Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menjumpai dua objek melalui imej satelit yang mungkin berkait dengan pesawat MH370 iaitu kira-kira 2,260km dari Barat Daya Perth di Lautan Hindi. Salah satu objek itu berukuran 24 meter panjang. Imej tersebut telah dicerap satelit Australia pada 16 Mac 2014. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah mengadakan sidang media bagi memaklumkan perkara tersebut. 

Datuk Seri Hishamuddin mengakui bahawa Perdana Menteri telah menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbot bagi memaklumkan perkara tersebut pada pukul 10:00 pagi tadi. Bagaimanapun pegawai ketenteraan Australia masih belum dapat mengesahkan sama ada objek-objek itu memang ada kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak.

Image Satellite suspected MH370
Australia Image Satellite suspected MH370
Australia Image Satellite suspected MH370
Australia Image Satellite suspected MH370

Menurut laporan AFP, Pesawat P-3 Orion milik Australia telah di hantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan. Kita nantikan berita selanjutnya, apakah sebenarnya dua objek tersebut. Adakah ianya MH370?

Menurut Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan) beliau mengatakan jika benar ianya pesawat, kemungkinan objek tersebut adalah daripada sayap pesawat. Ianya juga berkemungkinan terhempas secara mendatar dan perlahan (soft landing) kerana meninggalkan serpihan yang sedemikian besar.

Dapatkan informasi terkini sepanjang masa melalui Astro Awani. #Pray for MH370.
20 Mac 2014 (5.35pm) - Pada press conference di Hotel Sama Sama, KLIA, Datuk Seri Hishamuddin menyatakan bahawa 2 objek tersebut masih belum dapat disahkan lagi sama ada berkaitan dengan pesawat MH370. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sepanjang malam ini.

p/s: Sedikit informasi, kedalaman purata Lautan Hindi 3,890m dan paling dalam adalah sedalam 8,047m. Untuk perbandingan, kedalaman purata Laut China Selatan adalah 200m dan ketinggian gunung Everest adalah 8,850m. -sumber Wikipedia
Author by Bin Muhammad

24 comments - "Imej Satelit Australia - Mungkinkah Serpihan Pesawat MH370?"

harap-harap ada berita yang baiklah walaupun kurang sedap didengar...

ZazaMyMoon delete icon 4:08 PTG

sentiasa mengharapkan berita baik dari perkhabaran ni..
baby.. hanimun kita nanti kita pergi naik tongkang je lah yer.. pfffttt hahahahhahahaha
#PrayForMH370

Fiza Rahman delete icon 4:34 PTG

Apalah agaknya objek tu. Masih mengharapkan berita yg baik.

Moga kepakaran dan teknologi mereka dapat membantu kita untuk mengesan MH370.

ada juga terbaca tadi BM... hopefully pencarian ini menemui apa yang dicari secepat mungkin, keep on praying for MH370...

semoga ada petunjuk apa yang kita cari selama ini

semoga dipermudahkan ameenn..

Dua objek dikesan satelit kembalikan harapan orang ramai #MH370 #PrayForMH370

berdebar2 sementara menunggu ianya disahkan..samada benar serpihan pesawat yg hilang...

BUNDA delete icon 6:35 PTG

Penantian demi penantian....
#DoaUntukMH370

terus berdoa.

Assalammualaikum...BM,

bagus entry nie .. entry carian ramai utk mengetahui perkembangan terkini dalam kapal MH370.. doakan MH370.

mselim3

Khir Khalid delete icon 10:33 PTG

Semoga Allah kurniakan petunjuk & memudahkan segala usaha yg dilakukan... aamiin..

Nao Mei delete icon 10:50 PTG

Hanya doa ku titipkan.
Semoga apa yang berlaku ini di berikan petunjuk.

Apapun yg akn ditemui....kita letakkan redha dulu. Allah yg maha betkuasa lg maha berkehendak

Apapun yg akn ditemui....kita letakkan redha dulu. Allah yg maha betkuasa lg maha berkehendak

Apapun yg akn ditemui....kita letakkan redha dulu. Allah yg maha betkuasa lg maha berkehendak

Kathy R'bain delete icon 11:15 PTG

redha apapun khabar yang akan kita terima kelak..

aRz MoHa delete icon 11:10 PG

mudah2an ini tidak termasuk bala Allah kepada kita.....
sama-sama kita teruskan menjaga hubungan dengan Allah nescaya Allah jaga dan lindungi kita Insyaallah

teruskan berdoa , mudah2an ada sinar cahaya

ANIM delete icon 1:58 PTG

sabar dan berdebar-debar menunggu pengesahannya kan:-))

Berdoa dan terus berdoa agar semua penumpang selamat..

yana yani delete icon 5:15 PTG

semalam dengar ni saya rasa seram
saya harap semuanya selamat
eh BM, saya pernah terbaca bahawa sumber di wikipedia tak boleh dipercayai
sungguh ke? cer cite

teruskan berdoa agar dipermudahkan urusan pencarian..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap