Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan MentalSetelah kita kenali dan fahami masalah sakit jiwa dan mental ini dari entri INI, Ketahuilah juga bahawa penyakit ini boleh dikesan melalui kaedah ujian psikologi.

Jika anda ingin mengetahui status masalah kesihatan mental, anda boleh mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kaji selidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ).

Ujian Kesihatan Mental  Kaedah GHQ
  • GHQ adalah satu kaedah saringan bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Ia bagaimanapun tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim dijalankan oleh anggota kesihatan mental yang terlatih.
  • Jika skor anda < 4 = : Anda tidak mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Anda masih boleh mengekalkan atau meningkatkan lagi tahap kesihatan mental anda dengan mengikut petua-petua dan garis panduan yang disyorkan.
  • Jika skor anda > 5 =: Anda mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Adalah mustahak agar anda bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untuk menjalani penilaian selanjutnya.
Namun jika anda tidak mahu membuat ujian ini dan anda rasakan anda mempunyai tanda-tanda akan menghadapi penyakit ini, apakah yang harus anda lakukan?

Cara Mengawal Sakit Jiwa Dan Mental

Pertama-tama sekali, hadapilah dengan sendiri masalah berkenaan, cuba cari puncanya. Jika ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan. Jika tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang yang sanggup mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding cara.

Dengan meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya. Jangan menyendiri dan memendam perasaan kerana disaat ini fikiran dan iman kurang stabil, ianya memudahkan syaitan untuk menghasut kejalan yang mungkar.

Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan Mental

Jika cara ini gagal atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar keupayaan maka anda memerlukan bantuan lanjut iaitu perlu merujuk kepada Pakar Sakit Jiwa di hospital-hospital berdekatan dengan tempat tingga anda. Rawatan mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda sakit beransur hilang.

Masalah Jiwa Dan Mental Menurut Islam

Menurut ustaz Zahazan Mohamed, Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi menjelaskan dalam kitab beliau Anta Tas’alu wa Islaamu Yujiibu seperti berikut: “Orang beriman menghadapi tiap persoalan kehidupan dunia dengan memohon pertolongan Allah dan bertawakal kepada-Nya. Apabila ia gagal mencapai apa yang dicita-cita, ia tidak susah hati dan bersedih meskipun ia sedar bahawa kegagalan itu adalah kerana persediaan yang kurang sempurna.”

Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan MentalOrang yang tidak beriman bergantung nasib dalam usahanya kepada kesempurnaan persediaan. Apabila gagal, dia gelisah, fikirannya terganggu, hatinya risau, takut yang menyebabkan sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri. Keadaan seperti ini banyak kita jumpa di negara maju bukan Islam. Negara seperti ini ramai rakyatnya terkena gangguan jiwa.

Lalu orang pun bertanya mengapakah di negara maju berlaku ramai yang menghidap gangguan jiwa atau mental? Bukankah yang sepatutnya kena adalah masyarakat di negara yang sedang berkembang atau negara yang mundur?

Mereka iaitu orang yang mengabdikan diri dengan ilmu pengetahuan dan membuang agama dari diri. Apabila keimanan lenyap dari jiwa manusia, akan lenyaplah ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa reda.

Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan MentalApabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, akan mudah terkena penyakit ini. Dalam kesibukannya ia lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakannya.

Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa.

Amal Doa Dan Dekati Al-Quran

Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa dan mental, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a yang bermaksud: 
"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang."
Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan Mental
“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal

Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan MentalAtasi Masalah Sakit Jiwa Dan MentalAtasi Masalah Sakit Jiwa Dan Mental

Kedua, hendaklah mendekati Al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat. Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud : 
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Semoga dengan amalan ini, kita dapat menghindari daripada mengalami masalah sakit jiwa dan mental. Wallahua‘lam. Terima kasih bersama Relaks Minda


Sumber : Ust Zahazan Mohamad di BH15/05/2011
Author by Bin Muhammad

26 comments - "Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan Mental"

mselim3 delete icon 2:11 PTG

Assalammualaikum..BM,

mselim3 suka entry macam nie..terbaik sahabat...i like it.

mselim3

Tanpa Nama delete icon 2:20 PTG

terima kasih atas perkongsian ini BM. betul,usah dan malu meluahkan apa yang terbuku namun pastikan orang tempat kita mencurahkan masalah itu benar² dapat di percayai dan jujur.pilih orang yang tidak akan mendiskriminasi,tidak akan berpandangan serong dan orang yang tidak akan menghakimi kita.

terima kasih atas perkongsian yang baik...

satu perkongsian yang amat menarik BM, thumbs up!!!! loikee loikee loikeee entri ini.... banyak pengisian dan maknanya...

Fiza Rahman delete icon 3:10 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Yana Yani delete icon 3:25 PTG

setuju dengan entry ni
biasanya mana ada orang gila nak mengaku gila ye dak
sebab tu sokongan keluarga amat perlu
begitu juga masyarakat secara amnya

jangan suka menyendiri, kena positif selalu..

Nurul delete icon 3:42 PTG

Pengisian yang penuh makna... oleh sebab itulah, apabila berhadapan dengan masalah, seelok2nya carilah orang yang boleh mendengar permasalahan supaya yang terbuku di dalam hati dan emosi kita tidak menjadi satu penyakit... dan seterusnya berdoa dan cuba dekati al-quran... InsyaAllah...

Bila ada masalah, kena berkongsi dengan sesiapa.. walaupun masalah tidak selesai tapi mampu menenangkan perasaan dan bole membuatkan berfikir dengan lebih waras.

Unknown delete icon 6:07 PTG

bahaya sakit mental jika x disedari dari awal. kengkdg org tu sendiri x mengetahui dirinya dilanda sakit mental. moga2 kita sentiasa mengingatiNya. dilapangkan dada berdepan masalah.

amalan Quran adalah yang terbaik

Bunda_nora delete icon 9:39 PTG

sekarang ni dah banyak sangat faktor2 yang menyumbangkan masaalah sakit jiwa@mental ni...

Azlia Bashir delete icon 10:10 PTG

Semoga kita terhindar daripada penyakit mental..Sentiasa menjaga kesihatan dn menjaga pemakanan kita.terima kasih BM..entry yg menarik..

Wafa cw delete icon 11:15 PTG

Ohh... cantik sungguh entri ni... dari segi maklumat dan juga penulisan... wish I have such an ability... insyaAllah akan cuba belajar... Ok... dan memang betul seperti yang dikatakan iaitu, kalau ada terasa seperti gangguan jiwa... jangan malu, atau jangan takut untuk mendapatkan khidmat nasihat Pakar Sakit Jiwa... sebabnya bila kata sakit jiwa ni tak semestinya bermaksud 'Gila'... ramai yang salah faham kalau sakit jiwa tu maknanya gila... jadi malu nak berjumpa pakar sakit jiwa... Allahualam bissawab...

ANIM delete icon 11:47 PTG

doa dari nabi itu terkandung dlm amalan al mathurat. selalunya empunya diri sukar nak kesan dirinya punya masalah jiwa.orang yang berada keliling dia kena peka.

Terima kasih, BM perkongsian ilmu ini. Risau saya dibuatnya masalah mental ni dalam kalangan guru akibat tekanan kerja. Moga dijauhilah.

Khir Khalid delete icon 11:02 PG

Dalam dunia yg serba serbinya seolah2 kejar mengejar utk mengisi keperluan material, kehendak rohani sering diabaikan. Tanpa disedari, sesetengahnya menjadi insan yg hilang arah.. hilang panduan hidup. Semoga Allah sentiasa melindungi hati & jiwa kita semua utk kesejahteraan dunia & akhirat... aamiin.
Perkongsian yg bermanfaat BM.. T kasih.

OKje delete icon 6:18 PTG

Jadikanlah al quran dan zikrullah sebagai makanan jiwa kita...tak gitu BM....

Fiza Rahman delete icon 12:19 PTG

Memang terbaik lah entry ni. Thanks for sharing. Kekadang rasa sakit jiwa juga. Sakit jiwa dengan perangai orang sekeliling yang sangat pentingkan diri sendiri. Ubatnya...hanya doa dan kesabaran saja.

Hafizul delete icon 12:24 PTG

Betul tu..hiasalah dan berikan hati makanan yang baik-baik.insyaAllah...aman didunia dan akhirat...

Blog Santai delete icon 9:42 PTG

Kena selalu dekatkan diri dengan Allah supaya tak ada ruang kosong dalam jiwa kita...

ZaridaIshak delete icon 5:33 PTG

antara entri yang terbaik untuk dijadikan bahan rujukan... terima kasih untuk perkongsian ini

Iblis akan mengambil kesempatan ketika jiwa seseorang sedang kesepian,kesedihan,gundah gelana..membisikan hasutan supaya melakukan perkara diluar batasan.

Unknown delete icon 9:43 PTG

Sy rasa sy mental..disebbkn kes buli di masa lalu..hidup ay tidak lagi normal..jika dibuli org luar sy oke..tpi dibuli oleh abg sy..sy prnh dipijak oleh abg sy..rmbut ditarik oleh kakak sy..disekolah juga dibuli..dn sy ada masa silam..malapetaka dn bala sentiasa menimpa sy sjk usia 13 smpai skrg usia sy 16 tHun..sy dh bca masalh mental di blog ini sblum sy bce bhgian ni..sy rsa sy maslh mental yg ktiga..apa yg sy prlu lakukn..please tlg sy

Assalam...

Saya ada simpton2 tu.. da masuk tiga minggu saya tak hadir keje. Makin lama makin resah gelisah, badan makin lemah. Masalah datang serentak. Dengan kewangan yang agak tidak stabil. Orang terdekat yang dipercayai semuanya ada masalah sendiri. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Saya tak nak jadi gila. Saya kakitangan awam. Rakan-rakan whatsapp tentang keje2 saya, saya hanya mampu membalasnya sahaja. Sampai depan office hati meronta nak balik semula. Saya betul2 perlukan bantuan. Saya tak nak hilang keje. Pihak penyelia dan bos ada berhubung tentang emolumen saya yang perlu ditarik balik selama tak hadir. Saya tak tahu apa nak buat. Kepala serabut sangat.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap