Misteri kehilangan MH370 sudah terjawab. Pesawat MH370 kini disahkan bahawa lokasi penerbangannya berakhir di Selatan Lautan Hindi. Ini bermakna pesawat MH370 telah hilang dan terhempas. Ianya disahkan oleh AAIB UK.

Lokasi terakhir kehilangan MH370

Berita sedih ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak  Dalam satu sidang media khas yang diadakan pada pukul 10.00 malam sebentar tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC Kuala Lumpur.

Ini merupakan perkembangan terkini tentang kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Besar kemungkinan telah dijumpai kesan-kesan atau serpihan pesawat MH370 dilokasi terbabit. Tiada maklumat lanjut dan informasi diberikan. Semuanya akan didedahkan pada sidang media keesokan hari.

Satu kisah kehilangan yang berakhir dengan tragedi tetapi terus menjadi kisah misteri yang panjang... Salam takziah kepada ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370.


Author by Bin Muhammad

14 comments - "Terkini! Pesawat MH370 Sah Terhempas di Lautan Hindi"

ANIM delete icon 10:26 PTG

pastinya masing-masing menanti sidang akhbar yang ditunggu-tunggu esok hari.
takziah dan simpati dengan semua waris MH370..

Unknown delete icon 10:47 PTG

Al-fatihah
ALLAH SWT menjanjikan sesuatu di luar jangkaan kita sebagai hamba di muka bumi.
Setiap apa yang berlaku itu memang dah dijanjikan.
Inilah kasih sayangNYA.
Kita datang dariNYA dan akan kembali kenapaNYA

Semoga keluarga dan waris dapat menerima dengan hati terbuka.
Tahziah#.MH370

Unknown delete icon 10:50 PTG

rasa berdebar2 menunggu esok..

Khir Khalid delete icon 11:03 PTG

Mmg sedihlah.. harap2 adalah visual yg dpt dilihat nnti bagi mengurangkan tekanan terutama pihak keluarga.. Takziah...

Tanpa Nama delete icon 11:20 PTG

takziah.......

PCL delete icon 11:39 PTG

Takziah kepada yg berkenaan .

Bahrain delete icon 1:31 PG

Salam takziah buat keluarga mangsa. satu tamparan yang pedih untuk didengar.

Terkejut saya baca entri BM ni semalam. Lepas tu terus buka TV.

Speechless masa PM umumkan smalam :-(

Tragedi yang menyayat hati kita semua..

Yana Yani delete icon 11:41 PG

saya pun ada tengok press conferance malam tadi
sedih bila dapat tahu
takziah buat ahli keluarga
semoga mereka diberikan kekuatan menghadapi berita ni

Mizz Aiza delete icon 10:24 PTG

takziah ducapkan.. semoga keluarga mangsa tabah dan redha..

Terkejut besar aku dibuatnya mlm tu..
Tp itulah hakikat yg harus diterima.. Sobs =(

Tanpa Nama delete icon 12:31 PTG

pedih..kadangkala kita inginkan kebenaran,namun mungkin kita masih belum sedia dengan kebenaran itu..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap