Catuan Bekalan Air |
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Terkini...Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mengeluarkan secara rasmi Notis dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat (4) yang akan berkuatkuasa 4 April sehingga 30 April 2014
Pelan Jadual Catuan Air Peringkat Pertama (1) dan Ketiga (3) juga dilanjutkan sehingga 30 April 2014. Sila lakukan persiapan yang sewajarnya. Semak juga kawasan anda kerana Pelan Catuan Air Peringkat ke 4 ini juga merupakan tambahan kawasan dari Pelan Catuan Air Peringkat Pertama dan Ke 3
Berikut adalah Notis Dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat ke 4 dan Lanjutan Tempoh Catuan Peringkat Pertama & Ke 3 yang dikeluarkan oleh pihak SYABAS. Kawasan & Zon Terlibat juga boleh anda dilihat dibawah ini :
NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
6. Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan sila hubungi Puspel
sumber rujukan maklumat : http://www.syabas.com.my/
* Status Terkini! 30 April 2014. SPAN mengesahkan akan menarik balik (TAMAT) semua Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat untuk Negeri Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya. Mulai 1 Mei 2014.Sila Rujuk Status Terkini Dari SPAN di SINISila Rujuk Status Terkini Dari Kerajaan Negeri Selangor di SINI
Berikut adalah Notis Dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat ke 4 dan Lanjutan Tempoh Catuan Peringkat Pertama & Ke 3 yang dikeluarkan oleh pihak SYABAS. Kawasan & Zon Terlibat juga boleh anda dilihat dibawah ini :
NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Adalah dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates, pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air terawat yang disebabkan oleh keputusan ini.
Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014. Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.
Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat.
Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2).
Kawasan tambahan yang telibat di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat dibahagikan kepada Zon 3 dan 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut.
Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 di dalam Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari 2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu. Bagi mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis tersebut di laman web SYABAS (www.syabas.com.my).
Untuk makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan SYABAS.

1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA, KETIGA DAN KEEMPAT
- Bermula pada 27 Februari (Khamis) hingga 30 April 2014 atau satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
2. KAWASAN TERLIBAT
- Peringkat Pertama (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 25 Februari 2014
- Peringkat Ketiga (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 7 Mac 2014 dan kawasan tambahan seperti di dalam JADUAL 16, 17, 18 dan 19
- Peringkat Empat (Zon 3 dan 4) – seperti tersenarai di dalam JADUAL 1 hingga 15
3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR
- Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.
- Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
- Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
- Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.
Jadual Agihan Air Mengikut Tarikh Dan Zon
KAWASAN CATUAN PERINGKAT KETIGA (ZON 1 DAN 2)
Sila ke Link berikut : Jadual Catuan Air Peringkat Ke 3
Berikut adalah Kawasan & Zon yang terlibat :
KAWASAN CATUAN PERINGKAT KEEMPAT
KAWASAN BARU (ZON 3 DAN 4)
KAWASAN CATUAN PERINGKAT KEEMPAT
KAWASAN BARU (ZON 3 DAN 4)
(klik imej untuk paparan lebih jelas)
1. Gombak
2. Kuala Lumpur
3. Kuala Selangor
4. Petaling & Sepang
5. Hulu Langat
6. Klang, Shah Alam, Kuala Langat & USJ
Anda juga boleh semak (print) zon dan kawasan anda melalui Link berikut :
syabas.com.my3 (pdf file) - Peringkat ke 3
syabas.com.my4 (pdf file) - Peringkat ke 4
jika bermasalah loading, sila ke link :
4. POLISI CATUAN BEKALAN AIR
- Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta) dan rumah kebajikan
- Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada dikawasan tinggi atau dihujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan ditempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan
- Kawasan dan pengguna yang tidak dikenakan catuan bekalan air:-
o Pusat pentdabiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan pusat pentadbiran
Kerajaan Negeri Selangor & Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
o Lapangan terbang antarabangsa KLIA dan Subang
o Pelabuhan Kelang (PKFZ)
o Zon Perdangan Bebas (FTZ)
o Hospital Kerajaan dan Swasta
o Pusat Dailisis
5. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA
- Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan menyiram tanaman hiasan
- Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi.
- Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti PUSPEL.
- Talian bebas tol : 1-800-88-5252
- SMS : 39222
- website : puspel@syabas.com.my
Jadual Catuan Peringkat ke 4 ini adalah tambahan kawasan dari Pelan Catuan Pertama & Ke 3. Kesemua Pelan ini dijangkakan berakhir pada 30 April 2014.
Semoga maklumat ini dapat membantu mereka yang terlibat melakukan persiapan yang sewajarnya agar tidak berlaku sebarang masalah apabila dilaksanakan kelak. Informasi ini dikeluarkan oleh pihak SYABAS melalui http://www.syabas.com.my/ Sebarang ralat haruslah dirujuk terus kepada pihak SYABAS.

Keadaan terkini Empangan Sungai Selangor yang kritikal |
Terima kasih...dan bersamalah kita berdoa,
“Kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, Ya Allah sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka hantarkanlah kepada kami hujan lebat yang mencurah-curah.”
Sheikh Saud ibn Ibrahim ibn Muhammad al-Shuraim hafidzahullah. Khutbah Istisqa' 18 Februari 2013, Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah.
sumber rujukan maklumat : http://www.syabas.com.my/
Author by Bin Muhammad
34 comments - "Notis & Jadual Catuan Air Peringkat Ke Empat (4) di Selangor & KL"
Assalamualaikum BM.. kawasan perumahan sheila ok takda masalah. tapi kat office ni haa. payah juga nak kena menahan daripada membuang....
Kat kawasan saya masih lagi ok dan tiada gangguan bekalan. Kasihan bagi penduduk yang terlibat terutamanya bagi pengantin baru. Nak mandi wajib pepagi pun seksa waktu catuan air ni.
Ujan 2-3 hari ni pun masih belum dpt memenuhkan empangan.. Terimalah segala ujian ni dgn sabar.
Terima kasih BM. Saya rujuk sini tentang jadual catuan air. Memang masalah kritikal dah ni... moga doa kita dimakbulkan Allah. Amiin.....
berapa lama nak dicatu nie??
Kawasan saya mmg bermasalah.. tp hari ni ada air.. alhamdulillah.. Harap2 selesailah segera permasalahan ni... aamiin..
moga doa kita semua mohon hujan turun dan menggurangkan masalah air dimakbulkan oleh Allah swt .
Terima kasih, BM... tmpt nrl pun kena jugak... Krisis air ni masih lagi x selesai... Sama2 kita berdoa semoga krisis air ni cepat selesai... ^__^
Sama² lah kita berdoa supaya air empangan kembali normal. Catu air peringkat 4 ni Bangi termasuk dalam senarai...huhuhu...
anak akak kt MSU tu katanya tak terlibat...
alhamdulilah hari ini hujan di shah alam.. terima kasih maklumatnya
smoga segalanya kembali pulih seperti sediakala.. amiin.
semoga krisis air ini akan segera pulih.. takde air memang seksa.. syukur kawasan aiza belum lagi terlibat dengan catuan ini..
Nampaknya, catuan masih belum berkesudahan. Semoga air kembali pulih seperti sedia kala.
sure..entry ni mencanak naik pageviewsnya..
walaupun tak kene tempat bunda...bunda tetap simpan air..
kasihan kepada mereka yang terkena catuan air..
Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO
Aduh...Putrajaya pun kena jugak..huhu..muhasabah diri.. Terima kasih atas informasi ni
Semoga masalah ini selesai segera..
Bersabar la dalam menempuhi ujian ini...
Alhamdulillah, tempat saya masih ok.
seksa bila xde air ni kan...
menabung sini..
Biasa la tu. Sumber air dah kurang sbb byk hutan musnah kena tebang buat kawasan perumahan, pertanian & industri. Kalu hutan dah tak ada, macamana sungai nak dpt sumber air. Pah tu kita pulak suka sangat cemarkan sungai. Kan dah cakap, apa saja yang berlaku adalah disebabkan 'oleh tangan-tangan" kita jugak. Sama la jugak dengan jerebu. Seingat aku, jerebu ni berlaku dalam tempoh kurang 10 tahun belakangan ni sja. Dulu tak ada pun masalah jerebu.
Masa wak kecik dulu, wak boleh terjun berenang kat sungai langat di bandar baru bangi. Air sungai waktu tu jernih. Kalau wak pergi ngail, udang galah besar lengan, ikan haruan besar betis. Tepi sungai langat banyak pokok rambutan ngan durian.
Sekarang ni....sedeh wak tengok sungai langat. warna macam teh tarik. macam2 ada dalam sungai yang cetek tu. Batu, plastik, bangkai dan macam2. kalau terjun dalam sungai, benjol kepala wak agaknya. Wak tengok budak2 yang ngail kat situ dapat ikan bandaraya...
macamana la air nak cukup!!
bahagian pangsapuri sri kemuning sangat teruk, 4 hari tiada air, 8- 20 jam sahaja ada air...catuan apakah ini?
First time sy rasa tak de air sejak ddk selangor 5thn ni..
First time sy rasa tak de air sejak ddk selangor 5thn ni..
kesiannya mereka yang duduk kat flat2 ni kan...nak mengangkut air...kalu tak jem lif takper lah..walaupun ada lif jenuh jugak kan nak naik turun 3 4 kali ngangkut air..
kawasan akak masih bercatu air 2 hari sekali...:P
syabas selalu sja ada masalah..elektrik xda pula..ni kes politik ni..menyusahkan org sja tau..umah sy lg la kwsn bukit sehari sekali ada air...org syabas enth wat kje or x la...menyusahkan org sja tau,,,bodoh
sepatutnya zon 4 dah ada air hari ni......kenapa sampai skrg jam 12.00tgh masih tak dapat air...selalunya jam 9pg-10pg dah dpr air.syabas komen pls....KOTA DAMANSARA SEK 6.
rumah usj 16 flat sri tanjung mmg betul2 catu lah air. ..sepatutnya air catu dua hari,ada air dua hari tapi masa ada air pun x ada air jg sb katanya kena penuhkan 24 tangki...kami yg duk atas selalu nganga x ada air....sb bekalan air smpi kat aras bawah sahaja.....kalau macam ni tekanan sb kami kebanyakkannya bekerja...mana sempat kami nak angkut air dari bawah keatas...bila buat aduan katanya tekanan air tidak kuat...aduh boleh tekanan mental macam ni jika berterusan.
sengal pulak bagi mereka yang duduk di puncak alam lapan orang satu rumah kocik ni... tangki tak nak pulak kecik... "student" la katakan... sewa macam orang berfamily... 800 (lebih dari yang berfamily)(rumah sewa mak aku pun murah 500 jer[2 tingkat jugak - tangki pun besar].... ish payah2
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”