بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hujung minggu yang tenang dan aman apatah lagi kini sedang berada di kampung halaman. Pagi Ahad yang sejuk dan nyaman sekali... Syukur kerana masih diberi kesempatan bernafas untuk menikmati lagi satu hari yang indah.

Seperti biasa, rutin seorang blogger, awal bagi lagi sudah mengadap komputer. Selain dari melihat blogger view untuk menyemak data dan komen, pasti akan juga ke bloglist untuk melihat entri terkini yang menarik diterbitkan oleh sahabat-sahabat blogger.

Syukur Di Pagi Ahad - Terima Kasih Akma Omar

Pagi ini tertarik dengan satu entri yang agak lama juga dinanti. Akhirnya keputusan Pemenang Contest Bonus Akhir Tahun 2014 anjuran AkmaOmar.com telah dikeluarkan secara rasminya. Dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori SEO dan Kategori Bonus melalui artikel yang menggunakan kata kunci (keyword) "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan".


Pemenang Kategori SEO

Berikut adalah pemenang bagi Kategori SEO. Sebanyak 10 penyertaan yang berada di 10 kedudukan tertinggi di halaman enjin carian google.com.my pada 1 Januari 2015 (jam 12.05 tengah malam) dipilih sebagai pemenang.

Senarai pemenang Kategori SEO - Contest Bonus Akhir Tahun 2014
Senarai pemenang Kategori SEO - Contest Bonus Akhir Tahun 2014

Syukur Alhamdulillah... Ini merupakan penyertaan ketiga Relaks Minda dalam contest SEO dan yang kedua melalui contest anjuran Akma Omar selepas Contest SEO - Buffet Ramadhan Casa Ombak. Pada masa itu tewas kepada sifu blogspot dan SEO, saudara Hasrul Hassan.

Tahniah buat semua peserta dan pemenang Kategori SEO! Anda semua pesaing yang hebat! Cuma rezeki saya kali ini agak baik dan mungkin juga kerana Hasrul Hassan telah melakukan sedikit kesilapan telah memberi peluang untuk entri penyertaan saya berjaya kekal dikedudukan teratas.


Rahsia Menang Contest SEO

Pasti ramai yang ingin tahu apakah rahsia kejayaan untuk menang contest SEO. Sebenarnya tiada rahsia, semua ilmu SEO telah banyak didedahkan oleh sifu Hasrul Hassan. Kita hanya perlu mengaplikasikan serta mempraktikkannya secara berterusan. Artikel "Rahsia menang contest SEO" ini mungkin boleh jadi rujukan anda.

Apabila blog berformat mesra SEO dan kita sering mengaplikasikan teknik SEO dalam setiap entri, Google akan mula memberi perhatian terhadap blog dan seterusnya meningkatkan autoriti di mata robot enjin carian. Jika ianya berterusan... anda akan dapati, amat mudah entri-entri anda untuk berada dikedudukan terbaik di halaman enjin carian (SERP).

Untuk kekal di atas itu adalah satu cabaran di mana usaha berterusan perlu dilakukan sehinggalah saat akhir kerana andai anda terleka dan rasa selesa, jangan terkilan jika ada yang potong tang corner!


Pemenang Kategori Bonus

Berikut pula adalah pemenang bagi Kategori Bonus. Enam Artikel yang berjaya mengumpul jumlah Share FB dan G+1 terbanyak dipilih sebagai pemenang.

Senarai Pemenang Kategori Bonus - Contest Bonus Akhir Tahun 2014
Senarai Pemenang Kategori Bonus - Contest Bonus Akhir Tahun 2014

Tahniah kepada semua pemenang! Amat kagum dengan anda semua terutama pemenang tempat pertama yang terlalu jauh di atas kerana berjaya mengumpulkan lebih 8 ribu Share hanya melalui Facebook! Sungguh hebat! Jika dibandingkan dengan entri penyertaan saya, bagai langit dan bumi! 

Jelas sekali anda mempunyai ramai rakan-rakan sangat supportive. Pasti ianya disebabkan oleh sikap dan kemesraan anda yang amat disenangi. 


Penghargaan 

Di sini saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada penganjur Contest Bonus Akhir Tahun 2014 - Saudari Akma Omar diatas penganjuran Contest yang hebat dan telah berjalan dengan berjaya sekali! Melalui contest anjuran akmaomar.com, saya mengenali anda dan ramai lagi blogger-blogger hebat yang lain.

Juga jutaan terima kasih kepada semua penaja-penaja besar yang sudi sama-sama menaja dan memeriahkan Contest Bonus Akhir Tahun 2014 ini. Anda semua amat dihargai.



Tahniah kepada semua peserta, penganjur dan penaja. Semoga segala matlamat dan tujuan contest ini mencapai sasarannya dan beroleh keberkatan.

Contest SEO yang sedang hangat berlangsung sekarang ini :



Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

28 comments - "Syukur Di Pagi Ahad - Terima Kasih Akma Omar"

Aimacomel delete icon 11:04 PG

Tahniah tuan BM, paling atas. menang besar. Alhamdulliah, blogger hebat.

Tanpa Nama delete icon 2:14 PTG

tahniah BM..BM pun apa kurangnya,sifu SEO juga..

Khir Khalid delete icon 2:23 PTG

Alhamdulillah tahniah BM. Satu pencapaian yg pasti menjadi inspirasi berblogging buat semua. Semoga terus sukses.. salam ceria hari minggu.. :)

mselim3 delete icon 2:35 PTG

Assalammualaikum... BM,

tahniah yer... insaallah boleh cuba lagi nanti...

mselim3

paridah delete icon 2:35 PTG

TAHNIAH BM N SEMUA PEMENANG...MMG LAYAK MENANG PUN....

Tahniah brother BM menang kedudukan pertama. :).. semoga rezeki terus datang kepada bro.

lankapo delete icon 5:51 PTG

Nampaknya anak murida dah mengalahkan Sifu SEO.
Tahniah

jie susanos delete icon 5:58 PTG

fuh..tahniah bm..amda mmg cool..hihi

kuchalana delete icon 7:22 PTG

tahniah bro kerana berjaay menjadi juara

BinMuhammad delete icon 8:15 PTG

Rezeki dari Allah tapi bukan bermakna hebat...
Terima kasih BC

BinMuhammad delete icon 8:16 PTG

Belum layak bergelar sifu...Hanya praktikkan ilmu yang sifu beri
Terima kasih Kathy

BinMuhammad delete icon 8:18 PTG

Syukran... Semoga KK juga akan sukses selalu...
Hari minggu yg ceria... :)

BinMuhammad delete icon 8:19 PTG

Waalaikumsalam sahabat...
Anda juga hebat cuma kali ini tiada rezeki. Jgn putus asa, teruskan mencuba ya...

BinMuhammad delete icon 8:20 PTG

Semua layakmenang cuma dah takdir hanya 10 sahaja terpilih...
Terima kasih Kak Paridah...

BinMuhammad delete icon 8:22 PTG

Anak muda yang semakin hebat! Tahniah...langkah permulaan yang positif! Selepas ini mungkin masa utk anda pula menyerlah!
Thanks CP

BinMuhammad delete icon 8:24 PTG

Mungkin kalahkan tu tidak sesuai...cuma kali ini tuah dan rezeki berpihak buat ku... HH tetap yg terbaik!
Terima kasih Azlan

BinMuhammad delete icon 8:27 PTG

Terima kasih JS... Hari ini panas terik la...tak cool! hehe...

BinMuhammad delete icon 8:29 PTG

Tahniah juga buat BL... Anda pesaing yg hebat! Lepas ni pasti sukar nak atasi anda!

alhamdulilah tahniah !!

hebat hebatnya semua blogger tu... tahniah BM... saya rasa kerdil dan ciput sangat tapi dengan harapan saya akan sebaik tu di masa hadapan

tahniah utk BM dan semua pemenang...

Khir Khalid delete icon 1:23 PTG

Bolehlah belanja lunch ikan bakar dgn ulam raja tengah hari ni hehee.. :D

Unknown delete icon 4:51 PTG

Kalau contest seo..memang cik akak surender awal2..sebab tak layak kot.hahaha...seo pun masih siput lagi..blog pun kodding masih belum teknik seo..haha....kalau guna laptop ok gak nak backlink entri nie...tapi guna phonem..serba serbi cik akak tak menolong..haha

Tahniah....belanja cik akak kecfi seketul

Pha Is delete icon 12:17 PG

pergh.. tahniah.. kalau dgn bro HasrulHassan tu, mmg susah la nk celen dia.. hehe..

Unknown delete icon 12:05 PTG

Tahniah! Memang membanggakan la, sekaligus menaikkan juga nama brand Shaklee...:)

Tahniah BM ..TERBAIK ..Memang dah agak yang BM boleh menang ..Fuhhh SEO mmg best ni ..Nanti kita terjah lagi nak belajar banyak lg ttg SEO ..

Tahniah kepada BM kerana berjaya menduduki tempat pertama dalam contest akma omar. Selaku penaja, kak yati kagum dengan kesungguhan kalian mengikuti setiap contest yang dianjurkan oleh blogger.. hadiah iringan dari kak yati untuk anda.. email kak di vitaminsno1.gnor@gmail.com

Fiza Rahman delete icon 4:08 PTG

Alhamdulillah. Tahniah BM.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap