Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya serba salah nak terbitkan entri, rasa serba tak kena berikutan kesedihan dan kegemparan diatas kehilangan pesawat Boeing MAS, MH370 yang masih menjadi misteri. MH370 telah menenggelamkan segala kemanisan dan kepahitan hidup ini buat seketika.
Misteri Kehilangan MH370
Misteri kehilangan MH370 |
Tidak kira bangsa dan usia... ianya dibualkan dengan pelbagai pendapat dan kisah dari pelbagai sumber. Segala rasa terkejut, sedih, simpati dan geram diluahkan dengan penuh emosi dan perasaan yang kadang kala tersasar dari landasan.
Nak terbitkan entri dengan topik biasa tapi apabila melihat hampir keseluruhan teman-teman blogger menerbitkan entri berkaitan situasi ini. Janggal rasanya... Maka tenggelamlah juga bersama kehangatan misteri kehilangan MH370 ini.
Kemeriahan Sepetang Bersama Blogger 2014
Walaupun sesetengah blogger ada yang menerbitkan entri seperti biasa dan antaranya adalah tentang kemeriahan Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) yang telah berlangsung dengan jayanya. Lebih daripada 350 blogger Nusantara berhimpun di Saloma Bistro menjadi petunjuk betapa hebatnya program ini tetapi semuanya tenggelam oleh isu hangat dan menyedihkan ini.
Namun majlis ini tetap meriah dan berjaya mencapai matlamatnya. Semoga ianya diteruskan ditahun-tahun akan datang dan menjadi satu majlis paling istimewa buat blogger seluruh nusantara dengan kehadiran yang lebih ramai dan meriah lagi!
Namun majlis ini tetap meriah dan berjaya mencapai matlamatnya. Semoga ianya diteruskan ditahun-tahun akan datang dan menjadi satu majlis paling istimewa buat blogger seluruh nusantara dengan kehadiran yang lebih ramai dan meriah lagi!
SBB2014 di Saloma Bistro |
Datuk Lee Chong Wei Juara All England 2014
Kehangatan isu MH370 ini juga menenggelamkan kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menjuarai kejohanan badminton All England buat kali ketiga dengan rekod 5 kali berturut-turut dipentas final dengan menewaskan Chen Long dari China straight set 21-13 dan 21-18.Kejayaan yang pasti menjadi kebanggaan negara. Selagi kudrat masih ada...hanya pada beliau sajalah maruah negara dalam sukan badminton ini masih dihormati. Tahniah! Datuk Lee Chong Wei.
Lee Chong Wei juara All England 2014 |
DUN Kajang dan Nasib DS Anwar Ibrahim
Selain itu MH370 turun menepis berita sensasi Pilihanraya Kajang dan DS Anwar Ibrahim keluar dari carta berita sensasi tempatan. Maka tidak hairanlah jika setiap isu kejadian berkaitan kehilangan MH370 ini pun di politikkan.Tidak pandai nak buat ulasan isu politik...Hanya sekadar mengikuti perkembangan.
Keperitan dan kesusahan penduduk negara ini berikutan krisis air yang kian meruncing juga bagaikan terpinggir seketika. Betapa musibah yang melanda ini terasa kecil dugaannya berbanding kesedihan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih belum ditemui lagi.
Minggu ini juga bermulanya Jadual Catuan Air Peringkat ke 3 di Selangor dan KL. Semakin banyak kawasan yang terlibat. Jika keadaan cuaca panas dan kering ini masih tidak berubah, ditambah pula pembenihan awan yang ditangguhkan berikutan pesawat digunakan untuk operasi SAR MH370 maka tidak mustahil, seluruh negeri Selangor akan terlibat dengan catuan air satu hari nanti.
Minggu ini juga bermulanya Jadual Catuan Air Peringkat ke 3 di Selangor dan KL. Semakin banyak kawasan yang terlibat. Jika keadaan cuaca panas dan kering ini masih tidak berubah, ditambah pula pembenihan awan yang ditangguhkan berikutan pesawat digunakan untuk operasi SAR MH370 maka tidak mustahil, seluruh negeri Selangor akan terlibat dengan catuan air satu hari nanti.
Empangan Sungai Selangor yang kian mengering |
Sensasi Dunia Hiburan
Bukan itu sahaja, dunia hiburan yang hangat dengan berita pernikahan Syamsul Yusuf dan isu panas Hanez Suraya juga bagaikan sejuk dan tenggelam terus didasar berita. Tiada hiburan yang sesuai dikala ini. Segalanya bagaikan terhenti seketika. Hanya satu sahaja yang mengundang sensasi...MH370!
Pernikahan Syamsul Yusuf dan Kontroversi Hanez Suraya
"MH370 Di Temui!" - Tajuk Berita Yang Di Nanti
Ya! Tiada berita yang teramat-amat dinanti-nantikan oleh kita semua dan seluruh dunia melainkan penemuan pesawat MH370 ini.
Pastinya ada hikmah disebalik kejadian. Satu persatu perkara yang selama ini tidak kita ketahui kian terbongkar. Segala kebaikan dan kelemahan semakin terserlah. Segalanya menjadi panduan, petunjuk dan pedoman untuk dijadikan iktibar untuk masa akan datang.
Selagi tiada berita penemuan MH370... Teruslah kita berdoa, semoga ada keajaiban yang positif, MH370 ditemui dan segalanya selamat...InsyaAllah, Amiin...
Author by Bin Muhammad
58 comments - "MH370 Tenggelamkan Segala Pahit Manis Kehidupan"
Betul tu BM, pada mulanya saya juga kurang berminat untuk terbitkan entri tentang MH370, namun setelah kebanyakan blogger menerbitkan entri perkongsian ini, maka saya juga tergerak untuk menerbitkannya, sekadar perkongsian.
Sama-samalah kita mendoakan mereka ini selamat.
Assalammualaikum...BM,
mood dah keadaan sedih sebenar nyer mselim3..nie, Apalah nasib penumpang dan anak kapal Mh370 tu..
mselim3
saya pun samalah, semua serba tak kena
berita merupakan sesuatu yang dinantikan
jujurnya jarang saya berkelakuan gity
Tak sabar rasanya menanti saat Pesawt MAS MH370 Ditemui. Walau dalam keaadaan apa sekalipun ianya pasti berita yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia..Satu-satunya Misteri yang belum terjawab...
#prayforMH370
semoga smuanya akan kembali dlm keadaan selamat L)
Samalah kita tenggelam dek kehangatan sensasi kehilangan MH370 yang penuh misteri ini. Semoga MH370 tidak tenggelam dan ditemui... segalanya akan selamat.
Waalaikumsalam sahabat,
Tiada apa yg mampu kita lakukan, hanya berdoa dan berharap agar ditemui segera...
Belum pernah lagi isu sebegini hangat dan menyedihkan terjadi sejak bergelar blogger. Situasi yg serba tidak kena... Pengalaman berharga!
Ya! Semua menanti berita ini, MH370 ditemui!
Penantian itu menyiksakan... xdapat gambarkan perasaan ahli keluarga mangsa... Semoga mereka sentiasa tabah dan sabar.
Keajaiban inilah yg dinantikan..."dijumpai dan selamat"
Bersama kita terus berdoa...
banyaknya berita yang dibawa dalam entri ni.. heheh..
tahniah buat datuk LCW, dan sama2 kita berdoa untuk keselematan MH307
terima kasih atas ingatan tu.. sejuk hati dengar kata2 BM tu... "doa" adalah senjata mukmin... yang paling ampuh setelah segala usaha dibuat tak berjaya.. radar yg canggih pun tak boleh kesan kan.. sesungguhnya kekuasaan Allah mengatasi segalanya kan..
Apakah yg sebenar2nya berlaku ye.. Ya Allah... Semoga dipermudahkan segala usaha penyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.
entri mengenai berita sensasi....semuanya dirangkumkan sekali hehe
tahniah BM, berkongsi juga berita MH370 ya:) CM buat masa ini belum punya kesempatan untuk berkongsi pandangan dan cerita tentang MH370 ni, wlpun banyak benda nak tulis tentang peristiwa keajaiban kehilangan MH370 ni, apapun teruskan berdoa semoga MH370 ini ditemui.amin;)
Sentiasa buka tv dah 2,3 hari ni.. tak sabar nak tahu kemana sebenarnya MH370
Jangan berhenti untuk terus berdoa...lupakan segala kisah sensasi artis atau politik itu.yang lebih diutamakan adalah #prayformh370 yang mempunyai lebih dari 200 nyawa didalamnya..Moga Allah mendengar segala doa kita dan menunjukkan apa yang telah berlaku kepada MH370 tu...
betul sangat tu BM...entah kenapa rasa sebak sungguh..:(
Ada baik dan buruknya semua kejadian yang berlaku...
macam-macam kan, kita kena berbalik semula pada Allah, mungkin semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya..
banyak berita dan cerita sensasi semasa tenggelam bersama misteri kehilangan mh370. rasanya sekarang ni semua tumpuan menjurus ke arah bertemunya mh370.
#prayformh370
Semua cerita yg tenggelam oleh kehangatan kehilangan MH370... Ya, berita MH370 lebih penting dan menarik perhatian.
Sekarang ini hanya Allah yang Maha Mengetahui... Semoga ianya dijumpai dan semuanya selamat, maka terbongkarlah segala misteri.
Sekadar informasi... :)
Terlalu banyak kisah kehilangan MH370 diterbitkan. Pelbagai sudut dan perspektif. Lupa akan kisah2 lain dah...
Sama2 kita doakan MH370 ditemui...
TV jugalah jadi sumber berita yang utama... mudah, xperlu mencari...on sahaja :)
Kehidupan harus diteruskan tapi teruskan juga berdoa...
Semoga MH370 ditemui dan semuanya selamat, amiin.
Sebak kerana kita manusia yang mudah tersentuh dan simpati...
Teruskan berdoa.
Itu sudah pasti...semoga segalanya dijadikan panduan dan pedoman utk iktibar dimasa depan.
Sudah pasti yang berlaku ini ada hikmahnya...
Ya...tenggelam bersama misteri kehilangan MH370. Semoga misteri ini terungkai segera dan menamatkan penantian yg menyiksakan ini...
banyak berita-berita yang sensasi.. paling penting kita doakan untuk mereka agar selamat bagi MH370
Buat masa ini kakak rasa 99% rakyat mengharap berita MH370 ditemui. Tenggelamnya berita lain sebab isu ini kian membingungkan dek tidak ada clue langsung setelah 4 hari hilang... bersama kita semua kembalilah pada Allah.
Ya...banyak berita lain yang sensasi tetapi semuanya telah tenggelam bersama kehilangan MH370 yang lebih memeranjatkan dan misteri...
Tiada berita yang paling dinanti ketika ini...MH370 ditemui! Misterinya semakin menarik perhatian sesiapa sahaja...
Kita hanya mampu berdoa semoga ianya segera ditemui...amiin.
Semoga kru dan penumpang cepat-cepat dijumpai....senyum, tabah dan pasrah.
Saya menanti-nantikan berita "MH370 Ditemui"..Semoga pesawat ini cepat ditemui..
bukan x nak ulas psl lain, tp xde mood ;(
8/3/2014..bawa kenangan untuk keluarga kathy juga BM :'( sebelah pagi dengar berita kehilangan MH 370,sebelah petang berita tentang pemergian ayahanda di tawau sabah pula...
Masih Nurul ingat, bila satu malam tu Nurul buka G+ dan menemui satu post.. "MH370 sudah dijumpai" ya Allah... gementar sekujur tubuh, lantas terus berlari mendapatkan HB, konon nak berkongsi berita.. rupe2nya.. hanya sekadar tulisan mereka yang tidak BERTANGGUNGJAWAB!!.. huhu.. Kita doakan keselamatan mereka dalam jagaan Allah.. terus berharap dan berdoa, dengan Allah, semuanya berkemungkinan. In shaa Allah.. Aamiin..
AL-fatihah. Semoga Kathy dan keluarga tabah dan sabar menghadapinya.
Innalillah dan salam takziah Kathy. Semoga sabar dan tabah hadapi pemergiannya. Hanya doa dan al-fatihah dari anak yg soleh dan solehah sebagai penyambung ikatan kasih sayang... Semoga arwah tenang disana bersama insan2 soleh...amiin.
Itulah kita harapkan sekarang ini...semoga segera dijumpai.
Hampir semua orang pasti menantikan berita ini...Kita doakanlah.
Betul tu...serba tak kena rasanya...
Apabila terlalu inginkan trafik (visitors) yg tinggi, kadang kala tanpa disedari ianya telah memburukkan keadaan. Sanggup menipu, tidak bertanggungjawab serta beretika dalam menerbitkan artikel dan bermain-main dengan isu sensetif sebegini akhirnya akan membawa kemarahan dan ketidak puasan hati pembaca dan pencari maklumat. Tidak menghormati dan memikirkan langsung perasaan ahli keluarga mangsa yg dalam keadaan cukup sedih dan tertekan.
dalam masa sebulan ini banyak catatan suka dan duka kehidupan.. ujian dari Allah silih berganti untuk hamba-hamba-Nya.. doakan semoga semuanya terus tabah untuk menempuh ujian ini..
Banyak benar benda berlaku dalam sekelip mata.Berdoa untuk kebaikan kita rakyat Malaysia je.
Assalamualikum.. BM. Saya setuju, kadang-kadang ada pihak yang suka menangguk di air keruh.. kita seharusnya menghormati perasaan ahli keluarga mangsa. Bayangkan kalo ahli keluarga kita berada di sana, tentunya kita akan berasa sedih dan marah pada golongan seperti ini. Senikk
In sya Allah
Banyak isu-isu yang besar berlaku di Malaysia buat masa ini. Dan yang paling besar adalah politik dan juga isu kehilangan MH370. Hanya mampu doakan yang terbaik sahaja.
betullah tu tuan BM, saya banyak je nak cerita pasal SBB2014 ni, tapi bila hati penuh kerisauan, susah hati, sepanjang masa nak mengadap tv tengok berita sana sini, sekejap2 tukar siaran.. tak sabar nk menunggu cerita tentang MH370 ni. Moga ada perkembangan terbaik utk kita.
Pasal lain, amik tau jugak, tapi mungkin tak cukup kuat mcm MH370 ni.
ketika saya menulis tentang MH 370 , saya tak fikir pun ttg trafik disebabkan lambakan cerita yg sama di internet . ketika saya menulis entry baru pada hari ke 2 , terkejut saya melihat jumlah view yg dah mencecah 1k ... mmg x dpt nafikan , sukar nak tulis entry lain klu hati dan otak kita tertumpu pada MH 370 ... semoga Allah permudahkan misi pencarian MH 370 dan memberi ketabahan pada ahli keluarganya ... aaamin .
saya belum lagi tulis tentang mh370 kerana takut tersebar perkara spekulasi..hanya berdoa dalam diam sahaja!
ya allah engkau lindungi lah mereka smua...amin...
masih blm lama adamair diindonesia hilang,sekarang dah kejadian lagi
MH370 tetap menjadi tajuk utama walaupun banyak lagi berita yg sensasi....
Moga MH370 skan pulang dengan selamatnya...
Awak pergi jugak ke Bistro ke BM?
Hujung minggu yg menyedihkan... dok terpaku depan tv jerr... didada penuh harapan agar segera ditemui...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”