Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat berhujung minggu, semoga anda ceria disamping insan-insan tersayang. Jumaat malam Sabtu...7.2.2014 mencatat peristiwa pahit dan manis buat warga Johor. Apakah yang mengembirakan dan apakah pula yang mendukakan?

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Johor! Luaskan Kuasamu!
Komen entri kali ini memaparkan dua kisah berbeza suasana didua lokasi yang berbeza oleh dua orang blogger berbeza rupa dan jantinanya...tetapi terkait dengan satu persamaan iaitu kisah warga Johor!

JDT Dikecewakan Tok Gajah

Seorang guru yang kini semakin menyerlah dibidang penulisan dan semakin popular didunia siber. Sesekali menerbitkan kisah dan cerita hangat, mampu membuatkan seluruh alam maya tersentak seketika! Sesudah tewas 3-2, pasti kesedihan warga Johor berganda tatkala melihat tajuk entri ini... "Kehebatan JDT Hanya Indah dari Khabar Setelah Dipijak Tok Gajah dalam Aksi Liga Super Semalam?"

Cikgu Helmi atau lebih dikenali sebagai Tetamu Istimewa bukanlah bermain 'api didalam sekam', tetapi sekadar mencoretkan coretan semangat buat JDT serta warga Johor agar segera bangkit dan terus berjuang! Maklumlah...Perlawanan seterusnya dalam Piala FA... JDT lawan Kedah.

Sebagai warga dan penyokong setia pasukan Kedah FA, pastinya Tetamu Istimewa mahukan satu perlawanan yang hebat dan menarik serta berdisiplin buat tontonan seluruh rakyat Malaysia! 

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Antara sensasi yang tercipta oleh JDT

Bagi saya... JDT membawa telah membawa pelbagai tarikan buat Liga Malaysia musim ini. Dari jolokan 'Manchester City' Malaysia sehinggalah ke isu pergaduhan, segalanya memberi rencah yang menghangatkan! Menyemarakkan setiap pasukan lain untuk lebih bersemangat pabila menentang JDT. Sensasi dan kemelut yang dapat menarik tumpuan pelbagai pihak untuk menyaksikan dan mengikuti perkembangan Liga M dan JDT khususnya!

Sepahtu Juara MLM 2014

Namun kedukaan warga Johor di tebus oleh dua S! Mereka berjaya menyemarakkan kegembiraan buat seluruh rakyat negeri Johor! Merekalah Juara dan Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)... kumpulan Sepahtu dan Shiro. Entri yang diterbitkan oleh Blog BabyComel ini menceritakan keseluruhan keputusan penuh final MLM 2014 pada malam itu.

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Sepahtu dan Shiro yang diwakili dan diterajui oleh anak negeri Johor telah menukar malam sedih warga Johor kepada kegembiraan! Sepahtu mengungguli Juara MLM 2014 dengan undian sebanyak 72% dan seterusnya membawa pulang RM500,000! Satu jumlah yang cukup besar nilainya! Manakala kumpulan Shiro ditempat kedua dengan 69% undian telah membawa pulang RM250,000! 

Malam Pahit dan Manis Warga Johor...
Kini, menjadi seorang pelawak juga mampu menghasilkan pendapatan yang sungguh lumayan! Untuk keputusan penuh...silalah berkunjung ke Entri BabyComel ini. 

Bagi pendapat saya, populariti mengatasi kualiti. Jika dilihat pada aksi dan persembahan di malam final itu, rasanya kumpulan Bocey lebih menyerlah! Malah setiap kali aksi mingguan MLM, mereka berjaya memberikan persembahan yang mantap sehinggakan dari sebuah kumpulan baru oleh pelawak generasi baru berjaya meloloskan diri dan berada sebaris dengan pelawak senior di final!

Satu malam yang membawa dua kisah berbeza buat warga Johor dan seluruh negara. Kalah dan menang adat pertandingan. JDT mungkin tidak kebal tetapi MLM 2014 telah ditawan...cuma jangan sampai Liga M dan FAM juga menjadi medan gelanggang Raja Lawak....jika ianya berlaku, kita pasti sedia maklum pasukan mana yang akan menjadi juara... 

Terima kasih Blog Tetamu Istimewa dan Blog BabyComel kerana berkongsi kisah sensasi ini. 
Terima kasih bersama Relaks Minda dan Selamat berhujung minggu semua... :)

Author by Bin Muhammad

28 comments - "Malam Pahit dan Manis Warga Johor..."

pasal kes JDT tu, macam fanatik sungguh sampai menimbulkan keganasan... hu hu hu...

Unknown delete icon 12:26 PTG

smalam bella tkar2 chanel sbb xnak terlepas tgok bola and MLM.
tak ape , walaupun JDT kalah , masih tetap di hati. sokong ttp sokong until next =)

JDT tetap di hati .....sokong sampai rebah.

kakiblog delete icon 1:09 PTG

bila agaknya KB dapat kumpul wang RM500 ribu..kalau dapat memang jadi blogger sepenuh masa..

sukan bola memang mudah cetus pergaduhan..sebab itu dah termasuk taktik yahudi untuk hancurkan umat islam dengan sukan.

Aimacomel delete icon 1:33 PTG

Manis itu dah tentunya manis kan. Yang pahit itu tak semestinya pahit tapi anggaplah ianya ubat. Ubat utk merawat ketempangan yang ada sekarang. bukan apa, mungkin status JDT tu terlalu gah sampailah diuji jatuh terduduk sekejap. Apa pun, semua tu asam garam pertandingan. Menang kalah pastinya ada. Kalau semua nk menang jangan la berlawan kan. Dan kita sebagai fans kenalah terima dengan rasa hati yang terbuka. Cuba dan terus cuba lagi.
Macam Bocey juga, tak menang tak beerti mereka bukan jaguh kan. Kalau kita beri yang terbaik walau tak menang tapi kita tetap akan rasa kepuasan tu. Tu lah hasilnya sehingga nama Bocey menjadi bualan lebih hangat berbanding Sepahtu yang memang dah top kat atas tu. Setuju tak tuan BM?

Anyway terima kasih tuan BM yang sudi promote entri kita yang tak seberapa tu.. Saya suka Shiro, Sepahtu tapi TAK SUKA JDT. Errrk, maaf ye orang Johor. hehehee

JDT tetap di hati...ramai yang tak senang bila lihat kebangkitan JDT ,ramai yang buat spekulasi yang pebagai.. bagilah ruang dan waktu untuk JDT bangun dan sebab kebangkitan ini jugalah yang memeriahkan untuk penyokong tempatan untuk menonton bola sepak tempatan

jangan cepat melatah,,,JDT di hentam teruk2 dengan pelbagai spekulasi yang bukan membina tetapi tapi mengutuk... berilah ruang dan waktu untuk JDT banggun.. kebangkitan itu juga membangun semangt penyokong tempatan untuk menyokong liga di malaysia.. kekalahan itu biasa ..

Wafi Remli delete icon 3:57 PTG

Allah telah merancang segala-galanya, redhalah dengan segala yang terjadi:)

Unknown delete icon 5:38 PTG

sedih bila difikirkan semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia.....dengki mendengki...media masa juga memainkan peranan penting..... janganlah disimbah lagi minyak api yang tengah membara.....huhuhu.....

Bunda_nora delete icon 5:59 PTG

Bunda tengok Raja Lawak Mega Final...hehe..

Tanpa Nama delete icon 6:39 PTG

moga JDT akan meluaskan kuasanya dgn erti kata sebenarnya..

walaupun mama menetap di Johor, JDT bukanlah pilihan, Tetapi pada pendapat personal mama, mereka (warga Johor) terlalu mengikut emosi. Mama pernah ke stadium menyaksikan perlawanan Selangor dan Johor FC ketika itu, masa tu adik mama bermain untuk team selangor, para penyokong mereka memaki hamun pihak yang bertandang tanpa memikirkan orang di sebelah.. adik mama ketika itu menjatuhkan pihak lawan, tapi mereka memaki hamun sampai mak ayah pun keluar.. mama sebagai kakak terasa kesannya.....

paridah delete icon 8:42 PTG

TAHNIAH KPD YG MENANG JUARA APA SAJA...YANG KALAH TENTU MUNGKIN TIADA REZEKI DI SITU....

tahniah buat negeriku...

Unknown delete icon 10:11 PTG

biasalah adat bertanding..ada menang ada kalah..

psstt...akak dibalik pintu datang melawat niii

Khir Khalid delete icon 11:56 PTG

Saya kurang minat nak tengok bola.. suka tau keputusannya je & menang kalah mmg tak kisah sgt hehee... tp, syng tak kesempatan nk menonton MLM tu huhu.. :(

Unknown delete icon 11:59 PTG

X dpt tengo Maharaja lawak..sdg berada d kg suami lawat ibu mertua sakit...sy suka bocey..best lawak dorg..tp appn tahniah sepahtu..

QZ92 delete icon 2:57 PG

kerana sebiji bola, semua orang jadi gila. Itulah tajuk entri saya kali ni.
Tak faham dengan mentaliti rakyat malaysia zaman sekarang ni.

Yana Yani delete icon 6:49 PG

dua-dua saya tak tengok! hehe
bagi saya JDT sebenarnya berusaha melakukan yang terbaik
kalau tak masakan bekas pemain kebangsaan Spain, Daniel Guiza
sanggup sertai JDT kan?

bola sepak MALAYSIA ni jadi kucar kacir sebab semua nak terlibat!
kalau kalah, politician nak menyibuk juga menunjukkan kekuasaan,
sampai bila bola sepak MALAYSIA nak takuk tu aje!
BOSAN!

anyway tahniah pada sepahtu dan bocey! =)

kak tie delete icon 12:03 PTG

ok..dah klik google+

Blog Santai delete icon 8:36 PTG

Alkisahnya kisahnya orang Johor ya..bagi kita personally sepahtu tak deserved the title..Bocey lebih layak..nway dah rezeki diakan...and to me JDT ni perlu start dari bawah kot..so tak adalah pressure sangat kot!!!

OKje delete icon 3:45 PTG

Tak minat bola.....idaklah teman kisah menang ke kalah .....tapi kalau negeri sendiri menang bangga jugak tu...
MLM pun tak tengok ...mana ads Astro Warna, tunggu ulangan kat Astro biasa je le.....

Unknown delete icon 5:48 PTG

Dua.. dua... tak diikuti... ;D

Terima kasih BM. Satu penghargaan kepada saya atas entri khas ini. Saya sekadar melontarkan pandangan sahaja. Ya, benar. Saya mengharapkan perlawanan yang "adil" dalam Piala FA nanti. Pulun Kedah Pulun.

Tahniiah sepahtu...JDT boleh cuba lain kali, betul juga, semoga Liga M tak jadi Liga L (Lawak)

klik entri ini sebab tertarik dengan tajuk:) CM warga johor jadi memang tak patriotiklah kalau tak sokong JDT kan..hahaa..tak nak ulas panjang tapi percaya pada satu ungkapan ini: Only the best will do..so, tahniah Sepahtu dan usaha lagi team JDT..:)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap