Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Akhirnya Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah melakukan sidang media untuk memaklumkan bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama (1) & Ketiga (3) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dilanjutkan sehingga tarikh 30 April 2014. 

Catuan Bekalan Air di Selangor & KL

Status Terkini! 30 April 2014SPAN mengesahkan akan menarik balik (TAMAT) semua  Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat untuk Negeri Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya.  Mulai 1 Mei 2014.
Sila Rujuk Status Terkini Dari SPAN di SINI
Sila Rujuk Status Terkini Dari Kerajaan Negeri Selangor di SINI

Berikut adalah makluman rasmi SYABAS didalam sidang media tersebut :

Sidang Media SYABAS

Kuala Lumpur 29 Mac 2014 – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa pada Mesyuarat Pelan Kontigensi Pengagihan Bekalan Air Berjadual bertarikh 28 Mac 2014, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan bahawa perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadualkan berakhir pada 31 Mac 2014 akan dilanjutkan sehingga ke tarikh 30 April 2014. 

Anda boleh semak Kawasan dan Zon yang terlibat disini :

Walau bagaimanapun, pelan catuan ini terus dikaji oleh pihak kerajaan negeri Selangor dan ianya bergantung kepada keadaan semasa dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan oleh SYABAS kepada pengguna dari masa ke semasa. 

Paras Ammonia Masih Tinggi
Merujuk kepada pelan catuan bekalan air yang dilaksanakan pada masa ini, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang masih diaktifkan kerana  kedua-dua Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang masih tinggi di Sungai Langat. 

Catuan Bekalan Air di Selangor & KL

Paras Empangan Masih Kritikal
Pada masa yang sama, penurunan hujan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang sejak beberapa hari kebelakangan ini masih tidak dapat meningkatkan paras empangan dan aliran air di Sungai Selangor menyebabkan pelan catuan bekalan air peringkat ketiga masih terus dilaksanakan. 

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga dilaksanakan berikutan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates masing-masing sebanyak 500 Juta Liter Sehari (JLH) dan 30 JLH masih diteruskan oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Catuan Bekalan Air di Selangor & KL

Kerjasama Dari Pengguna

Justeru, para pengguna juga ditegaskan agar mengelakkan pembaziran dan tidak menggunakan air untuk tujuan kurang penting seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mencuci longkang, mengisi kolam renang, menyiram pokok bunga dan menyiram bumbung premis kediaman/perniagaan semata-mata untuk menyejukkan keadaan. 

Catuan Bekalan Air di Selangor & KLSehubungan itu, para pengguna juga diminta untuk berkerjasama dan mengambil tindakan serius terhadap tindakan berjimat cermat ini. 

Pengguna juga ditegaskan agar tidak melakukan sebarang kerosakan terhadap sistem bekalan air SYABAS khususnya aset-aset seperti jajaran paip, rumah pam atau kolam kerana tindakan tidak bertanggungjawab ini akan turut menyebabkan kesulitan kepada pengguna. 

Pihak SYABAS juga berhak mendakwa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sekiranya di dapati bersalah melakukan kesalahan tersebut selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Pada masa yang sama, para pengguna digalakkan untuk melayarai laman web SYABAS (www.syabas.com.my) untuk mendapatkan perkembangan terkini dan informasi berkaitan berhubung pelan catuan bekalan air yang dilaksanakan ini.

PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung  bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan>, atau emel ke puspel@syabas.com.my. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.


Semoga dengan makluman ini anda semua dapat membuat persediaan yang sepatutnya untuk mengelak dari sebarang masalah. Teruskan juga berdoa semoga masalah ini akan segera pulih...

Author by Bin Muhammad

27 comments - "Terkini! Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Dilanjutkan ke 30 April 2014 "

Wafi Remli delete icon 3:32 PG

Ramai yang guna air sewenang-wenangnya, bila dah kurang mula la susah hati

amboiiiii berlanjutan lagiiiii!!!
nampaknya Kak Jah akan berterusan lah jadi musafir lagi.. huhu
apa2 pun redo je lah dengan ketentuan ni.. =(

nasib baik duk negeri 9 :-)

siksanya takde air... sesungguhnya ini adalah ujian untuk kita...

Assalamualaikum BM...saya baru balik dari KL/Selangor. Nasib baik call dulu...ada hotel yang takdak air. So nenginaplah di K.L walaupun caj mahal sedikit.

Mizz Aiza delete icon 1:44 PTG

kat tempat aiza alhamdulillah masih ada air.. kena berjimat-cermat menggunakan air sekarang ini..

Khir Khalid delete icon 10:07 PTG

Walaupun saya dah bersedia dgn pelbagai tong utk menyimpan air & dikira sgt cukup utk lebih dari 3 hari, tetapi bila tiada air dari paip tu mmg rasa tak sedaplah.. mmg tak sama. Harap2 selesailah segera... aamiin...

Tanpa Nama delete icon 8:30 PG

Selamat Pagi!

Terima kasih kerana letak jadual catuan bekalan air untuk bulan March, 2014 dalam blog ini. Ianya memang berguna. Bilakah jadual catuan air bulan April, 2014 akan dipaparkan?

Terima Kasih

BinMuhammad delete icon 10:22 PG

Buat masa ini pihak Syabas belum keluarkannya lagi (mungkin ianya disambung terus jer dari jadual sebelum ini)... Jika ada, saya akan update.
Terima kasih

Semoga tak lama masalah ni..janganlah sampai ke bulan puasa dan mereka yang terlibat harap bersabar menempuhi ujian ni.. :P

OKje delete icon 11:45 PG

Nasib, sebelum ni nasib Mama Zir masih baik boleh mandi seperti biasa kiranya mandi tak bercatulah.... harap harapnya berterusan...
Sabar ajelah yg bercatu tu yeh....

Unknown delete icon 12:39 PTG

Alhamdulillah... tempat idah tak kena... tapi kesian kat yang kena tu kan...

Fiza Rahman delete icon 1:59 PTG

Selagi air empangan tak naik, selagi tu lah air akan di catu. Dah masuk peringkat ke 4 dah ni. My hubby keja SYABAS. Asyik standby jer skang nih. Letih katanya.

Samsung utk duit tabung.

Unknown delete icon 3:17 PTG

kesian ngan kawan2 yg terlibat ngan catuan air.. dgr cerita mereka nak masak makan mandi susah lebih2 lg yg ada anak kecik.. hmm sabarlah ye..

Blog Santai delete icon 4:17 PTG

Panjang lagilah ceritanya ya...ingatkan 31 March aje..ni dah jadi April..silap-silap haribualn mau sepanjang tahun ni..Inilah namanya dugaan..kena banyak bersabar..

ANIM delete icon 5:17 PTG

orang lembah kelang kena banyak bersabar..

Unknown delete icon 6:00 PTG

Ada kawasan yg tidak dtutup langsung sejak awal catuan air..mcm mana syabas bt sistem ni..ada tempat yg seronok menikmati bekalan air berterusan..padahal bukan bdekatan hospital pun...minta sgt pencerahan akan hal ni

Abam Kie delete icon 6:27 PTG

syukur di Kelate x berlaku masalah sebegini...

BinMuhammad delete icon 7:28 PTG

Saya bukan orang yg layak menjawabnya. Lebih baik di tanya terus kpd pihak Syabas.
Tapi dari pengetahuan saya, catuan ini hanya melibatkan pusat rawatan yg berkaitan sahaja iaitu pusat rawatan yg terlibat dgn pencemaran ammonia dan pusat rawatan yg berkait dgn sungai di dua empangan iaitu empangan Sungai Selangor dan Klang Gate kerana pengurangan pelepasan air. Mana-mana pusat rawatan yang tidak terlibat, maka bekalan air masih disalurkan seperti biasa. Itu yang saya faham dari apa yg telah diterangkan dalam notis yg dikeluarkan oleh Syabas.

Unknown delete icon 9:05 PG

Inilah akibatnya apabila kepentingan awam dipolitikkan... rakyat juga yang menjadi mangsa!

Unknown delete icon 9:32 PG

kecik sgt gambarnye.. bg la gambar real..

BinMuhammad delete icon 10:16 PG

Maaf ya... gambar di copy dari file pdf, dah xboleh nak besarkan. Sila ke link berikut untuk lebih jelas : http://www.syabas.com.my/uploads/announcements/situasiairselangor.pdf

Tanpa Nama delete icon 4:09 PTG

Alahai..tabahkan hati..

Unknown delete icon 1:51 PTG

masalah air nie...memang susah lah..hihi

Moga kita semua dapat pengajaran daripada program ni.

Tanpa Nama delete icon 3:34 PTG

susahnya tak da air .... oiiiiiiiii dah lama dah tempat saya kena catu ... bila nak selesai ni... petang petang dah hujannn

Bunda_nora delete icon 9:27 PG

kesian kepada mereka yang terlibat dengan catuan air ni...terutama yang tinggal di rumah2 flat...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap