بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum wbt...
Saudaraku yang dikasihi Allah s.w.t. sekalian,
Marilah bertakwa kepada Allah s.w.t. Laksanakanlah segala perintah-Nya. Hindarkan segala larangan-Nya. Tingkatkanlah keimanan dalam diri kita, dengan memupuk rasa cinta yang mendalam terhadap Allah dan Rasul-Nya melalui pelaksanaan ibadah yang berterusan. Semoga dengan demikian, kita akan bakal mampu mendapat ketenangan jiwa dan emosi, selain tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang dicintai dan diredhai oleh Allah s.w.t.
Nikmati ketenangan hati dan minda |
Saudaraku yang dirahmati Allah s.w.t,
Menjadi satu rutin atau kebiasaan bagi kebanyakan dari kita di sini, untuk keluar pada setiap pagi dan hanya pulang pada lewat petang bagi mencari sesuap rezeki. Malah, adakalanya sehingga berlanjutan sehingga lewat malam. Begitu juga halnya bagi para pelajar, yang juga tidak kurang sibuknya dalam menuntut ilmu serta menyelesaikan tugasan-tugasan pelajaran mereka.
Namun sebagai seorang manusia biasa, dalam kita menjalankan aktiviti-aktiviti rutin kita ini, ada kalanya kita akan berdepan dengan tekanan dalam kehidupan sama ada di tempat kerja, sekolah atau juga di rumah. Lantas timbul kerunsingan, kecelaruan minda serta hati yang tidak tenang.
Lebih-lebih lagi jika hati kita ini, sudah lama tidak diisi dengan kalimah suci serta puji-pujian kepada Allah swt, atau lebih menyedihkan lagi, segala kewajipan dan perintah Allah swt sudah sekian lama tidak ditunaikan, atau ia hanya dilakukan sekali-sekala.
Ketahuilah saudaraku yang ku sayangi,
Keimanan kita terhadap Allah s.w.t. sebenarnya amat penting dalam hidup kita, bahkan keimanan terhadap-Nya lah yang membezakan antara kita dengan hamba-hamba-Nya yang lain. Ia bagaikan satu sumber motivasi untuk kita, dengannya kita menjadi lebih optimis dalam mengharungi hari-hari kehidupan kita di dunia.
Maka sewajarnya sebagai seorang yang beriman, apabila kita menghadapi kesukaran dalam kehidupan, hendaklah kita menyerahkan diri kita pada Allah s.w.t. Mendekatkan diri kita dengan mengabdikan diri pada-Nya, Tuhan Yang Maha Esa. Bermunajat kepada Allah swt dengan zikir-zikir pujian, bersujud kepada-Nya dan berdoa agar Allah swt membukakan pintu rahmat dan ketenangan dalam hati-hati dan jiwa kita, inilah sebenarnya merupakan cara seorang Mukmin berhubung dengan Allah s.w.t.
Renungkanlah firman dalam surah al-Ma'arij ayat 19-22: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat."
Lihatlah saudaraku yang ku hormati,
Betapa indahnya kesan pengabdian dan penyerahan yang kita tujukan kepada Allah s.w.t. Pada hakikatnya, kelebihan yang diraih daripada amal ibadah kita ini, hanyalah dikhususkan buat hamba-hamba-Nya yang beriman.
Sebagai contoh, melalui pelaksanaan solat beserta doa yang dipanjatkan, tersemat di sanubari kita bahawa Allah swt bakal membukakan jalan keluar bagi segala kesulitan kehidupan yang dihadapi. Itulah keyakinan yang tertanam di dalam hati orang-orang yang beriman. Keyakinan yang timbul dari keimanan ini pula, akan kemudian menimbulkan ketenangan emosi dan juga jiwa. Renungkanlah firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 45: "Dan pohonlah bantuan dengan bersabar dan dengan melaksanakan solat."
Malah dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinyatakan bahawa perkara pertama yang akan dilakukan oleh Baginda s.a.w. ketika berdepan dengan sebarang pergolakan atau masalah adalah dengan melaksanakan ibadah solat.
Ingatlah saudaraku yang ku cintai,
Solat bukan hanya sekadar untuk kita mengamalkan ibadah sahaja, tetapi ia sebenarnya lebih dari itu. Ia turut juga melibatkan pelbagai aspek fizikal, intelektual, emosi serta rohani.
Sebagai contoh, apabila kita tunduk menyerahkan diri kepada Allah swt ketika rukuk dan sujud, ia bukan sekadar satu amalan perbuatan biasa, tetapi sebenarnya membawa maksud mendalam bahawa kita sedang berhubungan dengan Allah swt, dan berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Agung. Ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah s.a.w. "Apabila seseorang itu melaksanakan solat, maka ia sedang bermunajat dengan Tuhannya." Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Saudaraku yang diberkati Allah s.w.t,
Dengan memahami hakikat betapa mendalamnya sesuatu ibadah yang kita lakukan, ia akan memberikan suatu pengalaman yang indah dalam pelaksanaan ibadah kita. Keindahan dan kemanisan yang dikecapi itu pula, pasti akan memberikan keyakinan, ketenangan dan peningkatan iman kepada diri kita. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt dalam surah Ar-Ra'ad ayat 28: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia."
Selain dari kesan peribadi, ketenteraman hati juga akan melahirkan seorang yang bersifat lebih ihsan, lebih bersimpati, lebih menghormati dan prihatin kepada masyarakat dan keadaan sekelilingnya. Akhirnya, seseorang yang beriman itu akan merasa lebih selesa dengan dirinya dan juga dengan masyarakat hasil dari kelapangan dada dan ketenangan jiwa yang diperolehinya.
Semoga melalui ilmu yang lebih mendalam, pengukuhan keimanan dan kerohanian ini, dapat melahirkan seorang insan Mukmin yang gigih beribadah, dekat kepada Allah, selain menjadi seorang insan yang ihsan, rendah diri dan disenangi manusia. Amin, Ya Rabbal 'Alamin.
Catatan : Ustaz Abu Miftah
Terima kasih saudara-saudaraku yang dikasihi Allah swt dan yang amat ku hargai kerana bersama Relaks Minda.
Author by Bin Muhammad
25 comments - "Buat Saudaraku Yang Dikasihi Allah s.w.t."
Terima kasih atas peringatan yang amat indah ini, semoga diredhai Allah: )
tazkirah yg baik di hari yg mulia ni..
Assalammualaikum..BM,
nice entry.. dengan zikir hati menjadi tenang... bagus entry nie ..
mselim3
salam jumaat...entry terbaik yg sangat bermenafaat..tq
subhanallah... :D
bagusnyer rasa sejuk hati membaca n3 ni, tq share yer
Thanks BM atas peringatan ni,
peringatan membersihkan jiwa di pagi Jumaat
p/s kak pernah dengar satu tazkirah agama di radio kedah. ustaz tu kata, kalau kita menulis Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam (selalu orang tulis pendek SAW kan?) dan apa yang kita tulis itu kekal dn membuatkan yang membacanya turut berselawat bersama, kita juga mendapat pahala (free kan BM). sekadar perkongsian dari kak anim yang baru belajar;
Iman yang terpelihara dan dijaga menjamin peribadi yang diredhai oleh Allah..Terima kasih BM..Perkongsian yang amat bagus..
Ya..lah, benar sekali...Perlu dipraktikkan selepas ini.
Terima kasih kak anim.
SAlam jumaat BM. Thanks atas perkongsian yang bagus ni.
Hati perlu banyak zikir dan istighfar terutama dalam hidup zaman sekarang yang penoh pancaroba ni. Jiwa yang tenang, bakal membawa kita kepada keputusan yang lebih tepat dalam menjalani hidup seharian.
Entry BM mesti ada gambar2 yg cantik...tepat sekali, memang relaks minda :)
Salam Jumaat BM.. Semoga bersama2 kita semua beroleh keberkatanNya di hari yg mulia penuh rahmat ini... aamiin.. :)
salam jumaat yang barakah.
salam jumaat BM
terima kasih untuk peringatan berguna ni
terasa kecilnya diri ni kan
p/s-BM mungkin tak perasan, tapi ada iklan yang agak tak sesuai untuk blog ni
Ya Allah.. cantiknya bunga2 tu... leka menikmatinya...
Thanks sahabat..perinagatan yang baik untuk semua. Hanya Allah tempat kita berserah. Semasa susah dan senang..
P/s: Congrats on the Ranking BM. Dah bawah 100k.. Ini mesti berkat jealous dengan I..he..he
Maaf Yana...saya xtau la pulak, sebab advertiser dah promise utk filter ads sedemikian, rupanya masih ada. Terima kasih inform. Temporary saya disable sehingga masalah di atasi. Maafkan saya sekali lagi.
Takde la pulak buat apa2, just published entri spt biasa... Mungkin jugalah tu...lepas ni nak jeles lebih2 lagi...haha!
terima kasih di atas peringatan ini BM.. salam jumaat.. :D
Allahuakbar...sedang menyaksikan siaran langsung Selawat Perdana di tv Hijrah..
alhamdulilah entri yang memberikan kesedaran... di samping berblog , kita mencari pahala ^_^ teruskan entri seperti ini..
suka suka suka...alhamdulillah..terima kasih BM..
Pesanan yg penuh bermkna dan pnghayatan...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”