Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Idea Kreatif Kitar Semula
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda sudah jadikan kitar semula sebagai amalan dalam kehidupan anda? Cuba lihat apa yang anda buang ke dalam tong sampah. 

Adakah kertas-kertas dan kotak dibuang? Adakah tin-tin minuman dan makanan disitu? Adakah botol-botol plastik didalamnya?

Tiada! Tahniah! Saya tahu anda memang seorang yang cukup cintakan alam semulajadi. Anda sungguh prihatin menjaga alam sekitar dan inginkan suasana yang sihat, nyaman dan segar. Ada memang pengamal kitar semula!

Kitar Semula... Demi Kesejahteraan Hidup

Anda patut berbangga kerana anda berjaya mengurangkan pencemaran akibat dari pertambahan bahan buangan di tapak pelupusan sisa pepejal. Anda berjaya melambatkan kemusnahan alam dan penggunaan tidak terkawal sumber semulajadi. Anda juga dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. 

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Mentol terbuang kitar semula
Sungguh besar sumbangan anda dalam kesejahteraan hidup dan terutamanya untuk generasi masa hadapan. Semoga ianya kekal menjadi amalan dan seterusnya menjadi budaya dalam kehidupan kita, kini dan selamanya.

Selain pengumpulan dan penjualan ke pusat kitar semula, barang terbuang ini juga boleh anda jadikan pelbagai barangan kegunaan lain yang menarik serta berlainan dari fungsi asalnya.

Inilah keistimewaan idea kreatif. Ia bukan sahaja menjadi sebahagian dari amalan kitar semula tetapi juga dapat menjimatkan wang anda dari membeli sesuatu yang baru tapi sama sahaja kegunaannya. 

Cara Kreatif Guna Barang Terbuang

Berikut diperlihatkan beberapa cara kreatif kitar semula barang buangan yang dapat anda jadikan ilham atau idea untuk digunakan semula. Mungkin anda mampu pula menjadikan ia kepada sesuatu yang lebih menarik. Bukan sahaja menjimatkan, malah boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan hasil dari kreativiti kitar semula barang terbuang ini.

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Kreatif bukan! Bukan sahaja menarik malah sungguh unik. 
Carilah seluar jean buruk anda dan lakukan kreativiti kitar semula ini.

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Jangan buang sudu buruk anda kerana ia juga berguna. 
Cantik dan menarik sekali akan idea kreatif kitar semula ini!

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Susah sangat nak membelek buku resepi sambil memasak. Ha! kini
ada jalan penyelesaian. Penggantung baju pun boleh! Jangan buang ye...

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Pasti ramai yang berminat dengan jam unik ini. Basikal anak anda sudah
buruk dan tidak boleh digunakan lagi? Apa lagi... kitar semula! 
Anda boleh ambil rinya dan buat seperti ini. Kini ia anggun bergaya didinding rumah anda!

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Kayu pallet atau kotak kayu limau CNY anda juga berguna. Cara amat kreatif kitar semula. 
Mesti tidak lekang pujian terhadap kreativiti anda ini!

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang 
Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang 
Antara hiasan taman kitar semula anda dengan menggunakan tayar terbuang.
Sungguh cantik dan menyerlah!

Cara Kreatif Kitar Semula Barang TerbuangCara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Lampu hiasan di syiling rumah yang sungguh unik dan bergaya, hanya kitar semula 
menggunakan bahan terpakai dan terbuang

Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang
Ini pula lampu tidur yang sungguh menarik.Ianya hanya perlukan
sedikit idea kreatif untuk menggubah ukiran kegemaran anda!

Barang Terbuang Juga Bernilai

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barang terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mempunyai kemahiran dan idea kreatif untuk membuat hasil kreativiti kitar semula, namun janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan barang terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad.

Anda boleh kumpulkan dan juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat diproses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.

Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom! kitar semula... fikir dulu sebelum buang!


Author by Bin Muhammad

31 comments - "Cara Kreatif Kitar Semula Barang Terbuang"

lampu2 tu tak nampak mcm barang terbuang..sungguh cantik dan kreatif

Mmg kreatif & cantik.. kaedah kitar semula ni mmg sgt baik, selain menjimatkan ia jugaboleh jadi menguntungkan.. nice sharing BM.. :)

penyakut baju mmg dah sy ikut sejibik mcm tu...suke tayar2 tu kalau ada di paloma garden ai...i like

Nurul delete icon 9:54 PG

Waa.. macam2 idea kreatif tuk recycle balik bahan terbuang... yang biasa kita tengok tayar mmg selalu dijadikan hiasan taman... yg lampu syiling tu cantik, idea sudu tu pun menarik juga... ^__^

mselim3 delete icon 10:17 PG

Assalammulaikum...BM,

cara memang cara ..terbaik ! kitar barang terbuang kat sini..

mselim3

pls: suka3...

paridah delete icon 10:41 PG

salam pagi...kerajinan disertakan kreativiti mengolah penggunaan semula barang terbuang mmg mnghasilkan sesuatu yg luarbiasa...

Tanpa Nama delete icon 10:43 PG

dulu2 mmg rajin buat macam2 benda dgn barang2 yg boleh kita semula ni,, tapi lama2 bila dh byk sgt keliling rumah, terpaksa dijual jugalah...

ohcikgu delete icon 12:45 PTG

memang kreatif habis ni.

Senduk kakak biasa kena jual juga walau tak jadi hiasan sebab dah kemek/pemegangnya patah hihi.... Kakak memang kumpul dah jual.

Tapi kocek seluar tu tak terfikir pun. Cuma tayar kereta rasa kakak mana-mana pun ramai yg sudah membuat seperti gambar yg BM tayangkan. Rumah kg kakak ada buat macam ini juga tau:)

sitirohaida delete icon 2:11 PTG

my mom dulu memang rajin recycle tayar untuk tanamannya...yang penting cantik dan berwarna warnie

kalau tayar tu selalulah mak hias dan cantikkan sendiri

pot bunga dari ban bekas keren tuh

Kitar semula guna barangan terpakai ni memang banyak manfaatnya. Dulu, kat majalah Gila-Gila ada satu ruangan kitar semula barangan lama yang dinamakan sebagai 'kerastangan'.

Zawiah delete icon 4:30 PTG

kalau ada tayar tak guna , nak gak tanam pokok cili ...

suka sangat sudu tu..

Cantik dan kreatif sekali. Mentol tu mcm senang utk dicuba.

fragmenbiru delete icon 6:40 PTG

Subhanallah..cantiknya

Unknown delete icon 9:10 PTG

Kreatif Gila :D

Mohon singgah awksweetgitu.blogspot.com :)

Blog Santai delete icon 9:13 PTG

comel je mentol tu...

Bunda_nora delete icon 10:24 PTG

yang paling unik jam tu...

OKje delete icon 11:02 PTG

Dah lama tunggu hasil tangan kreatif orang tu ......menggigil nak beli ni hehe

cantik tayar2 tu selepas diubahsuai..sangat menyerlah..

Unknown delete icon 5:06 PTG

Terbaek larr.. suka.. sukaa.. paling suka Penyangkut baju tue... X pernah terpikir pun.. :D

Aimacomel delete icon 5:18 PTG

Saya jenis yg suka xsuka buang esp plastik2. Dan orang2 disekeliling saya selalu panggil saya 'makcik-makcik'. Xpelah, janji saya cuba elakkan pencemaran.

Bahrain delete icon 5:22 PTG

memang kreatif tapi tak semua orang kitar semula barang terpakai.

Rasanya orang di luar negara lebih menghargai barang terbuang.

kakiblog delete icon 1:16 PTG

kalau nak buangpun boleh buat tempat kitar semula.Kat sana ada pihak yang khusus untuk cari barang terbuang tetapi masih berguna.

Tanpa Nama delete icon 6:48 PTG

Wah..hanger leh jadi tempat gantung buku resipi.idea hebat.

Kreatif dan menarik sekali ye...

Tanpa Nama delete icon 11:37 PG

cantik macam bunga

Unknown delete icon 10:11 PG

LUAR DARI KOTAK FIKIRAN...MMG GIFTED BETUL SAPER YG BUAT NI...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap