Kenali Jenis-Jenis Air Untuk Bersuci
Air Bersih Dan Suci
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam krisis air yang berlaku sekarang ini, air bersih sungguh berharga. Kegunan air untuk sumber minuman, membersih dan bersuci begitu terhad. 

Oleh itu sebagai umat islam, adalah satu kewajiban untuk kita mengenali dan mengetahui sejelas-jelasnya jenis-jenis air mengikut hukum Islam kerana ibadat kita tidak akan sah andai air yang digunakan untuk bersuci bukan dari jenis air yang sepatutnya.

Mari kita ulangkaji dan kenali dan fahami jenis-jenis air dan sifat-sifatnya:

Air Mutlak

Menurut Syeikh Abu Abdullah Hussin Nasir Bin Muhammad Taib dalam kitabnya Hidayatul As-Subyan mengatakan bahawa :

“Tiada sah mengangkat hadas dan menghilangkan najis melainkan dengan air yang mutlak iaitu tiap-tiap air yang suci daripada qaid yang lazim seperti tebu, gula, sabun dan umpamanya, dan iaitu tiap-tiap air yang turun daripada langit seperti hujan dan embun atau air yang keluar daripada bumi seperti air laut, air sungai dan air telaga. Maka sekelian itu suci dirinya dan suci bagi yang lainnya atas barang apa sifat adanya.”

Secara ringkasnya maksud air mutlak ialah air yang suci pada dirinya dan dapat menyucikan yang lain. Air mutlak adalah air yang belum bercampur dengan najis, air takungan yang lebih dari dua kolah dan air yang tidak digunakan lagi dan tidak bercampur dengan zat-zat yang lain. Jenis-jenis air yang terdapat dalam bahagian air mutlak ialah air sungai, air perigi, air hujan, air embun, air laut, air salji, air mata air dan air paip.
  • Sukatan dua kolah : Panjang = 60 cm (22.5 inci). Lebar = 60 cm (22.5 inci). Dalam = 62.5 cm (25 inci).
  • Ukuran timbangan atau sukatan : Liter = 174 liter. Kilogram = 190 kilogram. Kati = 317 kati. Tin minyak tanah = 11 tin
Kenali Jenis-Jenis Air Untuk BersuciKenali Jenis-Jenis Air Untuk BersuciKenali Jenis-Jenis Air Untuk Bersuci

Air Mustakmal

Menurut Ibnu Akhil di dalam kitabnya yang berjudul Zadul Al-Mutaalim mengatakan bahawa :

“Air mustakmal adalah air yang kurang daripada dua kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah digunakan pada wuduk dan mandi atau air yang telah digunakan pada menghilangkan najis.”

Secara ringkasnya air mustakmal ialah air yang telah digunakan, seperti air bekas mandi, air bekas wuduk, air bekas basuhan dan seumpamanya. Air mustakmal tidak sah dan tidak suci digunakan untuk menyucikan yang lain.

Kenali Jenis-Jenis Air Untuk Bersuci

Air Mutanajis

Air mutanajis ialah air yang bercampur dengan najis. Ada beberapa ketetapan mengenai air mutanajis iaitu :
  • Air yang mengandungi najis kurang dari dua kolah, sekalipun air itu tidak berubah warna, bau dan rasa. Maka hukum air itu adalah mutanajis dan tidak sah untuk bersuci.
  • Bila air melebihi dua kolah, tetapi air tersebut berubah warna, bau dan rasa disebabkan najis. Maka air itu dinamakan air mutanajis dan tidak sah digunakan untuk bersuci.
  • Air dicampuri barang yang tidak najis, tetapi mempunyai warna, bau dan rasa pada air tersebut, maka air itu tidak sah digunakan untuk bersuci.
Kenali Jenis-Jenis Air Untuk Bersuci

Air Musyammas

Menurut Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani di dalam kitabnya Matla Al-Badrain mengatakan bahawa :

“Air musyammas suci lagi menyucikan tetapi makruh isti’mal (menggunakannya) pada badan orang yang takut terkena penyakit sopak. Air Musyammas adalah yang berkekalan tetapnya dan ia dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang panas di dalam bekas (bejana).”

Secara ringkasnya air musyammas ialah air yang bertakung di dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri yang panas. Air ini suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan untuk bersuci. 

Kenali Jenis-Jenis Air Untuk BersuciKenali Jenis-Jenis Air Untuk BersuciKenali Jenis-Jenis Air Untuk Bersuci

Air Muqayyad

Air muqayyad ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Contohnya air mawar, air kopi, air tebu, air sabun dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua :
  1. Qayyad Lazim iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
  2. Qayyad Musfaq iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka air tersebut masih lagi dinamakan sebagai air mutlak.
Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air muqayyad yang membawa pengertian air bervariasi. Kesimpulannya air muqayyad ialah air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu. Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. Contohnya air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

Kenali Jenis-Jenis Air Untuk Bersuci

Semoga kita dapat mengulangkaji dan mengenali jenis-jenis air ini. Faham dengan jelas akan pengkelasannya kerana tanpa menggunakan air yang bersih dan suci ini...ibadah kita tidak sah dan diri kita sentiasa dalam keadaan berhadas.


p/s: salam jumaat dan selamat berhujung minggu...
Author by Bin Muhammad

29 comments - "Kenali Jenis-Jenis Air Untuk Bersuci"

Dulu masa sekolah rajin menghafal pasal air..
terima kasih atas perkongsian

Bab jenis-jenis air ini ada dalam pendidikan sekolah agama negeri Johor utk bab ibadah. Tahun 3 dah belajar ni BM. Jgn ambil mudah sebab ada yg berwuduk tidak mengunakan air mutlak. Selepas mandi misalnya bila berwuduk air mandi menitik di atas tangan yg menadah utk dijadikan wuduk dah jadi air mustakmal - begitu juga mandi wajib. Tak sah mandi wajib rosak semua amalan seperti solat, membaca quran dsb..

Unknown delete icon 8:59 PG

Fitrahnya air.. ia membuat kita tenang..

salam jumaat BM,teringat masa sekolah tentang pelajaran jenis jenis air untuk bersuci nie..refresh balik..thanks sharing

Terima kasih kakzakie diatas tambahan ilmu ini. Ya...ada banyak lagi perkara2 remeh yang kita tidak sedari berlaku telah menyebabkan rosak segala amal ibadat kita. Andai ada sesiapa yg dapat mengumpulkannya dan dibukukan, teramatlah bagusnya!

subjet agama islam sekolah ren...sekarang anak sekolah rendah pulak dok hafal..
ketenangan air tu menenangkan ...

terima kasih sebab share kan entry nie..secara tak langsung boleh tunjuk kat anak utk belajar bab nie...

Mizz Aiza delete icon 9:25 PG

terima kasih di atas perkongsian berkenaan jenis-jenis air untuk bersuci ini.. teringat kembali pelajaran yang telah lama dipelajari di sekolah dahulu.. salam jumaat BM. :D

Slam jumaat BM..
wpun air kadang2 sendu buat cik jah selalu jadi musafir diaidilfitri, sekurang2nya hari jumaat yang mulia ni dapat belajar kenali jenis2 air.

psstt jemput baca recent entry kak jah.. ada mensi nama BM dlm tu :)

Tanpa Nama delete icon 9:58 PG

Zaman sekolah dulu hafal gak jenis2 air untuk bersuci ni.. Nice sharing ;D

Dunia Zumal delete icon 10:04 PG

Nice sharing di musim catuan gini :)

Wafi Remli delete icon 10:19 PG

Ini dalam bab mula-mula kitab feqah, toharah. Kena tekankan juga sebab amat penting atas sah dan tidak sahnya ibadah yang kita lakukan. Terima kasih kerana mengambil cakna tentang hal ini

Unknown delete icon 10:26 PG

teringat masa sekolah emnengah dulu
hafal tentang air2 utk bersuci ni
cantik gambar tu BM..subhanallah...indahnya kejadian ciptaan Allah
selamat berhari jumaat
menabung nuff sini - inti college

OKje delete icon 10:28 PG

Belajar Feqah gamaknya kita hari ni....bagus bagus utk ulangkaji....Air Muqayad tu mcm kurang biasa dengar!...

Bahrain delete icon 11:08 PG

Ulangkaji semula. sekurang-kurangnya dapat rewind balik apa yang kita belajar.

Nurulhidayah delete icon 12:33 PTG

Timekasi BM.. refresh minda :)

Zawiah delete icon 1:07 PTG

ilmu agama ni perlu selalu diulang - ulang supaya kita terus ingat dan dapat menggunakannya dengan betul .

paridah delete icon 2:28 PTG

air amat penting untk minum, berwuduk, mandi, bersuci dsb...jadi perlu tahu jenis2 air yg sesuai dgn keperluan semua tu...

Tanpa Nama delete icon 2:53 PTG

masa sekolah pulun dok menghafal benda2 ni BM, la ni Adik pulak duk tanya KA balik hehehe

Fiza Rahman delete icon 3:06 PTG

Mekasih atas perkongsian dan pelajaran untuk hari ni ☺☺

Terima kasih BM..review balik apa yang dipelajari di sekolah..

Dulu time budak2 kat sekolah agama, selalu tanya soalan loyar buruk kat ustaz berkenaan air muqayyad ni. Bukannya betul2 tak tau, tapi saje seronok-seronok nak melawak.

ANIM delete icon 6:08 PTG

mencari ilmu hingga ke akhir hayat. ilmu feqah ni kena refresh juga. zaman sekolah agama di johor tu lama sangat ditinggalkan..

terima kaih ilmunya ^_^

Perkongsian ilmu yg perlu org tahu terutama pada ketika krisis air ni.. semoga memudahkan sesiapa yg musykil utk merujuknya..

Blog Santai delete icon 10:53 PG

Alhamdulillah. salaing mengunatkan BM..Bila air kena catu baru terasa betapa nikmatnya ada air bersih walaupun hanya sebotol..yang jarang kita hargai kalau air banyak..

banyak peralatan yang bisa jadi tolak ukur kesucian air

Tanpa Nama delete icon 11:15 PTG

semua perlu alert akan hal ni..tqvm BM..banyak entri ketinggalan sejak kathy sakit..:(

Yana Yani delete icon 2:27 PTG

saya ingat semua jenis air ni masa sekolah aje
sekarang tak berapa nak ingat
terima kasih untuk peringatan ni BM =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap