Cinta... Tidak mesti bersatu. |
CINTA...satu perkataan yang penuh makna yang abstrak. Satu pertalian dalaman yang amat sukar dijelaskan. Cinta... ikatan kasih sayang yang universal.
Namun cinta antara dua jiwa yang berlawanan paling sukar dimengertikan. Cinta itu manis namun ada pahitnya. Kisah cinta yang agung sekali pun belum tentu berakhir dengan kebahagiaan.
Namun cinta antara dua jiwa yang berlawanan paling sukar dimengertikan. Cinta itu manis namun ada pahitnya. Kisah cinta yang agung sekali pun belum tentu berakhir dengan kebahagiaan.
Pasti setiap orang mahukan penamat kisah cinta yang bahagia. Tapi tidak semua orang dapat mengecapinya. Ya... cinta tidak mesti bersatu kerana itulah ketentuan Ilahi. Jodoh itu milik Allah swt.
Inilah yang ingin disampaikan oleh dua orang blogger hebat yang membicarakan perihal cinta antara teruna dan dara yang sedikit berbeza namun kesimpulannya serupa... Cinta tidak mesti bersatu.
Cinta Bukan Untuk Derita
Orang kata, kalau bercinta jangan sepenuh hati, andai terluka tidaklah terlalu parah siksanya. Namun hati dan perasaan sukar dikawal. Semasa bercinta segalanya manis dan indah belaka. Seluruh jiwa tidak mampu membendung perasaan sayang, segalanya di curahkan. Namun langit tidak selalunya cerah...
Hati manusia ini tidak semuanya sama. Ada yang rapuh dan mungkin mudah beralih arah. Setelah anda berikan segala kasih sayang, tiba-tiba anda melihat orang yang anda fikir adalah jodoh yang Allah swt tetapkan untuk anda sedang bercengkarama dengan orang lain?
Jangan sampai hilang pertimbangan |
Marah, geram, hati berderai, mungkin juga jika ada pisau ditangan ketika itu, sudah pasti anda menikamnya bertubi - tubi sehingga kepuasan itu berada ditahap maksima kan!
Inilah yang cuba dihindarkan dari berlaku, Membuat tindakan yang tidak wajar dan diluar kewarasan.
Jika sesiapa yang mengalami situasi sebegini, Anda perlu tahu apakah yang perlu anda lakukan. Inilah yang dikongsikan oleh Vee Sandi empunya Blog Thought Without Border melalui Entri "Kenapa Perlu Derita" melalui penyertaan beliau dalam Entri Pilihan Terbaik dari segmen Komen Entri.
Beliau memberi langkah-langkah sewajarnya dilakukan bagi insan yang kecewa ini. Langkah-langkah yang dapat mengembalikan semula keyakinan diri. Menukar negatif kepada positif agar anda kembali bersemangat dan menerima segala kenyataan dan redha bahawa hidup ini perlu diteruskan. Ambil serius perkara ini kerana sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu akan azabnya...
Dia Bukan Milik Mu
Putus cinta bukan bermakna berakhir segala-galanya. Percaya dan yakin akan qada dan qadar kerana setiap ketentuan Ilahi itu pasti ada hikmahnya dan ianya adalah yang terbaik buat kita.
Bak entri dari Acik, pemilik Blog Aku Penghibur. Bukan sebarangan blog, Pemenang Best Lifestyle Blog MSMW 2014 ini cukup sinonim dengan entri nasihat dan panduan hidup... Membicarakan pula tentang kisah cinta jarak jauh yang akhirnya terus jauh. Bukan jarak sebagai pemisah tetapi kerana mengikut pilihan ibu bapa menjadi penamat kisah cinta ini.
Bak entri dari Acik, pemilik Blog Aku Penghibur. Bukan sebarangan blog, Pemenang Best Lifestyle Blog MSMW 2014 ini cukup sinonim dengan entri nasihat dan panduan hidup... Membicarakan pula tentang kisah cinta jarak jauh yang akhirnya terus jauh. Bukan jarak sebagai pemisah tetapi kerana mengikut pilihan ibu bapa menjadi penamat kisah cinta ini.
Namun kisah disini menjurus kepada penerimaan akan ketentuan Ilahi. Acik memilih untuk kita semua melihat bahawa setiap ketentuan itu ada hikmahnya. Menerima dengan redha malah hati kan semakin lega dan ikhlas dalam menerima penamat akan kisah cinta ini.
Mungkin cara Acik boleh dijadikan panduan terbaik. Satu cara yang sangat berkesan untuk memujuk hati dan emosi iaitu dengan berserah kepada yang Maha Pencipta. Ya...dengan melakukan Solat Istikarah, kita akan diberi petunjuk.
Petunjuk yang dapat menyakinkan kita akan kebesaran dan keagungan yang Maha Esa. Kita akan terasa dekat denganNya dan pasrah dengan ketentuanNya kerana 'Dia bukan milik mu' dan itulah sebenarnya yang terbaik buat anda dan dia. Cinta tetap cinta, namun cinta tidak mesti bersatu...
Petunjuk yang dapat menyakinkan kita akan kebesaran dan keagungan yang Maha Esa. Kita akan terasa dekat denganNya dan pasrah dengan ketentuanNya kerana 'Dia bukan milik mu' dan itulah sebenarnya yang terbaik buat anda dan dia. Cinta tetap cinta, namun cinta tidak mesti bersatu...
Ikuti kisah selengkapnya melalui Entri Pilihan Terbaik penyertaan Acik dalam segmen Komen Entri di sini : Solat Istikarahku Terjawab Bahawa Dia Bukan Jodohku. Anda akan lebih menghayati dan mengagumi itulah erti sebenar akan jodoh pertemuan dan perpisahan yang berpandukan batas-batas dan norma sebagai seorang muslim dan muslimah sejati.
Dua kisah percintaan yang punya sedikit kesamaan. Jalan cerita sedikit berbeza tetapi penamat yang sama. Itulah suratan kisah cinta antara teruna dan dara. Cinta tidak mesti bersatu.
p/s: Terima kasih Vee Sandi dan Acik diatas entri penyertaan anda. Macammana?...boleh ke terima cara saya mengulas tentang kisah cinta... :)
Author by Bin Muhammad
32 comments - "Cinta Tidak Mesti Bersatu"
kedua blog yang suka singgah selain blog BM..untungnya mereka di review entri...tahniah..
Untung mereka kerana mereka menghantar penyertaan...Peluang telah dibuka tapi Kathy tak nak sertainya. Lain kali jgn terlepas ye.
Alhamdulilah..Sangat seronok ulasan yang terbaik! !terima kasih BM.. Sangat acik hargai
mereka memang layak utk direview kerana entri mereka yg padat,bernas...juga ulasan BM yg bersahaja namun memberi kesan mendalam utk mereka yg bermasalah /kecundang dalam percintaan..
perkongsian yang menarik....
sebenarnya tak tahu nak komen apa dah :D
Cinta sesama manusia hanya sementara. Cinta padaNYA yg kekal abadi. Good entry ☺
Cinta & hakikat seringkali tak dpt bersatu... kedua2 blog ini mmg terbaik.. menarik.
t kasih atas perkongsian BM.. :)
Benar...cinta sesama manusia itu sementara tetapi tanpa cinta sesama manusia kita takkan hidup bahagia dan dapat menikmati matlamat sebenar kehidupan kita didunia ini...kerana cinta sementara inilah yang akan membawa kita kepada cinta yang abadi iaitu yang Maha Pencipta, Allah SWT.
Maka, cinta kita sesama manusia terutama pada Rasul, Ibu bapa, pasangan, anak2, keluarga, sahabat, guru2 dan sesama umat itu bukan sekadar cinta sementara tetapi cinta yang perlu buat kita...
Terima kasih Fiza memberi idea untuk saya memanjangkan komen anda...
Entry yang menarik daripada mereka..terima kasih BM..
Terima kasih BM kerana sudi memilih entry saya . Saya hanya menulis berdasarkan pengalaman .
Assalammualaikum...BM,
ulasan yang bagus utk entry kekawan yang direview.. pape mselim3 suka entry nie...
mselim3
wow, menarik ulasan kali ni
saya suka =)
ne terbaik dari blogger hebat ... tahniahlah !
Terbaik BM
Berbalik kepada fitrah kehidupan BM. Setiap manusia Allah kurniakan perasaan untuk dicintai dan mencintai. Namun tidak semua yg kita cintai dpt bersatu. Usah kata pasangan anak muda tapi ibu dan anak juga. Demi mengejar cita-cita anak-anak terpaksa berjauhan dgn mama/papa. Perit sebenarnya menanggung rindu. Tapi pada daya demi sebuah cinta...
Begitulah pasangan muda yg kecundang, pasti Allah akan beri cinta yg terbaik lebih sesuai utknya. Mudah kata sekufu.
bukan tak nak join,cuma merasakan entri kathy tiada yang hebat untuk di review oleh BM..macam buat entri mengarut je kathy ni..tu yang segan..hehehe..
kathy dah ikut kata BM,kathy selongkar entri lama.dan ada terjumpa entri yang boleh di cuba untuk di calonkan dalam segmen review entri oleh BM.sayangnya dah terlepas pula,harap tak lama lagi BM akan buat semula segmen ni.terima kasih banyak BM sebab beri idea pada kathy.. :)
Apa apa aje......hehe...kalau dah keluar perkataan tu, tu kira dah tahap malas nak membaca ni....hehe ..
Seramlah weyh tengok kucing tu...takut jatuh!
Memang terbaik ulasan bro BM kita nie :)
Cinta tak semestinya bersatu. Wah, macam tagline siri komik 'Liza' dalam majalah Gila-Gila dulu-dulu la pulak. Hehe
cinta tak semestinya bersatu n cinta abadi hanya kepada yg satu...tahniah kpd blog hebat yg direview BM.
masih lagi dalam mode review untuk segmen sebelukm ni nampaknya.. hehe
cinta, susah nk diterangkan. bak petikan sebuah syair arab:
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
Assalamualaikum BM,..baca entri ni, teringat kat awek dulu2...hehehe
Tahniah.....
cerita cinta tidak semua dimulai dengan suka dan gembira...ada yang bermula dengan rasa benci yang mendalam...jadi ingat jangan benci kat orang nanti lama-lama jatuh cinta...hehehe...
p/s:lama betul tidak berblog,banyak yang saya tertinggal dengan blog BM...
Setuju dengan tajuk entry ni BM.."cinta tak semestinya bersatu". Kena redha jika itu yang dah direncanakan..Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita..
Manusia perlukan cinta. Cinta pula memerlukan kejujuran. Betullah kata admin, cinta ni ada pasang surutnya. Pandai2xlah kita mengawal cinta dengan baik agar tidak hancur cinta yang dibina.
bagus sekali ulasannya, cinta banyak erti dan makna..buat orang buta pun ye..
bagus sekali entrynya..Ya, cinta adalah kesefahaman...
Sesekali Pha Is bermadah pujangga, pasti cair si anak dara yang membacanya.
Tahniah BM kerana berjaya menyerlahkan kekuatan sesebuah blog melalui penganjuran segmen seumpama ini. Jarang blogger menganjurkan segmen seperti ini. Selalunya... (faham-faham sajalah).
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”