بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Setiap blogger wajar berdakwah |
Blog adalah salah satu medium media sosial yang berpengaruh. Ianya menjadi tatapan terbuka kepada semua orang diseluruh dunia. Fungsinya yang pelbagai mengikut sebab dan matlamat ianya diwujudkan. Salah satu fungsi blog adalah sebagai salah satu wadah perkongsian untuk berdakwah.
Bagi umat Islam, tujuan berdakwah ialah untuk menyeru dan menjadikan umat muslimin dan muslimat agar mampu mengerjakan segala ajaran Islam dalam kehidupan mereka dengan lebih baik.
Selain dari mengamalkan, mereka juga dapat menyebarkan pula kepada orang lain dengan harapan mereka dapat mengamalkan segala perkara dan tuntutan yang disuruh oleh Allah swt.
Selain dari mengamalkan, mereka juga dapat menyebarkan pula kepada orang lain dengan harapan mereka dapat mengamalkan segala perkara dan tuntutan yang disuruh oleh Allah swt.
Tujuan Berdakwah
Setiap para pendakwah wajib mengetahui tujuan berdakwah supaya setiap dakwah yang dilakukan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain dari itu juga dakwah dapat memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada seseorang agar kita semua selamat di dunia dan juga di akhirat.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh terbaik. Beliau telah memberi tunjuk ajar dengan memperkenalkan berbagai cara melakukan dakwah seperti menggunakan perkataan, tulisan dan juga perbuatan.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh terbaik. Beliau telah memberi tunjuk ajar dengan memperkenalkan berbagai cara melakukan dakwah seperti menggunakan perkataan, tulisan dan juga perbuatan.
Firman Allah SWT yang berbunyi : “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl : 125)
Berdasarkan firman Allah swt di atas ini, dapatlah disimpulkan bahawa tujuan dakwah ini tidak akan dapat dicapai apabila ketiga-tiga kaedah dakwah ini tidak diaplikasikan dengan baik dan sempurna, di antara kaedah ini adalah hikmah kebijaksanaan (ilmu), memberikan nasihat yang baik dan berbahaslah untuk memberikan kefahaman kepada mereka yang tidak faham tentang agama.
Cara Berdakwah Berubah Mengikut Peredaran Zaman
Ada sesetengah pendakwah berjaya dan ada diantara mereka gagal menyampaikan dakwah dengan berkesan kepada masyarakat. Ini semua berlaku adalah disebabkan para pendakwah tidak dapat menguasai metodologi dakwah dengan baik.
Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi pernah berkata bahawa setiap pendakwah itu perlu menggunakan pendekatan dakwah masa kini, dimana ianya perlu disesuaikan dengan realiti dan keadaan semasa bagi merealisasikan matlamat dakwah yang telah dirancang.
Oleh kerana itu seseorang pendakwah wajib memahami tujuan berdakwah dengan baik agar segala kegiatan dakwah benar-benar mengarah kepada tujuannya. Selain berilmu, seorang pendakwah hendaklah yakin akan kemampuannya kerana jika tiada keyakinan akan kemampuan dirinya, nescaya boleh menyebabkan terjadinya penyelewengan dan salah faham didalam menyampaikan dakwah.
Blogger Sebagai Pendakwah
Masih ramai umat Islam yang tidak mahu melibatkan diri dalam usaha dakwah adalah disebabkan beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Sampai bilalah agaknya...
Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.
Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.
Sebagai blogger Muslim, berdakwahlah mengikut kemampuan, kemahiran dan kepakaran masing-masing. Blogging dengan mengamalkan dan berpandukan ajaran Islam yang sebenarnya sehingga menjadi contoh yang baik kepada orang lain adalah dakwah.
Mengajarkan orang lain ilmu yang bermanfaat adalah dakwah. Membantu orang lain adalah dakwah. Dakwah itu luas dan mudah sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang tepat serta dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.
Kita sebagai blogger muslim tidak sepatutnya menyempitkan pemahaman dan skop berdakwah melalui blog dengan menganggap hanya tulisan yang berbentuk keagamaan sahaja yang dianggap dakwah. Sesungguhnya kefahaman sebegitu adalah kurang tepat dan boleh melemahkan umat Islam.
Bagaimana pula pendapat anda?
Bagaimana pula pendapat anda?
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat, ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya) dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka”
Wallahualam... Salam Jumaat dan Terima kasih bersama Relaks Minda
Author by Bin Muhammad
29 comments - "Blogger Sebagai Seorang Pendakwah?"
ambil peluang dan kesempatan untuk mengingati diri sendiri juga berkongsi manfaat kepada semua
Terima kasih diatas perkongsian Ilmu
ketika menulis..ingatlah ALLAH berada didepan kita,malaikat dikiri dan kanan kita,mencatat apa yg kita tuliskan..samada memberi manafaat utk org lain atau sebaliknya...
Berdakwah dengan cara yang betul akan menimbulkan keinsafan, berdakwah dengan cara yang tidak betul, hanya akan menyebabkan orang merasa annoying
Sebaris ayat yg ditulis bermaksud baik n bermakna juga adalah dakwah...kalau mampu tulis panjang2 macam BM ni tentulah lebih ok dakwahnya...kan.
Method dakwah ada beberapa cara salah satunya ialah Da'wah bi tadwin bermakna dakwah dengan cara penulisan. Pelbagai cara yang boleh kita berdakwah. Sebelum kita berdakwah, kita kena tahu dengan siapa yang ingin kita berdakwah dan memikirkan bagaimana cara berdakwah dengan mereka mengikut situasi yang sesuai. Ajak mereka solat pun sudah dikira berdakwah kepada mereka.
salam jumaat BM satu perkongsian yang sangat menarik...sambil memperingati diri sendiri, mengamalkan dan mengajak yang lain untuk turut serta ke arah kebaikan... itu yang lebih mulia kan? ^_^
salam. abe kie suka berkongsi entri berunsur Islamik sbg panduan kpd diri sendiri n rakan2 blogger juga.
Perkongsian yang baik.. Thanks :)
in sha Allah..setiap peringatan dan perkongsian yang menjurus ke arah kebaikan juga dakwah..all the best..
sama ada nak menulis entry yg padat atau ringkas , asalkan ada nilai dakwah di situ , maka niat berdakwah dan menyampaikan itu sudah sampai kepada pembacanya .
salam jumaat buat BM..betul juga..kewajiban kita untuk menulis eseuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembacanya. sebagai blogger,medium sudah ada depan mata,tinggal kita mengaplikasikannya dalam entri yang di terbitkan sahaja. entri yang baik dan membuat kathy berfikir panjang.
perkongsian untuk diri sendiri dan rakan rakan juga saru dakwah..
Salam Jumaat BM .Bagi Lya tak kira bagaimana cara dan penyampaian kita asalkan niat dan cara kita tu betul insyaallah org boleh accept kita ..
Berdakwah melalui blog ni ada seninya. Paling asas adalah menguasai seni penulisan. Bersama-sama kita berusaha ke arah itu.
Nice sharing BM.. Thanks
in sha ALLAH,,bersama-sama kita terus sebarkan ilmu Allah ,,entri yang menarik
Byk medium utk berdakwah skang ni. Tapi biarlah apa yg nak disampaikan tu jelas dan betul.
nice sharing
perlu diingatkan apabila berdakwah.. niat kena ikhlas dan ape yang nak didakwahkan kena la betul selari dengan kehendak syarak.
Salam Jumaat BM, nice sharing :))
bila dah jadi blogger, medium untuk menyampaikan tu dah ada.. apa salahnya jika gunakan medium tersebut kearah kebaikan.. sekurang2nya, ada jugak saham yg dilaburkan untuk akhirat kelak..
Setuju.. berdakwahlah mengikut kemampuan. Berdakwah tu penting & tak semestinya nak menjadi ustaz utk berdakwah.
Berpesan2 kpd kebaikan & berpesan2 kpd kebenaran... utk kebaikan diri sendiri juga.. Salam Jumaat BM
In Shaa Allah... tanggungjawab dakwah terletak dibahu semua orang Islam..blog adalah stu wadah dan medium penyampaian,mudah2han usaha ini mendapat rahmat dan keredaan Allah..
Sekarang pelbagai medium boleh digunakan untuk menjadikan bidang penulisan sebagai satu dakwah.Terpulang pada kita untuk memanfaatnya.
Setuju. Bidang penulisan boleh dijadikan medium terbaik menjalankan aktiviti dahwah. Paling penting juga, biarlah ilmu yang disampaikan baik dan membawa keberkatan dunia dan akhirat.
Teringat pula pesan Imam Hassan AlBanna tentang ciri-ciri dakwah.
1. Thulut thariq
2. Qilatur rijal
3. Katsirul 'aqabat
Moga kita menuluskan semula niat apabila menulis.
menulis atau mengajak orang kepada kebaikan pun dah kira berdakwah..
Tak dinafikan, blogger mempunyai pengaruh yang tersendiri. Jadikan Blog sebagai medium tempat menambah serta berkongsi ilmu. Semua orang adalah pendakwah selagi kita berkongsi ilmu yang baik ..Bukan sebaliknya...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”