"Malaysia Juara Badminton Piala Thomas Li-Ning BWF 2014! Tiada kata-kata terbaik yang mampu diucapkan. TAHNIAH! dan SYABAS! buat Skuad Piala Thomas Malaysia 2014 terutama buat Pemain, Jurulatih dan BAM kerana berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk mendakap Piala Thomas dengan menewaskan Jepun!" - Draf Pendahuluan Entri

Inilah draft entri yang akhirnya tidak menjadi realiti. Skuad Piala Thomas Malaysia terpaksa akur dengan nasib yang tidak menyebelahi kita. Setelah berusaha dan mencuba bermati-matian namun jika takdir menentukan yang ianya bukan milik kita...maka perlulah reda dengan ketentuanNya.

Penantian untuk mendakap dan membawa pulang Piala Thomas buat kali ke 6 telah disekat oleh Jepun, pasukan underdog yang menjadi Giant Killer pada temasya kali ini telah menghampakan seluruh rakyat Malaysia dengan keputusan 2-3. Tahniah Jepun! yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama.


Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber 2014, New Delhi

Laluan Malaysia Dalam Kejohanan Piala Thomas 2014


Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014

Malaysia 2 – 3 Jepun   

Perseorangan Pertama
Lee Chong Wei mn Kenichi Tago
21-12, 21-16

Bergu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How kk Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo
21-12, 17-21, 21-19

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng kk Kento Momota
15-21, 17-21

Bergu Kedua
Tan Boon Heong/Hoon Thien How mn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
19-21, 21-17, 21-12

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Ueda
12-21, 21-18, 17-21

Apa pun... Tahniah! buat semua Pemain, Jurulatih dan BAM diatas kejayaan mara ke Final Piala Thomas 2014 walaupun pada awalnya hanya meletakkan sasaran keperingkat separuh akhir sahaja! Anda semua telah membuktikan, tiada yang mustahil andai ada usaha dan kesungguhan demi negara tercinta!
\
Semoga kegagalan ini akan menjadi titik tolak kebangkitan pemain-pemain muda negara untuk menempa lebih kejayaan diperingkat antarabangsa selepas ini.

Syabas! Skuad Piala Thomas Malaysia 2014

Perseorangan :
Jurulatih - Rasyid Sidek
  1. Lee Chong Wei
  2. Chong Wei Feng
  3. Liew Daren
  4. Goh Soon Huat.

Bergu :
Jurulatih - Pang Cheh Chang
  1. Hoon Thien How-Tan Wee Kiong
  2. Lim Khim Wah-Goh V Shem
  3. Tan Boon Heong, Chan Peng Soon or Ow Yao Han.



Ditulis oleh :
Artikel : Tajuk Artikel

________________________________________________________________________________

2 comments - "Malaysia Juara Piala Thomas!"

yana yani delete icon 1:10 PTG

tajuk entry bikin suspend aje BM ni tau
nak buat camne, buka rezeki
sekurang-kurangnya kita kalah bermaruah

takpe..mereka dah berjuang bermatian,cuma hampa sikit dengan prestasi bergu pertama malaysia... :(

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap