Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf kerana tidak menyangka perkara sebegini akan terjadi. Walaupun mencuba menghindar, namun ianya berlaku juga... Maafkan aku...

maafkan aku

Tawaran & Syarat Advertiser

Ianya bukan disengajakan tetapi saya tetap rasa bersalah. Benar, saya ada meletakkan iklan dari satu syarikat advertiser ini kerana saya mendapat tawaran dari pihak berkenaan.

Sebelum saya bersetuju dengan syarikat advertiser tersebut, saya telah meletakkan syarat untuk tidak menyiarkan iklan berbentuk sensetif, seksi, arak dan rokok malah saya telah menegur syarikat advertiser ini kerana menggunakan iklan-iklan sedemikian. Syarikat advertiser tersebut bersetuju dengan syarat yang telah saya tetapkan. 

email dari advertiser
Email persetujuan advertiser untuk filter ads yang tidak diingini.

Iklan mula disiarkan pada 17 Mac 2014. Pada mulanya hanya iklan 160x600 yang bermasalah kerana memaparkan iklan seksi, maka saya tidak gunakannya lalu membuat laporan.

email dari advertiser
Email advertiser menyatakan bahawa iklan telah di filter sepenuhnya.

Pada 20 Mac 2014 saya mendapat email reply untuk melakukan pembersihan caches dan semua iklan telah di filter. Saya telah meletakkan kembali iklan ini dan ternyata ianya tidak lagi memaparkan iklan seksi tersebut. Hari ini pun saya tidak nampak iklan itu muncul... 

Kepercayaan Memakan Diri

Rupa-rupanya, tanpa saya sedari ianya kembali memaparkan iklan seksi tersebut. Terima kasih kepada sahabat yang menegur. Iklan tersebut telah saya keluarkan dan saya telah pun menghantar laporan kepada syarikat advertiser tersebut. 

Jutaan ampun dan maaf sekali lagi kerana telah mengganggu pandangan anda semua. Pasti ramai yang terkesima melihat iklan tersebut. Saya juga teramat malu, tebal sekaki rasanya muka ini! Harap anda semua maafkan kesilapan saya dan InsyaAllah...saya akan cuba pastikan agar ianya tidak akan berulang kembali.

Saya amat berbesar hati jika anda sudi menegur kerana adakala sesuatu berlaku tanpa saya sedari. Terima kasih sahabat...

p/s: advertiser ini bukan H**
Author by Bin Muhammad

34 comments - "Iklan Seksi Untuk Tatapan Anda?"

Yumida Huda delete icon 12:15 PG

ooooooooooo.... iklan apakah..
lama x berbw ni...
ahad ni balik..yeah......


Memang ada perasaan iklan tu masa saya blogwalking petang..memang tak sedap mata memandang..

Khir Khalid delete icon 12:29 PG

Saya pun boikot juga iklan tu BM.. masa bw ke sini tiada pula keluar, klu tak pasti saya beritau juga.. mmg malulah bila anak2, kawan anak2, cikgu2, kenalan, & lain tengok blog ada mcm tu.. impak ke kita & family juga kan.. Rezeki di tangan Allah..pasti akan ada yg lebih baik nnti.. aamiin. All the best BM.. :)

acik memang boikot iklan tu.. ishhh keterlaluan

Pha Is delete icon 2:06 PG

owh.. ingatkan yg h12 punya..

biarlah duit yg kita terima tu halal,kan...

sy ada terperasan jugak iklan2 seksi tu...masa baru menggunakan geniee sy perasan mmg ada iklan arak dan sebagainya...tetapi sy telahpun emel kt mereka dan memberikan syarat-syarat sy kepada mereka..alhamdulillah..nampaknya takde dah lepas tu..

tak mengapa.. mama juga terkena dulu, ada yang menegur di fb.. sejak tu mama buang.. apa yang mama tahu, ianya datang dari H** .. tapi tak tahu lah pulak mana datang awek tu..

Mie Aimie delete icon 8:54 PG

oh..tak pe, kita dah usahakan mana yang termampu..

Sebenarnya kalau kita menggunakan iklan yang menjolok mata adalah haram. Bayangkan kalau ada org tekan iklan tu, lepas tu kita dapat duit. Bila kita guna duit tu jadilah duit haram :( Nauzubillah

Maaf ya... harap ditegur kerana saya tak tau ianya muncul

Masa saya buka blog pun xnampak iklan ni muncul, itu yg tak tau...
Inilah yg cuba saya elakkan...semoga ianya tidak berlaku lagi

Terima kasih Acik kerana beritahu sebab saya memang xketahui ianya ada.

Sudah pasti itu yg kita semua mahukan...halal dan berkat.

Assalamualaikum BM.. kalau ada ternampak iklan seksi dekat blog sheila. sila beritahu juga ya. risau gak ni... selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

Selamat kembali Yumida :)

Bukan H tapi G

Saya dah letakkan syarat sebelum saya setuju menerima iklan mereka lagi tapi nampaknya...hmmm...
Tengoklah apa solution mereka nanti...

Ianya bukan dari H...sebab itu saya yakin, lagipun dah dapat pengesahan dr mereka utk menghalang iklan sebegini disiarkan di blog ini, tapi nampaknya terlepas juge...huhu

Terima kasih Mie Aimie kerana memahami, maafkan saya ye

Ya, saya faham semua itu, sebab itulah saya meletakkan syarat yg ketat sebelum advertiser ini meletakkan iklan disini. Hanya setelah mendapat pengesahan dan persetujuan mereka memenuhi permintaan saya, barulah saya yakin. Tapi malangnya ia terlepas juga... Ianya diluar kawalan dan pengetahuan saya dan kerana itulah entri ini diterbitkan utk menjelaskan perkara sebenar.
Harap maaf jika ianya mengganggu anda.

Waalaikumsalam Sheila,
Terima kasih ya, sama2lah kita saling ingat mengingati kerana ada perkara tidak elok berlaku tanpa kita sedari.

Liza Yati delete icon 12:09 PTG

Iklan apa lak tu? Huhu. Lamanya tak jln2 blogging. Uwaaa.. rindu nak blogging.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

ramai yang terkene, tak sengaja pun...tak apa..semua faham..

Nao Mei delete icon 2:44 PTG

La macam2 kan uncle.
Iklan H tu pon ada tu juga uncle.
Letak iklan nuffnang je kat blog

aiza pun perasan juga di blog beberapa rakan blogger yang pasang iklan h12 tu ada iklan seksi.. kat blog BM alhamdulillah masa aiza singgah tu dia tak keluar.. ada juga tegur dengan mengatakan iklan tu tak best.. nak cakap terus terang segan juga.. hehe..

InsyaAllah..

tak jadi masalah ..sama-sama kita benteras iklan tersebut

memang ramai yang meletakkan iklan H12 ini di blog mereka dan kathy juga perasan betapa seksinya iklan tersebut..tapi itu bukan kesalahan kita,sama juga dengan nuff,kita dah minta iklan macamana kita nak pun,ada juga keluar yang seksi sampai kathy pun ada buat entri dulu..

Assalammualaikum...BM,

Bagus BM .. (sahabat mselim3) sensitif dengan iklan nie..

mselim3

pls: kami kekawan faham ini adalah diluar kawalan dan kemampuan BM untuk kawal iklan yang sebegini kan..

pernah terjumpa masa mula2 dulu... memang rasa kurang selesa tetapi aye percaya itu semua mungkin ada kesilapan.

Fiza Rahman delete icon 11:08 PG

Perasan juga ada iklan seksi meksi berlegar².

yana yani delete icon 10:16 PTG

menegur untuk kebaikan tak salahkan?
tak mengapa, BM tak sengaja. saya faham =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap