Assalamualaikum dan salam sejahtera... Mesti dalam hati berkata, "Asyik bercerita tentang MH370 sahaja, tidak ada kisah lain ke?" Anda bosan? Terimalah kenyataan yang kisah ini paling menarik perhatian untuk di tulis dan didengar. Semua orang mengikuti perkembangan dan menanti penghujungnya kisah misteri kehilangan MH370 ini.
Terimalah juga hakikat bahawa kisah MH370 ini juga tidak akan terhenti apabila ia ditemui. Ianya terus menjadi topik hangat untuk jangkamasa yang panjang. Dari kita terus mendengar pelbagai spekulasi dan teori, apa kata kita lihat berapa banyak informasi dan ilmu yang telah kita dapat dari situasi ini. Jika dulu anda tak tahu tapi kini anda sudah tahu...
Sekarang Dah Tahu...
- Jika sebelum ini kita tidak kenal akan pesawat Boeing 777-200ER ini, kini kita telah tahu serba sedikit mengenainya. Banyak informasi dan spesifikasi pesawat ini yang kita ketahui melalui artikel dan berita tentang kehilangan MH370 ini.
- Kita juga mengetahui bagaimana radar berfungsi dan bagaimana penerbangan pesawat komersial ini di kawal. Ketahui juga bahawa pada ketinggian tertentu, pesawat ini akan dikendalikan secara automatik (auto pilot)
- Serba sedikit juga kita didedahkan bagaimana komunikasi pesawat dengan menara kawalan (system ACARS) dan bagaimana sesebuah kapal terbang itu dapat dikesan iaitu melalui 'transponder'. Jika kedua-dua alat ini dimatikan maka pesawat tersebut umpama sebuah UFO.
- Sebelum ini kita kenal kotak hitam itu amat penting untuk menyimpan semua rakaman komunikasi didalam pesawat tapi barulah kita tahu bahawa kotak ini sebenarnya berwarna oren.
- Barulah kita tahu bahawa sebuah kapal selam yang berharga beratus juta ringgit itu tidak mempunyai kecanggihan untuk mengesan sesuatu objek yang tidak bergerak.
- Kita juga baru tahu bahawa radar tentera lebih canggih dan mampu mengesan setiap pergerakan objek yang melalui ruang udara negara. Tapi pelik juga kenapa hanya kesan tapi tiada tindakan untuk mengenal pasti?
- Kesemua aset kapal terbang negara telah digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 sehinggakan peroses pembenihan awan terpaksa dibatalkan.
- Kod MH370 adalah bukanlah kod identiti pesawat tetapi kod perjalanan pesawat dari KL ke Beijing. Kod identiti pesawat yang hilang ini adalah 9M-MRO.
- Kita juga baru tahu bahawa pasport curi juga dengan mudah boleh lepas dari pemeriksaaan Imigresen di KLIA.
- Kita hanya tahu negeri Perak tapi rupanya ada pulau bernama Pulau Perak dan amat penting fungsinya bagi negara kita.
- Sebelum ini ramai yang tidak kenal rupa bentuk bubu, kini...seluruh dunia kenal bubu.
- Dulu kita tidak kenal siapakah dia Kapten Zaharie dan Datuk Azharuddin, kini wajah mereka terkenal diseluruh dunia.
- dan seterusnya...(anda tambahlah sendiri)
Berita Di Nanti, Ilmu Di Penuhi
Mungkin banyak lagi informasi yang anda tahu sejak kehilangan pesawat MH370 ini. Boleh juga anda kongsikan disini. Oleh itu, kejadian yang berlaku ini bukan sekadar sebuah berita tetapi membawa bersama pelbagai maklumat dan informasi yang dapat menambah ilmu pengetahuan kita.
Dulu tak tahu, tapi sekarang dah tau... Berita dan kisah MH370 akan tetap berterusan. Sambil mendengar dan melihat perkembangan terkini, dapatkan juga informasi dan ilmu buat menambah pengetahuan didada. Biarkanlah pihak berkuasa dan pihak yang lebih berkemahiran menjalankan tugas mereka merungkai misteri kehilangan MH370 ini.
Kita pula, teruskan berdoa agar segalanya dipermudahkan dan akan berakhir dengan selamat. Hanya itu yang kita mampu lakukan. Berdoa juga semoga ahli keluarga mangsa terus tabah dan jangan sesekali putus harapan...
39 comments - "Dulu Tak Tahu, Sekarang Dah Tahu..."
Assalamualaikum BM.. banyak info-info yang baru kita ketahui. sama2lah kita doakan semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah Taala. Sheila singgah sambil menabung sini ~~~
dulu kita doa sorang-sorang..kini satu dunia doa benda yang sama! Maha Suci Allah
Kehilangan flight ni secara tidak langsung memberikan kita sedikit sebanyak ilmu tentang penerbangan. Tiba-tiba sahaja ramai rakyat Malaysia menjadi penyelidik bebas dalam lapangan ilmu penerbangan.
Terdapat sedikit kelucuan di situ. Nice one: D
Terus berdoa..
Waalaikumsalam Sheila,
Mendengar berita sambil menambah ilmu. Terima kasih :)
Ya...semua orang berdoa untuk keajaiban, kini ternyata masih ada harapan...\
Teruskan berdoa...
Benar sekali, tiba2 sahaja berminat nak tau pasal kapal terbang dan operasi penerbangan...Itulah kuasa dan kesan dari satu kejadian yg menggemparkan. Kita ambillah yg positif dan berilmu.
Tak perlu dengar dan endah sebarang spekulasi. Dapatkan dari sumber yang jelas dan sahih... itu lebih menenangkan kita.
Lucu tapi itulah realitinya... :)
Ya...tidak sesekali putus harapan dan berdoa.
Betul tu BM, selama ni kita tak pernah ambil tahu pun. Kalau tahu pun tak mendalam. Banyak hikmahnya.
Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ..
Betul tu BM dulu nama PESAWAT pon kita tak tahu ...
Ini byk dah yg kita tahu ...
Dulu tak tahu pon TEGANU ada tempat yg namanyerr GONG KEDAK huhuhu..
Sekarang dah tahu huhuhu walaupon kiter ni asal dr TEGANU.
betul tu. lepas peristiwa ni dapat jugaj tambah ilmu berkenaan flight dan sebagainya..
Mmg betul tu BM.. bnyk yg kita tahu.. tp saya rasa masih ada lagi rahsia yg belum dirungkailah ttg isu MH370 ni... wallahualam... tak nak berspekulasi, cuma firasat dlm diri yg kerdil ni asyik tertanya2 je.. Semoga dipermudahkan segala usaha pencariannya ya Allah... aamiin..
Betul tu cikgu, Kalau kita lihat secara positif, memang banyak ilmu yg kita dapat...boleh cikgu selitkan dlm pembelajaran... :)
Waalaikumsalam,
Ye lah...saya pun tak pernah dengar Gong Kedak! dan kini barulah tau...
Jangan sampai jatuh minat hingga nak tukar course udah le... :)
Rahsia yang belum terungkai...biarlah mereka yg berkenaan dan lebih arif menyelesaikannya. Kita hanya mampu berdoa. Segala ilmu dan hikmah...kita ambil buat pedoman dan tambah pengetahuan. :)
Hikmah disebalik kejadiankan BM. Kadang-kadang kita nampak yang tak eloknya aje tapi yang baiknya jarang dibincangkan.
p/s: Kita pun baru tau, Black Box tu warna orange..
Dulu kita tak kenal Kepten Nuroudin yg kini jadi perbualan betapa kata-kata beliau membuka mata dan minda ramai rakyat negara kita. Juga dpt tahu yg Kepten Zaharie itu penyokong DS Anwar Ibrahim. Jadi isu lagi..
Apa pun benar hakikatnya ada hikmah yg kita belajar dari kejadian ini.
ketentuan yang tak boleh di rancang ini semua atas ketentuannya
banyak yang kita tahu selepas kehilangan itu.. ada hikmah di atas apa yang terjadi..
banyak juga ilmu dan info yang kita pelajari tentang pesawat..Selalunya tau pasal kapalterbang,tapi tak tau sistem penerbangan yang dilakukan...Memang kisah ini lah banyak di cari orang..
jangan pernah berhenti untuk pesawat MH370
betul tu..setiap hari kita di deahkan tentang insiden ini hingga banyak ilmu yang kita ketahui.sentiasa berdoa,tak putus berdoa..
Hikmah disebalik kejadian. Dari tak tau jadi tahu semuanya.
Banyak benda yang tak tahu jadi tahu bila MH370 ini hilang.
Ada hikmah sebalik tiap kejadian, & byk yang kita belajar bertolak dari peristiwa ni betul tak !
Betul juga, banyak ilmu sebenarnya yang dapat diperolehi berkenaan dengan penerbangan. Apa yang penting, doakan keselamatan penumpang dan anak kapal.
betollah...macam2 dah tahu....tapi tetap berdoa agar semuanya selamat hendaknye...
kak pulak, baru tahu ada hotel bernama Sama-sama kat sepang..huhu..
sebelum ni naik flight memang biasa telek-telek majalah going place tu, jadi memang tau jenis-jenis kapalterbang dan enjinnya, tapi yang lain-lain detail, hanya selepas flight tu hilang baru kita aware. Cuma ada beberapa perkara diatas tu agak sensitif, tak berapa patut dipertikaikan kecuali kita benar-benar tahu apa yang berlaku, macam pasport, kapal selam dan radar tentera. Kita pun hanya dengar cakap-cakap orang, jadi tak berapa sesuai di spekulasikan, takut jadi fitnah pula
cuit2 nuffnang BMx2 yer
Sejak MH370 hilang, banyak benda yang kita tak tahu..Saya baru tahu mengenai Simulator dan tertanya-tanya kemana perginya MH370..Misteri..
anak sulung akak 3 kali pergi interview pilot-2 kali MAS dan sekali Airasia..tp takde rezeki....tp apa yg penting...beberapa perkara dan perkataan dunia penerbangan diketahui...yg paling tak mahu didengar-mayday..!!
hahahaha.. x de la sampai nk tukar kos, walaupun dulu masa nak apply USM dari matrik, kursus pilihan kedua saya selepas farmasi ialah aeroangkasa... serius..!! hehehe
Good One BM..! :D
Apa pun seluruh dunia doakan yang terbaik untuk MH370...
Betul tu BM, bila dah tahu, jadi lebih menghargaii....di manalah agaknya MH370, cepatlah terbang pulang!
betullah BM, saya juga baru tahu tikar terbang masih wujud!
tapi itulah hakikat pada waktu ni
misteri masih belum terungkai
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”