Mac 2014 - Dalam Kenangan
Mac 2014 - Dalam Kenangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bulan Mac 2014 sudah berlalu, meninggalkan kita dengan sejuta kenangan. Pelbagai kenangan pahit dan manis...akhirnya menjadi sejarah yang tidak akan berulang kembali. Bagi blog Relaks Minda... bulan Mac memberi jutaan kenangan manis.. manis bak madu

Bulan Mac 2014 telah mencatat pelbagai rekod baru buat blog ini. Satu pencapaian yang tidak pernah termimpi yang ianya akan tercapai sebelum ini.

Mac 2014 Dalam Kenangan

Relaks Minda... Sebuah blog perkongsian santai melalui keindahan alam, kreativiti, kitar semula, informasi dan eksplorasi untuk ketenangan dan kedamaian minda ini mampu pergi sejauh ini. Bulan Mac juga sejumlah 37 entri berjaya diterbitkan, melebihi sasaran iaitu satu hari satu entri. 

Disini... Inginku kongsi kegembiraan ini bersama anda, sahabat dan tetamu Relaks Minda yang amat disayangi dan dihormati kerana tanpa anda semua ianya tidak akan tercapai. Penghargaan yang tidak terhingga buat anda semua... Terima Kasih! Bulan Mac yang manis sekali...

Status Blog Relaks Minda - MAC 2014

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Rekod catatan 'Visitor' tertinggi dalam sehari (10 Mac 2014) - 5,789 visitors
Rekod catatan 'Pageview' tertinggi dalam sehari (10 Mac 2014) - 23,271 pageviews
Setiap rekod dicipta adalah untuk diatasi... tapi macam sukar jer

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Rekod tertinggi dalam sebulan bagi jumlah visitors, unique visitors dan pageviews
Sungguh terperanjat dengan jumlah ini! Tidak mungkin rasanya berulang lagi.

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Rekod 'Pageview' tertinggi dalam satu jam - 2,089 pageviews
(10 Mac 2014, pukul 4pm ~ 5pm) 
Kalau pakai domain berbayar ni, mau jem kot atau asyik kena top up bandwidth.

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Top 10 artikel popular mengikut jumlah pageview - Mac 2014
Tuah entri "catuan air" telah meningkatkan pageview blog dengan ketara sekali.

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Alexa Ranking - Alhamdulillah...semakin menurun dan berjaya dibawah 100K Global
Semoga dapat pula tersenarai di Top 500 MY.

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Top 10 Sahabat Paling Mesra Relaks Minda- Mac 2014
Terima kasih semua! Anda memang awesome!

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Top 10 sumber trafik blog Relaks Minda - Mac 2014
Engin carian Google masih menjadi penyumbang utama trafik blog ini.

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Top 10 lokasi visitors blog Relaks Minda - Mac 2014
Walau dari mana pun anda... Terima kasih diucapkan!

Mac Berlalu April Menjelma

Kini Bulan April telah menjelma... Perjalanan mesti diteruskan. Amat sukar untuk mengekalkan prestasi ini kerana tuah tidak selalunya menjelma. Hanya cuba berusaha memberikan yang terbaik dan termampu. 

Mac 2014 - Dalam Kenangan
Selamat Datang April 2014
Jangan sesekali memuji kerana takut nanti memakan diri. Bukan riak serta bangga diri, sekadar berkongsi. Ingatlah.. .tiada yang mustahil dalam mencapai impian dan mimpi. Hanya dengan usaha, keikhlasan dan ilmu pengetahuan... InsyaAllah, anda pun boleh!

Terima kasih kepada sahabat dan tetamu Relaks Minda... Kejayaan ku, Kejayaan mu jua. Teruskan bersama Relaks Minda, sesungguhnya anda semua adalah sumber inspirasi dan semangatku... 

"Sesungguhnya amat bersyukur dengan segala pemberianmu Ya Allah! Ku tahu segalanya ini tidak akan kekal selamanya namun aku akan redha dengan setiap ketentuanmu.  Semoga aku tidak terlalai dan terleka agar aku dapat terus memberikan yang terbaik dan bermanfaat buat tatapan mereka yang memerlukan. Inilah salah satu jariah yang mampu kuberikan."


Author by Bin Muhammad

36 comments - "MAC 2014 - Kenangan Manis... Semanis Madu"

congrats BM dan Relaks Minda..
pencapaian yg amat membanggakan
keep it up! saya sentiasa menyokong anda dan blog anda ;-)

mrhanafi delete icon 6:58 PG

tahniah..memang terbaik dan boleh dijadikan sumber inspirasi!

Wafi Remli delete icon 7:13 PG

Semoga sentiasa maju dalam usaha murni yang dilakukan

semoga terus maju dan maju.. mama support BM walaupun mama terpaksa kurangkan aktiviti blogging mama..

jom singgah raya, dekat sangat tiram jaya dengan batu 10 tanjung karang.. hihi

Terima kasih diatas sokongan...terharu dan amat2 menghargainya

Terima kasih Hanafi... :)

InsyaAllah... cuba berkongsi apa yg termampu dan lakukan yg terbaik.
Terima kasih Wafi

Terima kasih mama...amat2 saya hargainya.
InsyaAllah...semoga bertemu suatu hari nanti.

Tahniah BM...
Bulan mac...bln senyap sy....hehe.. 0 entry!

Congratulation BM :-)

Semoga terus maju jaya di masa hadapan. Organic search sampai 60k ni memang tahap otai-otai je yang pernah cecah.

Tahniah BM. Teruskan kecemerlangan...hehe...

Tahniah dari kakak. Memang hebatlah Relaks Minda ni. Kalau tak mana mungkin mencanak tinggi macam itu sekali.

Tahniah BM..teruskan kecemerlangan..saya sentiasa menyokong blog Relaks Minda..

Unknown delete icon 10:11 PG

BM dh jauh meninggalkan saya.. semoga berjaya dalam dunia blog.. blogmu sentiasa dihatiku..heheheee

paridah delete icon 11:20 PG

tahniah...pencapaian yg sangat baik lagi membanggakan...kalau kak ni mimpi jerlah nak capai graf mencanak tinggi camni...

ASsalamualaikum BM, alhamdullilah. semoga terus berblogging ya. pencapaian semakin meningkat naik. heheeee kagum tengok. singgah menabung ford sini~~~

Dunia Zumal delete icon 11:46 PG

Zumal pun banyak kenangan manis dalam bulan Mac lalu...

yangbaik delete icon 11:49 PG

satu peningkatan yang cemerlang... sungguh luar biasa.
banyak makan manis bahaya untuk kesihatan tetapi pengalaman manis memang baik untuk motivasi diri...tumpang teruja :D

Bunda_nora delete icon 12:01 PTG

Satu pencapaian yang luar biasa...tingkatkan lagi di bulan2 mendatang...
Tahniah BM..

Tanpa Nama delete icon 12:53 PTG

wah tahniah BM , KA dah mkn suram dlm berblog ni.. kekangan masa lah !

Khir Khalid delete icon 1:07 PTG

Salam April BM... alhamdulillah tahniah.. semoga terus sukses & tercapai segala yg dihajati... aamiin.. :)

Yana Yani delete icon 1:11 PTG

tahniah BM, teruskan usaha ye
saya antara ramai-ramai yang menyokong

Unknown delete icon 1:34 PTG

Wooww... mesti BE naik menggunung nie... :D Tahniah ye BM...

akak tumpang gembira dan bangga dgn blog BM...semoga bertambah jumlah pengunjung utk setiap bulan..

Nurul delete icon 4:54 PTG

Wah, tahniah BM...
^__^

Pha Is delete icon 10:46 PTG

tahniah BM.. pergh trafik tinggi.. saya nk sampai pv 500 pun x lepas.. hehehe..

Mizz Aiza delete icon 12:18 PG

ahamdulillah.. tahniah BM.. semoga BM terus success.. :D

ANIM delete icon 12:38 PG

terpaku kak tengok details yang tertera...tahniah..

Tahniah BM...semoga suksess selalu..tumpang gembira

BinMuhammad delete icon 11:35 PG

Terima kasih diatas sokongan anda semua... :)

Tanpa Nama delete icon 4:06 PTG

Tahniah BM..moga terus maju.

Unknown delete icon 1:50 PTG

memang hebat..tiada kata2 untuk menafikan kehebatan blog nie..hihi

Satu pencapaian yang sangat membanggakan. Tahniah, atas usaha yang telah dicurahkan demi Relaks Minda.

Blog Santai delete icon 9:40 PTG

Tahniah BM..tak ada yang mustahil kalau rajin berusahakan..Keep up the good work k!!!

Aimacomel delete icon 10:25 PTG

Terbaik lah tuan BM, respect sama u bro! Tahniah tahniah tahniah

Congratulation BM :-)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap