Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap blogger selalunya pasti akan mendapat komen dari anonymous. Siapa anonymous ini? Namanya sedap tapi tidak dapat dipastikan siapakah mereka ini. Anonymous berasal dari perkataan anonim (tanpa nama) merupakan istilah internet yang diperkenalkan pertama kali di tahun 2003 oleh imageboard 4chan.
Bagi blogger, anonymous ini bolehlah kita andaikan :
- Mereka yang komen tapi tidak mahu dikenali sama ada berniat baik atau sebaliknya.
- Mereka yang meninggalkan link sebagai promosi dan membawa spam.
- Mereka yang tiada akaun google.
- Mereka yang tiada blog @ bukan blogger.
- Anonymous juga selalunya dikenali sebagai penggodam.
Menyekat Komen Anonymous
Oleh kerana komen anonymous ini sering mengganggu dan menyusahkan blogger dengan komen-komen yang tidak 'digemari' dan takut akan kesan komen spam ini kepada blog maka ramai blogger menghadkan setting komen kepada google readers atau setting moderate untuk langkah menyekat atau menapis komen anonymous dari terus terpapar.
Namun tidak semua komen anonymous ini datang dari mereka yang ada maksud tersirat. Ada juga komen anonymous dari pembaca yang tiada akaun google.
Komen-komen dari mereka juga menunjukkan bahawa sesuatu entri itu bukan hanya dibaca oleh blogger dan empunya google akaun tetapi dari mereka yang benar-benar mencari maklumat atau ingin membaca topik berkaitan.
Jika komen dari blogger atau empunya akaun google ini, mudah untuk kita jejaki mereka tetapi jika dari anonymous bagaimana kita nak menjejaki mereka? Apa yang boleh kita lakukan hanyalah dengan membalas komen tersebut.
Komen Anonymous Menyentuh Hati
Panjang lebar mukadimahnya... kini kita kembali kepada tajuk entri ini. Blog ini juga tidak terkecuali dari komen-komen anonymous. Namun saya tidak menyekat kesemuanya bergantung kepada kandungan komen tersebut. Ada daripadanya ikhlas memberi komen, namun semua komen anonymous beserta link akan akan disekat dan automatik masuk kedalam komen spam.
Hari ini Relaks Minda mendapat satu komen anonymous yang benar-benar membuatkan saya terkedu dan tersentuh hati. Terdiam seketika... tapi fikiran jauh melayang untuk cuba mendalami apa yang dialaminya. Anda bacalah sendiri komen anonymous dibawah ini yang tercatat didalam entri INI.
Terima kasih kepada 'anonymous' kerana sudi singgah di Relaks Minda untuk mencari ketenangan seketika. Sungguh berat dan besar sekali dugaan hidup anda. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... Semoga anda tabah menghadapi ujian Allah SWT ini dan semoga ada sinar kebahagian menjelma disebalik kesukaran dan keperitan yang melanda...
Jangan sesekali kecewa dan menidakkan ketentuanNya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyayangi... dan setiap perancanganNya adalah yang terbaik buat mereka yang sentiasa mengingati dan yakin kepadaNya.
Blog Anda, Cara Anda...
Tidak semua komen anonymous itu berniat tidak baik dan membawa keburukan kepada blog. Kadang kala ada pembaca yang ikhlas ingin meninggalkan komen atau mahu mendapat lebih penjelasan. Pastinya setting komen khas buat pengguna akaun google sahaja akan memberi masalah buat mereka ini.
Bagi pendapat saya, comment moderate sudah memadai untuk menapis dan menyekat komen-komen anonymous dan spam yang tidak dikehendaki daripada disiarkan. Tapi semua ini terpulang kepada anda... Blog anda, cara anda... :)
Author by Bin Muhammad
61 comments - "Terkedu Membaca Komen Anonymous"
Betul tu BM, comment moderate sudah cukup untuk menapis komen sebelum diluluskan.
Assalammualaikum... BM,
BM.. ayat last tu.. tersenyum mselim3 "Blog Anda Cara Anda".. mselim3 setuju dengan BM tak semua komen daripada anonymous .. adalah spam. Macam BM katakan tadi, ada gak anonymous yang baik2 dan ingin berkongsi...
mselim3
T kasih atas tips & perkongsian BM.. semoga membantu mereka2 yg memerlukan & bersama kita semua beroleh keberkatanNya... aamiin.
terima kasih untuk entri yg menarik di blog BM
kak nah juga ada menerima komen2 dari anonymous dlm spam yang memberi komen2 yg baik dan membina selain dari yg datang meninggalkan link yg entah apa2 tu.. BM..hihi..'Blog Anda Cara Anda' setuju sangat2..
kadang2 anon ni bila komen ntah apa2..bila tgk, x de pulak blognya,tu yang buat malas nak layan
Jika komen yang baik bagus untuk dikongsi. tetapi jika komen yang tak bagus delete rasanya lagi baikk komen yang tak ok.
Liza pun allow anonymous. Tp satu2 waktu, ramai anonymous menerjah. Hehe.. Byknya spam la. Sedih baca komen anonymous tu. Moga dia dapat harungi dugaan hidup dengan tabah...
Tapis mana yang patut...hanya kita yg mengetahuinya.
Waalaikumsalam sahabat,
Benar, kerana pembaca blog bukan semuanya blogger dan ada google akaun...
Bukan tips yg saya nak kongsikan sebenarnya...tapi komen anonymous yg sangat menyentuh hati itu... tapi jika ianya memberi pencerahan...Alhamdulillah, ambillah mana yg baik.
Sama-sama Acik.. dan terima kasih krn sudi berkunjung
Terpulang...lakukan apa yg cik akak rasakan terbaik :)
Komen yg baik kita siarkan jika tidak...delete aje
Blog kita...cara kita, hehe
Benar tapi ada juga yang Ok...tapi selalunya yg ntah apa2...kan.
Blog Kak tie...so Kak tie berhak memilih
Pilih yg mana bagus dan nak disiarkan...jika tak mahu delete aje, hanya kita yg tahu...blog kita kan... :)
p/s: saya tahu anda ada pengalaman kurang enak tentang komen2 ni. Semoga ianya tidak mematahkan semangat dan teruskan berblogging. Blog kita...hak kita...cara kita... :)
Kalau banyak komen anonymous ni...baik guna setting moderate utk mengelakkan ianya tersiar tanpa ditapis.
Saya pun sedih dgn nasib pengomen tu...semoga beliau tabah dan kuat menghadapi ujian Allah.
setakat ini belum ada buat moderate lagi untuk blog sahaja..tengok kalau dah terkena nanti baru tukar balik setting dia.
Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO
Blog saya jarang masuk komen anonymous, tapi kalau yang masuk pun nampak macam iklan tapi takde link pun
Blog Anda, Cara Anda...akak setuju kata BM pandai2 arr kita uruskan seperti DIRI kita di tempat mana dan dlm keadaan bagaimana anda nak letakkan...akak doakan anonymous tu tabah dengan ujian hidupnya....
blog mama, cara mama.. terharu dengan komen beliau, semoga beliau tabah dalam menghadapi rintangan kehidupan..
tahniah tuan.. teruskan memberi inspirasi...
Zumal pernah tengok kawan zumal yang xde akaun google tapi ingin bertanya tuan blog tentang apa yg dishare tapi apa kan daya setting blog tu tak terima komen anonymous... Guna id zumal je la :)
Anon memang selalu singgah dan ada antaranya memberi semangat tidak kurang juga yang singgah sebagai spam.
terkedu juga baca komen tu... sebak rasanya. Semoga "akak" tu dikurniakan kekuatan dan ketabahan serta kejayaan di dunia dan akhirat.
Sedihnya... Terkedu seketika...
Nrl pun terkedu baca komen anon tu... sedih pula mengenangkan nasib dia & anak2... ya, x semua si anon tu berniat tidak baik, mungkin ada diantara mereka2 ini tidak mahu dikenali, cuma ingin meluahkan apa yang dirasa... tapi anon spam lagi banyak...
p.s : cam nrl satu ketika dulu time xde blog sendiri, bila terasa nak komen kat blog tu nrl pun salah seorang dari anon tu... ^__*
Saya allow anonymous dan banyak spam..sedih baca komen anonymous..semoga dia tabah menghadapi dugaan hidup.
Pernah juga dapat komen dari anon. Mana komen yang tak sepatutnya, memang saya delete terus. yg ok memang akan dipublished.
Sedih nya baca komen anon tu. Semoga dia tabah.
dulu selalu aiza terima komen anonymous berbentuk spam.. sehari sampai berbelas-belas.. memang ia akan automatik masuk folder spam, tapi kadang tu terlepas juga di folder komen, sampaikan pernah aiza terdelete komen rakan blogger ketika memilih untuk delete komen anonymous ni..
pernah juga menerima beberapa komen anonymous yang menghina dan mengejek.. nasib baik memang buat comment moderate, kalau tak mesti terus ter'publish'.. dalam hati memang berasa sedih dan semangat hilang..
sebagai salah satu langkah penyelesaiannya, sekarang aiza menukar setting dengan cara tidak membenarkan lagi komen anonymous di blog aiza..
Betullah tak semua komen Anon tu tak berasas. Motif jadi pengomen anon sebab tak mahu org mengenalinya. Jadi memang ada komen yg baik dan membuat kita berfikir berkali-kali...
sedihnya...tak taulah kalau saya di tempat anonymous tu...
Ya, ikutlah pada keperluan tuan... :)
Jika ianya tidak mengganggu...xde beri apa2 masalah.
Perlu bijak menguruskan 'diri'....jangan sampai memakan diri :)
Samalah kita doakan yg terbaik utk anonymous tu...
akak tu sedang mencari penawar bagi masalah yang dihadapinya sekarang,..ini bermakna blog bro telah menyumbang satu penyelesaian yang dicari2 mereka..tahniah bro :)
Betul tu mama...ikutlah cara mama :)
Samalah kita doakan yg terbaik utk anonymous tersebut...
Terima ksih diatas kunjungan dan kata semangat... amat2 saya hargai
Sesiapa yang pernah alaminya pasti memahami...
Samalah kita doakan yg terbaik utk anonymous tersebut...
Samalah kita doakan yg terbaik utk anonymous tersebut...
Pengalaman pasti mengajar kita... :)
Samalah kita doakan yg terbaik utk anonymous tersebut...
Jika tidak mengganggu, bukan satu masalah pun...kan.
Samalah kita doakan yg terbaik utk anonymous tersebut...
Benar...pilihan pada kita, pilihlah yang mana baik...
Samalah kita doakan yg terbaik utk anonymous tersebut...
Tiada yang salah dalam membuat tindakan. Setiap darinya memberi pengalaman, ilmu dan pengajaran. Pilihlah yg terbaik untuk blog dan diri kerana blog kita, hak kita...cara kita.
Terima kasih Aiza krn berkongsi pandangan dan pengalaman... :)
Turut sama terharu dengan komen Anon tersebut.. semoga beliau tabah menghadapi ujian Allah. Pasti beliau surf mencari sesuatu untuk menguatkan hati yang sedang bercelaru, dan menjumpai doa yang BM share.. Alhamdulillah.
Betul...walaupun komen anonymous ini saya sekat tetapi jika ianya komen yg baik...tetap akan saya siarkan. Mesti ada sebab kenapa mereka menggunakan komen anonymous ini.
Itulah.. Terpikir juga nk on blik semua tu.. Tgk la cmne nnt..
belum lagi menerima komen anon yg merisaukan...biasanya anon yg komen dikenali n mrk tiada akaun google. tp komen yg pelik2 tu sure di delete.
Bagi Lya ..kalau komen tu membina dan tak menjatuhkan ok la kan ??
Tapi kalau komen yg di tinggalkan tu menjatuhkan airmuka kita mencalarkan reputasi kita dan masa tu pulak blogger lain yg baca dulu (sebab kita tak buat tapisan semua komen terus masuk jer) tak ker TERKEDU namanyerr huhuhuhu ...
Tapi adat la kan biler berblogging ni ada yg suka ada yg tak suka kan ..
Atas diri masing2 la nak suka kita ker tak ..
Tapi perlu ker tinggalkan komen yg boleh buat org TERKEDU ..
dan apamotif lerr SI DIA tu nak buat camtu huhuhuhu,,\Bg Lya org tk der kerja jer suka tinggalkan komen menyakitkan hati kat blog org lain ..
Atau org yg perasan Bagus sgt ler tu huhuhuhu........
Betul2
sbb tu akak baca dulu sblm diapprove komen...kalau yg memberi pendapat yg bernas,tak nampak mcm spam..akak publishkan..
sedihnya,. ujian dan dugaan dalam hidup tanda Allah sayangkan kita,,, KA pun kdg2 publishkan juga komen2 anon yang membina ni !
selalu nampak komen anon nie dalam blog hiburan... hehe... nampaknya ada pembaca setia blog BM... :)
Semoga dia dipermudahkan urusan. Setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Banyaknya kadang tu promote barang tu yg malas tu....Apa pun turut simpati dgn nasib hamba allah tu....pilihlah mana yg terbaik. ....
Comment moderate sudah.. tapi blog idah masih dihujani spam anonymous... sehinggahakan idah terpaksa tutup sementara anonymous baru2 ini... tengok la.. nanti kalau rasa dah reda... buka semula laa... :D
Kepada wanita tu... idah kagum dengannya... walaupun suaminya penagih tapi dia masih tetap setia dgn suaminya... mungkin kerana memikirkan anak2... mungkin...
nasib baik blog kathy kurang terjahan anony ni..maklumlah blog biasa jer..harap si sietri dan ibu bersabar denga ujian Allah..setiap yg pahit pasti ada manisnya..inshaAllah..
typo : isteri,bukan sietri..adeh..
Salam.. sblm ni cikla tak tapis pn komen2 yg dtg. Tp lepas dpt komen dr sorg hamba Allah si anony ni dgn komen yg agak kurang sopan cikla terus set comment moderate..
saya pula yang rasa sebak baca komen anonymous tu
hebat ujian menimpa dia, moga dia tabah demi anak-anak
Doakan yang terbaik untuk "anonymous" yang berkenaan..Kita pun persaan ada sorang anonymous di Blog kita yang selalu datang. walau kita tak kenal dia, tapi kita dapat rasakan orang yang sama dari cara cara dia komen..so far dia being very positive..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”