Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga sahabat dan tetamu Relaks Minda dalam keadaan sihat sejahtera. Setiap kali awal bulan biasanya blogger akan menerbitkan satu entri khas bagi menghargai pengunjung setia blog dan selalunya adalah entri khas senarai top commenter atau carta pengomen terbanyak di blog. Walaupun nampak klise tetapi ianya punya matlamat dan kepentingan tersendiri.
![]() |
Pengomen Dihargai |
Jika dilihat yang singgah dan meninggalkan komen ini selalunya adalah dikalangan blogger juga atau komen spam (kebiasaannya dari anonymous). Ianya berbeza dengan blog hiburan, berita dan politik yang ramai pengomennya adalah dari kalangan bukan blogger.
Top Komentator Blog
Oleh itu beberapa blog memberi penghargaan kepada top komentator mereka. Diantaranya adalah seperti blogger berikut yang menerbitkan entri khas menyenaraikan top komentator mereka untuk bulan Mac 2014. Malah ada banyak lagi blog yang menerbitkan entri khas sebegini...
Dari senarai diatas juga dapat kita lihat banyak nama yang sama tersenarai di blog yang berbeza, itu jelas membuktikan betapa rajinnya mereka ini melakukan kunjungan (blogwalking). Mereka juga adalah blogger. Amat kagum dengan mereka semua ini kerana sungguh rajin dan dapat meluangkan masa berkunjung ke blog-blog sahabat sambil memberi komen yang menarik dan berkualiti... Anda semua memang hebat!
Ganjaran Buat Pengomen
Melalui entri khas senarai pengomen terbanyak bulanan ini, ianya dapat memperkenalkan pengomen atau sahabat yang mesra ini kepada pembaca dan follower blog mereka. Selalunya juga pengomen ini akan dihargai dengan diberi sedikit ganjaran. Antara ganjaran yang paling biasa diberikan adalah menyenaraikan mereka yang ramah ini di dalam senarai bloglist. Satu pemberian backlink yang dapat meningkatkan pengunjung dan ranking blog.
Selain dari itu, ada juga yang bermurah hati memberi hadiah atau cenderahati. Tidak kira apa pun ganjarannya... ianya cukup membuktikan betapa pengomen itu amat dihargai dan dengan cara ini juga ianya dapat menarik minat untuk pembaca memberi komen mereka.
Pentingkah Pengomen Dan Wajarkah Dihargai?
Benarkah pengomen itu penting bagi sesebuah blog? Ianya terlalu subjektif, bergantung kepada pandangan masing-masing dan tujuan anda berblogging. Pendapat saya pula... ianya penting kerana tanpa pengomen saya rasakan entri yang diterbit bagaikan tiada pembaca walaupun saya tahu ramai yang membacanya. Maklum balas dari pembaca dapat menjadi rujukan bahawa apa yang ditulis itu dapat difahami atau digemari mahupun sebaliknya.
![]() |
Anda dihargai |
Sekarang ini bagaimana? Anda rasa pentingkah pengomen dihargai? Jika kita sendiri terasa betapa sukarnya hendak melakukan blogwalking, malah nak menjejak semula pengomen pun susah... maka dapat bayangkanlah betapa tingginya komitmen yang diberikan oleh para pengunjung setia ini untuk melakukan blogwalking, membaca dan meninggalkan komen di blog anda. Kita nilaikanlah sendiri...
Terima kasih kepada semua pengomen dan pengunjung Relaks Minda... Tanpa anda, sepi dan suramlah blog ini... Andalah sumber inspirasi dan semangatku untuk menulis dan kekal aktif.
p/s: Untuk dapat ramai pengomen tegar...kita perlu jadi pengomen tegar, betul tak?
Author by Bin Muhammad
57 comments - "Pentingkah Pengomen Di Hargai?"
betullah pengomen perlu dihargai dengan pelbagai cara
kalau macam beri cenderamata perlukan komitmen
saya tengok dalam senarai tu kan, mizz aiza paling banyak bagi komen ye
macamana dia buat? hebat sungguh rasanya
entry rajin terbit, blogwalking lagi, hebat!
mesti perlu...kalau tak de mereka siapa kita dan blog kita akan jadi cam mana..
bukan niat kita nak bermegah-megah..tapi kita cuma ingin menghargai....
dan bukan senang nak komen sebuah entri..kalau tidak melalui pembacaannya...
hargailah...selagi mereka masih setia..hihi
amat penting kita menghargai komentator...paling hebat di blog kathy adalah mizz aiza,khir khalid,helmi dan asha lya..tiap bulan nama blogger ini akan naik di kedua blog kathy.kathy sendiri rasanya tidak mampu seperti mereka di mana kebanyakan blog pun akan update nama mereka sebagai top komentator. blogger yang lain ada turun naiknya,namun sama² memeriahkan blog kathy yang selalu terabai je kebelakangan ini...
Pengomen setia memang penting. Saya hargai setiap pengomen tegar di blog saya. Tak semestinya kena bagi reward utk pengomen tegar. Kalau setakat komen nak reward semata2 memang tak boleh lah mcm tu kan. Banyak cara lain selain dari bagi hadiah.
Sebab tu saya setting kotak komen. Supaya saya boleh terjah mereka dulu sebelum approved. Komunikasi 2 hala katakan ☺
mesti lah..sbb tu bila rajin komen,otomatik nama tersenarai dalam blog...mesti bangga kan?
Assalamualaikum BM, bagi sheila pengomen ni penting. setiap hari sheila akan blogwalking menerusi komen2 yang ditinggalkan. hehee cuma tak berkesempatan nak beri cenderahati buat mereka. hehehe teruskan berblogging BM~~~
bagi saya pengomen blog patut dihargai..cara itu kita menghargai orang yang rajin singgah dan memberi komen yang terbaik untuk blog..Tak salah nak menghargai mereka dengan cara tersendiri kan..
Tak mampu menjadi Mizz Aiza, beliau memang hebat! Kagum dengan komitmen dan semangat beliau! Kalau ada Anugerah Blogger Sejati... Mizz Aiza paling layak :)
Ya...Sependapat dengan cik akak. Amat menghargainya...
Walaupun tidak mampu menjadi spt mereka...tetapi cukup menghargai komentator spt mereka...kagum dan respect! Hanya sedikit penghargaan yg mampu diberikan walaupun tidak setimpal dgn komitmen dan kerajinan mereka.
Blog peribadi seperti kita ini, untuk mendapat pengomen tegar...kita pun perlu menjadi pengomen tegar... Berbeza dgn blog otai2...
Betul...penghargaan tidak semestinya berbentuk pemberian hadiah...
Ya! Tidak dinafikan...Entri khas serta ganjaran bloglist dapat memberi semangat dan pemangkin utk blogger meninggalkan komen.
Waalaikumsalam,
Penghargaan tidak semestinya berbentuk hadiah... Menjejak komentator dan meninggalkan komen diblog mereka juga salah satu cara menghargai komen yg ditinggalkan.
Setiap blogger ada cara tersendiri...yg penting matlamatnya sama iaitu menghargai pengomen. Saya pun sependapat...pengomen wajar dihargai.
salam. sy setuju..pengomen perlu dihargai :)
suka baca n3 ni...pengomen2 yg rajin membalas kunjungan kawan2 blogger mmg wajar dihargai...selain dibloglist mungkin boleh beri penghargaan lain...blog kak ni baru saja nampak meriah setelah berkenal dgn kawan2 blogger yg rajin bw walau blog kak tu lebih lama ujudnya berbanding blog kwn2...
mizz Aiza dimana2 hehe...
tanpa pengomen,apalah ertinya entri sesebuah blog tu,kan..
pengomen blog wajar dan perlu dihargai..bagi saya sendiri, saya ada menyediakan sedikit insentif tunai sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Sebagai rakan blogger, cara yang mudah nak support kawan2 lain adalah dengan berblogwalking dan memberi komen sesama kita dengan itu bertambahlah keakraban kita semua :)
Saya tak tahu apa petandanya, tapi saya baru tergerak hati untuk hasilkan entri sebegitu dan bila saya online Allah tunjukkan kepada saya entri terbaru blog HH dan blog BM. Subhanallah~
aah...ada di antara nama blogger di atas sentiasa naik di carta pengomen. memang memberi komitmen yang terbaik dlm mengomen. pengomen sgt2 dihargai. benar...tanpa mereka sure sunyi blog
Sesungguhnya saya amat kagum dengan mereka yang rajin komen dan blogwalking ni. Saya pun tak serajin tu. Lagipun masa yang ada tak sempat. Setakat terbit entri dan BW mana yang rajin singgah di blog saya saja dan beberapa blog yang menerbitkan entri menarik perhatian saya. Maaf, jika tak sempat nak singgah di blog lain ya. Jangan marah.
pada pandangan aiza pengomen memang wajar dihargai.. macam aiza hanya mampu bagi backlink kepada pengomen yang sudi komen dengan cara meletakkan 20 pengomen terbanyak di sidebar blog aiza selama sebulan..
aiza sudah jarang blogwalking kebelakangan ini, mana yang sempat sahaja aiza terjah.. keutamaan untuk aiza berkunjung balas kepada yang datang komen di entri.. macam aiza buat comment moderation, sambil publish komen mereka sambil aiza berkunjung ke blog mereka.. kemudian barulah pilih secara random dari bloglist dan akhir sekali tengok di shoutbox, google+, atau dashboard blogger..
sy hargai kesudian pengomen meninggalkan komen di blog sy.
Ye, betul sgt tu tuan BM. Utk permulaan tahun sampai lah dah masuk suku kedua 2014 ni, saya memang dah tenggelam langsung. Maaf, maaf sangat2. Terlalu sibuk lagi2 dah dekat nk majilis ni..
okey, bila baca entri ni rasa macam ada teguran di situ. Baikk, akan berubah pasni insyaAllah =) Terima kasih tuan BM
Kita hargai setiap pengunjung yang datang ke Blog kita. Tambahan pulak Blog kita banyak entry. So dia orang kena spend masa and komen kat Blog kita. So salah satu cara menghargai mereka ialah dengan menyenaraikan mereka di Bloglist Istimewa kita. At the end of the day dia orang dapat backlink and at the same time dia orang boleh dapat trafik dari blog kita.
Saya hargai komen yang ditinggalkan oleh pengomen di setiap entry saya.Saya akan senaraikan mereka di blog list saya.Dan akan membaca setiap entry baru mereka dan meninggalkan komen.Kalau saya ada masa, saya akan baca entry yang lepas...
betul tu bro,...kalau kita rajin kan diri berkunjung dan komen kat blog orang lain, orang pun akan bt perkara yang sama..:)
Waalaikumsalam...ya! kita sependapat nampaknya.
Pengomenlah yang menampakkan kemeriahan sesebuah blog... Kena rajin mengomen barulah pengomen datang...itu adalah resam berblogging.
Tiada yg sehebat Mizz Aiza....
Setuju sekali dgn pendapat akak :)
Bertuah pengomen2 diblog anda...benar2 dihargai!
Setuju sangat dgn pendapat anda...support sesama blogger melalui komen. Semoga ukhwah kita berpanjangan.
Kenapa tidak ditulis sahaja...setiap orang pasti ada perbezaan pandangan dan pendapat. Mungkin sesuatu boleh saya pelajari darinya... :)
Komitmen mereka sungguh mengagumkan! Ya...wajar dihargai.
Yumida tak datang komen disini pun dah terasa sunyi... :)
Ye lah, dulu saya lihat nama Tetamu Istimewa sentiasa berada di top komentator dibanyak blog tapi kini dah semakin berkurangan...
Terima kasih krn masih sudi menitipkan komen disini...semoga ikatan persahabatan terus berkekalan.
Aiza seorang blogger yg hebat, menjadi inspirasi dan kekaguman semua blogger lain. Mampu berada di senarai teratas komentator dikebanyakkan blog bukan sesuatu yng mudah dilakukan. Perlukan banyak masa dan kerajinan.
Kagum dengan komitmen dan semangat Aiza...Anda memang wajar dihargai!
Tahniah dan semoga berjaya dalam apa jua yang Aiza dilakukan.
Saya juga menghargai kehadiran dan komen dr Abe Kie...
Memang amat memahami situasi BC... Utamakan yang lebih penting dahulu.
Terima kasih kerana masih berkesempatan juga menjengah kesini. :)
Ya...bukan mudah utk sentiasa ada pengomen pd setiap entri spt Blog Santai yg terbitkan 3 atau lebih entri sehari. Komitmen nak terbitkan entri dan melakukan blogwalking lagi... RZ anda memang blogger tegar! Masih tersenarai dalam top komentator dikebanyakkan blog! Dari mana datangnya semangat, kerajinan dan masa itu ye?
Itulah yang dilakukan bagi kebanyakkan blogger... Setiap kehadiran pengomen memang wajar dihargai.
Betullah tu...mahukan pengomen perlulah jadi pengomen dulu... :)
Wahh saya punya pun ada hahaa.. pada saya tak seronok juga bila kita tulis & kita sendiri baca shj walaupun ada org lain membaca penulisan kita tu.. tp, seronok bila kita baca penulisan org lain & bertegur sapa... bila org buat perkara yg sama kpd kita, lagi bersemangat kita nak menulis lagi.. mmg pengomen tu penting & mengomen ke blog org lain pun sgt seronok selagi mampu & diizinkan.. baru rasa feel berblogging.. ada interaksi 2 hala.. :D :D
kak setuju sangat. kak sendiri rasa terharu sangat bila nama atau blog kita ada yang mentioned dalam blog dia.
actually, kak nak masukkan kolumn pengomen tegar tu tapi tak reti, haha. blog kak tu pun ada orang tolong buat..tunggu dia "repair" tahun ni, tengah sarat mengandung pulak..sabar jelah..
Suka bw cuma kadang kekangan masa.. mmg kagum dgn mereka yg berkomitmen tinggi ni, Mizz Aiza, Khir khalid, RDZ dan ramai lagi.. Tahniah!
Mmg diorg byk msuk ranking dimana2 blog.. Mmg rajin diorg bw... Sy amat hargainya... Sbb tu msuk dr bloglist... Sbb kita blh blas balik... Stakat ni masih memikir cenderhati yg sesuai...
Setuju dengan entri ini,tetapi secara peribadi saya memang tidak punya "lebihan masa" untuk selalu blogwalking dan hantar komen, buat blog sebab nak lepaskan "gian" dan minat menulis (walaupun kekadang merapu..haha).Belum dapat bagi komitmen utk selalu blogwalking..huhu..namun tetap bersyukur kepada sesiapa yang singgah blog saya dan hantar komen..:)
wah nama BM ada dimana2 blog.. tahniah,, KA dh kurng masa skang ni , duk sibuk dgn kerja ! BW mana yg dan aje huhuhu
Pengomen memang amat diperlukan... sekurang2nya penulis dapat merasakan yang apa yang ditulis tu dibaca dan dikomen oleh seseorang samada +ve atau pun -ve... menghargai pengomen itu juga adalah salah satu cara yang baik tapi mengikut kesesuaian dan cara masing2... :D
Oh zirafah telah ditendang ke hutan nampaknya....huhu....
Tak kisahlah nak dihargai atau pun tidak, yang penting ikhlas mengomen.....
Betul memang mengomen ni perlukan komitmen yg tinggi....penat tau memerah idea nak buat lawak lawak kurang cerdik hehe
betol tu.. nk dapat pengomen tegar, kita kena jugak jadi pengomen tegar. baru ada give and take.. hehehe.. antara nama yg paling popular yg selalu melekat kat senarai pengomen tegar di blog2 lain ialah kak mizz aiza, dan beberapa lagi. hebat beliau.. hehehe
menabung sini :)
bro BM mempunyai ramai pengomen..ternyata banyak masa juga untuk membalas balik kunjungan mereka..
memang bukan mudah untuk blogwakling ..saya juga perhatikan ada juga blogger otai yang setia meneruskan legasi blogwalking mereka waima blogspot macam kita..
Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO
saling memerlukan
Memang sukar BM. Banyak perkara kena sacrifice. Tapi somehow kita rasakan I owe them because dia orang pun lakukan perkara yang sama. Kalau tak mana mungkin ada yang masih mengekalkan komen pada setiap entrykan. Banyak tu .Syukur Alhamdulillah..
Saudara Khir juga seorang pengomen yg bagus dan rajin. Nama sentiasa berada diantara pengomen teratas dikebanyakan blog. Saya amat kagum dan menghormati serta menghargai anda yang dapat memberi komitmen dan meluangkan masa untuk berkunjung, membaca dan mengomen. Apabila wujudnya interaksi maka semakin semangat dan seronok berblogging!
Semoga persabatan kekal terjalin dan selamat berjaya sebagai blogger!
salah satu tanda yg kita suka menepek kat blog mereka... :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”