Kata-kata Ustaz :
Berbeza bawa bahagia
Berbeza bawa bahagia
"Buat SUAMI, kalau ISTERI lari dari rumah. Paling jauh pon dalam bilik jer dia menyorok. Bukan mengada², tapi minta SUAMI datang dekat dia...pujuk. Orang perempuan ni kan suka dibelai manja dan dipujuk mesra...tak gittew." 
"Pesanan buat SUAMI, kalau isteri bercerita tentang masalah, silalah menyampuk... bagi pandangan. Sebab ISTERI akan rasa seronok."
"Buat ISTERI, kalau SUAMI panggil 'oooiiii', itu tandanya mesra. Bagi kita kasar, tapi bagi mereka gurau senda. Jangan sentap plak yerp." 
"Pesanan buat ISTERI. Kalau SUAMI bercerita tentang masalah yang sedang dihadapi, si ISTERI tolonglah jangan menyampuk. Tugas kita hanya mendengar. Kalau kita menyampuk, bukan selesai masalah tapi menambah masalah."

Fiza Rahman - http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/
Fiza Rahman - Pemilik Blog SuperMom With SuperKID yang bersuamikan Superman... (hehe...jangan marah ye...brader atas moto tu...) yang menghantar ENTRI INI sebagai Entri Pilihan Terbaik untuk Segmen Komen Entri.

Berbeza tetap bahagia
Entri ringkas tapi cukup ramai yang memberi komen...sudah jelas membuktikan entri ini cukup baik dan disukai ramai.

Perkongsian kata-kata seorang Ustaz dalam Radio Ikim menjadi artikel ini sungguh bermakna buat panduan kehidupan dan kebahagian suami isteri. Perbezaan bukan bawa masalah tapi kerana berbezalah bawa bahagia.

Lihatlah apa kata-kata Fiza : 
"Nampak tak pointnya di situ? Kita ni berbeza dengan pasangan. Sebab tu kena saling lengkap melengkapi, SUAMI kena faham ISTERI dan ISTERI kena faham SUAMI. Perbezaan tu bukan halangan untuk BAHAGIA kan. SUAMI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri atau ISTERI tak boleh bahagiakan diri dia sendiri. Itu get lost namanya... kata ustaz. Maknanya...kita kena saling membahagiakan antara satu sama lain."
Berbeza tetap bahagiaBerbeza tetap bahagia
Berbeza tetap bahagia

Kita lihat pula beberapa kata-kata dari rakan-rakan :
"Perbezaan itulah nikmat yg Allah kurniakan agar kehidupan kita semua lebih melengkapi antara satu dgn yg lain.. begitu jugalah dlm hubungan rumahtangga & kekeluargaan.. klu semua minat sama, semua taste sama je pun tak best juga.. pss.. macholah abg atas moto tu hehee.. nice sharing.. :)" ~ Khir Khalid 
"kena saling memahami baru rumahtangga bahagia..lucu pula bila dgr isteri merajuk lari masuk bilik jer.." ~ Ema Johari 
"Kehidupan suami isteri ni, ada masa bila dekat gaduh, bila dah jauh, tau pulak masing-masing rindu. Hehe" ~ Sylarius Yusof 
"Kadang2 tu memang sentap jugak fiza... biasa lah orang pompan ni kan bab gediknya, mengade2 nya dan manja nya..melebihi dari budak2... Sikit2 sentap, sikit2 emo, sikit2 terasa...jauh hati, iri hati macam2 lah dengan suami ni... tapi ada yang suami tu memang faham...tapi jenis buat2 tak faham tu yang lagi menyentapnya...Lepas baca info ni...harap2 para SUAMI dan ISTERI diluar sana faham2 lah yer...ambillah peranan masing2 sebaik mungkin. Good info Fiza" ~ Bunda a.k.a KN 
"yang pompuan pun kadang2 jangan mudah tersinggung dan senang sangat emo.tu yang selalunya pening melayan. tapi apa yang dikongsi di sini, harap2 dapat membantu masa dah berumah tangga nanti. :) " ~ Clive Einstein 
"perbezaan sikap manusia sendiri membuat hidup seindah sang suria pagi. :) semoga berkekalan hingga hujung nyawa. Insya-Allah." ~ Khairil Mazri
Berbeza tetap bahagiaBerbeza tetap bahagia
Berbeza tetap bahagia

Nak tahu apa pula kata-kata saya : 
"Anda kenalah ke Entri tersebut, hehe... klik jer tajuk ini dan cari yer : Kebahagian Dalam Perbezaan"


p/s: Terima kasih Fiza...Ini merupakan Entri pilihan terbaik anda yg ke 4 untuk Segmen Komen Entri
Author by Bin Muhammad

24 comments - "Kata Ustaz - Berbeza Bawa Bahagia"

Dalam satu-satu perhubungan sama ada persahabatan atau pasangan suami isteri, memang kena ada sikap saling melengkapi.Ada masa perbezaan itu menyakitkan dan persamaan itu membosankan, apapun, untuk bertahan dalam perhubungan, harus kecilkan perbezaan yang keterlaluan dan lebih banyak melihat-lihat kebaikan atau kelebihan berbanding keburukan dan kekurangan..:)

Pha Is delete icon 2:16 PG

yg penting kena saling paham memahami... walaupun berbeza, kena faham perbezaan tu, tak boleh nk buat kepala sendiri je.. hehehe..
-kata2 dari seorang yg bujang.. hehehe

menerima dan reda segala kekurangan pasangan...bersyukur andai pasangan dikurniakan kelebihan...

ain diyana delete icon 10:03 PG

oooooo... baru tau.... nnti dh ada suami nnti insyaAllah akan dipraktikkan.. hehe

ooo..akak ni ketinggalan keretapi..tapi banyak entri akak sebelum ni menceritakan hubungan dan komunikasi suami isteri

yangbaik delete icon 10:52 PG

usik mengusik bawa bahagia dan lagi... kalo sama saja... tak ada cabaran :P

paridah delete icon 10:53 PG

betullah suara hati fiza tu...setuju sangat...maklum wanita ni spesis tulang rusuk yg bengkok...hendak meluruskannya perlu lemah lembut bak kaca handle with care...heh..heh..

memang benar hidup suami isteri kena saling faham memahami..yang penting kita mesti terima segala kekurangan dan kelebihan pasangan kita..

Bertolak ansur dan saling menerima apa adanye

yana yani delete icon 11:27 PG

betullah tu kan BM, seba tu setiap pasangan suami isteri
lengkap melengkapi, yang ni kurang hak ni
yang pandai hak ni, camtulah kan =)
yang penting kena terima kelebihan dan kekurangan spouse kita seadanya =)

Khir Khalid delete icon 12:15 PTG

Hehee.. mmg suka dgn entri2 super mom tu.. perbezaan yg buat dunia ni indah. Klu straight je, takde gaduh2... eh, takde brainstorming, takde perbezaan pendapat pun tak best juga kan... yg penting, semua tu dpt membawa ke arah yg baik.. subhanallah...

Assalam,

lepas baca entri ini dan entri Kebahgiaan Dalam Perbezaan dari SuperMom kita...harap2 para SUAMI/ISTERI dan yang bakal2 menjadi SUAMI/ISTERI tu ambil lah sebagai panduan ya...

Fiza Rahman delete icon 3:12 PTG

Thanks BM. Tak sangka terpilih ☺

Perbezaan antara satu sama lain tu lah yang buatkan kehidupan suami isteri ini saling lengkap-melengkapi, kan.

Yumida Huda delete icon 6:19 PTG

suka sgt ayat tu. mmg ada kebenarannya. part mengada n manja tu x tahan. hihi. tp kena buat 2x dlm sebulan. ni mmg ada dlm jadual. sbg pengikat kasih syg. tp x elok dibuat setiap hari, nanti suami jd jemu n loya. romantisnya bila dah berumah tangga, pelbagai rasa ada. super feeling!

Hanya orang yang sudah erasai alam rumah tangga sahaja dapat meluahkannya secara jujur bersandarkan pengalaman. Saya masih kosong. Jika bercakap pasal teori sahaja belum cukup ampuh mengia dan menidakkannya.

Zawiah delete icon 6:32 PTG

perbezaan itu menjadikan kita mempelajari ilmu baru . Ia tetap menarik walaupun kita mungkin kurang suka . tapi ianya jadikan pasangan itu saling melengkapi .

itu dia.....perbezaan mencorak warna pelangi hidup kita...

Bahrain delete icon 11:33 PTG

Saya pun belum kahwin lagi, jadi tak tahu nak cakap macam mana. Lebih kurang juga macam adab berkawan, nak kekal berpanjangan dalam berkawan jujur tu yang penting, ikhlas, sentiasa support dan sebagainya.

betul..kerana perbezaan dan kekurangan masing2lah kita akan melengkapi satu sama lain..

wahhh tahniah fiza :)

Thanks babe ☺

hehehe antara N3 terbaik fiza yer !

hainom OKje delete icon 3:00 PTG

Ye betul tu...ada dengar Ustaz tu ceramah kat Radio... Mmg best...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap