Wordless Weekend #4

Jangan sesekali kita mengeluh kerana Allah SWT sentiasa bersama kita. Bersyukurlah dalam apa jua situasi kerana itu adalah yang terbaik buat kita dan pasti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Allah swt itu maha pengasih lagi penyayang... Allah swt akan sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa kepadaNya.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ketika kita mengeluh, "Apa yang aku lakukan, segalanya sia-sia" Allah jawab, "Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar sebiji zarah sekalipun nescaya ia akan mendapat balasannya" (99:7)
سبحان الله   Subhanallah

Ketika kita mengeluh, "Aku penat sangat" Allah swt menjawab, "Tidakkah Kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat" (78:9)
الحمد لله   Alhamdulillah

 Ketika kita mengeluh, "Tiada siapa pun mahu menolong aku" Allah swt jawab, "Berdoalah (mintalah) kepada Aku, nescaya Aku kabulkan untukmu" (40:60)
ﻭﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ   WaLaailahailallah

Ketika kita mengeluh, "Aduh! Serabutnya!" Allah menjawab, "Hanya dengan mengingatiKu, hati akan menjadi tenang" (13:28)
ﺍﷲ ﺃﻛﺒﺮ   Allahuakbar

Ketika kita mengeluh, "Aku sedih sangat" Allah swt jawab, "Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kamu" (9:40)
ﻻﺣﻭﻻ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﷲ   La haulawala quwwata illa billah

Ketika kita mengeluh, "Sungguh berat dugaan ini. Tak tertanggung rasanya" Allah jawab, "Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan keupayaannya" (2:286)
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullahal'adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih 


Author by Bin Muhammad

18 comments - "Jangan Mengeluh... Allah SWT Bersama Kamu.."

hafizmd delete icon 9:28 PTG

Alhamdulillah. terima kasih bro. terbaik perkongsian ni

Alhamdulillah ... Jangan kita asyik nak mengeluh ..
Sesungguhnya apa yg Allah bagi untuk kita adalah yg Terbaik untuk kita ..
Jadi jgn suka sangat mengeluh ..sebaiknya kalau susah usahakan untuk jd lebih baik bukan terus mengeluh dan mengeluh,...

Unknown delete icon 10:10 PTG

Tidak dinafikan keluhan memang sentiasa menjadi teman kita.
Sedar tak sedar keluhan itu umpama kita menindak takdir ilahi
Jesteru kita mengambil langkah mudah dengan cara menggalah dengan apa yang berlaku.
Entri uncle memang memberi kesedaran untuk cik akak
Terima kasiatas perkongsian yang menarik

Zawiah delete icon 10:11 PTG

saya masih draft lagi entry ni ... tak perlu mengeluh sbb ianya ujian .

Kadang-kadang terlepas juga. Jadi, hendaklah sentiasa muhasabah diri kembali.

Tanpa Nama delete icon 10:58 PTG

hmm...kata orang mengeluh itu tanda berputus asa..namun tanpa sedar ada juga di lakukan...bak kata helmi,kena muhasabah diri semula..

Wafa cw delete icon 11:41 PTG

betul sangat-sangat... bila ingat kat Dia... terasa yang lain semua tak seberapa jer... bukan penting sangat mana pon hahahahhaa :D

Peringatan yg baik buat setiap insan.. t kasih atas perkongsian BM..

satu perkongsian yang sangat-sangat baik.. :)

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa

Manusia sering terlupa kpd Allah yang menciptanya. Sering terlupa ujian itu juga tanda Allah sayangkan hambanya... Terima kasih BM... teruskan menenangkan hati rakan2 melalui entri2 yang sering menenangkan minda saya ^__^

Unknown delete icon 10:21 PG

alhamdulillah.. thank u Allah kerana setia menemani hamba yg hina ini

Fiza Rahman delete icon 11:40 PG

Mekasih atas perkongsian BM. Muhasabah diri jap. Kekadang ada gak mengeluh tanpa sedar.

Unknown delete icon 5:21 PTG

Subhanallah...

jangan mengeluh, banyakkan bersabar dan bersyukur..thanks BM..

Yana Yani delete icon 11:05 PG

terima kaish untuk peringatan ni BM
saya copy gambar ye =)
suka gambar-gambar dekat sini =)

Blog Santai delete icon 11:52 PTG

Ada juga masa mengeluh BM. Kena muhasabah dirikan..Nway.cantik gambar-gambar tu...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap