Semua 239 penumpang dan krew pesawat MAS, MH370 disahkan terbunuh dalam tragedi kehilangan pesawat MH370 yang telah disahkan hilang dan terhempas di selatan Lautan Hindi, Barat Daya Perth, Australia.
Pengumuman rasmi ini dibuat pada sidang media di KLIA pada jam 12.30 tengahari tadi oleh pihak Malaysia Airlines (MAS). MAS dan seluruh kakitangannya juga merakamkan rasa sedih dan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. MAS juga akan menghulurkan segala bentuk bantuan diperlukan kepada ahli keluarga mangsa dalam masa terdekat ini.
Masih tiada kenyataan rasmi didedahkan bagaimana maklumat merumuskan kehilangan MH370 yang berakhir dengan tragedi terhempas di selatan Lautan Hindi. Ianya masih menjadi persoalan yang belum ada jawapannya lagi.
Seperti yang kita ketahui. pesawat MH370 yang sepatutnya membawa penumpang dari KLIA ke Beijing pada malam 8 Mac 2014 telah terputus hubungan dengan menara kawalan sebaik sahaja memasuki sempadan Vietnam. Pesawat tersebut disahkan telah berpatah balik dan menuju ke Lautan Hindi.
Persidangan Parlimen
"Kerajaan tidak berniat untuk menghalang atau menutup maklumat mengenai MH370 kepada umum atau ahli keluarga penumpang dan kru pesawat. Tumpuan sekarang mencari serpihan dan rangka MH370 bagi sahkan pesawat telah hilang di selatan Lautan Hindi." Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat mengenai MH370 pada jam 12.00 tengahari ini.
Sebelum itu, Persidangan Parlimen hari ini juga merakamkan takziah dan doa buat anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang disahkan hilang di Lautan Hindi. Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan sidang pagi ini turut berharap agar keluarga penumpang dan anak kapal terus kuat dalam berhadapan dengan peristiwa itu.
Desakan Kerajaan China
Kerajaan China terus mendesak Malaysia melalui Kementerian Luar China bagi menuntut Malaysia memberi maklumat dan bukti mengenai pesawat MH370 yang hilang selepas ia disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi. "China sudah pun diberitahu oleh Kerajaan Malaysia mengenai pengumuman terbaharu itu dan kami memberi tumpuan sepenuhnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
"China sudah pun menuntut agar Malaysia menyalurkan lagi kepada kami semua maklumat dan bukti mengenai bagaimana ia mencapai kesimpulan berkenaan," kata kenyataan itu sambil menekankan agar operasi mencari pesawat tetap diteruskan.
Operasi Mencari Dihentikan
Manakala dalam sidang media di Perth Australia sebentar tadi mengumumkan bahawa pencarian pesawat MH370 ditangguh hari ini berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA). Ia berkata keadaan laut bergelora hari ini dengan ombak setinggi dua meter hingga mencecah empat meter.
Kawasan itu juga diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam, beserta hujan lebat dan awan yang rendah dengan ketinggian antara 200 dan 500 kaki dari paras laut. AMSA telah membuat penilaian dan mengambil keputusan keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan mendatangkan risiko kepada kru.
"Oleh yang demikian, AMSA menangguh semua operasi mencari di laut dan udara hari ini ekoran keadaan cuaca sebegini," katanya dalam satu kenyataan.
Misteri Kekal Misteri
Apa yang pasti kini... Kehilangan MH370 yang telah disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi ini semakin bertambah misteri. Pengumuman demi pengumuman terbaru pula membawa lebih banyak persoalan dari penyesaian kerana tiada jawapan konkrit yang dapat diberikan.
Semoga ahli keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan dan kenyataan ini.
p/s: Kenapa pengesahan kematian diumumkan sedangkan masih belum ada bukti kukuh dan sebarang penemuan yang jelas dan nyata? Terlalu besar implikasinya keatas hukum syariat dan kepada waris... Atau sebenarnya memang sudah tahu kejadian sebenarnya? Wallahualam... Teruskan berdoa, semoga ada keajaiban yang menjelma...
Author by Bin Muhammad
30 comments - "Penumpang MH370 Sah Terbunuh Dan Berakhir di Lautan Hindi - MAS"
Tiada kata yang mampu diucapkan hanya salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Tragedi MH370..
kejadian ini pastinya meruntun banyak jiwa. namun sebagai hamba Allah yang bertakwa kita sewajarnya berserah dan redha atas ketentuanNya. Semoga roh mereka yang terkorban bersemadi dengan aman.
takziah..... awok speechless... mogfa2 deme ditempatkan dalam golongan oghang yang beriman.... dan semoga keluarga deme tabah menghadapi dugaan ini...
terkedu..kaku...bisu..hanya sebak dan airmata mengiringi...
salam. sungguh tersentap dan sedih dengan tragedi ni :(
masih cuba mencerna sidang media malam tadi...dan masih speechless, tapi Allah Maha Mengetahui.... gloomy day in Malaysia and all the family involve... sobbb... :(
masih mengharapkan keajaiban :(
apapun rahsianya hanya Allah mahatahu...misteri kekal misteri selagi tiada bukti nyata...
Sebak bila PM umumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi malam tadi... Hanya Allah yang Maha Mengetahui...
berita yang tak sanggup saya dengar meskipun perkara ini sudah dijangkakan
walau dlm hati masih menaruh harapan, tetap sedekah allfatihah & ucap salam takziah !
BULAN MAC YG PENUH DUGAAN N CABARAN BUAT MALAYSIA
kehilangan mh370 yg penuh misteri..dgn kotak hitam je dpt merungkaikan segala persoalan punca kehilangan mh370
bila tgk kat tv, wajah ahli keluarga penumpang rs sedih je
al fatihah
Perancangan Allah siapa yang tahu...laporan manusia tidak semestinya boleh dipercayai
semua yang berlaku tu rahsia ALLAH
hanya DIA yang MENGETAHUI
akhirnya....
salam takziah diucapkan buat keluarga mangsa..
ianya terus menjadi misteri.. hanya Allah sahaja yang tahu..
segala yg berlaku atas kehendakNya jua . Maka tiada yg mustahil jika tetiba ada keajaiban ... dan saya masih mengharap .
Innalillah hiwainnalillahirojiun....
Sedih. Seharian mengulam air mata. Mengenang berita sedih mh370 dan hukuman mati yg telah dijatuhkan ke atas ikhwanul muslimin. Di Mesir. Allaahu akbar..
Masihkah ada misteri yang belum terdedah? Sama-sama kita nantikan.
Buat masa ini, takziah kepada keluarga mangsa.
Setuju! Kenapa pengesahan kematoan diumumkan sdgkan kita blom jmpa sebarang tanda2.. Plus kalau betul pn mana bukti mayat mereka? Wallahualam.
Memang banyak persoalannya. Smoga usaha mencari bangkai pesawat di permudahkan olehNYA.
sentiasa berdoa yang terbaik...moga ada jawapn di sebalik semua ini..doakan keselamatan pasukan SAR yang berada di lautan hindi..
kalaulah jatuh di darat mungkin ada yang masih hidup,tapi di laut o,1 yang hidup
Selagi MH370 tidak ditemui... selagi iitu masih ada harapan... kita doakan yang terbaik buat mereka semua...
Speechless... hanya takziah & al fatihah shj yg mampu diucapkan.. walaupun harapan dlm hati masih lagi berharap satu berita yg menggembirakan...
Ada erk yang "TERBUNUH" tu?
Ehem..ehem... sendiri faham dah le...
Susahnya kalau kita berada ditempat PMkan..... macam macam benda yg harus dihadapi. Hanya Allah yg lebih mengetahui...
Kadang-kadang kita terfikir sebaliknya BM. Terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab dan perlakuannya agak mustahil dilakukan tanpa sesuatu sebab yang munasabah..Semoga Allah membuka misteri tersbut...
Betul tu RZ... Bagaimana sebuah kapal terbang komersial boleh berpatah balik tanpa boleh dikesan dan terlajak sampai ke selatan lautan hindi! Misteri...memang misteri! Ya...semoga Allah membuka misteri tersebut, Tak senang rasanya hidup diselubungi misteri... :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”