Kongsi Bahagia - Jalin Ukhwah - Dapat Ganjaran |
Menarik sungguh ikatan ketiga-tiga entri ini, bagaikan berkait antara satu sama lain. Berkongsi kebahagian diblog peribadi amat membahagiakan namun pasti kurang ceria tanpa kehadiran pengomen.
Maka, pengomen wajar dihargai lalu terjalinlah ikatan ukhwah yang tidak ternilai ganjarannya. Namun ganjaran itu menjadi lebih berharga andai dilanjutkan menjadi ganjaran akhirat yang kekal abadi selamanya.
Maka, pengomen wajar dihargai lalu terjalinlah ikatan ukhwah yang tidak ternilai ganjarannya. Namun ganjaran itu menjadi lebih berharga andai dilanjutkan menjadi ganjaran akhirat yang kekal abadi selamanya.
Berkongsi Kebahagiaan DiBlog
Benarkah berkongsi kisah peribadi diblog boleh mencipta kebahagiaan diri? Menarik bukan...tidak pula terfikir akan hal ini. Cuba anda lakukannya. Ketika anda beroleh kejayaan atau menikmati kebahagiaan, anda catitkan dalam blog anda sebagai satu entri untuk dikongsi bersama rakan-rakan blogger anda.
Percaya atau tidak, apabila masa berlalu dan pada suatu hari anda membelek kembali koleksi entri anda, pasti akan tersenyum sendiri... Segala saat manis itu kembali menerobos ruang ingatan. Inilah kebahagiaan yang tercipta melalui kisah peribadi di blog...Inilah 'diari' di alaf baru!
Itu yang dikongsikan oleh PakcikLie PCL dalam Entri Terbaik Pilihan beliau : Catatan Blog Peribadi Boleh Buat Anda Bahagia? melalui segmen Komen Entri.
"Kebaikan yang dicatatkan bukanlah sekadar mahu menunjuk-nunjuk atau ada sifat riak dalam diri setiap blogger, malah impaknya adalah untuk panduan serta nasihat kepada semua pembaca. Catatan Blog Peribadi Boleh Buat Saya Bahagia. Anda bagaimana?" - PakcikLie PCL (http://www.nazlee.com)
Jika kegembiraan dan kebahagiaan yang anda kongsikan, pasti komen-komen positif juga yang menerjah masuk dari rakan-rakan blogger. Apa yang anda nikmati bagaikan dirasai bersama. Tanpa komen-komen terasa pula entri yang dihasilkan tanpa pembaca. Inilah pentingnya sebuah blog peribadi, komen-komenlah yang membuatkan blog itu kelihatan segar dan hidup.
Menghargai Pengomen Menjalin Ukhwah
Dahulukan yang lebih penting |
Kepada mereka yang berkunjung, membaca dan meninggalkan komen bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Ianya perlukan pengorbanan masa dan usaha untuk menunggu masa loading, membaca, menulis dan menanti loading semula. Oleh itu sewajarnya setiap pengomen dihargai.
Salah satu cara menghargai pengomen adalah dengan membalas kunjungan. Sudah tentu majoriti pengomen ini adalah dikalangan blogger juga maka berbalas kunjungan boleh dilakukan. Inilah yang dibebelkan oleh seorang ibu muda yang amat dikenali ramai ini melalui pilihan Entri Terbaik beliau : Apa Yang Perlu Diutamakan Dalam Dunia Blogging?
Kalau dah namanya Mama Niza...amat sinonimlah dengan bebelan pedasnya! Bak seorang ibu menegur anak, sudah tentu apa yang dikatakan oleh beliau memang ada kebenarannya. Ianya bukan satu bebelan kosong tetapi berilmu, ditambah dengan tunjuk ajar cara bagaimana untuk menjejak kembali pengomen anda dengan cara yang berkesan!
Tak kasihan ke melihat blogger ini selalu komen entri kita, tapi sekali pun kita tak singgah blog mereka? Jika itu berlaku pada mama (sememangnya berlaku), mama serik nak singgah. Update entri kerap, tetapi nak singgah tak sampai seminit pun sangkut. Apa cerita? - Mama Niza (http://www.mamaniza.com)
Jika kita menghargai pengomen, sudah pasti ada ganjaran yang akan perolehi. Sudah tentu jalinan hubungan ukhwah sesama blogger akan lebih erat. Saling mengenali dan menghormati walaupun tanpa jasad didepan mata. Ganjaran yang tidak terlihat tetapi dapat dirasai dan nikmati. Ianya tidak ternilai harganya.
Ganjaran Dunia vs Ganjaran Akhirat
Kita sering melihat ganjaran yang terhidang didepan mata namun sedarkah kita bahawa ganjaran yang tidak terlihat itu lebih bermakna dan berharga. Kadang kala kita tidak sedar dalam kita memohon kepada Ilahi kita sebenarnya terlalu berlebihan untuk mendapat kebahagiaan dan ganjaran didunia.
Seringkali kita berzikir dan berdoa untuk panjang umur, cepat dapat jodoh, murah rezeki, menjadi kaya, lulus peperiksaan dan sebagainya, pantas kita bersemangat untuk mengamalkan amalan itu kerana keinginan terhadap ganjaran yang dijanjikan.
Ganjaran Dunia vs Ganjaran Akhirat |
Bukanlah bermakna tidak boleh mengutip ganjaran dunia, tapi adakah kita ingat juga kepada akhirat dalam mengumpul keduniaan itu? Jangan hanya mahu kaya di dunia tapi akhirat kita papa kedana. Kita sewajarnya melebihkan untuk mendapat keredaan Ilahi dan mencapai ganjaran diakhirat yang lebih kekal abadi.
Sepatutnya jika kita berzikir, berdoa dan memohon kepada Allah untuk lulus periksa, kita seharusnya memohon diampunkan dosa-dosa, diberi keberkatan dalam setiap pelajaran yang dipelajari supaya ilmu yang diperoleh dapat dicurahkan untuk kebaikan bersama agar menjadi amal jariah buat bekalan diakhirat kelak.
Kita seharusnya melihat dan renungkan bahawa setiap apa tindakan yang kita lakukan bukan sekadar mendapat ganjaran didunia tetapi berlanjutan kepada ganjaran diakhirat.
Inilah yang cuba disampaikan oleh saudara Wafi Remli (http://wafiremli.blogspot.com) melalui entri pilihan terbaik beliau : Ganjaran Dunia vs Ganjaran Akhirat. Satu ingatan yang sungguh mendalam untuk kita hayati dan renungkan bersama.
Inilah yang cuba disampaikan oleh saudara Wafi Remli (http://wafiremli.blogspot.com) melalui entri pilihan terbaik beliau : Ganjaran Dunia vs Ganjaran Akhirat. Satu ingatan yang sungguh mendalam untuk kita hayati dan renungkan bersama.
Setiap dari kita cuba beramal dan melakukan kebaikan serta memohon kepada Ilahi tetapi ingatlah jangan sampai ianya menjadi sesuatu yang sia-sia kerana kita hanya sekadar beroleh ganjaran didunia. Ingatlah... ganjaran diakhirat jua yang kekal abadi.
Allah SWT berfirman, "Katakanlah (wahai Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya?" (Iaitu) orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang-orang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya) terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sialah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat." (Surah al-Kahfi, 18: 103-105)
Memanjangkan Amal Jariah Untuk Ganjaran Akhirat
Berkongsi kebaikan diblog dan menjalin ikatan ukhwah sesama blogger melalui komen itu satu yang baik dan mulia, tapi kita tidak seharusnya terhenti setakat itu sahaja. Teruskan selangkah lagi agar ianya menjadi satu amal jariah dimana kita tidak sekadar mendapat ganjaran didunia tetapi juga diakhirat kelak...InsyaAllah.
Terima kasih PakcikLie PCL, Mama Niza dan Wafi Remli diatas kesudian anda semua menyertai Segmen Komen Entri dengan menyertakan Entri Pilihan Terbaik Anda. Semoga sedikit kupasan ini dapat memanjangkan jariah anda agar dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama.
Terima kasih bersama Relaks Minda.
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
17 comments - "Berkongsi Kebahagiaan Dan Menjalin Ukhwah Demi Ganjaran Akhirat"
SOKONG ..Kalau kita rajin komen kat blog orang ..rajin terjah blog orang ..Insyaallah orang pon rajin jugak terjag blog kita ..komen kat blog kita ..Kadang2 kita komen kat blog dia ..dia pandang pon tidak apalagi nak balas komen tu kat bawah buatng REPLY blog dia (NAK TERJAH HAMPEHH) mmg tak la kot ..Tapi kita still singgah lg terjah lg sbb kita dah suka entri dia ..tapi kalau dia tak nak terjah takkan kita nak paksa nak suruh org suka kat kita punya blog ..Tapi bg akak la BM tak kisah la org nak TERJAH ke tak sebab akak buat blog bukan untuk popular pon sekadar mengisi masa dan nak meluahkan cerita ...
knah juga sependapat.. komen2 lah yang memeriahkan n3 kita.. tanpa pengomen rasa tiada serinya disitu..sbb tulah knah tetap akan buat kunjungan balas dan akan tinggalkan komen.. tapi ada juga blog yg knah suka..knah masuk tiap n3 barunya tanpa tinggalkan apa-apa komen.. =)
Ganjaran akhirat itu yg penting
perlukan pengorbanan untuk untuk nak komen apatah lagi membalas komen. Kebaikkannya blog akan sentiasa dikunjungi mengikut situasi blognya.
SUKA DENGAN KOMEN2 YG DIBERI KAT BLOG N AKAN BERUSAHA MEMBUAT KUNJUNGAN BALAS TANDA BERSILATURAHIM...
Assalammualaikum...BM,
Insaalllah mencuba yang terbaik demi kekawan dan persahabatan yang telah terjalin..
mselim3
komen blog org supaya org baca blog kita . barulah tujuan berblog itu sampai ...
Sedikit sebanyak perkongsian BM dapat memberi ilmu untuk zumal berblog dan dapat kenali blogger2 otai yang lain :)
Tahniah buat mereka kerana terpilih. Apa ada pada blog kalau tiada tukang komen. Hargailah pengomen anda sebelum mereka lari...hahaha...
Blogging ini juga adalah merupakan 1 dari commitment... termasuk laa BW... jadi nak tak nak bila dah ceburkan diri dalam dunia blogging nie kena la ikut rentaknya... curi2 masa untuk BW & blogging...
Tahniah ....saya suka membaca entri-entri yan ditulis.semoga lebih berjaya dimasa akan datang
Tahniah ....saya suka membaca entri-entri yan ditulis.semoga lebih berjaya dimasa akan datang
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa... semoga ukhwah terjalin hingga ke syurga... :D
Saya mmg suka berkawan.. komen2 tu ibarat perbualan kita di alam maya. In shaa Allah, selagi diizinkan akan terus komen selagi termampu sbg salah satu cabang merapat silaturrahim. Tahniah kpd mereka yg menjadi pilihan segmen kali ini.. Semoga BM juga terus sukses... aamiin.
menarik kupasan BM, tersenyum mama membaca, hihihi.. pedas ker tu? hihi
saya kenal mereka tu =)
menarik kupasan, buat terus melekat
memang hebat dan terbaik..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”