Jalinan Persabatan Bersama Relaks MindaAssalamualaikum dan salam sejahtera... Jika anda perhatikan, di blog ini terdapat satu Label atau Kategori dinamakan 'Komen Entri'.

'Komen Entri' adalah satu kategori dimana saya membuat satu entri khas yang memaparkan entri blogger lain yang menarik dan menjadi pilihan peribadi saya. Ianya umpama satu ulasan ringkas sambil mengetengahkan entri dan blog tersebut kepada pengunjung dan pembaca Blog ini.

Boleh lihat artikel-artikel kategori 'Komen Entri' di link berikut : Artikel Komen Entri

Memilih Entri di Komen Entri

Kewujudan kategori 'Komen Entri' ini juga merupakan satu penghargaan dan sumbangan kecil saya untuk anda mendapatkan backlink, promosi dan trafik. Mungkin ianya tidak seberapa tetapi itulah antara yang termampu saya berikan untuk kebaikan dan manfaat bersama

Jika sebelum ini pilihan entri anda didalam artikel 'Komen Entri' adalah melalui pilihan saya sendiri. Oleh itu selalunya saya hanya melihat entri-entri terbaru anda yang menarik perhatian saya untuk di ulas. Istimewa hari ini, saya akan membuka peluang kepada anda untuk memilih entri terbaik yang pernah anda terbitkan untuk saya ulas dan ketengahkan sebagai entri di 'Komen Entri'. 

Syarat-Syarat Penyertaan

Namun anda perlulah mengikut beberapa syarat-syarat mudah yang telah ditetapkan seperti berikut:
  1. Entri mestilah hasil penulisan sendiri dan bukan entri copy paste.
  2. Topik entri adalah bebas tetapi mestilah tiada unsur lucah, provokasi, bertentangan dengan syariat Islam serta undang-undang negara.
  3. Satu blog hanya dibenarkan memberi satu link URL entri terbaik anda.
  4. Terbuka juga kepada mereka yang telah diterbitkan entri dalam 'Komen Entri'.
  5. Hanya blogger Malaysia dan entri berbahasa melayu yang dibenarkan
Selalunya peserta terpaksa bersusah payah untuk membuat entri serta perlu follow mahupun klik itu dan ini untuk mendapat ganjaran sebegini, tetapi jika anda berminat dan rasakan ianya bermanfaat serta mahu mencuba,  anda tidak perlu buat semua itu, apa yang anda perlu lakukan hanyalah tinggalkan link URL entri terbaik anda dibahagian komen. Itu sahaja... 

Peringatan Dan Panduan

Setiap penyertaan juga bukan satu jaminan bahawa ianya akan diterima. Pilihlah entri terbaik yang anda rasakan benar-benar menarik, berkualiti dan bermanfaat kepada semua orang. Kelainan dan serta keunikan sesebuah entri pastinya akan membuka peluang yang lebih besar untuk dipilih. Blogger-blogger baru amat digalakkan mengambil peluang keemasan ini.

Entri yang berjaya dipilih tidak akan diumumkan. Anda hanya akan diberitahu apabila entri anda diterbitkan. Jika entri anda terpilih, saya memohon kebenaran untuk menyalin ayat, gambar dan apa sahaja yang diperlukan untuk saya masukkan dalam artikel yang bakal diterbitkan nanti.

Tarikh tutup penghantaran belum ditetapkan lagi (saya pun faham, anda perlukan masa utk memilih entri terbaik anda) tetapi jangan lambat kerana jika terlalu banyak penyertaan diterima, saya akan tutup bila-bila masa sahaja.

Tarikh tutup : Isnin, 21.4.14 (2.45 pm)

Jalinan Persabatan Bersama Relaks Minda


p/s: Terima kasih kepada yang sudi meninggalkan url entri terbaik anda. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat dan kebaikan bersama...InsyaAllah. Saya akan cuba yang terbaik....nantikan kemunculan entri anda diterbitkan, :)
Author by Bin Muhammad

77 comments - "Sila Tinggalkan Link URL Entri Terbaik Anda."

Ini berita baik utk blogger.. Tahniah.

Unknown delete icon 10:13 PTG

Tak berani nak letak link hihi
Entri tak seberapa je uncle

paridah delete icon 10:32 PTG

xberani nk cuba...maklum n3 tulis suka2..mesti ramai yg minat nk sertai tu...

Unknown delete icon 10:33 PTG

Menarik ;D

Hehehe entri kiter tak berapa ok biasa2 jer ...
Bagi peluang pada yg PRO la ..
Kita tunggu dulu hehhee ..
Good Luck untuk semua yg menyertai ..

BinMuhammad delete icon 11:30 PTG

Xberani? Ini bukannya satu ujian atau cabaran... ini adalah penghargaan dan sumbangan saya buat anda...
Blogger2 yg sentiasa menyokong dan bersama Relaks Minda serta mereka yang mahukan pendedahan secara percuma utk kebaikan dan manfaat bersama...

p/s: Entri suka2 itulah yang orang suka.

BinMuhammad delete icon 11:49 PTG

Tak pe...saya amat faham. Cik akak sudah cukup popular dan punya trafik yg tinggi, tidak perlukan promosi percuma lagi dah... :)

BinMuhammad delete icon 11:54 PTG

Ingat...peluang tidak selalunya datang bergolek... :)

BinMuhammad delete icon 12:02 PG

Bolehlah mula memilih entri terbaik anda.. :)

BinMuhammad delete icon 12:06 PG

MKL bolehlah mula mencari entri terbaik anda utk diketengahkan... :)

Wafi Remli delete icon 12:10 PG

Haish, kriteria semua ok..cuma nak pilih artikel tu yang susah

BinMuhammad delete icon 12:19 PG

Take your time... Ini mesti sebab semuanya terbaik!

Menarik nie encik BM :)

dah lama tak join 'segmen' anjuran BM. Dah ada peluang ni... harus cuba dengan segera.

Untuk itu aye tinggalkan link berikut. http://yangbaik.blogspot.com/2014/04/letih-berbaur-hampa.html

Buat masa ini rasanya inilah yang terbaik dari lain-lain entry yang terbaik. :D

Terima kasih.

cik jah nak join boleh???
tp mostly entry2 cik jah x menarik sgt sbb semuanya merapu meraban..
nnt nak cari link dulu.. hehe

peluang terbuka ni, mama kena ambil masa untuk memilih.. :) hihi,

p/s: Jom pekena ice blend mama ..kiki

terima kasih BM, sentiasa kaya dengan idea-idea tersendiri dalam membantu rakan blogger dan pada sama dapat memantapkan lagi blog anda sendiri:) Saya ingin kongsi link url di blog saya, bukanlah yang terbaik, tetapi harap dapat dimanfaatkan bersama rakan blogger lain.InsyaAllah:)
http://cikmatahariku.blogspot.com/2013/11/kematian-yang-dicemburui.html

Nurul delete icon 9:22 PG

Nrl plak x confident nak letak link kat sini... sbb entri pun ikut suka je... hehe
^__^

Oh adik... kakak ni manalah ada N3 yg baik. Tapi kakak nak cuba juga (dgn rasa tak malunya). Harap boleh. Baca tau jgn tak baca (macam paksa pula ye hihi...). Ini N3 tahun 2012 kiranya dah bertahun tapi ramai yg baca lagi tau:)

http://zakiepurvit.blogspot.com/2012/03/bibik-bibik-ku.html

Mengundur tunduk-tunduk ni malu dgn BM hihi...

Tanpa Nama delete icon 10:04 PG

mmg menarik ni, tapi N3 diblog sendiri, KA tak tau mana satu yg menarik.. hehehe, xpe bagi jalan pada yang lain2 dulu... Malu nak letak n3 ler BM

Assalamualaikum BM, wahh bagus sekali ni.. nanti sheila cuba tengok kalau2 ada entri terbaik sheila. hehehe singgah menabung ford sini~~~

PCL delete icon 10:59 PG

Assalam BM ; pcl nak cuba juga sesuatu yang menarik dari peluang macam ni...

http://www.nazlee.com/2014/02/catatan-blog-peribadi-boleh-buat-anda.html

Unknown delete icon 12:13 PTG

amboi uncle,,,hahaha...cakap sedap mulut je kan..
blog cik akak tu apa lah uncle...
cukup makan je..hihi
uncle lain lah...orang berpengalaman...teknik seo pun terbaik :)
kadang-kadang teringin gak nak jadi cam uncle tau...
entri padat....isi pun banyak..hihi..
kalau hendak di bandingkan dengan cik akak nie...
bgai lori dengan motorsikal lagaknya..hahaha

malu pulak nak kata ada entri terbaik kat blog akak...
cuma yg ni boleh la rasanya hehe..
http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/2013/04/tarik-mengkarung.html

ada award utk BM kt blog akak

Blog Santai delete icon 1:33 PTG

Entri kita tak menariklah BM..nway good luck untuk semua..

Zawiah delete icon 1:40 PTG

nak cuba . manalah tahu BM berkenan ...

http://veesandy.blogspot.com/2014/02/kenapa-perlu-derita.html

BinMuhammad delete icon 2:40 PTG

Bukan diri sendiri yg boleh menilai entri sendiri... itu syok sendiri namanye..hehe

BinMuhammad delete icon 2:44 PTG

Bukan dinilai untuk perbandingan dan peraduan....ini hanya satu penghargaan dan sumbangan buat manfaat sesama blogger. Peluang tidak selalunya datang...jgn menyesal...

BinMuhammad delete icon 2:45 PTG

Malu2 tapi mau... Dah! sekarang ni KA cari dan pilih entri ye... :D

BinMuhammad delete icon 2:47 PTG

Kalau entri tidak menarik dan berkualiti masakan ramai peminat setia dan blog berada ditahap terbaik! Itu merendah diri namanya... :)

BinMuhammad delete icon 2:49 PTG

Merapu itulah yang terbaik! Ku nanti kehadiran entri mu Cik Jah! :)

BinMuhammad delete icon 2:50 PTG

Jangan terlepas....bolehlah mula memilih. :)

BinMuhammad delete icon 2:51 PTG

Terima kasih...yang baik tentulah sentiasa terbaik :)

BinMuhammad delete icon 2:52 PTG

Kalau dekat, mau juga saya singgah selalu pekena ice blend mama!
Jangan terlambat ya Mama!

BinMuhammad delete icon 2:53 PTG

Terima kasih CK... Semoga ianya beri manfaat sesama kita.

BinMuhammad delete icon 2:55 PTG

Apalah akak ni...xnampak muka pun nak malu..hihihi
Mesti best entri ni...jika tidak, masakan sampai sekarang masih popular!

BinMuhammad delete icon 2:56 PTG

Waalaikumsalam,
Pilih...jgn tak pilih, semoga ianya beri manfaat kpd anda dan ramai orang, InsyaAllah.

BinMuhammad delete icon 2:59 PTG

Ya...Pilihan yg bijak. Peluang tidak selalunya datang...sesekali ia datang, harus direbut!
Terima kasih PCL.

BinMuhammad delete icon 3:00 PTG

Terbaik itu diatas penilaian kita...maka hak kitalah menentukannya. Bagi saya....setiap entri itu terbaik dan ada keistimewaannya.
Terima kasih Kak Kamsiah...ur the best!

BinMuhammad delete icon 3:02 PTG

Setiap entri ada keistimewaannya...pasti terbaik!
Terima ksih Vee... Semoga ianya dapat memberi manfaat bersama.

Unknown delete icon 3:03 PTG

Hehehe... mula2 baca item no 3 ermm.. tak ada harapan dah...
Pastu nasib item no 4 ada menyelamatkan... hehehehe...
TQ BM... kena tulis yg power2 nie...kalau tak buat malu jerr :D

sitirohaida delete icon 3:46 PTG

tak tau mana entry yang terbaik...sbb kebanyakkan entry merapu..adeh!!..menabung Nissan

