Makna Disebalik Lagu Rahsia Seorang Jutawan
Komen Entri - Makna disebalik lagu Rahsia seorang jutawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam semasa blogwalking, saya terbaca dua entri yang sangat menarik. Isu yang diketengahkan sungguh memikat hati, memberi kesedaran dan membuka minda kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Komen Entri amat tertarik untuk mengetengahkan entri terbaik ini untuk tatapan anda.

Semoga kita semua mendapat peringatan, teladan dan kebaikan yang ingin disampaikan oleh dua orang blogger istimewa ini. 

Makna Disebalik Lagu

Setiap dari kita pasti sukakan hiburan. Muzik dan lagu merupakan cabang hiburan yang sangat berpengaruh dan disukai ramai. Di negara kita, tiada sekatan keatas lagu-lagu dari luar negara. Kita bebas menikmatinya sama ada melalui media elektronik mahu pun gadget-gadget canggih masa kini.

Makna Disebalik Lagu Rahsia Seorang Jutawan
Layan lagu
Jika lagu dalam Bahasa Melayu, cukup mudah kita fahami lirik dan jalan ceritanya. Tapi lagu-lagu dari luar negara ini tidak semua orang mampu memahaminya. Hanya kerana melodi dan muziknya memikat hati, dengan mudah kita mengikuti setiap bait liriknya walaupun tidak memahami maksudnya.

Lagu Bahasa Inggeris cukup mudah menangkap halwa telinga. Dari generasi dahulu sehingga kini, seperti lagu 'Hotel California' - kumpulan Eagle, 'Californication' - kumpulan RHCP hinggalah terkini 'Bad Romance' - Lady Gaga. Semuanya menjadi siulan dan cukup hit di negara ini. 

Tetapi tanpa kita sedari, lagu-lagu ini sebenarnya mempunyai lirik yang sungguh tidak elok dan sesuai untuk kita. Untuk anda mengetahui lebih lanjut, anda perlu membaca entri penuh yang dikupas oleh Yana Yani di blog beliau 'Diari Seorang Mama'

Makna Disebalik Lagu Rahsia Seorang Jutawan

Benar apa yang dikupas oleh Yana, kita tidak sewajarnya hanya suka dan minat tanpa mengetahui dan memahami isi sebenar lirik sesebuah lagu. Ini juga adalah salah satu cara mereka menyebarkan fahaman dan merosakkan akidah dan moral umat Islam. Oleh itu pentingnya ilmu dan memahami bahasa selain dari Bahasa Melayu. 

Semoga kita lebih berhati-hati dan ambil peduli akan lirik-lirik lagu dari luar negara. Ingat! Syirik boleh berlaku tanpa kita sedari! Tapi pelik juga, kenapa tiada sekatan keatas lagu-lagu sebegini? Ya! Kenapa? 

Rahsia Kekayaan Seorang Jutawan

Kisah kedua pula diceritakan oleh Cik Matahariku...seorang cikgu merangkap seorang blogger yang mengupas bagaimana orang kaya boleh menjadi kaya dan bertambah kaya. Siapa yang tidak mahu jadi kaya kan. Rahsianya mudah sahaja... sedekah dengan ikhlas

Percayalah kepada keajaiban bersedekah! "Berikan sedekah duit yang paling besar nilainya dalam beg duit atau poket anda.  Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu." Itulah nasihat dan kata-kata hikmah yang menjadi rahsia seorang jutawan.

Seperti sebuah kisah yang dikongsikan ini : 

Makna Disebalik Lagu Rahsia Seorang Jutawan
Hikmah Sedekah
Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar. Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid.

Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet. Tiba tiba, bila saya buka beg duit. Allahuakbar! Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni? Aduh !!!!! 


Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika. Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah. Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku berserah pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku.

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir. "Hmmm.... macam manalah Allah nak ganti RM100 ni dalam masa segera?" Tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat. Tapi, tak pelah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa berlaku kepadanya... Itu anda perlu baca selanjutnya di Entri INI di 'Blog Cik Matahariku

Makna Disebalik Lagu Rahsia Seorang Jutawan

Ya...saya amat yakin dengan hikmah sedekah.  Ia akan datang tanpa diduga dan sukar kita percayainya. Allah itu Maha Kaya! Itu jelas berlaku kepada saya. 

Dulu bukan main kedekut dan marah dengan orang yang suka copy & paste entri diblog ini. Bertambah marah apabila entri yang di copy & paste tersebut mendapat sambutan dan berada dihalaman pertama enjin carian...sedangkan entri saya, trafik masuk tersangatlah sedikit. 

Semakin lama berbloging semakin matang. Semakin sedar akan matlamat berbloging. Tujuan saya adalah untuk menyampaikan, berkongsi maklumat dan ilmu serta bersahabat. Kenapa harus kedekut? Sejak dari itu, langkah pertama adalah buang 'disable right click' dan membiarkan sesiapa sahaja share serta copy & paste malah saya menggalakkan anda semua melakukannya. Saya juga berharap ianya menjadi satu sedekah amal jariah yang berpanjangan buat saya.

Alhamdulillah... kini saya amat berpuas hati dengan prestasi blog ini. Trafik juga baik dan kini sudah pun menjadi seorang jutawan! Ya! Jutawan pageview... hehe. Yakin dan percayalah! Semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerima.

Makna Disebalik Lagu Rahsia Seorang Jutawan

Terima kasih Yana Yani dan Cik Matahari... Perkongsian anda berdua sungguh bermanfaat dan menjadi ingatan dan pedoman buat diri ini. Terima kasih juga kerana bersama Relaks Minda...

Author by Bin Muhammad

28 comments - "Makna Disebalik Lagu Rahsia Seorang Jutawan"

rajin-rajinlah bersedekah...bersedekahlah dengan ikhlas...

Pha Is delete icon 10:06 PG

saya pernah alami perkara yg hampir sama pasal sedekah tu kat sekolah dulu.. lepas je sedekah, esoknya cikgu panggil saya, dia bagi duit, katanya sebagai sedekah sebab dia baru tau yg saya anak yatim...

Semakin banyak kita bersedekah semakin banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita..

Unknown delete icon 10:40 PG

Hehe untung la jutawan pageview

wahh..terharunya! BM kongsi entri saya dekat sini..:) terima kasih BM, semoga kita semua dapat banyak manfaat daripada entri-entri yang BM kongsikan dalam blog ini.Kreatif idea BM ni, yelah kan, bukan kita semua ada masa yang lapang untuk baca semua entri kengkawan, dengan cara ini, kita dapat baca entri di blog lain yang kita tidak singgah..:)

Sukma delete icon 11:23 PG

nice sharing....

Mizz Aiza delete icon 11:40 PG

semakin banyak kita memberi insya-Allahs semakin bertambah rezeki kita.. kena hayati betul-betul lirik lagu sebelum menerimanya, salah maksud terpesong iman kita..

sedekah itu amalan umat Islam.

Orkid delete icon 4:00 PTG

sedekah kan amalan mulia. Kalau kita sedekah dgn ikhlas inshaAllah kita akan dpt berlipat kali ganda.

Tertariknya saya nak baca kisah selanjutnya tu. Pasti terjah blog Cik Matahari.

Zawiah delete icon 6:40 PTG

perlu benar - benar ikhlaskan hati ...

erm..bgus entry ni.. :)
smkin byak memberi smkin byak kita dpat..

sangat membuka minda membca entri ini, sifat kedekut perlu kikis, jangan tamak..

Arman delete icon 9:22 PTG

bersedekah bukan saja mendatangkan rezeki dan makbulkan hajat, malah ia juga boleh menolak bala yang hendak berlaku.Subhanallah..

Khir Khalid delete icon 9:23 PTG

Perkongsian ilmu & ukhwah yg sgt baik BM.. semoga Allah jua yg membalas segalanya dgn kebaikan & keberkatan... aamiin.. :)

shamyheart delete icon 9:58 PTG

subhanallah..
sangat bermanfaat entri ini.

Yana Yani delete icon 12:05 PG

wah patut referral dari blog BM tiba-tiba tinggi
terharunya BM, terima kasih tu aje yang saya mampu ucapkan
nanti nak datang Klang beritahu ye, saya belanja
nasi lemak ayam goreng dekat restoran sri has =)

mselim3 delete icon 12:54 PG

Assalammualaikum..BM,

datang visit BM dan baca entry.. sungguh tersentuh membaca entry kekawan ,, terima sudi berkongsi..

mselim3

Bunda_nora delete icon 12:59 PG

baru berkesempatan BW disini setelah seminggu balik kampong..maaf..

ewanthology delete icon 10:37 PG

nak minat, kena paham.

Blog Santai delete icon 10:03 PTG

Part lagu tu memang betul. Kita pun suka dengar music/melodi. Jarang serius on lyric. Tapi bila dengar betul-betul lyric tu adakalanya memang tak kena..

ANIM delete icon 11:47 PTG

sangat bersetuju BM...kak sendiri tak tahu darimana datangnya readers kak anim walaupun kak anim jarang ada masa nak BW, tak sempat join segmen dan tak de iklan kat blog...mungkin dari niat kita kan? tqvm atas entry ini

Tanpa Nama delete icon 10:57 PG

wah menarik kedua2 blog ni...

Tanpa Nama delete icon 12:56 PTG

Seronoknya bila entri di review oleh BM.

Unknown delete icon 5:25 PTG

Ringkasan yang menarik... membuatkan pembaca ingin tau kisah sepenuhnya berkisar tentang blog yang terlibat... :)
Good Job! (y)

kakiblog delete icon 12:47 PG

kalau tak da duit..kita sedekahkan ilmu sahaja!

OKje delete icon 10:15 PTG

Baru baru ni geng WA pun htr benda yg sama pasal sedekah tu....Subhanallah...
memang bukan mudah nak buat kebaikan....moga Allah kayakan hati kita dengan sifat pemurah!

Wafi Remli delete icon 12:13 PG

Sedekah itu ajaib!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap