Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Pada zaman ini, hampir setiap orang kini memiliki telefon bimbit atau handphone. Ianya sudah menjadi salah satu alat keperluan kepada setiap orang. Kini telefon bimbit 'smartphone' pula semakin berkembang maju.

Hanya dengan sebuah telefon, anda boleh lakukan pelbagai perkara yang sebelum ini hanya menggunakan komputer dan boleh diakses dimana-mana. Kecil, mudah dibawa, trend masakini dan ianya juga semakin murah untuk dimiliki. Inilah smartphone yang canggih selari dengan perkembangan dunia komunikasi dimana perhubungan dan sumber maklumat melalui jalur lebar semakin menjadi keutamaan. 

Pengguna Smartphone Tingkatkan Trafik Blog
Smartphone...pilihan masa kini

Pengguna Smartphone Sumber Utama Trafik Blog

Sebagai seorang blogger, salah satu yang sering diambil perhatian adalah jumlah trafik blogPengguna smartphone adalah sasaran terbaik anda sebagai sumber utama untuk meningkatkan trafik! Kenapa saya kata begitu?  

Anda lihat statistik ini. Ianya adalah carta Top 10 pageview Relaks Minda pada tarikh 13 Mac 2014 melalui Google Analytics (blogger overview tidak ada data ini) 

Pengguna Smartphone Tingkatkan Trafik Blog
Top 10 pageview (13 Mac 2014)

Kenapa ada dua URL bagi tajuk yang sama? Ini adalah berikutan perbezaan dari operating system yang digunakan untuk melayari page tersebut.

1. http://relakssminda.blogspot.com/2014/03/jadual-catuan-air-selangor-peringkat-ke-3.html
2. http://relakssminda.blogspot.com/2014/03/jadual-catuan-air-selangor-peringkat-ke-3.html?m=1

Apabila dihujung URL menunjukkan "?m=1" ianya bermakna page tersebut dibuka melalui smartphone dan jika tiada bermakna page tersebut dibuka melalui komputer.

Kini anda lihat carta operating system yang digunakan untuk melayari blog Relaks Minda pada 13 Mac 2014 yang juga dari Google Analytics. (anda juga boleh guna blogger overview untuk melihat data ini)

Pengguna Smartphone Tingkatkan Trafik Blog

Pengguna Smartphone Tingkatkan Trafik Blog
Top 10 Operating System (13 Mac 2014)

Lihatlah peratusan jumlah pengguna smartphone yang menggunakan kemudahan ini untuk melayari internet dan mengekses blog. Tidak mustahil, satu hari nanti pengguna smartphone akan menjadi sumber trafik paling utama untuk blog anda. Maka rebutlah peluang ini sebelum anda terlambat dan kerugian. Oleh itu sangat penting bagi blog anda mempunyai akses mudah untuk pengguna smartphone ini melayari blog anda. 

Setting Mobile Template

Jika sebuah tablet mungkin paparan skrinnya masih cukup besar dan selesa untuk anda melihat paparan blog seperti biasa, tetapi jika ianya hanya bersaiz seperti Samsung S4 atau lebih kecil dari itu, pasti paparan blog anda amat sukar untuk dibaca. Maka cara terbaik adalah dengan menukar paparan blog anda kepada mobile tamplate apabila diakses melalui smartphone.


Ya! Tidak dinafikan, paparan menggunakan mobile template dapat memberi kemudahan dan keselesaan untuk pembaca melayari blog anda melalui smartphone.

Pengguna Smartphone Tingkatkan Trafik Blog
Tukar paparan blog bagi pengguna smartphone melalui mobile template - blogger blogspot

Pengguna Smartphone Tingkatkan Trafik Blog
Pilihan ditangan anda...pilihlah jika anda rasakan ianya memberi manfaat.

Walaupun ianya mampu meningkatkan trafik melalui pengguna smartphone namun ada kelemahan apabila anda menggunakan setting mobile template ini. Antaranya; kesemua widget-widget tidak akan dipaparkan. Ini bermakna, iklan anda juga tidak ada...maka ada sedikit kerugian disitu. Tiadanya widget juga selalunya akan meninggikan bounce rate blog anda.

Jika anda tahu bagaimana untuk memaparkan iklan di setting mobile phone, bolehlah kongsikannya disini. 

p/s: Walaupun kita tidak punya smartphone tapi kita tidak boleh menidakkan dan mengabaikan keselesaan dan kehendak pembaca dan pengguna smartphone. Kita perlulah peka dengan perkembangan teknologi terkini serta keperluan semasa yang amat pantas dan sentiasa berubah mengikut arus kemodenan... Jika tidak, kita akan ketinggalan...

Author by Bin Muhammad

36 comments - "Pengguna Smartphone Tingkatkan Trafik Blog"

sitirohaida delete icon 11:24 PG

perkara baru yang saya pelajari..sebelum nie,bila tengok google analytics nie,takde pun tengok pada operating system dan sebagainya...
thanks bm sharing info nie...menabung inti untuk bm..

Assalamualaikum BM...Terima kasih atas info ini. Baru beli smartphone ke?..

BinMuhammad delete icon 11:55 PG

Waalaikumsalam cikgu... Belum ada smartphone lagi le :)

BinMuhammad delete icon 11:57 PG

Google analytics memberi banyak informasi yang sangat detail dan tepat...Belek2lah, ianya sangat berguna!
Terima kasih KSD...selamat berhujung minggu :)

Unknown delete icon 11:57 PG

This is a very good analysis on readers. Mobile users are growing each day.

Unknown delete icon 12:00 PTG

Wah makin hebat blog uncle nie

Abam Kie delete icon 12:28 PTG

kdg2 sy BW guna smart phone je,,,

jie susanos delete icon 12:46 PTG

huhu..itu mudah ada smartphone..kat mana2 leh bw..

Tanpa Nama delete icon 2:49 PTG

info menarik..kathy selalu buka blog BM guna smartfon jika kebetulan tak buka pc..memang tak masuk iklan..cuma header dan entri akan di paparkan..

Saya kadang2 blogwalking pakai smart phone..memang mudah..

Betul.. Cik jah kalau ada kat luar or x bukak lappy mmg cik jah akan BW guna smartphone.. Dgn smartphone cik jah x payah bukak melalui web.. Sbb cik jah dah install apps blog yg ada dlm apps store. Paparan mmg sebijik2 mcm dlm lappy bezanya cuma screen smartphone x sebesar lappy tp cikjah dah cukup gumbira sbb screen samsung note ni dpt puaskan hati cik jah utk BW. cuba lah dowoad ;-)

mama takde sematpon canggih.. ada pun cukup-cukup untuk fb, whatsapp je.. hihi

Izham delete icon 5:35 PTG

Terdapat beberapa cara mudah untuk ini. Gunakan template fluid atau dynamic. Akan berubah mengikut skrin paparan.

Sekarang template blogspot sudah updated. Boleh google dan lihat caranya.

wahh memang penggunaan smartphone semakin bertambah .,..

Khir Khalid delete icon 5:51 PTG

Perkongsian yg bermanfaat... saya lebih suka guna lappy bila berblogging berbanding tab atau smartphone.. lebih puas & cepat. Klu guna tab boleh sakit tengkuk juga bila lama menunduk... tp, bila keadaan terdesak, smartphone atau tab pun membantu juga.. T kasih atas perkongsian & slmt berhujung minggu BM.. :)

Pha Is delete icon 8:23 PTG

perkongsian yg baik.. banyak juga yg orang yg akses blog ni dari android.. dunia semakin canggih..
tapi secara peribadi bagi saya, tak puas BW pakai smartphone.. heheh

Zawiah delete icon 10:07 PTG

dah lama perasan kat google analytics ada pengguna guna smartphone utk view blog . cuma x terfikir nak buat entry ... terbaiklah !

suka entri ini BM, Tahniah!:) ada masa saya blogwalking dengan tepon dan tak pernah update blog dengan tepon ni.tak reti.haha.Setuju dengan pandangan bahawa blogger harus ambil kira pengguna yang aksess maklumat dengan smart phone.Sebab ianya praktikal dan sesuai dengan keperluan pengguna yang ingin kan maklumat terus dihujung jari..

Saya belum ada smartphone ni BM. Tapi sekadar pengetahuan bagus juga informasi ni.

BinMuhammad delete icon 12:42 PG

Saya pun xde smartphone lagi... :) tetapi...
Maklumat ini bukan utk pengguna smartphone tetapi untuk blogger agar menyediakan kemudahan dan keselesaan buat pengguna smartphone kerana mereka adalah pengunjung blog yg semakin berkembang dan pasti suatu hari nanti menjadi penyumbang trafik yang paling tinggi. Sebagai blogger, rugilah jika kita tidak memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka...

BinMuhammad delete icon 12:44 PG

Saya pun xde smartphone lagi... :) tetapi...
Maklumat ini bukan utk pengguna smartphone tetapi untuk blogger agar menyediakan kemudahan dan keselesaan buat pengguna smartphone kerana mereka adalah pengunjung blog yg semakin berkembang dan pasti suatu hari nanti menjadi penyumbang trafik yang paling tinggi. Sebagai blogger, rugilah jika kita tidak memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka...

Saya pun lebih suka guna lappy...tapi 10 tahun lagi, pengguna lappy ni dah digolongkan ketinggalan zaman kot, huhu! Kena bersedialah untuk berubah...

Unknown delete icon 3:01 PTG

Saya salah seorang dari pengguna smartphone yang selalu skodeng BM..hehehe

Mizz Aiza delete icon 4:21 PTG

aiza belum memiliki smartphone.. google analytics itu pula aiza tak faham sangat sebenarnya..

Blog Santai delete icon 10:40 PTG

Kita pun selalu guna handphone sekarang ni..tapi masa nak create/update entry still guna laptop. Tak expert lagi BM...

Tanpa Nama delete icon 10:25 PG

tq berkongsi sama ilmu blog ni yer BM

kok bisa pake smartphone....

mselim3 delete icon 4:31 PTG

Assalammualaikum...BM,

memang benar kepesatan teknologi membuatkan ..kita kena setting blog sesuai utk di layari dengan smart phone... agar mesra pengguna..

mselim3

pls: nice sharing...

mrhanafi delete icon 4:34 PTG

rata-rata template blog yang terkini memang responsive iaitu boleh diakseskan menggunakan smartphone..cuma saya sahaja yang belum ada smartphone..sama kelas dengan admin BM.

pening guna smartphone yg kecik, macam saya. lebih selesa guna laptop atau desktop

Unknown delete icon 9:20 PG

Betul3x... majoriti rakyat msia skrg nie menggunakan smartphone...
Idah pun kadang2 surfing dalam public transport time balik keje tu guna smartphone juger...

Azurah delete icon 6:41 PTG

betapa canggih zaman sekarang dengan adanya teknologi ini.

Yana Yani delete icon 4:48 PTG

saya tahu juga pasal ni sebab adik saya
gunakan smartphone untuk access blog saya
zaman sekarang memang diluar jangkauan pemikiran

saya pun tak ada smartphone...hehe

haizrul delete icon 4:12 PG

salam..satu artikel yang sangat bagus untuk meningkatkan lagi trafik ke blog! (o)
Saya pon nk share satu cara untuk korg smue dptkan trafik yg lbih banyak ke blog korg.

Cara yang sy slalu gunakan ialah setiap link artikel yg saya post dlm blog sy,sy akan ping dkat website kakiping .Memang best kakiping ni,kbanyakan trafik blog saya datang dari kakiping.com .Korg cuba la ye :d :d :d

MissNadia delete icon 11:03 PG

Good info.. Thanks

OKje delete icon 7:41 PG

Ni pun tgh guna smartphone utk bw blog awak ni....Nak menggodek templete tak tahu, guna aplikasi mana yg keluar jerlah huhu....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap