kehilangan pesawat MAS MH370
Kehilangan Pesawat MAS MH370
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh dikatakan hampir semua blogger menerbitkan entri tentang isu menggemparkan negara serta dunia. Isu kehilangan pesawat Boeing 777-200 kepunyaan MAS (Malaysia Airlines) iaitu MH370.

Penerbangan yang berlepas dari KLIA (Kuala Lumpur International Airport) menuju ke Beijing, China hilang tanpa dapat dikesan oleh Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 2.40 pagi, awal Sabtu lepas. MH370 terputus hubungan sebaik sahaja memasuki sempadan Vietnam diperairan Laut China Selatan.

Misteri Kehilangan Pesawat MH370

Pelbagai tajuk, topik dan cerita dari pelbagai sudut diceritakan. Tidak kurang juga pelbagai spekulasi tersebar dimedia sosial. Kini, setelah 48 jam sejak terputus hubungan, masih tidak dapat dikesan dimanakah pesawat ini berada. Nasib 239 penumpang dan krew juga masih belum diketahui.

kehilangan pesawat MAS MH370
#Pray for MH370
Seluruh dunia kini tertumpu kepada kejadian ini. Setiap saat dan ketika, pasti ada sahaja berita dan kisah terkini di keluarkan sama ada oleh media cetak mahupun media elektronik dari dalam dan luar negara.

Setiap apa sahaja topik berkaitan misteri kehilangan ini pasti menjadi sumber berita dan tumpuan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan MH370 ini.

Tidak perlulah dikongsikan lagi disini kerana anda semua telah sedia maklum. Apa yang ingin disampaikan disini... Jangan sesekali ahli keluarga yang terlibat dan kita semua putus harapan. Selagi tiada berita sahih diatas penemuan pesawat ini, jangan sesekali membuat sebarang kesimpulan.

Terus berdoa dan berharap sesuatu yang baik dan positif. Semoga berlaku keajaiban yang mampu menceriakan semua orang terutama ahli keluarga mereka yang terlibat.

Pesanan Buat 239 Penumpang dan Krew MH370

Jika 239 penumpang dan krew pesawat MH370 mampu mendengar rintihan ini...
"Pulanglah... MH370, anda sedia diberi keutamaan untuk mendarat dimana-mana lapangan terbang di dunia ini. Kami hanya mahu melihat wajah-wajah anda semua dan dipeluk mesra oleh insan-insan tersayang. Semoga sekarang ini anda semua berada dalam keadaan selamat."

kehilangan pesawat MAS MH370

"Lihatlah nota-nota kiriman insan tersayang ini. Mereka semua mengharapkan kepulangan anda semua. Mereka teramat merindui dan menyayangi. Tidak sesekali mereka putus harapan dan berdoa demi melihat wajah insan-insan yang mereka sayangi... pulanglah..."

Pesanan Buat 239 Penumpang Dan Krew Pesawat MAS MH370

Pesanan Buat 239 Penumpang Dan Krew Pesawat MAS MH370

Pesanan Buat 239 Penumpang Dan Krew Pesawat MAS MH370

Pesanan Buat 239 Penumpang Dan Krew Pesawat MAS MH370

Mengharap Dan Berdoa

Nota-nota diatas ditulis oleh ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH370 yang mengundang rasa sedih dan simpati. Mereka tidak putus harapan mengharapkan sesuatu keajaiban. Semoga kita semua juga teruskan menghulurkan doa buat kesejahteraan mereka dan semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Semoga segala usaha dan diiringi doa kami semua, sesuatu yang positif dan ajaib akan berlaku. Semoga semua penumpang dan krew pesawat MH370 akan ditemui dalam keadaan selamat...InsyaAllah.

doa untuk mh370


semua sumber gambar dan nota dari facebook
Author by Bin Muhammad

30 comments - "Pesanan 239 Penumpang Dan Krew Pesawat MAS MH370"

Bunda_nora delete icon 10:07 PTG

sedih... :(

Khir Khalid delete icon 11:20 PTG

Semoga dipermudahkan segala usaha pencarian & semoga diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar begini... aamiin..

paridah delete icon 11:26 PTG

sedih...mampu berdoa saja n sentiasa berdoa..

berharap dan berdoa semoga ada cerita gembira diakhirnya...

Abam Kie delete icon 7:48 PG

harap keajaiban akan berlaku..

Alhmdulilah..aminnn. Semoga doa kite semua dimakbul oleh Allah ta'ala.

Semoga semua krew dan penumpang MH370 dapat ditemui.

sangat sedih...Doakan yang terbaik untuk pesawat MH370..

Linda delete icon 8:17 PG

pulanglah MH370 :(

Unknown delete icon 8:33 PG

sedih sgt.... permudahkanlah urusan untuk menemui MH370 kembali.....

Sedih sangat. Smoga ada keajaiban. Sama2 lah kita berdoa semoga usaha mencari dan menyelamat di permudahkan olehNYA.

OKje delete icon 9:47 PG

Itulah yg kita harapkan...moga mereka akan pulang akhirnya.....

Kakak percaya setiap kita yg membaca titipan dari keluarga pasti akan mengalirkan airmata. Sedih bukan kepalang. Namun apa kemampuan kita selain berdoa dan berdoa. Mereka yg ada kebolehan membantu telah pun berusaha dan akan terus berusaha...

Unknown delete icon 10:31 PG

Semoga Allah SWT permudahkan...

Aimacomel delete icon 10:47 PG

Semoga Allah permudahkan. Saya sendiri xboleh nk tdo sentiasa menunggu update terkini pasal MH370 ni

Yana Yani delete icon 11:41 PG

saya tak tahu nak kata apa
sebab berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
memang semua menanti khabaran gembira dari MH370

Mizz Aiza delete icon 12:58 PTG

doakan semoga semuanya selamat.. sedih pula aza membaca pesanan buat 239 penumpang dan krew MH370 itu..

Sedih yang teramat setiap kali dgr news kat radio & tv.. rasa nak nangis sangat..
harap sgt mereka dlm keadaan yang tidak membimbangkan..

kakiblog delete icon 3:06 PTG

semoga apa yang berlaku ini memberi kita ingatan kepada Allah SWT..bahawa kita terlalu lemah dan tak terdaya meskipun ada teknologi dan sistem paling canggih di dunia tetap ada kelemahan.laa haula wala quwata illaah

Walau apa saja kemungkinan yang terjadi, moga Allah melindungi dan menyelamatkan mereka yg terlibat dgn kehilangan pesawat MH370..amin.

Wafi Remli delete icon 5:33 PTG

Rupa2nya tak ramai pun rakyat Malaysia yang naik. Lecturer saya pagi tadi pun kata boleh dikatakan kebanyakan penumpang tu ada kaitan dengannya sama ada melalui ahli keluarga atau kawan2 nya...

Semoga semua yang terlibat selamat dan mungkin ada yang terbuka hati untuk Islam. Ameen.

berdoa dan terus berdoa...

doa terbaik untuk mereka

titan delete icon 7:15 PTG

benda ni memang misteri habis...

Apabila saya ke sekolah pagi tadi, seorang guru memaklumkan bahawa salah seorang penumpang yang juga krew MAS ialah adik kepada guru di sekolah kami. Rasa sebak sebantar. Kami mendoakan beliau selamat bersama penumpang lain.

Blog Santai delete icon 10:51 PTG

Simpatai untuk mereka dan kelaurga..Hanya doa yang dapat kita kirimkan...

Sis Vee delete icon 12:20 PG

semoga Allah permudahkan pencarian mereka ... aaamin .

BEAN'S delete icon 9:45 PG

InsyAllah ia akan kemabli sekiranya kita balik pada asal

http://www.suterablogger.com

Sedih baca semua diatas tu... sebak sgt.. hanya doa yang dapat Nurul beri

Unknown delete icon 1:29 PTG

InsyaAllah akan ditemui..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap