Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Yeo's Pilihan Semulajadiku!...Pengikat kasih sayang

Kini sudah masuk tahun ke lima ayah tidak dapat berjalan. Sakit lututnya semakin teruk. Ayah tidak mampu lagi untuk berdiri dengan sendiri melainkan dengan bantuan tongkat. Itu pun tidak mampu lama. Ditambah pula dengan pemergian ibu ku pada awal tahun lepas, ayah semakin hari semakin kurang makan dan ceria. Ini membuatkan kesihatannya juga semakin menyusut.

Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Happy family with Yeo's
Dulu ayah dan ibu hanya tinggal berdua di kampung. Kami empat beradik sudah tidak tinggal bersama dengan mereka kerana ada yang sudah mempunyai keluarga dan punya tanggungjawab sendiri. Abang sulungku kini seorang usahawan berjaya dan punya keluarga menetap di Johor Baru.

Kakak aku pula hanya seorang suri rumah setelah berkahwin dengan seorang jurutera dan menetap di Klang. Aku pula masih bujang, menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Adikku sahaja yang masih belum bekerja kerana masih menyambung pelajarannya di London.

Kerana sibuk dengan urusan masing-masing, terlalu jarang sekali untuk kami dapat pulang meluangkan masa bersama ibu dan ayah. Sejak pemergian ibu, ayah kini tinggal dirumah kakak di Klang. Jika bukan kerana keuzuran ayah yang tidak mampu bergerak, tidak akan sama sekali beliau hendak meninggalkan rumah pusaka di kampung. Puas dipujuk akhirnya beliau terpaksa akur.

Lempeng cicah seri kaya

Pada satu hari, aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari kakak ku. Dengan suara sedikit keras tapi bercampur dengan sendu tangisan, "Acik! Meh datang rumah akak cepat...ayah ni, tak tau kenapa. Dah 2 hari tak makan, macam mana nak makan ubat ni. Puas akak pujuk tapi diam je. cubalah ko pujuk. Akak risau ni! Ko datang ye!" "Ok! Ok!...lepas tengahari nanti Acik sampai"...aku terus meletakkan telefon kerana waktu itu aku berada dalam bilik mesyuarat. 

Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Yeo's peneman setia
Sesampai sahaja aku di rumah kakak ku, dengan segera terus kebilik ayah. Aku lihat ayah terbaring tidak bermaya. "Ayah...kenapa ni ayah. Ayah sakit ke? Makanlah sikit...ayah perlu makan untuk ada tenaga, nanti boleh makan ubat." Aku cuba memujuk.

"Tak nak...aku nak makan lempeng cicah seri kaya mak kau!"
Herdik ayah. Aku menjeling kearah kakak ku. "Kenapa akak tak buatkan apa yang ayah nak!" "Akak dah buat tapi ayah kata tak sama macam seri kaya mak. Ayah tak nak. Ayah nak juga seri kaya sama macam mak buat..."

Ketika itu aku terus terkenang kembali zaman kecilku. Aku cukup selera makan lempeng mak yang dicicah dengan seri kaya. Bagi ku itulah sarapan yang paling enak dan tiada bandingannya. Boleh dikatakan hampir setiap hari mak masak lempeng bercicahkan seri kaya kerana itulah makanan paling digemari oleh ayah. "Kakak tak pernah belajar dengan mak ke cara buat seri kaya tu" tanya ku. "Akak mana tau...akak jarang tolong mak kat dapur." ujarnya.

Aku menyuruh kakakku cuba membuat lagi seri kaya, namun ianya tetap tidak sama rasanya seperti seri kaya mak. Jika ku lihat bahan-bahan dan cara membuatnya...tiada pun bezanya. Aku cuba google... namun hasilnya juga serupa! Pening aku dibuatnya. Kami semakin buntu. Apakah rahsia seri kaya mak hinggakan rasanya sangat sedap dan berbeza sekali?

Ayah semakin lemah

Sudah tiga hari ayah tidak mahu makan. Badannya kini semakin lemah, namun beliau tetap berkeras mahukan lempeng bercicah seri kaya buatan mak. Buntu fikiran kami berdua. Aku segera telefon abang long dan menyuruhnya segera datang. Aku risau dengan keadaan ayah. Adik ku di London juga ku panggil pulang. 

Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Air soya Yeo's - Minuman berkhasiat dan bertenaga.
Hari keempat di rumah kakak ku. Kami empat beradik sudah berkumpul. Tidak seorang pun berjaya memujuk ayah untuk makan. Ayah hanya mahu minum dan syukurlah pilihannya pula air soya Yeo's yang berkhasiat. Itu sahajalah yang menjadi sumber tenaga untuk ayah dikala ini.

Tiada makanan lain yang dapat menambat selera ayah, hanya lempeng bercicah seri kaya mak yang dimahunya. Sepanjang hari itu jugalah... pelbagai eksperimen kakak dan adik cuba lakukan untuk membuat seri kaya yang serupa seperti seri kaya buatan mak, namun tetap gagal!

Walaupun ada yang hampir sama, tapi lidah ayah bagaikan sudah serasi dan peka dengan seri kaya buatan mak. Kami semua teramat buntu dan mulalah semakin kuat ingatan terhadap mak. Hanya mak yang dapat membantu kami dikala ini... Mak! kami perlukan mu! Kami rindukan mu!

Pulang ke kampung

Hari kelima, ayah bersuara... "Aku nak balik kampung... Bawa aku balik!" Memandangkan kesihatan ayah yang semakin lemah, kami semua setuju untuk membawa ayah pulang kekampung. Mungkin suasana dan ketika berada dirumah sendiri akan membuka selera ayah untuk makan. Petang itu juga kami berempat membawa ayah pulang ke kampung.

Kali terakhir kami berempat dapat berkumpul bersama dikampung hanya seketika, iaitu dihari pengkebumian mak yang meninggal mengejut akibat serangan angin ahmar selepas solat subuh. Sudah lebih setahun berlalu, baru kini kami dapat berkumpul bersama di rumah tumpah darah ini. Kali ini suasana sungguh berbeza, ayah dalam keadaan sangat uzur dan hanya nak makan lempeng bercicah seri kaya masakan mak. 

Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Lempeng enak dicicah bersama seri kaya
Setiba sahaja di rumah, kakak dan adikku segera ke dapur lalu memasak lempeng dan seri kaya untuk ayah. Aku amat berdoa agar kali ini ayah hendak menjamahnya.

Kakak menyuap perlahan secubit lempeng bercicah kaya kemulut ayah. Kami bertiga memerhatikan dengan penuh kusyuk... masing-masing berdoa dan berharap agar kali ini ayah menelan lempeng tersebut.

Bersembur lempeng keluar dari mulut ayah..."Ini bukan seri kaya mak kau! Aku tak mahu!" Kakak berlari keluar sambil menangis. Adik segera mengejarnya. Aku dan abang long tidak mampu berkata apa... Air mataku tidak tertahan.

Aku peluk ayah... "Maafkan aku ayah. Maafkan kami. Kami tak mampu menggantikan tempat mak. Kami sayang ayah. Kami mahu ayah sihat, makanlah ayah..." "Kamu semua memang tak sayangkan aku dan mak kamu! Seri kaya yang semudah itu pun tak ada siapa yang mampu nak buat!" Ayah bersuara dan terus memalingkan muka. Aku terkedu... lidahku kelu... 

Tangisan kegembiraan

Kami berempat berkumpul diruang tamu. "Apa kita nak buat sekarang ni" Aku memulakan bicara. "Ayah sebenarnya mahukan kita berkumpul. Ayah mahu kita kembali bersama seperti dulu dan selalu balik ke kampung. Along tahu...ayah marahkan kita semua. Bila mak dah tiada, ayah sunyi... tapi kita semua sibuk dengan hal sendiri. Along tak tahu nak buat macam mana lagi. Hanya seri kaya mak yang dapat mengubah segalanya" Along bersuara sambil tersekat-sekat. Selepas itu, kami semua terdiam membisu. Masing-masing tunduk sambil pelbagai kesalan dan ingatan bermain difikiran.

Ya..aku mengakuinya. Masa mak masih ada pun kami jarang pulang berkumpul di kampung. Hari raya pun balik sekejap dan berlainan masa pula... Betapa kami lupa akan ikatan kekeluargaan yang semakin pudar dalam keluarga kami kerana asyik sibuk dengan urusan sendiri. Rasa bersalah kini amat menyiksa diri. Andai diberi peluang sekali lagi, akan kutebus kesilapan ini. "Adik minta diri, nak ke dapur buat air." Suara adik memecah keheningan. 

"Abang! Kakak! Cepat ke sini!" Jerit adik ku didapur. Bergegas kami kedapur... "Tengok ni! Tengok ni!" Adikku menjerit gembira. Kami bertiga terus pandang sesama sendiri lalu masing-masing tersenyum riang! Ya! Allah... sungguh tidak kusangka, rupanya inilah rahsia mak! "Adik jumpa kat mana ni?" tanya kakak. "Adik cari kopi nak buat air, sekalinya terjumpa ni. Ada lagi tiga!"

Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Seri kaya Yeo's - pengikat kasih sayang
Aku terus menitiskan air mata, kakak dan adik sudah berpelukan menangis. Abang Long tersenyum sambil mengesat-ngesat matanya yang sudah merah. Kami semua terlalu gembira!

Tidak kusangka... Seri kaya Yeo's mampu membuatkan kami sekeluarga cukup gembira dan mengeratkan ikatan kasih sayang serta jalinan kekeluargaan. Rahsia mak sudah terbongkar... Hanya Yeo's yang mampu memberikan rasa asli yang terbaik dan enak hinggakan seperti masakan ibu.

Yeo's Pilihan Semulajadiku!

Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Hanya doa buat membalas jasa
ibu bapa
Kerana seri kaya Yeo's...segalanya berubah. Kini ayah sudah kembali sihat dan ceria. Tiada lagi kesunyian. Ikatan kami sekeluarga juga semakin erat. Kasih ibu terus mekar di hati dan ingatan kami. Lempeng mak bercicah seri kaya Yeo's... Itulah pengikat kasih sayang kami sekeluarga. Yeo's! Pilihan semulajadiku dan keluargaku!

Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada. Mereka rindukan belaian dan kasih sayang dari anak-anak. Bukan harta dan kesenangan hidup yang mereka inginkan, hanya sedikit curahan kasih sayang.

Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Produk Yeo's! pilihan semulajadiku dan keluargaku setiap masa!
-
Produk keluaran Yeo's Malaysia cukup berkualiti, bermutu, lazat, berkhasiat dan halal. Menjadi jenama terkenal di Malaysia, pilihan ramai sejak dulu dan menjadi sebahagian dari kehidupan generasi ke generasi. Dapatkan produk Yeo's! Semoga ikatan kasih sayang dan persaudaraan akan kekal terjalin erat. Yeo's membawa senyuman dan kecerian.

Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Generasi demi generasi...hidup ceria bersama Yeos! Pilihan semulajadiku!

Anda boleh dapatkan informasi terkini tentang produk, berita, tawaran istimewa
dan perkembangan semasa Yeo's Malaysia melalui :
Yeo's Malaysia Facebook
Yeo's Malaysia Twitter
Yeo's Malaysia Instagram
Yeo's Malaysia Google+ 
Yeo's Malaysia YouTube 
Pengikat Kasih Sayang... Yeo's Pilihan Semulajadiku!
Yeo's Malaysia, syarikat pengeluar pelbagai produk minuman dan makanan
yang terjamin, berkualiti, berkhasiat, berteknologi tinggi, asli dan halal.

Contest Yeo's Malaysia Sepetang Bersama Blogger ini menawarkan hadiah menarik. Dibawakan oleh Yeo's  Malaysia dan dianjurkan oleh Denaihati... Sertainya sekarang! Tarikh tamat 11.2.2014.
yeos-minicontest-468x60
Klik banner untuk menyertai contest ini
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014


Support penyertaan saya dengan 
klik share FB dan Google+ 
artikel ini. Terima kasih.


Author by Bin Muhammad

157 comments - "Pengikat Kasih Sayang Ayah Dan Anak"

paridah delete icon 10:01 PTG

ASSALAM SOKONG N SHARE FB...GOOGLE...GOOD LUCK.

all the best BM... kaya yeos tu memang terbaik!!!

Unknown delete icon 10:18 PTG

isk-isk semangat cik akak baca sampai habis..rupa contest...hihi....
uncle memang terbaik...nak gak belajar dari uncle ni...hihi....

P/s : tak nak resepi cinta tu hangit uncle...senang je...slowkan apinya...hahaha....

Wafi Remli delete icon 10:30 PTG

Isk, terpedaya jua...huhu. Serius baca tadi...

OKje delete icon 10:59 PTG

Ek eleh ......macam dah pernah baca cerita ni...tapi kat mana yek? Hilang ingatanlah pulak!...Dah share kat G+

Unknown delete icon 11:05 PTG

done share bro..hehe
ceri kasi suspen je..huhu

BinMuhammad delete icon 11:10 PTG

Biar betol OKje...ini idea asli tanpa ada cedok dari mana2 tau...

BinMuhammad delete icon 11:11 PTG

Waalaikumsalam...terima kasih ya :)

BinMuhammad delete icon 11:11 PTG

Terima kasih farah... :)

BinMuhammad delete icon 11:12 PTG

Karang je...idea akan datang dgn sendirinya. Thanks cik akak :)

BinMuhammad delete icon 11:15 PTG

Terima kasih sudi membacanya...bukan tipu tapi tak betul sikit2 je :)

anamizu delete icon 12:04 PG

Kaya yeos mmg terbaek hehe
done share. best of luck bang hehe

Yana Yani delete icon 12:09 PG

saya suka betul cara BM menyampaikan sesuatu
bersungguh-sungguh! well done!
walau tahu ni untuk contest, saya still baca sampai habis!
TERBAIK! =)

Terbaik.. semoga BM bertuah & berjaya.. aamiin.. :)
klu turun ke majlis tu, boleh lah kita ramai jumpe2.. :)

BUNDA delete icon 4:34 PG

Bikin suspen...rugi jer air mata...hihi...semoga berjaya BM...

entri yg membuatkan sebak didada..sbb ceritanya sama..emak telah meninggal..ayah yg kesunyian..

Semangat nak bacanya...apa ending ayah dia...bila dah tau...laàa...kaya yeos rupanya...hehe...

Ada gak pengajaran tu...walaupun contest je...gud luck BM...

Unknown delete icon 8:07 PG

menariknya entry ini... yeo's pihan semulajadi..

kakiblog delete icon 8:54 PG

sungguh menyentuh perasaan cerita ini bro..semoga berjaya dalam kontes nanti..

suka dengan BM punya cara penyampaian sesuatu entry.. mcm novelist sangatttt wpun entry utk contest.. all the best yer.. semoga rejeki menyebelahi BM.. =)

Dalam berkontes perlu ada kisah pengajaran... :)

Terima kasih anamizu... :)

Terima kasih Yana... cuba sekadar termampu.

Terima kasih Khir,
Belum ada keputusan muktamad utk turun ke tidak... Malu...hehe

Jgn sedih2 ye Bunda... Doakan saya berjaya! :)

Maafkan saya ye akak... Terima kasih krn sudi membacanya.

Ya...jenuh juga nak dapat idea utk masukkan pengajaran dalam cerita...
Terima kasih ya... :)

Semoga ia bertepatan dengan tema...
Terimak asih izan :)

Terima kasih KB... cuba yg termampu, harap2 berjayalah :)

Terima kasih zaza, semoga dimakbulkan doa anda. :)

Cuma cerita rekaan tapi kakak pulak yg beria-ia mengalirkan airmata. Huh... hebat penangan BM ni tau.

Tahniah. Kakak sokong. Eh kena kena google+ tu ye. Ok.. kakak buat lepas ini. FB kakak tak ada. Dah lama deactivatedkan..

muja delete icon 11:20 PG

good luck! terharunya baca,, :'(

MrJocko delete icon 11:25 PG

yg bagusnya Yeo's ada pilihan produk yg pelbagai,,,

Denaihati delete icon 11:55 PG

sebak sekejap baca kisah ni. moral of the story mesti kita ingat...sentiasa beri yang terbaik untuk orang tua kita.
billion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan cabaran affilate serta semoga sukses.

Unknown delete icon 12:44 PTG

wow..
karya BM mmg terbaek..
shark undi karya BM ni.

all the best BM...Relaks Minda santapan setiap hari dan yeo's pihan semulajadi..

susu menyehatkan

wow! BM hebat... semoga terus berjaya okeh, mama undi!!....

Budak Nakal delete icon 2:43 PTG

Salam , jemput2lah singgah baca dan G+ serta share to FB artikel kozumi ni juga>
http://kozumiro.blogspot.com/2014/02/yeos-pilihanku.html

kalau yeos la kan....SA suka air soya dia ni...memang pilihan sejak dulu lagi...best...

Tanpa Nama delete icon 3:16 PTG

gd luck yer BM !

BinMuhammad delete icon 3:41 PTG

Terima kasih akak...doakan kejayaan saya :)

BinMuhammad delete icon 3:42 PTG

Terima kasih krn sudi membaca...amat saya hargai

Zaza Iman delete icon 3:42 PTG

cerita yg best :) moga berjaya..

BinMuhammad delete icon 3:46 PTG

Ya..Yeo's pengeluar produk pemakanan terkemuka di Malaysia.
Terima kasih Rosmadi :)

BinMuhammad delete icon 3:51 PTG

Terima kasih kerana menerima penyertaan saya...
Semoga SBB2014 berjalan dgn lancar dan berjaya mencapai matlamat!

BinMuhammad delete icon 3:51 PTG

Terima kasih shark...amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 3:52 PTG

Terima kasih Maszie...harap2 begitulah hendaknya..

BinMuhammad delete icon 3:53 PTG

Terima kasih mama, sokongan mama amat saya hargai

BinMuhammad delete icon 3:54 PTG

Terima kasih ya :)

BinMuhammad delete icon 3:55 PTG

Waalaikumsalam, semoga berjaya juga buat anda.
Terima kasih diatas kunjungan :)

BinMuhammad delete icon 3:56 PTG

Terima kasih...Ya! Yeo's pilihan berzaman :)

BinMuhammad delete icon 3:56 PTG

Terima kasih KA ...doakan ye :)

BinMuhammad delete icon 3:57 PTG

Terima kasih zaza... :)

fyna delete icon 4:11 PTG

good luck ^_^

PCL delete icon 4:14 PTG

Gud Luck BM, ..lepas ni buat lempeng dan makan dgn kaya; moga sama2 kita jd kaya raya...hahha

yeos ne minum time berbuka puasa.
kenyang ngan minum air je..huhu

Unknown delete icon 5:02 PTG

Kusyuk idah baca n3 BM nie.. memang malatop... :D
Tapi G+ dengan FB tu ce buat hyperlink... senang skit nak klik2 & vote!

Aimacomel delete icon 5:11 PTG

Saya suka teh bunga chris tu. Sedapppp.... tuan bm, cerita awak dah buatkan saya sebak dan terharu. Cerita ni lagi hebat dr ariana rose, terima kasih sbb berkongsi

Bahrain delete icon 5:20 PTG

khusyuk betul kisah ni. kena mengena pula dengan yeo's. Aku pun dulu tercari-cari kaya yang sedap masa aku duduk asrama rupa-rupanya pakai brand ni rupanya. patotlah sedap. Memang sedap!

tersentuh acik membaca entri ini.. sangat best.. insya ALLAH ada rezeki boleh menang

Dah klik google tu BM. Tahniah, satu naratif penceritaan yang baik. Semoga berjaya. Lepas ni boleh tulis cerpen pula ya.

terbaik...tahniah.

BinMuhammad delete icon 8:11 PTG

Terima kasih fyna :)

BinMuhammad delete icon 8:12 PTG

Terima kasih PCL...
Haha...Insyaallah, semoga kita sama2 kaya :)

BinMuhammad delete icon 8:12 PTG

Ye lah...bila bulan puasa teringat soya cincau!

BinMuhammad delete icon 8:14 PTG

Terima kasih acik idah...:)
Nak buat tapi tak pandai lah pula...huhu

BinMuhammad delete icon 8:19 PTG

Terima kasih BC...
Taklah sehebat mana pun, Ariana rose lagi hebat...

BinMuhammad delete icon 8:20 PTG

Terima kasih bahrain
Betul tu! Seri kaya Yeo's memang terbaik!

BinMuhammad delete icon 8:21 PTG

Terima kasih acik... semoga doa acik termakbullah hendaknya.

BinMuhammad delete icon 8:23 PTG

Terima kasih TI,
Rasanye tak cukup ilmu lagilah nak tulis cerpen...payah tu.

BinMuhammad delete icon 8:24 PTG

Terima kasih MKL...amat2 saya hargai :)

fragmenbiru delete icon 8:54 PTG

Wah..terbaik la... suka jugak...moga bjaya!!

Zawiah delete icon 10:01 PTG

semoga berjaya ... panjang artikelnya .

Good luck BM...kisah benarkah ini? Ia amat menyentuh hati...
Nak share jugak...

Mia Liana delete icon 7:12 PG

wahhhh.. kreatifnya entri ni... kisah yang menyayat hati..

Blog Santai delete icon 10:42 PG

Ini cerpen ke cerita benar BM...kita teringin jugak nak join tapi nak mengarang tu memanglah susah...tak pandailah nak buat cerita ..he..he. Nway Good luck to you..k

Satu cerita yang sungguh menyentuh perasaan. Hanya kerana kaya yeo's boleh buat yang membaca terasa sebab..gd job. Semoga berjaya :)

BinMuhammad delete icon 12:41 PTG

Terima kasih Abak... :) jangan lupa vote G+

BinMuhammad delete icon 12:42 PTG

Insyaallah...terima kasih vee. Kalau tengah ada idea...macam tulah!

BinMuhammad delete icon 12:44 PTG

Terima kasih cikgu...sokongan amat dihargai!
Ia hanya kisah imaginasi saya... :)

BinMuhammad delete icon 12:44 PTG

Terima kasih Mia, sokongan dari anda amat dihargai :)

BinMuhammad delete icon 12:46 PTG

Bukan semestinya cerita, promosi produk pun boleh juga.
Terima kasih atas sokongan, ini hanya kisah imaginasi saya saje... :)

BinMuhammad delete icon 12:47 PTG

Terima kasih Hanny... kunjungan anda amat dihargai :)

Unknown delete icon 4:57 PTG

as salam BM
all d bez buat BM
menyentuh hati kisah ayah kat atas..
yumida done share kat facebook n klik G+
Jemput singgah: Yeo's pilihan hatiku

Tanpa Nama delete icon 6:46 PTG

Hebat sangat..terpegun baca cerpen ni..jiwa sastera BM ni.apapun,bila baca ni sayu kenang ayah yg semakin uzur.

akubiomed delete icon 9:09 PTG

Rahsia Kaya Yeo's pengikat kasih. Menarik. :-)

Unknown delete icon 11:41 PTG

Menarik..menyentuh hati...tjn sbnr si ayah adalah satukn familynya.
Sy share kt G+ n good luck ya BM

KamilSalleh delete icon 1:18 PTG

Jom pakat daftar, join contest dan yg penting hadirkan diri. Mu tunggu aku di sana weh......

titan delete icon 5:04 PTG

kaya dia tu memang sedap. hoho..

BinMuhammad delete icon 10:00 PTG

Waalaukumsalam,
Terima kasih...semoga Yumida juga berjaya!

BinMuhammad delete icon 10:01 PTG

Terima kasih kathy,
Doakan ianya dapat memikat juri... :)

BinMuhammad delete icon 10:02 PTG

Terima kasih...kaya Yeo's memang tiada tandingan! :)

BinMuhammad delete icon 10:03 PTG

Terima kasih Mama...
Sokongan Mama amat2 saya hargai :)

BinMuhammad delete icon 10:04 PTG

Join sudah tapi kehadiran belum pasti... Inyaallah, jika diizin Allah.
Terima kasih kamil...

BinMuhammad delete icon 10:06 PTG

Kaya Yeo's...sememangnya tiada tandingan! :)

kak tie delete icon 10:31 PTG

ooo..yang ni ke...hahaha..ok done

hairi02 delete icon 8:01 PG

Kaya Yeo's....rasa asli, memikat rasa sejak dahulu, kini dan selamanya!
Good luck bro!

Unknown delete icon 9:34 PG

Dahsyatnya BM ni..mampu reka cerita yang meruntun hati saya..namun saya dah boleh meneka ianya tentulah Kaya Yoe's. Hahahaha.. insyaAllah. .Bm terbaikk!!

Unknown delete icon 9:35 PG

Memang terbaek karangan BM..kagum

Unknown delete icon 9:37 PG

Hahaha..kaya pulak..ada ke patut pcl ni

Unknown delete icon 9:38 PG

Semoga BM berjaya..

BinMuhammad delete icon 10:10 PG

Terima kasih Kak Tie :)

BinMuhammad delete icon 10:10 PG

Terima kasih diatas dokongan anda :)

BinMuhammad delete icon 10:13 PG

Kerana ianya peraduan Yeo's mudah utk anda meneka...
Terima kasih Mieza...Doakan berjaya ya! Share G+...

sitirohaida delete icon 11:09 PG

best of luck BM..yeos mmg terbaik..

aypol97 delete icon 2:08 PTG

hehehehe terbaik

ada masa boleh klik

http://qhalifwildan.blogspot.com/2014/02/setahun-sudah-berlalu.html

ZaridaIshak delete icon 10:09 PTG

YB datang memberi sokongan. Menarik baca cerita kali ini... sentuhan istimewa bersama Yeo's.
Good luck

BinMuhammad delete icon 12:02 PG

Terima kasih KSD...amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 12:02 PG

Terima kasih diatas kunjungan anda... :)

BinMuhammad delete icon 12:03 PG

Terima kasih YB diatas sokongan anda... :)

Good luck BM!!

edisi delete icon 5:58 PG

ternyata Yeo's pilihanku...semoga berjaya BM.

BinMuhammad delete icon 11:34 PG

Terima kasih Liza... :)

BinMuhammad delete icon 11:34 PG

Terima kasih jamian... :-)

Done share.. all the best :)

BinMuhammad delete icon 8:40 PTG

Terima kasih...amat2 saya hargainya :)

ohhh..ingat cerita betul tadi..Apapun menarik..walaupun hanya iklan

lynmunir delete icon 12:57 PG

Terbaik lah.Beria-ia saya membaca dari awal sampai ke akhir. Tengah layan sebak, rupa-rupanya hanya contest ?!
Aduh,terkena sudah hahaha. All the best ya.

Terima kasih...bukan iklan tapi contest, Jgn lupa support G+ ye... :)

Terima kasih Lynn...jangan marah ye, support dr anda amat2 dihargai :)

Mizz Aiza delete icon 10:11 PG

sebak membaca entri ini BM ini.. all the best untuk contest ini ya..

BinMuhammad delete icon 10:49 PG

Terima kasih Aiza... :)

cik tom delete icon 11:22 PG

menaruk penceritaan BM.. memang menyentuh hati...sayu baca.. kisah benar ke ni??

done klik g+.....

Maria Firdz delete icon 12:42 PTG

ALL THE BEST... Good luck..

BinMuhammad delete icon 1:26 PTG

Hanya kisah rekaan utk contest ni...
Terima kasih cik tom :)

BinMuhammad delete icon 1:26 PTG

Terima kasih Maria, amat2 saya hargainya :)

Sukma delete icon 3:52 PTG

suatu karya yang terbaik pernah saya baca mengenai Yeo's...tahu tak touching nie....boleh share kat blog @ facebook....?

BinMuhammad delete icon 5:18 PTG

Terima kasih krn sudi membacanya... :)
Dialu-alukan utk share. Support penyertaan saya dgn klik button share G+ dan Facebook.

profhariz delete icon 7:04 PTG

Suka jalan cerita :)

biasa makan kaya dengan roti....kalau dengan lempeng confirm kenyang jadinya.... gplus untuk entry nie yea...

KamilSalleh delete icon 10:17 PTG

Semoga berjaya buat bro... artikel sangat menarik.
Ada masa jom terjah blog saya:

Contest Hebat Bersama Yeo's Pilihanku

Akuro San delete icon 10:04 PG

entri yang menarik dan penuh nostalgia.
saya support entri ini dgn G+ dan FB Share ya...
Good Luck...

salam BM, saya support contest yg awak sertai ni dan dah share pun dekat G+, semoga suksess ya..:)

BinMuhammad delete icon 3:47 PTG

Terima kasih profhariz :)

BinMuhammad delete icon 3:49 PTG

Orang kampung hanya mampu makan lempeng...huhu
Terima kasih hazman...support anda amat2 saya hargai :)

BinMuhammad delete icon 3:51 PTG

Terima kasih kamil salleh,
Entri anda juga amat menarik....semoga berjaya!

BinMuhammad delete icon 3:52 PTG

Terima kasih Akuro San, support anda amat2 dihargai :)

BinMuhammad delete icon 3:53 PTG

Waalaikumsalam CM,
Terima kasih dan amat2 saya hargai...doakan saya menang! :)

emarieys delete icon 2:25 PTG

Salam, saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan tekan G+..mulanya ingat kisah benar..tp cerpen yg begitu tersentuh di hati...anyway, tahniah atas cerpen ini dan good luck

dear anies delete icon 2:58 PTG

bakal pemenang ni!!
all the best

Unknown delete icon 3:56 PTG

semoga berjaya BM , :)

Pha Is delete icon 7:32 PTG

yeos ada kaya..? x pernah nmpak plak..
all the best..

Tanpa Nama delete icon 8:32 PTG

Done share...gdluck BM.

Abam Kie delete icon 9:22 PTG

all the best my friend!

BinMuhammad delete icon 11:33 PTG

Terima kasih, support anda amat2 saya hargai. :)

BinMuhammad delete icon 11:47 PTG

Terima kasih, semoga termakbullah kata2 anda ini...amiin :)

BinMuhammad delete icon 11:48 PTG

Terima kasih Syaifuddin :)

BinMuhammad delete icon 11:49 PTG

Nampaknya entri ini berjaya memperkenalkan satu lagi produk Yeo's...hehe
Thanks Pha Is.

BinMuhammad delete icon 11:50 PTG

Thanks for your support Abe Kie...

Dunia Zumal delete icon 11:59 PTG

Perkongsian yang sangat hebat. All the best :)

BinMuhammad delete icon 12:18 PG

Terima kasih...amat2 menghargainya :)

Orkid delete icon 10:07 PG

Slm singgah membaca di hari selasa..

BinMuhammad delete icon 10:03 PTG

Terima kasih...sokongan anda dihargai :)

Unknown delete icon 10:10 PTG

All the best!

ANIM delete icon 4:39 PTG

kak anim baru nak tangkap leleh...
ada bakat buat novel remaja mcm helmi (tetamu istimewa)..
sure ada sikit2 tempias pada pengalaman kerana itu jalan cerita real..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap