blogger sepenuh masa. Terima kasih BM, kupasan yang baik.
Hebat! Nak berjaya banyak jalan. Terima kasih tuan bm sbb sudi share perkara baik ni.. moga semua dpt manfaatnya.
Terima kasih atas tipsnya... Saya masih lg baru dalam dunia Blogging ni... Kalau ada masa, boleh la singgah ke blog saya..
- mohdsuhaimi95.blogspot.com (malay)
- mohdsuhaimisalim.blogspot.com (english)
Info menarik ni... baca juga dah di blog kak kujie
kak memang tergolong dalam group tidak berkomuniti..huhu..
tqvm atas entry ini
Terima kasih BM..tip yang sangat berguna untuk saya..
info yang baik dengan kupasan yang lengkap...terima kasih BM...
satu perkongsian yang sangat menarik!
salam kenal...thanx infonya,,,sangat berguna untuk saya..sudi2 singgah blog saya,,tq ^_^
info yang mantap
semua tips bagus ;)
Wah lumayan nih dapet ilmu baru :D
Sadap gan infonya, jadi menambah ilmu aja neh....
Terus berjaya gan, semoga gw bisa kayak agan neehh
tq so much atas tips yang diberi..sangat membantu newbie macam saya.http://kitamuslimsuper.blogspot.com/
Kawe terjatuh kat #2.. Hmmm semua mahu ditulis kat blog :D Resah lah bila simpan kat kepala
thanks for the info. saya ni pun budak baru dalam blog. baru buat hari ni kot kalau ade masa luang tu singgah2 la ekk..huhu
blog: jijizezey.blogspot.my
bagus infonya......
Sangat bermanfaat. Saya harap blog dan perkongsian saya juga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Jom terlajak baik...!
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”