keindahan alam semulajadi
Peliharalah alam semulajadi yang indah ini.
Memelihara Alam Semulajadi - Sambutan Hari Bumi 2014 : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukurlah kerana setiap hari kita dapat menghirup udara yang segar dan menikmati alam semulajadi yang indah ini.

Namun ketahuilah segalanya tidak akan sentiasa kekal selamanya. Setiap detik yang berlalu bermakna semakin hampir kita berada dipenghujung kehidupan ini. Dunia hari ini semakin ditelan usia. 

Kemusnahan Alam Semulajadi

Alam semulajadi adalah keperluan bagi kita sebagai sumber kesinambungan kehidupan disamping menampung pertambahan penduduk serta kemajuan arus pembangunan, namun ianya kini semakin berkurangan dan terancam oleh kemusnahan dan pencemaran.

Selain dari kemusnahan ekosistem akibat pengambilan sumber semulajadi, bahan buangan juga merupakan ancaman terbesar dalam mempercepatkan proses kemusnahan alam semulajadi di bumi ini. Penting bagi kita untuk mengurangkan dan melambatkan kemusnahan ini demi generasi masa hadapan.

Biarpun bumi semakin tua, kehidupan masih panjang, oleh itu kita mesti pastikan mereka juga masih dapat menikmati apa yang kita nikmati masa kini. Dapat menghirup udara yang segar, dapat menikmati sumber air yang bersih untuk diminum, melihat kehijauan hutan belantara dan keseronokan bersukaria mandi di air terjun mahupun pantai.

keindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadikeindahan alam semulajadi
keindahan alam semulajadi...tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkannya.

Mulakan Langkah Pertama

Apakah sumbangan kita untuk mereka? Ya! Setiap individu juga mampu memainkan peranan yang besar dalam memastikan masa depan yang cerah dan indah. Mungkin sumbangan kita nampak kecil tetapi jika setiap orang melakukannya pasti ianya amat besar kesannya. Walaupun kita tidak mampu menghalang tetapi kita masih mampu melambatkan kemusnahan dari berlaku.

Langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan kita. Dengan mempraktikkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle...kita dapat memberi sumbangan bermakna untuk kebahagian dan kesejahteraan hidup generasi hadapan.

Kenali apakah itu 3R.
keindahan alam semulajadi
Sayangilah alam yang indah ini

1. Reduce (Kurangkan)
  • Kurangkan pembelian. Beli hanya apa yang perlu. Kurang guna, kuranglah buang.
2. Reuse (Guna semula)
  • Guna semula peralatan/barangan terbuang/terpakai yang rosak dengan melakukan kreativiti kitar semula.
  • Jika barangan masih elok dan tidak digunakan, sedekahlah kepada mereka yang memerlukan.
3. Recycle (Kitar semula)
  • Jangan buang barang yang boleh diproses semula. Hantar atau jual di pusat kitar semula.

Jadikan amalan kitar semula sebagai satu rutin dalam kehidupan kita tidak kira dimanapun kita berada. Pengurangan penggunaan dan pembuangan dapat menyelamatkan bumi ini dari ancaman kemusnahan yang pantas dan akibat kerakusan, ketamakan demi keuntungan dan kepentingan serta pembaziran yang tidak sewajarnya sesetengah pihak lakukan.

Hari Bumi 2014

Hari ini 22 April 2014 merupakan sambutan Hari Bumi ke 44. Hari untuk kita memperingati dan meningkatkan kesedaran serta penghargaan terhadap pentingnya alam semulajadi dan ekosistem terhadap kehidupan seharian kita. Sayangi dan peliharalah alam semulajadi bumi kita. Salah satu yang boleh kita lakukan bersama adalah amalkan kitar semula.

sambutan hari bumi

Kasihanilah generasi hadapan yang mungkin anak cucu kita sendiri ini nanti yang akan kehilangan sesuatu yang amat berharga untuk mereka nikmati. Kitalah penentu kesejahteraan dan kebahagiaan hidup mereka di masa hadapan. Bersama kita mulakan langkah pertama... Cintai dan pelihara alam semulajadi dengan mengamalkan amalan kitar semula.

Tips kitar semula : Jangan guna peralatan dan barangan pakai buang kerana ianya menambahkan jumlah bahan buangan dan pencemaran selain dari meningkatkan permintaan yang sekali gus menambahkan penggunaan sumber alam semulajadi.


Author by Bin Muhammad

24 comments - "Memelihara Alam Semulajadi - Sambutan Hari Bumi 2014"

dan jangan lupa, ajar anak-anak dari kecil supaya mencintai alam sekitar tidak buang sampah merata-rata dan tidak melakukan keorosakan di muka bumi ini...itulah yang sebaiknya, agar penjagaan alam kita pada hari ini akan berkesinambungan sehingga akhirnya

Setuju sangat2...anak2 inilah yang akan mewarisi dan meneruskan kehidupan dimasa depan. Penting bagi kita memberi kesedaran dan mengajar mereka betapa pentingnya alam sekitar dan ekosistem dalam kehidupan ini.

ya...berapa ramia yg igt Hari Bumi pada setiap 22 April setiap tahun..

Bila alam dah dirosakkan, kesannya tentu berbalik kepada kita semua sebagai manusia. Tengoklah pada bekalan air kita, dek kerana kerakusan manusia mengejar pembangunan, habis kawasan tadahan air kita musnah.

Wafa Cw delete icon 10:39 PG

Subhanallah... tak perasan hari ni hari Bumi atau Earth Day... bila baca entri ni baru teringat... alangkah baiknya kalau kita semua seriously mengamalkan kitar semula... tapi tu lah cabaran sungguh kuat. saya paling sedih bila tengok sungai yang kotor...

Baru ingat hari ni Hari Bumi..

Bersama kita menyelamatkan bumi demi generasi masa depan :)

Kakzakie delete icon 1:34 PTG

Walau kita tahu dunia ini hanya sementara namun kerjasama semua utk menjaganya. Kalau bukan kita yg sayang siapa lagi. Benar dikatakan bahawa tangan-tangan manusia sebenarnya yg memusnahkan bumi Allah ini. Pembangunan tak salah. Begitu juga shopping tak salah tapi macam kata BM beli yg perlu, guna balik kalau boleh macam beli syampoo sekali beli yg botol kali seterusnya beli refill aje masuk botol (contoh). Bila dah usang jual recycle (dapat duit tau). Tak pun boleh potong bahagian atas buat letak sudu pun boleh (macam kakaklah). Hihi... macam bagus aje kakak ni BM:)

yana yani delete icon 2:37 PTG

saya baru tahu hari ni bumi bila tengok google tadi
BM pula ada jelaskan di sini
memang ni semua adalah tanggungjawab bersama
tapi saya ni pun cakap aje, buat pun tak lagi =)

bumi kita kian tua.. algi-lagi dengan kerakusan manusia yang tiada sudahnya.. moga kita menjaga bumi kita yang satu ini

salam singgah ptg membaca bila ada masa free2 ckit..

Wafi Remli delete icon 6:01 PTG

earth day 2014, google pun raikannya

Yumida Huda delete icon 6:32 PTG

sayangi bumi kita. x sangka hari ni hari bumi. alhamdulillah..dpt menyedut oksigen segar kat sini. hope kita semua ada kesedaran menjg alam sekitar

demi generasi akan datang...

semoga kita sedar...

paridah delete icon 9:18 PTG

hari bumi global sifatnya..siapa yg berada di bumi berperanan menjaga kemasylahatan bumi yg dihuni bersama...mrk yg di kampung menjaga alam sekitarnya agar lestari xdicemari..mrk yg di bandar kurangkan pembangunan yg menghakis n merosak kemenjadian alam...setiap kerosakan yg dilakukan sukar membaikinya..

Baru tahu ttg hari bumi 22 april.. terlewat sedikit. Tp utk kita yg tinggal di bumi ni biarlah tiap2 hari menjadi hari bumi... semoga kesedaran tu dtg dlm diri kita semua..
bumi makin hari makin parah.. sbg contoh pemerhatian saya sendiri, masa kanak2 dulu... parit dihadapan rumah atuk boleh dpt bnyk ikan puyu & sepat dgn hanya menggunakan tudung saji yg dah tak digunakan.. tp sekarang, klu menggunakan tudung saji yg sama hanya akan dpt tin2 minuman & plastik.. airnya pun busuk.. bau longkang. Ikan langsung takde.. pupus...

pentingnya memelihara bumi utk generasi kita yg akan dtg kan BM !

Entri yang menjadi "makanan" Relaks Minda sememangnya tidak mengecewakan. Tahniah, BM. Teruskan memberi kesedaran dan kempen yang berterusan demi alam kita ini. Tugas saya di sekolah juga mendidik ank murid saya akan hal ini.

ANIM delete icon 8:56 PTG

kalau tak de surat edaran dr JPN atau Kementerian, takdelah diwarwarkan di sekolah. bagus jugak kan kalau bebudak sekolah diberi info dan kesedaran tentang hari bumi ni..

Pha Is delete icon 8:50 PG

ada jugak terbaca beberapa orang tulis kat fb berkenaan hari bumi ni.. sebelum tu, mmg saya x tahu apa2 pasal hari bumi tu..

hainom OKje delete icon 6:15 PTG

Mungkinkah 3R kat TV tu sama maksud dgn 3R kat entri ni?....tak mungkin ....tak mungkin.....Pernah tengok tak rancangan tu? Dah tak de kot sekarang ni

RDZ Z delete icon 1:18 PTG

Sama-samalah kita menjaga bumi Allah nikan..nanti kalau Allah murka, bumi ni juga mungkin akan diutus untuk menelan kita semua...

apa yang terrjadi pada bumi angkara kita juga,angkara manusia yang di katakan punya akal dan fikiran. mari kita sama² muhasabah diri dan pilihlah iuntuk menjaga bumi pinjaman Allah ini..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap