Diet Seimbang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat, semoga anda semua sihat dan tidak terlebih berat badan hingga memerlukan diet untuk menurunkan berat badan. Maklumlah...orang-orang Malaysia ni banyak yang terlebih sihat. Negara aman dan makmur, pelbagai makanan mudah didapati bagi memenuhi selera sendiri.

Tidaklah bijak dan berpengetahuan untuk bercerita pasal kesihatan dan pemakanan. Namun, jika anda mempunyai masalah terlebih berat badan dan mahukan diet untuk menurunkan berat badan, maka amat penting untuk anda ambil berat tentang kesihatan, pemakanan dan diet demi kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup.

Turunkan Berat Badan

Inilah yang sering diceritakan oleh sahabat kita ini, profhariz ...seorang lifestyle blogger yang semakin dikenali ramai. Kategori Komen Entri kali ini membawa anda kisah tentang masalah dan tips untuk menurunkan berat badan berlebihan.

Hasil dari pengalaman diri sendiri, profhariz berkongsi bersama anda bagaimana pengalaman beliau yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17kg dalam masa dua bulan! Pasti mengujakan sesiapa sahaja yang mendengarnya! Bukan sekadar omong kosong tapi ianya realiti.

Jangan terlalu ghairah pula melihat pencapaian beliau kerana sebelum anda melakukan sebarang program diet, anda perlu audit diri sendiri dulu. Kalau anda pernah berkata, "Aku puasa hari-hari tapi tak kurus pun?" Maka anda perlu mendengar nasihat profhariz bagaimana untuk menukar persoalan negatif ini kepada positif dan seterusnya memberi anda semangat untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul. 

Perkongsian Pengalaman dan Tips

Untuk itu anda perlu membaca artikel Audit Diri Sebelum Mengurangkan Berat Badan. Disini diterangkan bagaiman untuk anda melakukan audit diri dan ianya pasti terbuka minda untuk lebih positif dalam menerima kenyataan dan memulakan diet anda dengan lebih yakin dan bersungguh-sungguh.

Diet Turunkan Berat Badan Berlebihan

Selain itu profhariz juga memberi pandangan dan pendapat beliau untuk anda menilai jenis-jenis diet yang biasa dilakukan. Dalam entri Ulasan 5 Diet Paling Popular ini, profhariz memberi pandangannya tentang kebaikan dan keburukan plan diet-diet ini agar dapat memberi panduan untuk anda memilih yang manakah paling bersesuaian untuk anda amalkan. Ianya amat penting agar anda tidak tersalah dalam membuat pilihan yang akhir akan membawa kepada kemudaratan.

Salah satu teknik diet terbaik dan sihat adalah dengan mengamalkan teknik Diet Atkins. Apa itu Diet Atkins? Dapatkan informasi lengkap di sini : Kurus Dengan Diet Atkins 

Diet Turunkan Berat Badan Berlebihan
Ingin lebih lagi... anda perlulah menyelongkarnya sendiri dengan terus ke http://profhariz.com untuk membaca setiap artikel berkaitan kesihatan, masalah berat badan, diet, pemakanan, tips dan motivasi dengan lebih mendalam. 

Profhariz Dan Diet Plan

Bukan sekadar mendapat ilmu dan pengetahuan, anda juga boleh berinteraksi dan mengajukan sebarang pertanyaan kepada beliau.

Pengalaman dan kejayaan beliau telah dikongsi bersama buat mereka yang memerlukan. Jangan tunggu lagi... kenali profhariz dan cedoklah ilmu, pengalaman dan pengetahuan beliau di http://profhariz.com. Semoga anda berjaya...


Author by Bin Muhammad


30 comments - "Diet Turunkan Berat Badan Berlebihan"

hye bang , saya nak minta maaf sebab selalu komen spam. Sorry ok :)

Saya ada buat entry untuk memohon maaf. Harap baca la ea
http://awksweetgitu.blogspot.com/2014/03/im-sorry-cause-did-spamming-tt.html

ANIM delete icon 11:43 PG

kena duduk lama baca link yang BM beri. nanti kak anim jengah kembali.
tertarik dengan tajuk entri:-))

salam jumaat BM, nak diet dan turunkan berat badan harus kena cara dan gayannya juga kan? bukan semberono jer... *_^

BM delete icon 12:02 PTG

Saya kurang arif, tapi betullah tu... Nak tahu lebih... kena tanya yg pakar, profhariz :)

❤Kamsiah❤ delete icon 12:04 PTG

mop lantai,sapu sapu sampah di laman,sidai baju,lipat,iron,masak,membasuh..bla bla bla..semuanya membakar kalori hehe...

Bin Muhammad delete icon 12:10 PTG

Haha! saya setuju... tapi suri rumah jugalah yg selalunya terlebih berat badan...ops! (jgn ada yg terasa ye, lelaki pun same jer) itu tandanya hati senanglah tu... :)

Sheila Salim delete icon 12:34 PTG

Assalamualaikum BM.. sheila just buat aktiviti rumah lepas makan. pastu terasa ringan sket badan. takpun puasa. alhamdullilah. memang kurang berat badannya. hehe singgah menabung ford sini ~~~

info yg bagus untuk pemakanan yg sihat :)

Kakzakie delete icon 1:00 PTG

Kakak memang respect mereka yg boleh ikut jadual diet yg betul. Lagi-lagi yg Diet Atkin yg tak makan korbohidrat. Kalau kakak tak jumpa nasi sehari-dua mungkin boleh lebih dari itu memang tak berdayalah...

Diet boleh jangan sampai 'die' kerana salah diet.

kathy pun dalam proses mencari berat badan sesuai dengan ketinggian kathy.. kathy buat ikut kemampuan diri..kurang ambil makanan berat dan berbasikal tiap petang..info yang baik ni BM..tq sudi share..nak terjah sana nanti..

Zawiah delete icon 1:24 PTG

saya suka makan tapi saya tahu camna nak kuruskan perut dan ianya berkesan pada saya . Alhamdulillah .

Aduhai berat badan.. terima senang.. nak beri susah.. huhuhu :D

Malam jangan makan nasi..dan kena buat exercise..

yana yani delete icon 5:55 PTG

kena selongkar blog dia ni

profhariz delete icon 6:00 PTG

Terima kasih atas backlink ini.
Saya tidak pakar tetapi sedang belajar :)

InshaAllah saya akan kongsikan bersama-sama pembaca saya.

Aduss..saya ni termasuk grup surirumah yang buat sume kerja, tapi terlebih berat jugak..memang senang hati ni..terima kasih kongsi info ni..

hati senang makan..susah hati pun makan.. boring2 lg la nak mengunyah saja..berat bdn pun bertambah-tambah.. bak kata cik man, makin bulat dan rendang..hihi...

Mia Liana delete icon 9:19 PG

ooo bagus info ni.. tapi mia tak tahan godaan kalau nak diet... huhuhuhu

Nao Mei delete icon 2:08 PTG

kalau cik akak diet...huhu...
alamat terus melidi lah gayanya...hahaha

Pha Is delete icon 2:30 PTG

ada banyak cara sekarang ni kalau nk diet dengan sihat. nak dengan tak nak je.. macam saya ni.. kurang motivasi.. hehe

Khir Khalid delete icon 9:26 PTG

Diet dgn sihat... setakat ni berat badan saya belum naik ketahap yg merisaukan.. tp mmg kena sentiasa menjaga pemakanan... in shaa Allah...

pemakanan seimbang dan senaman secara teratur yang paling penting.. itu sahaja cara yang paling berkesan jika hendak berat badan itu kekal.. jika diet dengan memakan produk selalunya kesan hanya sementara sahaja.. komen aiza ini berdasarkan pengalaman peribadi juga..

hainom OKje delete icon 12:48 PTG

Macam teringin je nak cuba..... Wah!!! bestnya kalau dapat turunkan...ta payah 17kg 10 kilo pun dah ok tu.... ....sat lagi nak jenguk blog dia!

Fiza Rahman delete icon 2:02 PTG

Slalu juga lepak kat blog profhariz. Saya tgh nak naikkan berta badan nih...hehe..

Fiza Rahman delete icon 2:03 PTG

x pac nuffnang ☺

RDZ Z delete icon 4:18 PTG

Thanks BM..kita tengah modd diet sekarang ni..he..he

Saya setiap hari turun naik dari tingkat bawah ke tingkat empat di sekolah.

Kadang2 tak sanggup memantainkan diet :D

Chan MW delete icon 5:52 PTG

Tumpang komen bang.

Salam kawan yang mengalami masalah kegemukan,

Jangan amalkan cara pengurangan berat badan yang tidak sihat. Diet yang betul harus dijalani dengan ambil makanan yang cukup dan sihat. Pesakit kami terus mengambil makanan 3 kali sehari seperti biasa tanpa mengalami kelaparan. Dalam 1 bulan, pesakit kami berjaya kurangkan berat badan sebanyak 6kg.

Anda ingin kurangkan berat badan dengan tiada kelaparan?

Pernahkah anda berjaya turunkan berat badan tapi masih nampak agak gemuk?

Nustar ialah sebuah syarikat yang pakar dalam memberi khidmat nasihat kepada warga awam untuk diet plan yang efektif dengan kurang kelaparan. Produk kami berfungsi untuk mengurangkan lemak visceral yang membalut organ-organ vital seperti jantung, hati dan paru-paru). Dengan itu, anda akan kelihatan langsing dengan seluruh. Kami merupakan penganjur sukan antarabangsa di Taiwan, Australia, USA dan Korea yang mendapat sokongan kuat daripada semua olahraga kerana kandungan produk kami bermutu tanpa kandungan yang membahayakan.

Dalam masa 28 tahun, kami berjaya menyelamat ramai pesakit yang dulunya digelar gemuk tetapi sekarang memiliki badan yang langsing dan sihat. Semuanya berasal daripada ketulenan produk dan nasihat kami yang berpaten.

Hubungi kami atau WhatsApp kami di 012 345 4977 / 012 335 3573 untuk mendapat lebih testimoni dan nasihat daripada kami.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Win
Pakar Penurunan Berat Badan
Nu Star Int’l Business
Block A, Suite 1636 (Lift 7) Damansara Intan,
Jalan SS20/27, 47400 PJ, Selangor.

hafizi delete icon 10:52 PG

Assalamualaikum..

Terima kasih atas info yang dikongsikan bersama pembaca yang lain..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap