Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sungguh cepat sekali masa berlalu. Kini sudah tiba di bulan Februari 2014. Bulan Januari telah kita tinggalkan dengan seribu kenangan yang tidak akan dapat diulang kembali.
Selamat Datang Februari 2014 |
Berusaha juga untuk konsisten dengan menerbitkan satu entri sehari namun apa kan daya... kita hanya mampu merancang, ada juga hari yang tercicir.
Hanya 30 entri berjaya diterbitkan di Bulan Januari. Kalau dibandingkan dengan blogger lain yang mampu menerbitkan 2~3 entri sehari malah ada yang lebih dari itu... ternyata Blog ini teramat jauh ketinggalan. Tidak termampu rasanya untuk ketahap itu.
Januari Dalam Kenangan
Bulan Februari tahun ini akan memberi lebih cabaran buat Blog Relaks Minda. Syukur Alhamdulillah, pada bulan Januari 2014 telah ada sedikit peningkatan dari jumlah pengunjung berbanding bulan sebelumnya. Bukan mudah untuk mengekalkan prestasi ini... Sokongan berterusan dari anda semua terhadap relakssminda.blogspot.com amat-amat dihargai.
Data Blog Relaks Minda dari Google Analytics |
Jutaan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua sahabat dan pengunjung Relaks Minda. Semoga segala perkongsian di Relaks Minda ini dapat memberi manfaat dan memenuhi citarasa anda. Kepada yang datang melalui enjin carian pula, semoga anda berpuas hati dan menemui apa yang dicari.
Mohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan, kesalahan dan kekhilafan. Insyaallah...akan cuba diperbaiki dan dipertingkatkan apa yang termampu kerana sukar untuk memenuhi kehendak semua pihak. Masih banyak lagi ilmu yang kurang dan perlu dipelajari. Pandangan dan kritikan membina dari anda semua amat dialu-alukan
Terima Kasih Dari Relaks Minda |
Terima Kasih Sahabat Paling Mesra Bulan Januari dan Semua Pengomen |
Selamat Datang Februari
Kini Bulan Februari sudah bermula. Biasanya jumlah pengunjung bulanan akan berkurangan berbanding Januari. Ianya adalah normal memandangkan jumlah hari yang pendek di bulan ini. Namun ia bukannya satu alasan... perlukan lebih usaha untuk mengekalkan prestasi.
Bulan Februari ini diharapkan juga akan mencatat sejarah baru buat Blog Relaks Minda. Hanya menanti hari, waktu dan ketika untuk blog ini mencatat jumlah pageview "1,000,000 view!"
Bulan Februari ini diharapkan juga akan mencatat sejarah baru buat Blog Relaks Minda. Hanya menanti hari, waktu dan ketika untuk blog ini mencatat jumlah pageview "1,000,000 view!"
Melihat pada statistik pengunjung semasa, mungkin angka tersebut akan tercapai pada pertengahan bulan Februari ini. Ianya satu jumlah yang amat besar buat saya seorang blogger yang baru berada selama 1 tahun 4 bulan lebih didunia blogging ini yang tidak memaparkan kisah2 serta berita2 sensasi semasa. Tidak mahu meraikannya sangat kerana ianya masih belum lagi jadi kenyataan... sama-samalah kita nantikannya!
Pageview counter relakssminda.blogspot.com |
Semoga kedatangan Bulan Februari ini akan membawa lebih kebahagian dan kejayaan buat anda semua. Semoga kita semua akan meningkatkan diri sama ada dalam kehidupan dan amalan. Setiap hari akan menjadi lebih baik dari semalam... Insyaallah..
Terima kasih bersama Relaks Minda dan selamat bercuti. Semoga bahagia bersama insan-insan tersayang dan jagalah kesihatan serta keselamatan... :)
Author by Bin Muhammad
30 comments - "Selamat Datang Februari 2014"
Slmt bercuti BM..In Shaa Allah akn tercapai jg tu BM..
Salam Februari BM.. in shaa Allah, semoga dipermudahkan & tercapai segala yg dihajati.. aamiin.. :)
Welcome February.. semoga membuka lembaran baru & lebih maju dlm dunia blogging BM & Rileks Minda.. I'll always support Rileks Minda.. keep it up! :)
Tahniah BM.....kerana Relax Minda menjadi pilhan...bukan mudah nak mencapai pageview yg tinggi gitu....kslau tukar dgn duit.......dah kaya pokcik!....hehe
salam pagi february...pageview sudh terlalu tinggi tu bukan senang nk dpt pengunjung seramai itu...entry yg banyak belum tentu juga akan meningkatkan pageview...
Salam pg Feb. In shaa Allah akan tercapai juga..tahniah BM
Sangat hebat BM. Tahniah! Saya menjangkakan PV BM sehari pasti mencecah 6k ke atas, betul tak?
salam kenal,saya baru berkunjung ke blog anda,saya kan terus update tiap hari
Tahniah BM..keep up the good work k...
tahniah BM..tgk pada statik tu..mmg ohsem habis lah..kasi tip satu dua BM..
tahniah...semoga murah rezeki
wahh tahniah blog ini semakin hebat..moga maju jaya
In Shaa Allah.. moga februari lebih baik.. ^____________^
syuk baru nak mengenali pemilik blog iaitu bro BM ni. hehe
wah..xsangka pgview bm tinggi mcm ni..tahniah
tahniah BM.. semoga terus success :)
blogwalking...
tahniah buat BM..ternyata tuan terbaik kerana bakal mencatat sejarah hebat dalam dunia blogger tak lama lagi.
Tahniah tuan BM, insyaAllah pasni dah mmg boleherlari. Aima pun sama jugak, bulan jan hanya mampu terbit 30 entri je. InsyaAllah, nk mendaki lrbih jauh lagi pasni... tahniah sekali lagi tuan :)
fuhh..banyaknya trafik. kasi la sikit. hehe..
Salam February BM..semoga murah rezeki,dipjgkan usia dan bertambah success :)
Saya pun target buat setiap hari satu entri tapi terkadang terbengkalai sebab maslahat yang lebih penting dan masalah internet itu sendiri...
Semoga Februari memberikan peluang untuk BM menghasilkan karya lebih baik untuk tatapan kami semua.... :D
Selamat bercuti...kalau ada rezki semoga akan lebih maju jaya InsyaAllah...
BM memang hebat dan terbaik!
tahniah BM.... tumpang gembira utk kawan2
tahniah..tersenarai juga kathy..hebatnyer...kathy susah betul nak sampai sejuta macam tu...tahniah...
akan tiba saatnya BM, nanti kongsi kegembiraannya,,
Samalah kita BM... cita2 tu tinggi... tapi apakan daya... keperluan lain lebih penting untuk didahulukan... nak dapat sehari 1 n3 pun payah... inikan nak byk2 n3... utk blogger fultime tu rasanya mudah skit nak buat...
Apa pun... semuga dipermudahkan jalan olehNYA untuk BM capai apa saja impian dalam hidup.. :)
selamat februari juga BM..akak pun dah lama sangat tak BW..aduhai..sibuknya
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”