Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Set rekaan perabot kreatif - Pilihan terbaik masa kini
Mungkin sebelum ini anda pernah membayangkan sebuah rekaan perabot masa kini yang mampu mengatasi masalah anda yang mahukan lebih ruang dan mudah untuk dikemas dan dialihkan dengan segera. 

Berikut adalah beberapa rekaan kreatif set perabot ruang tamu pilihan masa kini yang lengkap. Ianya boleh diletakkan di mana-mana sahaja lokasi dan mudah disimpan andai anda memerlukan ruang kosong dengan segera. 

Ianya pasti menepati citarasa dan pilihan anda yang sesuai digunakan dimana sahaja masa kini. Praktikal dan tetap selesa disamping menarik perhatian pengguna.

Idea Kreatif Rekaan Perabot 

Inilah yang ingin saya paparkan dalam entri kreatif kali ini. Beberapa lagi idea kreatif rekaan perabot masa kini yang sangat unik dan menarik untuk tatapan disamping membuka minda dan pilihan anda. Jika ianya sebelum ini hanya satu imaginasi tetapi kini ianya telah menjadi realiti. 

Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Set katil yang sangat sesuai untuk menjimatkan ruang. Sama ada ditempatkan didalam bilik mahu pun dimana-mana ruang didalam rumah. Rekaan yang sungguh kemas, menarik dan lengkap.

Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Meja kopi diruang tamu terlalu rendah untuk anda membuat sebarang kerja? Kini masalah anda telah selesai. Permukaan meja yang boleh ubah suai ketinggian membuatkan anda tidak perlu lagi memerlukan tambahan meja untuk melakukan sebarang kerja dirumah sambil boleh pula menonton siaran kegemaran anda.

Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Jika di hospital disediakan meja trolly untuk anda makan diatas katil, tapi jika di rumah bagaimana pula? Mungkin membeli meja seperti itu kurang menarik dan menyemakkan ruang. Melalui rekaan ini anda tidak perlu lagi gusar...Bilik anda kekal tersusun kemas dan menawan.

Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Ada masanya kita hanya perlukan meja, ada masanya pula kita memerlukan kerusi dan ada masanya kita hanya seorang, kadang-kadang pula berdua dan sesekali bertiga atau lebih. Ruang yang terhad tidak mampu memberi keselesaan untuk menyediakan keperluan apabila diperlukan. Dengan rekaan ini, segalanya selesai. Tiada lagi masalah ruang, kegunaan dan jumlah penggunanya. Segalanya boleh!

Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Satu idea kreatif rekaan kerusi meja di untuk kegunaan diluar rumah. Umpama robot transformer...boleh berubah bentuk, gaya dan kegunaan. Mesti terpegun setiap tetamu yang datang!

Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Satu lagi rekaan meja dan kerusi yang boleh disimpan dan disorok dengan mudah apabla ruang kosong diperlukan dengan segera tanpa menyusahkan anda untuk memindahkannya di tempat-tempat lain.

Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Rak mudah alih yang bukan sahaja mudah digerakkan tetapi juga mudah dibawa kemana-mana sahaja. Kalau tidak digunakan, boleh sahaja dilipat dan simpan. Rekaan kreatif yang pastinya menepati citarasa dan kehendak anda.

Rekaan Perabot Pilihan Masa Kini
Rekaan kreatif bukan sahaja tertumpu kepada kemudahan dan praktikal tetapi ada juga yang boleh dijadikan alat pelindung diri. Sebuah meja kecil di bilik anda ini pasti berguna disaat-saat yang tidak terduga. Langkah keselamatan yang bijak disamping berguna untuk kegunaan harian. Jangan sampai digunakan untuk bergaduh suami isteri dah lah ye...

Idea Kreatif Perabot Pilihan Masa Kini

Idea rekaan kreatif perabot masa kini ini bukanlah mudah untuk anda temui. Ianya sesuatu yang eksklusif. Di kedai-kedai perabot yang besar mungkin ada. Tujuan ia dipaparkan untuk membuka anda dalam melihat rekaan perabot yang luar dari kebiasaan, unik tetapi sungguh menarik dan mengujakan untuk pilihan anda masa kini

Untuk memilih perabot yang sesuai dengan kegunaan, keselesaan, bertepatan dan sesuai dengan ruang yang anda ada adalah penting agar dekorasi ruang tamu, bilik dan dimana-mana ruang rumah anda kelihatan menarik, tidak sesak dan berserabut. Rekaan kreatif ini juga memberi anda pilihan utuk menjimatkan belanja dengan kebolehan ia bertukar bentuk dan fungsi.


Semoga anda terbuka minda dan mendapat serba sedikit informasi kerana sesuatu imaginasi itu adalah tidak mustahil untuk menjadi realiti. Inilah pilihan rekaan kreatif perabot masa kini.


Ditulis oleh :

29 comments - "Rekaan Kreatif Perabot Pilihan Masa Kini"

sitirohaida delete icon 1:05 PTG

tengah survey jenis perabut yang sesuai untuk rumah baru nanti... yang penting ianya simple dan nampak elegant... :)

yang jimat space dan ruang tu yang terbaik...

Tanpa Nama delete icon 1:09 PTG

wah...memang terbaik ni..kathy suka katil yang set dengan meja komputer tu..terbaik..

akak suka kerusi taman tu...

Kreatifnya..rekaan kerusi meja umpama robot transformer memang menarik..

Wahhh.... suka dengan semua idea kreatif ni :) betul2 menjimatkan ruang disamping kemas dan bersih

mselim3 delete icon 2:01 PTG

Assalammualaikum...BM,

menarik betul lah BM.. mana lah idea BM buat semua nie... kreatif tahap tertinggi.. pape bagus tgk entry nie baru terfikir nak buat..hehehe

mselim3

Unknown delete icon 2:20 PTG

cantik la..tp mesti mahal2 kan..huhuuhuh

Khir Khalid delete icon 2:46 PTG

Wow.. mmg menarik.. set katil tu sempoi juga. Ringkas tetapi lengkap & gambar terakhir tu mmg hebat. Dari meja kecil boleh stand by utk keselamatan, ala2 gladiator.. best... :)

Unknown delete icon 3:10 PTG

Cantik lah uncle.
Senang sikit nak berkemas kalau boleh lipat2 bagai nie

Unknown delete icon 4:10 PTG

waahhhhh set katil tu utk anak2 sy nanti.. sy nak meja trolly tu..senang nak layan mr,k bila dia tak sihat

Unknown delete icon 4:15 PTG

Kreatif sungguh diorang nie kan.. tapi reganya mesti mahal kan... :D

sangat kreatif dan cantik .. boleh buat duit macm ini

Tanpa Nama delete icon 4:51 PTG

cantik & sngat praktical lah !

paling berkenan yang set sofa boleh jd meja tu..mmg kreatif!

Wafi Remli delete icon 5:36 PTG

Nanti nak buat jugaklah design benda2 style macam ni...heheh

ANIM delete icon 6:18 PTG

banyak yang kak anim like ni..
design sangat2 menarik

Putih itu yang menawan...kreatif.

Sangat menginspirasikan. Kalau dah ada rumah sendiri nanti bolehlah jeling-jeling juga perabot baru.

Almost as good as a magic trick. perabot moden dan adalah perabot penjimatan yang terbaik di pasaran!

Mizz Aiza delete icon 10:07 PTG

cantik dan kreatif sekali rekaan itu.. paling aiza suka meja yang boleh buat senjata tu, sangat berguna..

Blog Santai delete icon 10:30 PTG

Kita suka gambar no 4 dari atas..so classy. tapi trolly tu tak nak....selalunya perabot yang bewarna putih nampak lebih luas ruang yanga ada kan...

Zawiah delete icon 10:44 PTG

ruang rumah masa kini yang agak terhad sangat sesuai dengan perabot jenis lipat - lipat nih .

Sngat kreatif..tertarik !!!

Kakak sukalah yg almari cum katil (gambar no. 2). Macam mana besar almari dia boleh sorok katil besar macam itu ye. Best! Rumah kakak kecik sesuai sgt buat macam ini. Tapi macam tak pernah jumpalah... kalau yg ada tu katil bujang sorok bawah macam ini adalah..

Cantik-cantiklah kakak suka tengok:)

Pha Is delete icon 1:52 PG

suka dengan design perabot yg save ruang macam ni..

OKje delete icon 11:58 PTG

Nak buat macamana......mata hanya mampu memandang ....tak de kudrat nk membeli.....buat apatah lagi

Aimacomel delete icon 11:22 PTG

Fuiyooo, cantik nya idea2 ni. serius lawa

Unknown delete icon 10:16 PTG

ada jual ke perabot macam ni

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap