بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
![]() |
Anda Tanya Ask.com Jawab |
Melihat pada tajuk entri macam program tv "ente tanya ana jawab" pula. Tapi sebenarnya ianya adalah salah satu laman sesawang enjin carian yang sedikit unik. Ask.com merupakan antara enjin carian yang boleh anda gunakan kerana ianya berfungsi sama seperti enjin carian Google, Yahoo atau Bing.
Sejarah Ask.com
Dulunya ia dikenali sebagai Ask Jeeves yang bermula pada tahun 1995 yang berfungsi sebagai enjin carian yang fokus kepada "question and answer" tetapi kemudiannya AskJeeves.com gagal bersaing dengan Google maka pada penghujung tahun 2010 ia menukar sedikit format "question and answer" kepada secara terbuka dimana soalan boleh dijawab oleh semua pengguna tetapi masih mengekalkan fungsi sebagai enjin carian yang dikenali sebagai Ask.com.Keistimewaaan Ask.com
Namun sedikit keunikan dan keistimewaan Ask.com ini adalah ianya ada pilihan ruangan untuk anda bertanya soalan dan akan dijawab oleh para pengunjung laman enjin carian ini. Jika tiada pengguna yang menjawabnya, Ask.com akan menggunakan pihak lain untuk menjawab soalan anda.Setiap soalan dan jawapan akan disimpan dalam database dan dijadikan rujukan buat pengguna yang mencari topik atau soalan yang berkaitan.
![]() |
Ask.com berfungsi sama seperti enjin carian yang lain |
![]() |
Fungsi unik Ask.com iaitu menyediakan laman khas untuk bertanya soalan dan dijawab oleh pengguna Ask.com |
Pasti ramai yang tidak menegtahui dan menggunakan enjin carian Ask.com namun ketahuilah ianya kini merupakan salah satu enjin carian yang amat berpengaruh. Ask.com telah digunakan lebih dari 100 juta pengguna diseluruh dunia pada setiap bulan. Ask.com juga menyediakan web browser toolbar untuk melayari internet, sama seperti firefox, chrome dan explorer. Ianya juga boleh di akses melalui aplikasi App Store dan iTunes.
![]() |
Ask.com web browser toolbar |
"Ask.com is the #1 question answering service that delivers the best answers from the web and real people - all in one place." - google.com
Media Sosial Ask.fm
Selain dari mempunyai akaun facebooknya sendiri @ Askdotcom, menarik apabila Ask.com ini telah mengembangkan perkhidmatannya dengan membuka ruang media sosialnya sendiri yang dikenali sebagai Ask.fm dan ianya juga terdapat dalam Bahasa Melayu! Ada sesiapa yang telah membuka akaun Ask.fm ini? Jika ada... bolehlah kongsikan pengalaman anda disini.![]() |
Laman sosial Ask.fm - ramai juga pengguna Malaysia dan sertainya |
Trafik Dari Ask.com
Sebenarnya entri ini adalah perkongsian ilmu untuk pengetahuan bersama setelah melihat referring sites blogger Relaks Minda menunjukkan trafik dari Ask.com ini semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Trafik yang datang dari enjin carian ini lebih banyak dari enjin carian Yahoo dan Bing. Mungkin ia menggunakan logaritma yang sama seperti google.com dalam menilai sesebuah entri untuk berada di SERP enjin cariannya.Peningkatan trafik ini juga menunjukkan potensinya yang amat cerah sebagai enjin carian yang semakin digemari ramai.
![]() |
Sumber trafik Relaks Minda - November 2014 |
Jangan pula ada yang buat contest SEO untuk kedudukan di Ask.com sudahlah... Memang mencabar tu!
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Anda Tanya Ask.com Jawab
24 comments - "Anda Tanya Ask.com Jawab"
memang ada sedikit sebanyak memberi trafik walaupun tidak banyak.
assalam...hmm baru tahu...terima kasih perkongsiannya...nmpak ada juga ask.com dlm referring sites...
Saya menggunakan Ask.com sebagai Homepage. Ada 13 laman sesawang popular seperti fb, yahoo, youtube, twitter dan lain-lain bagi kemudahan untuk diakses...
belum pernah mencuba laman ni... masih selesa menggunakan gugel walaupun kadang info tak begitu tepat...
Tahu pasal ni sebab asal bukak tab crome ni memang keluar ask.com ni. Tak tahu kenapa. Tapi tak biasa guna. ;D
Thanks for the info..
ada sekejap dulu tapi dah uninstall ...
saya selalu guna ask..berbanding yahoo.com atau msn.com..namun Google tetap pilihan utama kerana ada contest he..he.
Baru tau ada dalam BM. Ask dot com ni memang dah lama tau. Thanks for the info BM.
Bagi yang dah biasa mengunakannya pasti terasa ianya amat mesra pengguna.
Samalah kite... Pakcik gugel juga jadi pilihan, hoho!
Mungkin ianya telah di setting homepage Ask.com toolbar oleh seseorang sebelum ini. Cubalah guna... sama macam google juga fungsinya
Ada juga yang selalu guna ask.com ni. Apa pendapat anda tentang prestasinya jika dibandingkan dgn google?
thanks buat infonya sangat bagus sekali di tunggu info bagus lainnya
Selalu jer nampak Ask.com ni tp jarang guna....biasanya guna google....
Benda ni pun ada persaingan jugak rupanya....
Ask.com ni mmg agak popular juga digunakan di pusat sumber kolej2 swasta. Hari tu saya ada urusan di satu kolej di kl & tumpang guna internet di pusat rujukan pelajarnya.. mmg guna ask.com..
memang terbaik perkongsian,baru tahu ni..:D ala ala Yahoo Answers gak kot? :D
ada masa nya aku guna juga ask.com nie..nak cari info
kathy tanya BM jawab..hehehehe..tq BM berkongsi info ini..
Nak cuba buka akaun Ask.fm la..
Bunda tahu ni... dan sedang menggunanya sesekali...
Assalammualaikum... BM,
salah satu carian enjin yang menyumbang traffik ke blog mselim3 nie...
saya pun dapat banyak melalui ask ni
sebenarnya lama juga dah tahu =)
kak nah selalu guna google je.. lepas ni oleh try Ask.com ni pula.. =)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”