بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Musibah Melanda Baru Tersentak
Istighfar
Assalamualaikum wbt. Kita sentiasa mengharapkan ketenangan dan kedamaian dalam hidup ini akan sentiasa berkekalan.

Namun dalam leka menikmati kenikmatan, kita dikejutkan dengan pula musibah dan bencana. Dikala itu barulah kita tersentak dan menghargai apa yang kita telah kecapi. 

Saya cukup tertarik dengan komen Saudara Wak Dol dalam entri INI. Ianya cukup mengingatkan kita betapa berbezanya dulu dan sekarang. Kenapa nikmat yang telah kita nikmati dulu ini ditarik balik?

Ya...inilah yang perlu kita renungkan dan muhasabah. Inilah harga yang kita perlu bayar akibat dari kemajuan tanpa perancangan, demi kenikmatan dan keuntungan yang sementara. Kemajuan yang meminggirkan hukum dan meruntuhkan akhlak.

Musibah Melanda Baru Tersentak
Komen Wak Dol

Musibah Angkara Diri Sendiri

Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-40, ALLAH SWT menjelaskan bahawa bala bencana yang ditimpakan ke atas manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang manusia lakukan sendiri. Allah tidak sesekali menzalimi mereka, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.

Maka apa jua bala bencana yang berlaku, sama ada kemarau, runtuhan, taufan, tsunami, penyakit dan sebagainya, manusia pertama sekali wajib beriman kepada perkara-perkara ghaib yang Allah swt tetapkan ini dan bermuhasabah bahawa ia terhasil dari dosa-dosa manusia

Musibah Melanda Baru Tersentak

Di antara cara untuk mengangkat musibah yang ditimpakan ke atas manusia sama ada secara khusus atau umum adalah dengan beristighar dan bertaubat, yakni memohon keampunan daripada Allah swt serta kembali kepadaNya.

Mohon Keampunan Dan Bertaubat

Walaupun dosa-dosa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam semuanya telah dijamin diampuni oleh ALLAH SWT, Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah orang yang paling banyak beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH SWT pada setiap masa dan keadaan. Baginda bersabda, “Wahai sekalian manusia. Bertaubatlah (beristighfar) kepada Allah kerana aku selalu bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Omar radhiyallahu ‘anhu, dia mengatakan bahawa jika kami menghitung zikir Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallamdalam satu majlis, Baginda mengucapkan “Rabbighfirli wa tub ‘alayya innaka Anta Al-Tawwabu Al-Rahim” (Ertinya: Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sebanyak 100 kali. (Sahih, Riwayat Abu Daud, Silsilah Al-Sahihah)

Musibah Melanda Baru TersentakMusibah Melanda Baru TersentakMusibah Melanda Baru Tersentak

Jika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang telah tentu terampun dosanya pun melakukan sedemikian rupa, maka kita yang sudah pasti berdosa ini, takkan nak melafazkan istighfar pun tidak mampu melakukannya...

Adapun dalil dari Sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menunjukkan keutamaan istighfar dalam mengeluarkan seseorang daripada kesusahan adalah sebuah hadis di mana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, “Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)

Cara Melakukan Istighfar

Istighfar adalah doa dan doa adalah ibadah. Maka cara dan lafaz dalam beristighfar hendaklah sesuai dengan petunjuk sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, iaitu yang ada contohnya dari Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Antara lafaz istighfar yang datang dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah :
  1. Astaghfirullaah (Riwayat Muslim) 
  2. Astaghfirullaha Al-‘Azhim alladzi Laa ilaaha illa huwa Al-Hayyu Al-Qayyuum wa atuubu ilaih. (Sahih, Riwayat Al-Tirmizi)

Musibah Melanda Baru Tersentak

Secara umumnya tidak ada hadis yang menghadkan atau menetapkan jumlah tertentu dalam mengucapkan istighfar, misalnya beberapa ribu atau puluh ribu. Yang ada, perbanyakkanlah istighfar pada bila-bila masa dan di mana kita berada tanpa dibatasi jumlah tertentu, kecuali jika memang ada hadis sahih dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menetapkan sebegitu.

Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa, dan untuk memastikan ia dimakbulkan, sudah semestinya dengan mengikuti adab dan etikanya. Hendaklah ketika berdoa dan memohon keampunan kita menghayati maknanya sambil berusaha memenuhi akibat dari istighfar tersebut iaitu menyesali dosa serta menghindarkan diri dari kemungkaran, maksiat, dan perbuatan dosa yang lainnya. Wallahu a’lam.


Rujukan : Teks Tazkirah Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Author by Bin Muhammad

26 comments - "Musibah Melanda Baru Tersentak..."

sitirohaida delete icon 11:18 PG

bila dah jadi bencana,barulah kita akan tersedar tentang apa yang kita lakukan..
saya suka dengan jawapan WAK DOL tu..

Fiza Rahman delete icon 11:22 PG

Selalunya memang mcm tu. Selagi tak diberi musibah, selagi tu lah kita leka. Setuju dgn apa yg wak dol kata tu. Even skang blh dikatakan setiap petang hujan, air empangan masih sama parasnya. Tak naik2.

perkongsian dan peringatan yang baik...terima kasih..

selalunya manusia bila diuji,baru mendekatkan diri dengan ALLAH...bila dilimpahkan nikmat..tak bersyukur..

Namun apa yg sedih walau sudah diuji begini masih bongkak dan tak ingat lagi. Selalu menganggap teknologi sains dpt mengatasi. Hendak melihat lebih dahsyat agaknya. Moga peringatan dari N3 BM ini membuka banyak mata. Ingatlah Allah masih sayangkan kita semua. Kembalilah ke pangkal jalan.

Sedih kerana yg menjadi mangsa kebanyakkannya adalah rakyat marhaen...

Blog Santai delete icon 1:14 PTG

Inilah musibah angkara manusiakan BM...Semoga cepat sedar dan kembali kepangkal jalan...

Cik Itah delete icon 1:21 PTG

hurmm..sedih sungai tu jadi cmtu..tak macam dulu..
btw, nice sharing - muhasabah diri :)

Tanpa Nama delete icon 2:15 PTG

betul juga..kita sendiri yang membinasakan alam kita..mengapakah kita yang di lahirkan sebagai muslim tidak mengamalkan apa yang di kata 'kebersihan separuh dari iman'.amalan menjaga kebersihan sepatutnya tidak di amalkan untuk rumah atau diri sahaja,patut di luaskan skopnya pada alam sekeliling dan persekitaran seperti tandas awam..muhasabah untuk diri kathy sendiri juga. semoga kita menginsafi segalanya.

Unknown delete icon 3:03 PTG

sememangnya penyelesaian sentiasa ada..cuma nak tak nak saja..

Tanpa Nama delete icon 3:15 PTG

nice sharing..tqvm

Khir Khalid delete icon 3:18 PTG

Mmg satu perkara yg sepatutnya kita semua renungkan.. Entri ini mengingatkan saya kpd satu ucapan yg mengatakan.. "walaupun kita baik, tetapi sekiranya masih ada kejahatan dlm kelompok kehidupan kita, ia sedikit sebanyak akan terpalit kepada diri kita juga"... "tapi, adakah kita juga benar2 baik?"...
Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa2 kita sama ada yg disedari ataupun yg tersembunyi.. Hanya Allah jua yg mampu memberi penyelesaian atas ihsan & kasih Nya... subhanallah..
T kasih atas entri ini.. satu renungan yg baik utk kita semua...

Punca kerosakan alam ni sememangnya dari tangan-tangan manusia juga. Akibat ketamakan kita untuk memenuhi kehendak yang tidak pernah puas, kita korbankan alam sekitar hingga akhirnya bakal membawa kebinasaan kepada diri kita.

kita perlu jaga untuk kesejahteraan kita.. bila tak nampak berlaku di depan mata memang kita abaikan ...dah teruk baru nak rawat

paridah delete icon 3:45 PTG

bertaubat n bermusahabah diri sentiasa agarx melakukan kemungkaran yg mengundang kemurkaan Allah..

Thanks sharing..peringatan untuk kita semua

Unknown delete icon 6:37 PTG

peringatan buat kita semua
cuaca skrg pun panas memanjang dgn kehadiran musibah sampingan
mengingatkan kita pdNya, bumi yg sentiasa terabai oleh kita

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita...

Dunia Zumal delete icon 7:11 PTG

Begitulah manusia dah terhantuk baru nak tergadah... Dah susah baru ingat Allah... Bersamalah kita bermuhasabah diri :)

Mizz Aiza delete icon 9:26 PTG

tangan-tangan manusia yang merosakkan alam ini.. semoga kita semua bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan itu..

Betul kata Wak Dol tu. Jadi, sebelum lebih parah eloklah kita muhasabah untuk mencegah daripada perkara ini terus membarah.

entri yg baik..utk renungan kita semua...
sebaris doa kepadanya untuk diamalkan. Doa tersebut ialah:

Ya Allah, jadikanlah pahala kepada musibahku ini dan gantikanlah sesuatu yang lebih baik daripadanya”.

Nurul delete icon 10:01 PG

Peringatan yang baik buat kita semua... Sama2 kita jaga alam sekitar yang dah semakin terabai... ^__^

Unknown delete icon 10:04 PG

kita memang salu lupa dengan apa yang kita dapat..
kadang-kadang kita lupa...
bumi mana yang harus dipijak..
langit mana yang harus dijunjung...
ternyata kita memang tak sedar di untung....
merosak dan mengkhianati memang kita tak lepas melakukan..

bila dapat musibah baru nak melatah...
lantas jari telunjuk di tunding...
menyalahkan siapa....

OKje delete icon 6:06 PTG

Tulah tu....ralit makan pucuk muda hari hari lupa pulak dah nak beristighfar dah ni...huhu

Unknown delete icon 9:47 PTG

Astaghfirullaha Al-‘Azhim......

Yana Yani delete icon 3:28 PTG

betullah kan, itulah fitrah manusa
mudah alpa, bila didatangi musibah barulah tersedar
peringatan untuk diri sendiri ni

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap