Mahukan yang terbaik |
Pelbagai sudut boleh kita nilaikan untuk menyatakan sesebuah artikel atau entri itu adalah yang terbaik. Terpulang kepada tafsiran anda.
Berikut pula adalah pandangan peribadi saya dalam mentafsir maksud terbaik bagi sesebuah artikel atau entri.
Berikut pula adalah pandangan peribadi saya dalam mentafsir maksud terbaik bagi sesebuah artikel atau entri.
Artikel @ Entri Terbaik
1. Terbaik dari segi pengisiannya.
- Artikel sebegini boleh dikatakan terbaik mengikut kategori atau topik artikel tersebut. Topik yang diulas pastinya menepati kehendak pembaca, maklumat yang lengkap serta mudah difahami.
- Sebagai contoh, jika berbentuk ilmiah ianya mencakupi dari pelbagai sudut dari asas makna, sejarah, penerangan dan sebagainya diceritakan dengan rapi dan padat.
- Ia juga selalunya berserta fakta dan dalil yang kukuh serta sahih.
2. Terbaik dari sudut olahan dan penceritaan.
- Bergantung kepada kebijaksanaan dalam mengolah untuk menarik perhatian pembaca, sama ada bersifat humor, serius dan sebagainya.
- Penulis perlu bijak menyesuaikan topik dangan gaya olahan atau mempelbagaikannya mengikut setiap situasi penceritaan dan memahami kehendak target golongan pembaca.
3. Terbaik dari sudut teknikal.
- Bolehlah kita katakan ianya entri yang mengikut format sewajarnya bagi sesebuah artikel diblog (SEO friendly) dimana mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
- Ianya juga haruslah mempunyai sub tajuk serta berperenggan disamping senarai rujukan berserta link.
- Penggunaan ayat dan bahasa yang standard serta tiada kesilapan tatabahasa mahupun ejaan.
4. Terbaik dari pandangan mata.
- Artikel ini biasanya akan menarik perhatian pandangan dan perhatian tanpa mengira pengisian. Pertama sekali terbaik dari segi keyword tajuk dimana ianya dapat menarik keterujaan pembaca tatkala pertama kali terlihatnya.
- Begitu juga dengan susun atur, saiz huruf, gambar yang jelas dan bertepatan, tersusun dan menyenangkan mata yang memandang.
5. Terbaik dari segi originaliti dan topik
- Bukan mudah untuk menjadi penulis sebegini kerana ianya memerlukan seseorang yang punya daya pemikiran yang kreatif, penuh dengan idea segar dan pastinya bakat kurniaan Ilahi. Anda boleh lihat keistimewaan bakat tersendiri penulis yang mampu menjadikan artikel tersebut unik dan tersendiri.
- Topik yang diutarakan juga adalah sesuatu yang diluar jangkaan, segar serta mengujakan.
- Punya identiti, trade mark serta tarikan didalam setiap artikel sehinggakan jika artikelnya di copy paste pun anda dapat mengenal pasti siapa pemilik asal artikel tersebut.
Menilai Yang Terbaik
Mungkin ada lagi tafsiran dan maksud terbaik pada pandangan anda. Oleh itu adalah terlalu subjektif untuk menyatakan sesebuah entri itu adalah yang terbaik melainkan ianya dapat memenuhi kesemua yang dimaksudkan terbaik. Namun ianya sudah pasti sesuatu yang amat sukar dipenuhi dan hanya segelintir sahaja yang mampu melakukannya kerana dianugerahkan bakat serta kemahiran sedemikian.
Ada entri pada pandangan saya ianya terbaik tapi mungkin tidak pada pandangan anda kerana penilaian terbaik kita berbeza-beza melainkan ada garis panduan atau kriteria yang ditetapkan untuk menilainya, namun itu pun belum tentu akan ada kesamaan keputusannya. Maka terpulanglah kepada anda, pembaca yang memutuskannya...
Sebagai seorang blogger, hargailah setiap entri yang anda terbitkan. Jangan sesekali menyatakan entri anda bukan yang terbaik, tidak bermakna, biasa-biasa dan tiada manfaat. Setiap orang punya pandangan dan pendapat berbeza-beza dalam memberi penilaian dan maksud terbaik.
Seorang blogger terbaik bukan sahaja dinilai dari sudut penulisan dan artikel yang baik tetapi juga dari sudut lain seperti jalinan persabatan, menghargai, meninggalkan komen serta keperibadian. Entri anda adalah lidah anda. Tulislah dengan ikhlas dan terbaik agar ianya tidaklah menjadi sia-sia.
“Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Author by Bin Muhammad
49 comments - "Maksud Artikel @ Entri Terbaik"
cik jah nak ketegorikan blog Rileks Minda ni as blog terbaek.. sbb bnyk info yg dapat dishare2kan.. keep it up BM!
bagi akak...setiap penulisan yang dipublishkan boleh memberi impak dalam diri setiap pengunjung yang membacanya...disini..blog BM..byk entri terbaik dihasilkan..
terbaikkkk...bm
Salam Isnin, BM... Bagi nrl, blog BM yang terbaik antara yang terbaik... banyak ilmu serta info menarik dan bermanfaat setiap hari untuk semua pembaca relaks minda... walaupun adakala beberapa hari nrl tak singgah sini, insyaAllah akan cuba baca setiap entri yang tertinggal... ^__^
Entri yg menarik... Tq
Saya suka bahasa anda. Bahasa anda kemas & berstandard tinggi...
Thanks atas perkongsian BM. Kjap lagi saya submit n3 terbaik saya yerp ☺
Erk. Nak join segmen BM tp sebenarnya entri terbaik xdak. Camna ni... huhu.. entri merapu Liza ada la..
Liza nak cuba nasib di sini..
http://lizayati.blogspot.com/2014/04/hong-kong-babymoon-story-day-1.html?m=0
BM mahu mencari N3 terbaik tapi kakak pula kategorikan N3 di dalam blog Relaks Minda ini banyak yang baik-baik belaka.
bukan mudah nk buat netry terbaik nie.
tapi begitu mudah kita komen entry terbaik.
heheh..
Suka singgah kat sini ...
Selalunya mmg puas hati baca entri2 yg sentiasa TERBAIK dari BM ..
Lya pon kena byk blajar dari BM ...
Assalamualaikum BM. Maaf lama tak singgah di sini kerana sibuk dengan kerja-kerja di minggu-minggu terakhir semester 2.
Mama menghantar penyertaan setelah puas meneliti satu persatu entri mama.. :) hihi
susah juga nak menilai n3 sendiri ni sbb selalu membaca n3 blogger lain yg sangat hebat n berisi...spt n3..blog BM ni..
tu pasal , hanya yg membaca dapat memberikan star pada n3 yg kita terbitkan,, sebab pada kita sendiri dah tulis sehabis baik kan hehehe
Betul kata-kata BM tu. Setiap entri perlu ditulis dengan sebaiknya, kerana kemahiran penulisan kita dapat dikembangkan hanya apabila kita mula menulis dengan baik. Idea yang baik perlu diasahkan sepanjang tahun.
Entri ini ditulis bukan untuk menilai saye...huhu. Terlalu besar dan tinggi utk mengatakan blog ini terbaik antara yg terbaik...kerana byk lagi blog yg lebih baik.
Terima kasih Nurul krn terus menyokong Relaks Minda, amat2 saya hargai.
Kena lihat juga tu, komen positif ke negatif...barulah boleh nilai semula entri tersebut terbaik atau sebaliknya... :)
Waalaikumsalam,
patutlah jarang kelihatan dan update entri... Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan...amiin.
BM mmg terbaekkk... :')
Benar kata KA, bukan kita yg menilai tapi, InsyaAllah...jika kita menulis dengan ikhlas, nawaitu yg betul serta sebaik mungkin, pasti pembaca akan berpuas hati.
keupayaan BM menulis memang tinggi standardnya..sebab itu pembaca setia tak pernah putus-putus untuk datang ke blog ini.
Bagi saya entry terbaik bila entrynya ditulis dengan ikhlas dan dari hati..Entry BM bagi saya memang terbaik..tak kan saya boleh selongkar entry BM yang lepas2..hehehe..
Banyak lagi yang Fiza kene pelajari drp tips2 yg diberikan nie...
Errmm... rasa macam banyakk jer nak kena belajar... uhuk3x..
Entry BM mmg terbaik.. Nurul suka baca :)
Assalamualaikum,
Salam singgah. Saya setuju sangat dengan pendapat Encik BM tentang salah satu ciri blog yang baik adalah dari segi penggunaan bahasa serta pemilihan kata. Bahasa yang disuratkan melambangkan keperibadian yang tersirat.
Terima kasih.
penyampaian terbaik! suka baca buah fikiran BM, tersendiri. ada trademark
part ejaan tu..huhu...yumida kengkadang tercampur dgn bahasa pasar. dah terbiasa. akan dikurangkan nanti.
nice sharing BM. membuka minda kami, utk menjayakan entry terbaik
saje melawaqt...suka bahasa anda..
Bagi kita terbaik ni adalah penilaian dari sudut pandangan pembaca. Apa yang kita tulis mungkin terbaik untuk kita tapi tak semestinya itu yang dicari oleh pembacakan..sebab tu kita sendiri tak tau artikel mana yang terbaik dari Blog kita kerana semuanya sama bagi kita. Yang membezakan samada ianya berguna atau bermanafaat adalah pembaca kan..
Betullah tu...sebab itu saya susah hati bila blogger sendiri mengatakan entrinya biasa2, tidak menarik, tidak bermanfaat dan sebagainya sedangkan pembacalah yang menilaikannya. (lihat komen2 pada entri sebelum ini)
Maka sewajarnya kita menghargai setiap entri kita kerana pastinya kita telah berusaha menulis yg terbaik untuk pembaca.
Artikel ini sekadar mencerahkan minda bagaimana hendak menilai entri terbaik, namun seperti yg telah diterangkan...terbaik itu subjektif pada setiap orang dan berbeza-beza penilaiannya. Entri terbaik tidak semestinya disukai pembaca dan entri yang disukai pembaca tidak semestinya terbaik.
Kesimpulannya...jadilah blogger yang baik. :)
Setuju, kemahiran menulis perlu diasah dan banyakkan membaca untuk menambah ilmu dan mengembangkan idea.
Bila diselongkar anda boleh lihat entri2 terawal saya macam hampeh juge, hehe
Sekarang ni pun bukannya bagus pun, banyak kelemahannya...
Waalaikumsalam,
Cantik sungguh bahasa anda... Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini.
Sangat jelas dan terperinci. Agak-agak saya yang masa 1 ya bro?
Saya pilih untuk diam o.o
Mmg terbaik.. tp dari sudut mana saya punya yg terbaik tak taulah tp yg pasti semuanya baik-baik belaka... in shaa Allah.. perkongsian yg baik BM.. :)
Entri zumal tak de apa2 yg special just merepek. Hehe :)
yang ni pun saya tak berapa pandai
saya menulis berdasarkan apa yang saya rasa nak tulis
benda macam ni terlalu subjektif
hanya pembaca boleh menilai sama ada entry tu terbaik atau sebaliknya
betul tak BM =)
Tiada yang salah... Pembaca boleh menilai entri terbaik dan diri sendiri pun boleh... Masing2 ada pandangan dan cara penilaiannya yg tersendiri.
Sebagai blogger, berikanlah yang terbaik... :)
Syyy...
Anda terbaik dalam bidang anda... :)
Assalammualaikum..BM,
Penilaian baik dan terbaik nie susah BM... kekadang pada pandangan kita dah terbaik.. tp pada pandangan orang lain pulak berbeza pulak... (mselim3 pening2 lalat lah..) .
mselim3
Waalaikumsalam mselim,
Betullah apa mselim katakan tu, oleh itu apa yg susahnya, dah jelas pun... Kalau mselim kata terbaik itu atas pandangan anda, orang lain kata lain itu hak dan pandangan mereka... Apa sebenarnya masalahnya disitu? Bukankah kita wajar menghormati pandangan dan hak setiap orang kerana kita bukannya sempurna.
Masalah ini sering terjadi dalam apa2 jua pertandingan...mesti ada yang tidak puas hati apabila pemenang diumumkan...padahal itu diatas penilaian juri, adalah hak mereka menilai mengikut garis panduan yang disediakan.
Oleh itu jangan pening2lah sahabat...Anda tahu mana yang terbaik, itu hak anda sebagai juri...dan orang lain juga berhak menilai mana yang terbaik, itu hak dan cara mereka.
Siapa yang betul? Semuanya betul mengikut cara penilaian dan pandangan masing2 kerana menerbitkan entri terbaik bukan untuk pertandingan tetapi berusaha memberikan yang terbaik untuk pembaca agar mendapat manfaat bersama.
suka baca koman di setiap entri BM... cuma idea yangbaik kadang-kadang terhad untuk meninggalkan komen sendiri. Sesekali barulah rasa nak tinggalkan komen. Bukan sebab tak sudi tetapi bimbang meninggalkan komen yang tidak berkenaan seperti komen ini... :D
Betul tu BM... mselim3 secara jujur suka pandangan BM tu. Pandangan atau Penilaian tiap2 manusia itu memang berbeza2 .... (selingan nie) ...
"Utamakanlah Pandangan Allah Daripada Pandangan Manusia"
pls: terima kasih sahabat... atas pandangan BM tu.. i likes it!
Satu lagi perkongsian daripada saya, kita haruslah bersedia dengan sebarang pertanyaan sekiranya kita menerbitkan entri yang kemudiannya mendapat pertanyaan pembaca. Jika kita tidak menguasai akan isu yang kita kongsikan itu secara tidak langsung mencerminkan blogger itu tidak bersedia dan tidak melakukan analisis. (Berbelit-belit pula komen saya ni kan)
Artikel atau entri yang baik adalah entri yang memberikan sesuatu kepada pembaca.
Yup setuju BM..jadilah Blogger yang baikkan..memberi sesuatu untuk pembacanya...
kalau kathy di suruh pilih entri BM yang terbaik,kathy tak dapat buat pilihan sebab semuanya hebat.tapi kalau blog kathy sendiri rasanya tiada yang terbaik..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”