Che Akak delete icon 5:22 PTG

huhu..segan

Entry ini yg saya pilih..
http://chenachenis.blogspot.com/2014/03/cinta-anugerah-yang-terindah.html

mencuba jugak... walaupun penulisan biasa2 saje ^_^

http://www.akupenghibur.com/2013/10/solat-istikarahku-terjawab-bahawa-dia.html

Unknown delete icon 7:21 PTG

wah..menarik! peluang keemasan..
skodeng entry yg rasanya memberi manfaat buat pembaca di blog. byk kisah drama tv. al maklum la peminat tv. klo kasi pasal artikel ni...cuba2..mana tahu rezeki disiarkan..

http://umikasum.blogspot.com/2014/03/cara-buat-duit-dengan-nuffnang.html

isi tabung nuff sini - colgate

Fiza Rahman delete icon 9:24 PTG

Ok BM. Nak kena belek n3 lama2 nih :-)

Selamat berkarya sahabatku kalian.

Saya mengambil peluang ini untuk menyebarluaskan sedikit ilmu penulisan yang saya ada. Saya pilih artikel ini sebabnya saya ingin berkongsi sedikit ilmu, keduanya, belum ada satu komen pun daripada blogger (mungkin bosan kot baca artikel yang panjang berjela ni). Ketiganya, bagi saya inilah antara niche "Tetamu Istimewa"-barangkali blogger-blogger boleh selak kembali entri lama saya berkaitan penulisan untuk belajar sedikit ilmu penulisan yang pernah saya tulis.

http://mieadham86.blogspot.com/2012/10/menulis-itu-seperti-menukang-rumah.html

Terima kasih BM.

mselim3 delete icon 10:46 PTG

Assalammualaikum... BM,

Peluang baik nie.. entry mselim3 semua nyer biasa2 aje... mana ada yg baik... yg sedang2 adalah....ermmm pening nak cari yg terbaik.

mselim3

Tanpa Nama delete icon 11:18 PTG

bestnyer..nak join jugak..tapi tak tau apa entri terbaik kathy..semua biasa² jer...

Khir Khalid delete icon 11:26 PTG

Nak dikata entri terbaik tu saya rasa belum ada yg di tahap terbaik kot hehee.. apa pun, atas usaha & niat murni BM saya pun nak panjangkan juga niat saya melalui entri ni.. mudah2an membawa kebaikan.. T kasih.. :)

http://www.khirkhalid.com/2013/11/kisah-aku-dan-aktivis-sosial.html

ZaridaIshak delete icon 11:49 PTG

Mudah-mudahan semua dari kita adalah yang terbaik.. :D

Unknown delete icon 12:30 PG

salam BM. Baru je menjengah ke sini. Aku cuba kasi yang ni. certot Hutang Budi
Ada 4 bahagian. setakat ni baru publish 2
http://www.superabrar.com/2014/04/hutang-budi-part-1.html

mrhanafi delete icon 6:11 PG

mencari entri yang terbaik..mungkin belum ada barangkali!

Unknown delete icon 8:20 PG

Tanam mengkudu buah meninggi,
Mengapa akar menyebat bumi;
Salam rindu mencurah pagi,
Apa khabar sahabat Ummi..

Buah delima hendak dijamu,
Merekah papaya batang sejunjung;
Sudah lama tidak ketemu,
Bolehkah saya datang berkunjung..

Akar seruntun cari di mana,
Deretan akar bertemu laluan;
Selembar pantun entri sederhana,
Kucoretkan lembar buatmu tuan..

Assalamualaikum BM...lamanya Ummi tak munculkan diri di sini...rasa rindu juga untuk berpantun dengan BM.... ^^, entri Ummi semuanya dalam bentuk pantun, dan tak tahu yang mana terbaik....Ummi lampirkan entri favourite buat sahabatku BM....


http://mamasentimental.blogspot.com/2014/04/pantun-puas.html

Tanpa Nama delete icon 8:37 PG

salam BM ni bukan n3 terbaik tapi n3 terbaru utk hari ni hehehe ..http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/04/terima-kasih-untuk-8-tahun-ini-adik.html

Mizz Aiza delete icon 9:30 PG

entri yang aiza tulis biasa-biasa sahaja BM.. hehe..

OKje delete icon 10:25 PG

Apalah ada pada entri mak zirafah yg sedikit pun tak de manfaat dan ilmiah.... mereka yg sudi datang dan mengomen pun dah cukup bersyukur.....
emmm.....

Unknown delete icon 12:15 PTG

Entri yang ada cumalah teguran untuk diri sendiri.. semua kena batang idung sendiri.. nak pilih terbaik.. blog tak popularlah BM.. huhuhu :D

Saudara BM,

Ini link URL entri saya http://pak-mail.blogspot.com/2010/11/merungkai-kisah-sebenar-kd-sri-perak.html

Terima kasih

Unknown delete icon 8:57 PTG

Salam perkenalan,

Akak pun nak tumpang juga.

http://nashfesyen.blogspot.com/2014/02/tempahan-tudung-untuk-ibu-tersayang.html

Terima kasih

Saya pun berminat nak join hantar entri terbaik saya. Terbaik definisi saya ni bukanlah entri saya yang paling popular. Terbaik sebab rasanya, entri ni yang paling berkualiti yang pernah saya buat. Buat research, reference bagai dah macam buat assignment masa kat U dulu. Haha.

Apa pun, ini adalah link entri yang rasakan menarik untuk dibincangkan.

http://anakbekasperajurit.blogspot.com/2013/12/kenaikan-kadar-tol-syarikat-konsesi.html

Terima kasih tuan BM kerana mengetengahkan segmen yang bermanfaat ini :-)

Wafi Remli delete icon 3:00 PG

Err, susah nak nilai yang sendiri punya...hehe

Wafi Remli delete icon 4:29 PG

Membelek kembali entri-entri lama, akhirnya tinggallah dua entri sahaja lagi. Setelah dinilai kembali, mungkin yang ini boleh dijadikan peringatan buat kebaikan kita bersama.

Sebuah entri yang pernah dikarang bulan Februari yang lepas, semoga ia berjaya menjentik jiwa kita, menyedarkan kita hakikat sebenar kehidupan ini.

http://wafiremli.blogspot.com/2014/02/ganjaran-dunia-vs-ganjaran-akhirat.html

Semoga pahala tuan BM menganjurkan segmen ini sentiasa mengalir selagi dunia ini belum berakhir :)

ANIM delete icon 5:27 PG

alahai, malu pulak kak anim nak declare mana yang baik..
prof muhaya kata kalau kita kata kita kaya, sebenarnya kita tak kaya. kalau kita declare happy kat fb, sebenarnya kita tak happy..heee
tapi yg sadisnya, kak anim terlepas tarikh..huhu

Fiza Rahman delete icon 11:42 PG

Ok BM. Saya rasa ini entry terbaik dan saya suka. Buat peringatan diri sendiri juga.

http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2014/04/kebahagiaan-dalam-perbezaan.html

penyertaan di saat akhir...

http://www.mamaniza.com/2014/03/apa-yang-perlu-diutamakan-dalam-dunia.html

BinMuhammad delete icon 3:55 PTG

Terima kasih kepada yang sudi meninggalkan url entri terbaik anda. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat bersama. Nantikan entri anda diulas dan diterbitkan...InsyaAllah.

Pha Is delete icon 7:55 PTG

alamak, saya terlepas.. heheh

profhariz delete icon 10:38 PTG

Alamak dah tutup :'(

Yana Yani delete icon 2:26 PTG

alahai dah terlepas!
tak apa, better luck next time =)

Bunda_nora delete icon 8:28 PG

alahai dah terlepas jauh sangat....tapi kalau bunda diberi peluang...bunda lebih suka tuan admin sendiri yg pilih 'entri terbaik' dari blog bunda...kerana bunda sendiri tak pasti...sebab orang yang membaca lah lebih menilaikan baik ke tak sesuatu entri kita tu...

apa pun dah terlepas kan...nak buat camne...huhu...

tcs admin delete icon 7:40 PG

Jemputlah singgah dan mendaftar sebagai teratakian kami, santai , fun, luahan hati, kongsi rasa dsgnya

salam dari saya di aceh indonesia Assalamu'alaikum . . . .

Alamakk.. da tutup rupenye huhu

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap