Meletak Sitemap - Apakah Kegunaan dan Kelebihannya
Apakah Sitemap?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam berjalan-jalan menyusuri blog sahabat, banyak juga blog yang saya temui tidak meletakkan sitemap pada blog mereka.

Mungkin anda tidak tahu apa kegunaan dan kelebihannya atau bagaimana cara untuk meletaknya. Tapi mungkin juga anda tidak mahu meletakkannya.

Bagi yang ingin mengetahui apa itu sitemap, anda boleh terus membaca artikel ini. Bagi mereka yang lebih mengetahui, pandangan dan pendapat anda diperlukan untuk kefahaman yang lebih buat saya dan semua pembaca.

Mengenali Dan Memahami Sitemap

Saya cuba berikan penerangan mudah untuk anda memahami tentang apakah itu sitemap dan kegunaannya. Untuk memahami sitemap adalah mudah dengan menganggap website atau blog anda umpama sebuah majalah

Sebuah majalah mesti ada satu helaian/ruangan khas yang menunjukkan isi kandungan majalah tersebut. Ianya akan menjadi rujukan untuk mencari sesuatu tajuk/topik artikel yang ingin anda baca. Ianya pasti memberi kemudahan untuk anda, maka tidak perlulah menyelak setiap helaian untuk mencari tajuk/topik tersebut.

Meletak Sitemap - Apakah Kegunaan dan Kelebihannya
Maksud Sitemap - Google Webmaster Tools help

Itulah andaian mudah bagi sitemap. Sitemap atau peta website bolehlah dimaksudkan sebagai isi kandungan sesebuah website atau blog. Pentingkah ianya kepada anda? Kalau anda rasakan helaian/ruangan isi kandungan pada majalah itu penting maka pentinglah ianya buat website atau blog anda. 

Cara Membina Sitemap

Bagaimana rupa dan bentuk sitemap? Anda boleh lihat contoh sitemap di SINI. Macam mana pula nak membuat sitemap ini? Ianya mudah sahaja. Buat satu entri dan copy paste script dibawah ini di HTML post anda, dah pun siap. Ianya auto update setiap kali entri baru diterbitkan. Sebaiknya letakkan entri ini page tab agar mudah digunakan sebagai rujukan. Sitemap adalah pelengkap bagi keperluan sesebuah blog.


Kegunaan Sitemap

Adakah pembaca menggunakan sitemap untuk kemudahan mencari artikel/topik diblog anda? Ya...mungkin ada dan mungkin tidak. Ini kerana ada banyak lagi pilihan lain buat pembaca seperti kemudahan search, archieve, labels dan sebagainya. Oleh yang demikian, kurang penting sebenarnya sitemap ini kepada pembaca blog anda.

Meletak Sitemap - Apakah Kegunaan dan KelebihannyaMeletak Sitemap - Apakah Kegunaan dan KelebihannyaMeletak Sitemap - Apakah Kegunaan dan Kelebihannya

Sebenarnya kegunaan utama sitemap ini adalah untuk enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Robot enjin carian ini tidak akan pergi meneliti setiap satu artikel diblog anda. Lokasi pertama yang dicari oleh enjin pencari ini adalah sitemap! Jika blog anda tiada sitemap, kemungkinan besar blog anda tidak diendah oleh robot enjin pencari ini atau mereka tertinggal untuk mengindeks entri anda. Dengan adanya sitemap ianya akan meningkatkan tahap SERP Blog anda di mata enjin carian ini.


Keperluan Sitemap

Namun bukan bermakna pula bila anda sudah ada sitemap anda boleh mengharap enjin carian datang begitu sahaja untuk mengindeks entri anda. Mungkin ianya satu kelebihan tapi adalah lebih mudah dan cepat jika anda menghantar URL entri sitemap anda ke enjin carian dan sememangnya mereka memerlukan anda untuk menghantarnya.

Meletak Sitemap - Apakah Kegunaan dan Kelebihannya
Informasi tentang sitemap - Google Webmaster Tools help

Setelah anda kenali dan memahami, maka perlu atau tidak sitemap untuk blog anda? Tiada paksaan, pilihan ditangan anda. Buatlah pilihan mengikut keperluan.

Semoga anda dapat sedikit pencerahan tentang sitemap. Sekadar mencurahkan sedikit ilmu yang ada untuk mereka yang memerlukan. Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda.


Author by Bin Muhammad

55 comments - "Meletak Sitemap - Apakah Kegunaan dan Kelebihannya?"

Oh, auto update ya BM. Maknanya setiap entri baru dia akan kemaskini sendiri? Saya ingatkan BM buat sendiri satu-satu Sitemap BM dekat atas tu. Rajinnya saya cakap. Bila dah banyak memang susahlah nak susun ikut kategori tu.

betul-betul berguna dan seharusnya ada di setiap blog untuk kemudahan pengunjung blog. terima kasih atas perkongsian pintar ini.

Tak rajinlah saya nak update satu persatu...
Ya! Ianya auto update, dikemaskini dengan sendirinya apabila entri terbaru diterbitkan. :)

Ya...untuk kemudahan pengunjung dan juga enjin carian.

Ilmu baru buat kakak ni BM.
Itu yg kakak suka baca N3 adik kakak ni:) tapi itulah kakak ini walau suka berblog tapi ilmu berblog tak ada..

Assalamualaikum BM.. baru faham sedikit. selama ni zero knowledge. hiewhiew... selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

Bagus sebenarnya kalau kita taruk sitemap ni sebab sedikit sebanyak membantu Google melakukan pengindeksan data di Internet.

sitemap ni memang penting untuk blog atau sesebuah laman web, great piece of sharing BM... salam isnin...

paridah delete icon 11:36 PG

terima kasih berkongsi ilmu...tutorial yg sangat berguna..kak ada labels jer...tapi nampak enjin carian mencari juga...

Nurul delete icon 12:35 PTG

Tq, BM for this tuto... setakat ni, nrl pun cuma letak label je... ^__^

BinMuhammad delete icon 12:50 PTG

Sedikit ilmu utk dikongsi bersama. Suka berblog sudah cukup memberi kepuasan buat akak...tapi kalau mahu lebih kenalah cari dan praktikkan ilmu blogging ni. Apply mana yg dirasakan perlu sahaja...

BinMuhammad delete icon 12:52 PTG

Waalaikumsalam Sheila.
Jangan merendah diri sangat...saya tahu, ilmu anda banyak... :)
Terima kasih ya.

BinMuhammad delete icon 12:53 PTG

Bagi yang pentingkan trafik, SERP dan SEO...memang sitemap ini amat penting. Lihatlah semua blogger terkenal dan ternama, pasti punya sitemap.

BinMuhammad delete icon 12:54 PTG

Thanks Farah...cuma berongsi ilmu yg cetek ini. Salah silap harap ditegur.

sangat bagus entri ini BM, untuk sebuah blog memang kena letak sitemap ni

BinMuhammad delete icon 12:59 PTG

Jika kita punya topik dan tajuk yg tersendiri, memang terlihat dimata enjin carian ini, tapi jika banyak topik dan tajuk yg sama, pasti yg ada sitemap akan di crawl enjin carian.
Tapi terpulang kpd akak...jika rasakan ianya tidak perlu, maka xperlulah... :)

BinMuhammad delete icon 1:03 PTG

Terpulang kepada anda utk sama ada mahu meletak sitemap atau tidak. Jika ditanya pada mana2 blogger otai dan terkenal, pasti dikatakannya sitemap ini penting!

mselim3 delete icon 1:37 PTG

Assalammualaikum..BM,

Bagus .. dan mana2 blog nak berada dalam carian teratas google kena ada sitemap nie..

mselim3

Khir Khalid delete icon 2:27 PTG

Sungguh bermanfaat.. t kasih atas perkongsian ini BM.. :)

Fiza Rahman delete icon 2:35 PTG

Thanks BM. Tak tau lah blog saya ty dah ada site map ker belum. Nak kena check dulu nih.

Pha Is delete icon 3:03 PTG

dulu pernah letak sitemap ni. tapi lepas tu dia jadi malware, datang dari sumber asal coding sitemap tu.. sbb tu terus buang. sekarang, BM dah share kat sini, boleh la saya ambil letak balik. hehe
thanks.

Unknown delete icon 3:24 PTG

Assalamualaikum BM, mmg bagus kalau letak site map kat entri,.insyaAllah akn diusahakan kearah itu..terima kasih bro..

salam bro..bagus info pasai sitemap..saya pun berapa paham... tq 4 helping..skrg dah ada pngtuan sikit

Mizz Aiza delete icon 4:15 PTG

sangat bermanfaat pencerahan mengenai sitemap di dalam artikel ini BM.. aiza mula tahu mengenai sitemap melalui pembacaan di blog blogger mselim..

menambah berat pd blog tak..???

Tanpa Nama delete icon 4:56 PTG

mmg baguslah, tq berkongsi ilmu blog yer BM !

Terima kasih berkongsi BM, saya memang tak tahu pasal sitemap ni.Banyak yang nak kena tahu ilmu blog ni..

yangbaik delete icon 5:14 PTG

aye dah cuba... dan hasilnya amatlah cemerlang sekali. kena tukar atau buang sikit label pada blog supaya nampak lebih profesional gitu... :D

Unknown delete icon 5:31 PTG

yumida pernah buat sitemap ni..x menjadi
nak try cara BM ni weekend ni nanti..mana tahu menjadi..
aah pakar blog ramai yg suggest soh bubuh sitemap ni...

BinMuhammad delete icon 5:33 PTG

Sitemap tidak mengganggu atau memberi kesan kpd loading blog. Ianya sama seperti entri blog yg lain cuma memaparkan link semua entri yg telah di published mengikut labels.

BinMuhammad delete icon 6:47 PTG

Kalau dah blogger popular kata begitu...memang kena letaklah :)

BinMuhammad delete icon 6:48 PTG

Waalaikumsalam sahabat,
Rasanya mselim lebih pengetahuan tentang ini kan...

BinMuhammad delete icon 6:49 PTG

Sama2 Khir... Semoga berguna buat anda.

BinMuhammad delete icon 6:52 PTG

Cubalah check, kalau nak buat saya syorkan kemaskini labels tu dulu...banyak sangat :)

BinMuhammad delete icon 6:53 PTG

Buat masa ni, sumber coding tu OK... Pha is boleh cuba.

BinMuhammad delete icon 6:56 PTG

Waalaikumsalam,
Bagus atau tidak, itu kena tanya pakar...tapi selalunya mereka mengesyorkan blog perlu ada sitemap. Bagi saya...ianya sgt penting utk saya submit pada enjin pencari.

BinMuhammad delete icon 6:58 PTG

Waalaikumsalam Sobri,
Sekadar memberitahu apa yg saya faham dari pengetahuan yg sedikit ini... Kalau mahukan lebih, anda google...byk maklumat lanjut boleh anda pelajari

BinMuhammad delete icon 7:00 PTG

Sitemap Aiza cantik dan kemas. Boleh saya dapatkan code?

BinMuhammad delete icon 7:01 PTG

Sama2 KA... semoga bermanfaat buat yg memerlukan.

BinMuhammad delete icon 7:02 PTG

Xpe pelan2...sikit-sikit belajar dan praktikkan, lama2 expert le.

BinMuhammad delete icon 7:08 PTG

Bolehlah cuba buat semula. Buat masa ni code ini xde masalah.

BinMuhammad delete icon 7:09 PTG

Ya...betul tu, kena kemaskini labels barulah nampak kemas dan pro... :)

Unknown delete icon 7:17 PTG

Ermm.. Kita ada tak ek.. Rasa mcm ada... Tapi since baru tukar template nie kena check balik takut terhilang pula... :) tq BM..

Khir Khalid delete icon 8:34 PTG

Mmg amat berguna BM.. saya dah letak & menjadi hehee.. cuma label kena diperkemaskan nanti.. T kasih bnyk2 BM.. :) :)

Zawiah delete icon 9:25 PTG

alhamdulillah . dah letak lama dulu . good info .

ANIM delete icon 10:23 PTG

iyalah, kak pun sama komen dengan helmi. entri BM selalu berada di atas, jadi senang nak BW. rupa-rupanya kerja sitemap..Ilmu baru, tqvm

Nick Nashram delete icon 11:19 PTG

sitemap ne penting..salah satu perkara yg wajib ada dalam blog..lebih kurang macam gudang la..tempat kumpul sume barang2 kat situ..huhu

Banyak kelebihan sitemap ni. Setiap Blog mesti ada.

DIGI for you..

Yana Yani delete icon 11:39 PG

gitu ye, baru tahu. nanti nak cuba buat
eh BM, boleh ajar pasal google analytic tak?
selalu sebut tapi BM tak penah terangkan secara details
saya lost lah, lepas registered saya tak tahu nak buat apa dah

BinMuhammad delete icon 11:40 PTG

Saya tak pandai nak terangkan tapi boleh ikut tutorial ini :
http://www.mialiana.com/2013/02/tutorial-letak-google-analytics-id-di.html

Kak jah mmg buta tuli sikit kalau nak mengadjust apa2 kt blog.. Yg kak jah tau cuma tulis blog dan komen blog.. Pfftt
Will try later.. Thx BM sekurang2nya kak jah tau apa itu sitemap.. ;-)

Tanpa Nama delete icon 12:32 PTG

alhamdulillah..dah lama letak sitemap ni..

Fiza delete icon 7:36 PTG

memang copy bulat2 ke coding html tu dan buat kat page kita? atau kene ambil coding di webmaster?

BinMuhammad delete icon 8:37 PTG

Copy paste sahaja coding ini di html post page blog anda dan publish. Anda boleh view hasilnya. Setelah itu barulah ambil url page tersebut dan submit di webmaster untuk diindex oleh google semua entri anda. Selamat mencuba :)

terima kasih atas pencerahan ini..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap